Anda di halaman 1dari 3

Teknologi lain yang menyumbang kepada perkembangan teknologi senjata pada zaman kegemilangan Turki Uthmaniyah.

Teknologi Pembuatan Kapal Dan Teknologi Pelayaran Sebelum usaha menawan semula Kota Constatinople, melalui teknologi pembuatan kapal, kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya menghasilkan kapal yang tahan lasak dan ringan. Hasilnya pada tahun 1453, lebih kurang 70 buah kapal Turki Uthmaniyah berjaya memasuki pelabuhan tanduk emas yang dilindungi oleh rantai besi gergasi. Kapal-kapal yang lengkap dengan castle-smasher berjaya ditolak naik merentasi bukit yang tinggi dan masuk ditengah pelabuhan tanduk emas. Pada waktu ini, teknologi senjata dapat diaplikasikan dengan baik kerana banyak senjata dapat di daratkan. Hal ini membuktikan bahawa, pakar-pakar senjata Turki Uthmaniyah dapat memperkembangkan teknologi senjata tanpa perlu risau soal bagaimana senjata tersebut ingin dibawa ke medan perang yang jauh. Selain itu, pekembangan teknologi pelayaran Turki Uthmaniah telah memberi sumbangan yang besar dalam usaha penakhlukan yang dilakukan oleh kerajaan ini. Melalui teknologi pelayaran, kapal Turki Uthmaniyah dapat menguasai lautan Selat Mediterranean dan mampu belayar jauh hingga ke Asia Tenggara. Penakhlukan dan hubungan diplomatik yang dibuat memberi kelebihan dalam memperoleh bahan-bahan mentah di perlabuhan lain untuk membuat dan mencipta senjata yang baru. Bahan-bahan mentah yang diperoleh dapat diangkut ke kilang-kilang senjata Turki Uthmaniah dengan cepat dan selamat. Selain itu, teknologi pelayaran juga memberi banyak idea-idea baru kepada pakar-pakar senjata Turki Utmaniah dalam mencipta senjata yang lebih hebat. Hal ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung, perkembangan teknologi

pembuatan kapal dan pelayaran menjadi pemangkin kepada perkembangan teknologi senjata. Teknologi Pembuatan Mesiu (Serbuk Letupan) Dua tahun sebelum abad ke 9, seorang ahli kimia muslim Khalid Bin Yazzid telah menemui potassiumnitrat (KNO3), bahan utama untuk membuat bahan peledak. Walau bagaimanapun, orang China terlebih dahulu menemui cara pembuatan serbuk letupan yang dihasilkan daripada gabungan potassiumnitrat dengan bahanbahan lain. Ketika pemerintahan Uthman I atau Uthman bin Ertughrul(pengasas Empayar Turki Uthmaniyah), dalam mempertahankan wilayahnya daripada

serangan

orang

Mongol(golongan

etnik yang

tertumpu

di Mongolia, China,

dan Rusia), baginda telah mengumpulkan tentera Ghazi untuk mengukuhkan kedudukannya di Anatolia. Petempuran yang berlaku akhirnya memihak kepada orang Turki. Kebanyakan tawanan perang iaitu orang Mongol pada waktu itu dengan rela memeluk Islam dan berlakunya perkongsian ilmu yang sangat berharga bagi kerajaan Turki Uthmaniyah. Satu ialah ilmu mengenai teknik serangan orang Mongol yang sering digunakan olah unit tentera Janissari dan satu lagi ialah ilmu tentang pembuatan serbuk letupan. Serbuk letupan juga dikenali sebagai mesiu dan gunpowder. Mesiu adalah bahan peledak yang dibuat dari campuran belerang, arang, dan potassiumnitrat. Ia membakar dengan sangat cepat dan menghasilkan letupan apabila ia dipadatkan. Letupan ini akan menghasilkan tekanan dan tenaga lonjakan yang kuat. Teknologi pembuatan mesiu ini paling banyak menyumbang dalam perkembangan teknologi senjata kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini adalah kerana, sistem letupan,tekanan dan momentum ini telah diaplikasikan oleh pakar senjata Turki Uthmaniyah sehingga terciptanya berbagai teknologi senjata yang sentiasa diperbaharui, hebat dan berimpak besar. Teknologi Peleburan Logam Teknologi peleburan logam ini telah wujud beribu tahun dahulu dan dikuasai oleh hampir semua kerajaan dan empayar pada abad ke-13. Teknologi peleburan logam yang diaplikasikan pada waktu itu lebih kursus terhadap membuatan sejata perang seperti pedang, kapak, mata anak panah, belati dan tombak. Menjelang abad ke-15, pengkususan terhadap pembinaan senjata api seperti meriam melalui teknologi peleburan logam bermula. Pada abad-ke-16, teknologi ini digunakan dengan luas dan pesat oleh kerajaan-kerajaan yang mempunyai kuasa besar dalam menghasilkan senjata atileri dan senjata penggempur yang lebih moden secara besar-besaran. Namun begitu, kerajaan Turki Uthmaniyah sudah mencapai tahap teknologi senjata atileri yang sangat tinggi pada abad ke-15 kerana berjaya mencipta castel-smasher yang mempuyai kuasa pemusnah yang dahsyat sehingga mampu memecahkan tembok Kota Constatinople dari jarak jauh. Hal ini adalah kerana teknologi senjata kerajaan Turki Uthmaniah dibangunkan melalui aplikasi teknologi peleburan oleh pakar-pakar dalam pembuatan meriam. Aplikasi teknologi peleburan logam dapat mengubah bentuk logam dari bentuk bijih sehingga menjadi bentuk meriam menggunakan acuan yang telah dihasilkan terlebih dahulu mengikut

perancangan yang telah ditetapkan. Selain itu, teknologi peleburan ini juga membenarkan sesuatu jenis logam dicampurkan dengan satu jenis atau lebih logam dalam penghasilan aloi. Aloi merupakan pepejal yang terdiri daripada campuran logam dan karbon. Campuran logam dan kuantiti karbon yang betul dapat menghasilkan aloi yang lebih kuat, lebih ringan dan tahan lasak. Penggunaan aloi yang kuat, ringan dan tahan lasak dapat menghasilkan senjata yang lebih kuat, lebih ringgan dan tahan lasak.

Anda mungkin juga menyukai