Anda di halaman 1dari 47

Prakata

Para pelajar, seperti mana golongan masyarakat lain juga adalah merupakan pengguna. Setiap pembelian barangan ataupun perkhidmatan oleh para pelajar menjadikan mereka sebagai pengguna. Di samping itu, para pelajar juga merupakan golongan yang lebih terdedah kepada risiko atau ancaman daripada penggunaan barangan atau perkhidmatan yang tidak selamat ataupun tidak mengikuti standard. Kesejahteraan pengguna terutamanya, para pelajar lebih terjamin dengan adanya pengetahuan mengenai standard. Oleh itu, kepentingan standard barangan dan perkhidmatan seharusnya dipupuk dalam sanubari para pelajar pada peringkat bangku sekolah lagi. Tujuan buku-buku aktiviti ini dihasilkan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar, sebagai pengguna muda, kepentingan standard. Kefahaman pengguna muda mengenai kepentingan standard akan menjadikan mereka sebagai pengguna yang bermaklumat dan seterusnya, membentuk budaya pengguna bijak. Pengguna yang bermaklumat sentiasa dapat membuat pilihan yang tepat. Para pelajar, sebagai pengguna muda, bukan sahaja akan mengetahui barangan atau perkhidmatan yang diperoleh perlu mematuhi sesuatu standard, malah ianya dijamin selamat, mesra alam dan mudah digunakan. Justeru itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Jabatan Standard Malaysia, SIRIM Berhad dan Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia telah menyediakan SIRI PENGGUNA MUDA dan STANDARD dalam tiga peringkat umur iaitu 6 hingga 8 tahun, 9 hingga 12 tahun dan 13 hingga 17 tahun. Buku-buku ini diharap dapat menambah ilmu pengetahuan para pelajar mengenai standard dan kepentingannya dalam kehidupan seharian mereka serta sekaligus mendidik para pelajar budaya PENGGUNA BIJAK.

Kandungan
1. Pengenalan ....................................................................................................... 1 a. Aktiviti 1a .................................................................................................... 4 2. Standard dan Kepentingannya ........................................................................... 5 a. Aktiviti 2a .................................................................................................... 7 b. Aktiviti 2b .................................................................................................... 9 3. Siapakah Pengguna dan Mengapakah Standard Penting kepada Pengguna? ......................................................................................... 10 a. Aktiviti 3a .................................................................................................. 12 b. Aktiviti 3b .................................................................................................. 14 c. Aktiviti 3c .................................................................................................. 17 d. Aktiviti 3d .................................................................................................. 18 4. Siapakah yang terlibat dalam pembangunan standard di Malaysia? ................ 19 a. Aktiviti 4a .................................................................................................. 21 b. Aktiviti 4b .................................................................................................. 25 c. Aktiviti 4c .................................................................................................. 26 5. Badan-badan Standard Antarabangsa ............................................................. 27 a. Aktiviti 5a .................................................................................................. 30 6. Standard Bagi Perlindungan Keselamatan Makanan ....................................... 31 a. Aktiviti 6a .................................................................................................. 32 b. Aktiviti 6b .................................................................................................. 34 7. Standard untuk Perlindungan Alam Sekitar ...................................................... 35 a. Aktiviti 7a .................................................................................................. 37 8. Aktiviti Pengukuhan dan Aplikasi a. Aktiviti 8a .................................................................................................. 38 b. Aktiviti 8b .................................................................................................. 39 c. Aktiviti 8c .................................................................................................. 40

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

1. Pengenalan

Raymond, Amir dan Siva belajar di sekolah yang sama. Mereka bertiga belajar di tahun 4. Mereka diperkenalkan kepada alam fizikal bermula dengan timbang dan sukat.

Amir berpendapat bahawa Raymond lebih berat daripada Siva, manakala Siva pula lebih ringan daripada Amir. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa kenyataan di atas adalah benar.?

Bagaimanakah kita membezakan berat badan seseorang?

Bukankah kita perlu menimbang berat badan mereka?

.... 1 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Pada peringkat awal, ukuran dibuat dengan menggunakan anggota badan manusia seperti lengan, jari dan kaki.

Anggota badan digunakan sebagai rujukan standard dalam menentukan sesuatu ukuran.

Di bawah ukuran Imperial, jarak diukur menggunakan inci dan kaki, manakala berat diukur dengan unit paun dan auns. Sistem ukuran kaki berasal daripada ukuran tapak kaki Raja Henry I. Baginda menyelaraskan unit ukuran panjang di England dengan menggunakan ukuran tapak kakinya yang berukuran 12 inci sebagai rujukan standard. Manakala batu khas digunakan sebagai standard untuk mengukur berat.

.... 2 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

Di bawah sistem metrik, unit untuk ukuran berat adalah kilogram(kg) dan gram(g), manakala unit ukuran panjang adalah dalam sentimeter(cm), meter(m) dan kilometer(km). Standard bagi ukuran timbang dan sukat di bawah sistem metrik disimpan di Perancis sebagai rujukan.

Setiap orang mempunyai ukuran jari, lengan dan kaki yang berbeza. Oleh itu, kesahihan ukuran seringkali menimbulkan perselisihan.

.... 3 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Aktiviti 1a:
Terdapat beberapa perkataan yang telah digariskan pada muka surat 2 dan 3. Perkataan manakah yang paling banyak digaris? Jawapan : _________________________

Aktiviti 1b :
Apakah makna maksud perkataan ini? Sila rujuk pada kamus. Nyatakan maksudnya?

Jawapan : ____________________________

.... 4 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

2. Standard dan Kepentingannya

Apakah Standard?
Standard adalah panduan yang digunakan oleh syarikat atau sesiapa sahaja untuk membuat atau menghasilkan sesuatu produk bagi kegunaan pengguna. Standard memberi maklumat tentang saiz, ketinggian, berat dan bagaimana sesuatu produk itu berfungsi. Kasut yang dibuat mengikut standard akan melindungi kaki. Terdapat juga kasut yang menggunakan standard tertentu untuk kegunaan sukan seperti olahraga, bolasepak, hoki dan badminton.

Banyak produk makanan dihasilkan berpandukan kepada standard makanan. Standard juga memastikan produk-produk seperti daging, makanan bayi, jarum suntikan, putik kapas dan botol-botol ubat dihasilkan di kilang yang bersih dan selamat.

.... 5 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Apakah Kepentingan Standard?

Jika kasut tidak dibuat mengikut standard, ia tidak dapat melindungi kaki pengguna. Kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kecederaan kepada pemakai. Tapak kaki mungkin akan luka.

Jika pengeluar komputer tidak mematuhi standard, komputer tidak akan berfungsi dengan baik atau tidak akan tahan lama.

Tanpa standard, perkhidmatan pos tidak mampu mengendalikan surat-surat dengan betul dan dihantar tepat pada waktunya. Standard juga memastikan bil air adalah tepat dan bekalan air yang mencukupi dan bersih disalurkan kepada pengguna.

Standard memastikan pengguna mendapat sos yang mengandungi tomato atau cili yang sebenar. Penggunaan bahan pewarna merah yang berlebihan adalah dikawal mengikut standard supaya tidak memudaratkan kesihatan pengguna.

.... 6 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

Aktiviti 2a:
Sila lihat bungkusan roti dibawah dan cari maklumat pada pembungkus roti tersebut: 1) 2) 3) Bahan atau ramuan Berat bersih Label keterangan pemakanan 4) Tarikh luput

GOOD BREAD

Guna sebelum 12 Feb 2006

Guna Sebelum USE BEFORE 12 FEB 2006

Sila isi maklumat yang anda lihat pada bungkusan roti tersebut di dalam jadual di bawah: Maklumat Bahan / Ramuan Berat bersih Keterangan pemakanan Tarikh luput
.... 7 ....

Keterangan

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Jenis -jenis Pematuhan Standard


Terdapat dua jenis pematuhan Standard iaitu: 1. Standard Sukarela (Voluntary

Standards) Standard ini dipatuhi oleh syarikat secara sukarela kerana ia meningkatkan peluang perniagaan mereka. Pengguna akan menggunakan atau membeli produk atau perkhidmatan syarikat tersebut lebih daripada syarikatsyarikat lain. Standard ini amat baik dipatuhi kerana ia mampu memperbaiki sistem pengurusan organisasi mereka, manakala pengguna pula memperolehi produk yang berkualiti. Contohnya, standard seperti ISO 14000 untuk sistem pengurusan alam sekitar.

2. Standard Mandatori ( Mandatory Standards ) Standard ini wajib dipatuhi di sisi undang-undang. memastikan dan Kerajaan untuk perlindungan

standard ini mesti dipatuhi kesihatan keselamatan pengguna. Contohnya: label bahan atau ramuan dan tarikh luput pada produk makanan berbungkus.

.... 8 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

Aktiviti 2b:
Sila lihat plag tiga pin pada televisyen di rumah anda. Bolehkah anda lihat label SIRIM bersama-sama dengan tanda MS? Sila lukis tanda MS tersebut.

Plag-plag ini telah diuji oleh SIRIM Berhad. Tanda MS menunjukkan ia telah mematuhi keperluan standard. Ini menunjukkan ia selamat digunakan.

Standard memastikan produk dan perkhidmatan adalah selamat dan mudah digunakan. Produk-produk dan perkhidmatan tersebut juga mesra alam.
.... 9 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

3. Siapakah Pengguna dan Mengapakah Standard Penting kepada Pengguna ?


Siapakah Pengguna?
1) Adakah anda pergi ke kedai untuk membeli

makanan? 2) anda Adakah ayah menghantar

keretanya ke pusat servis kereta?

3) Adakah anda menyimpan duit di dalam bank?

4) Adakah

sepupu

anda

berjumpa dengan doktor apabila dia jatuh sakit? 5) Adakah mak saudara anda pergi ke pasar raya untuk membeli pakaian dan barang keperluan rumah?

.... 10 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

6)

Adakah keluarga anda berkunjung ke kedai barangan elektrik untuk membeli barangan elektrik seperti pemain cakera padat, televisyen, radio atau mesin basuh?

Kita melakukan sebahagian atau semua daripada perkara tersebut. Oleh itu, kita adalah pengguna.

Kita adalah pengguna apabila kita membeli dan menggunakan produk dan perkhidmatan.

Perlindungan Pengguna
Di Malaysia, kepentingan pengguna dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-ehwal Pengguna (KPDNHEP).

.... 11 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Aktiviti 3a:
Isikan tempat kosong dengan perkataan Produk atau Perkhidmatan. Perkataan bergaris manakah yang merujuk kepada produk atau perkhidmatan?

Produk: bermakna barangan yang dibeli atau digunakan bagi tujuan peribadi atau keperluan keluarga. Perkhidmatan: sesuatu fungsi yang dilakukan oleh individu atau organisasi, di mana pengguna bersedia membayar untuknya.

1) Doktor mengambil suhu badan anda ..

2)

Sepasang stokin dari pasar raya

3) Buku dari kedai buku .

4) Pusat tuisyen; tempat di mana anda menghadiri kelas tambahan

.... 12 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

5)

Posmen menghantar surat ke rumah anda .

6)

Maxis, DiGi, Celcom,

mengenakan bayaran untuk penggunaan rangkaian telekomunikasi mereka .............

7)

Bekalan elektrik dan air

8)

Mekanik memeriksa

kereta ibu anda

9)

Layanan yang diberikan di restoran ..

10) Pihak berkuasa tempatan menyelaraskan aktiviti pengumpulan sampah di kawasan anda.

.... 13 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Aktiviti 3b:
Mengapakah standard penting kepada pengguna?
Jawab YA atau TIDAK untuk soalan di bawah: 1) Adakah anda mahu televisyen anda berfungsi dengan baik supaya anda boleh menonton rancangan kegemaran? Adakah anda mahu mesin basuh anda selamat digunakan? Adakah anda mahu doktor memberikan ubat yang betul? Adakah anda mahu pasar raya menjual roti yang segar? Adakah anda inginkan restoran yang anda kunjungi bersih dan bebas daripada lalat dan lipas?

2)

3)

4)

5)

Jika anda jawab YA untuk semua soalan di atas, anda memerlukan STANDARD.
Standard penting bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang selamat dan mudah digunakan serta mesra alam. Standard juga memastikan produk tahan lama dan befungsi seperti yang sepatutnya.

.... 14 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

Bagaimanakah pengguna membezakan sesuatu produk atau perkhidmatan mematuhi Standard?

Produk-produk yang mempunyai tanda Standard Malaysia (MS) telah melalui satu siri ujian yang ketat bagi memastikan produk tersebut berfungsi seperti yang dinyatakan di dalam standard yang berkaitan.

Sebagai contoh: Standard MS ISO 4000-1:2002 Passanger car tyres and rims Part 1: Tyres memberikan panduan / maklumat kepada pengeluar tayar tempatan tentang cara pengeluaran tayar. Pengguna bijak akan membeli tayar yang mempunyai tanda MS.

Tanda HALAL diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri kepada pengusaha restoran, premis, atau pengilang makanan yang mematuhi keperluan standard HALAL. Tanda HALAL juga diberikan kepada rumah penyembelihan haiwan. Pensijilan Halal adalah berpandukan MS 1500:2004 General Guidelines on the production, preparation, handling & storage of halal foods.

.... 15 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Standard Amalan Pengilangan Baik (atau GMP) diwajibkan bagi pengeluaran dan/atau pengedaran ubat-ubatan dan produk kosmetik. Standard ini memastikan pengeluar atau pengedar barangan tersebut menjaga kebersihan kilang dan menggunakan bahan mentah yang selamat dan bersih dalam pengeluaran ubat-ubatan dan barangan kosmetik.

Pengguna harus merujuk kepada no. MAL12345678 contohnya pada produk sebelum membeli sebarang ubat-ubatan atau produk kosmetik.

.... 16 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

Aktiviti 3c:
Cari label atau tanda.
Bolehkah anda mengenal pasti perbezaan di antara dua gambar makanan ringan / snek di bawah.

Mana satukah yang akan anda beli? ________________________________________________________

Mengapa anda memilih barangan di atas? ________________________________________________________

Pengguna membuat pilihan dengan memeriksa label, tanda dan maklumatmaklumat lain.

PETUNJUK: Bungkusan makanan harus mempunyai maklumat yang jelas dan betul. Rujuk Aktiviti 2A.

.... 17 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Aktiviti 3d:
Mari kita lihat apa yang telah anda pelajari setakat ini. Kuiz: (Bulatkan jawapan yang betul)
1. Siapakah pengguna? a. b. c. d. 2. Mereka yang membeli produk Mereka yang membeli rumah Mereka yang dirawat di hospital Semua di atas

Adakah seorang pelajar itu pengguna? a. Ya b. Tidak

3.

Nyatakan satu contoh Standard Malaysia

4.

Jawab Betul atau Salah. a. b. c. d. Terdapat standard untuk tayar kereta. ____ Tiada standard untuk topi keledar ____ Pastikan terdapat nombor MAL .. apabila membeli syampu ______ Standard mandatori adalah standard yang digunakan secara sukarela oleh sesebuah syarikat. ______

.... 18 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

4. Siapakah yang terlibat dalam pembangunanstandard di Malaysia?


Jabatan Standard Malaysia (DSM)

bertanggungjawab dalam aktiviti-aktiviti standard dan akreditasi.

DSM adalah jabatan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia (MoSTI).

DSM telah melantik SIRIM Berhad untuk menjalankan tugas-tugas membangunkan Standard Malaysia. SIRIM Berhad juga bertanggungjawab menerbit, mengedar dan menjual Standard Malaysia yang telah diluluskan.

Produk yang dikeluarkan mengikut standard Malaysia adalah berkualiti dan selamat digunakan.

.... 19 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menentukan adanya standard tertentu untuk produk dan perkhidmatan, dengan tujuan melindungi pengguna. KPDNHEP memastikan pengguna mendapatkan nilai produk dan perkhidmatan yang setimpal dengan wang yang dibelanjakan.

Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia (PPSM) adalah organisasi bukan kerajaan. PPSM ditubuhkan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna tentang kepentingan standard. PPSM juga mewakili pengguna di dalam kerja-kerja pembangunan standard.

Pengetahuan tentang standard membantu pengguna membuat pilihan bijak semasa pembelian produk dan perkhidmatan.

.... 20 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

Aktiviti 4a:
Isi Tempat Kosong
Isi tempat kosong dengan perkataan yang terdapat di dalam kotak di bawah. Anda boleh menggunakan satu perkataan lebih daripada sekali. 1. Apakah nama singkatan Jabatan Standard Malaysia? __________________________________________ 2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memastikan standard _________________bagi produk dan perkhidmatan untuk pengguna dipatuhi. 3. SIRIM Berhad dipertanggungjawabkan untuk tugas-tugas ____________ _______________ Standard Malaysia? 4. Standard memastikan produk dan perkhidmatan adalah ______________, ________________ digunakan ______________pengguna dan __________________. 5. KPDNHEP ________________ pengguna.

.... 21 ....

keselamatan, tahan lama. selamat, alam sekitar, melindungi, DSM, membangunkan, mudah,

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Bagaimanakah Standard Malaysia dibangunkan?


1. Mana-mana kumpulan syarikat, badan-badan kerajaan (seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaKPDNHEP) dan organisasi bukan kerajaan (seperti Persatuan Standard boleh keperluan sesuatu Pengguna-Pengguna Malaysia-PPSM) mencadangkan membangunkan standard baru. 2. KPDNHEP, PPSM atau organisasi lain

boleh juga memberi cadangan untuk memperbaiki standard yang sedia ada dari aspek kesihatan, keselamatan pengguna, alam sekitar dan sebagainya.

3.

DSM akan mengarah SIRIM Berhad untuk menguruskan pembangunan Standard Malaysia yang baru.

4. Sekumpulan pakar akan membincangkan draf Standard Malaysia (DMS Draft Malaysian Standards).

.... 22 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

5.

Draft Malaysian Standard akan diterbit dan diedarkan untuk mendapatkan pandangan daripada para pengguna, syarikat dan agensiagensi berkaitan.

6.

Pandangan berguna dan yang berkaitan akan dikumpul dan dikemaskini di dalam DMS untuk dikeluarkan sebagai Draf Akhir Standard Malaysia (FDMS-Final Draft Malaysian Standard).

7.

FDMS akan dihantar ke Kementerian Sains,

Teknologi dan Innovasi (MOSTI) bagi mendapatkan kelulusan. FDMS diterbitkan sebagai Standard Malaysia (MS).

Beberapa standard telah dikuatkuasakan melalui perundangan Malaysia. Contohnya, Akta Makanan 1983, Akta Kawalan Dadah dan Kosmetik dan Peraturan Kosmetik 1984 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Standard-standard ini dipanggil standard mandatori.

Penglibatan pengguna dalam aktiviti standardisasi adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan sesuatu standard. Ini menjadikan standard lebih berkesan dalam melindungi pengguna. Pengguna akan mendapat produk dan perkhidmatan yang selamat kepada kesihatan mereka, tahan lebih lama, mudah digunakan dan mesra alam.

.... 23 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Proses Pembangunan Standard di Malaysia


Standard Malaysia dibangunkan oleh sekumpulan pakar dan orang yang berpengalaman yang dikenal pasti oleh SIRIM Berhad.

Pada mulanya, kumpulan ini akan bermesyuarat dan berbincang untuk mencapai persetujuan tentang kandungan standard baru (Standard Malaysia - MS).

Kemudian satu draf disedia dan diedarkan untuk mendapat komen daripada pihak awam. Sesiapa yang berminat boleh memberikan pendapat tentang kandungan draf tersebut.

Akhirnya, apabila semua komen telah dipertimbangkan, draf standard tersebut akan diterbitkan sebagai Standard Malaysia atau MS.

.... 24 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

Aktiviti 4b:
Perkataan Rahsia
Gunakan petunjuk di bawah untuk mencari perkataan rahsia. 1 2 3 4 5 6 7 A B C D E F G H I

1) _S_ ___ _A_ ___ ___ ___ ___ ___ 19 20 1 14 4 1 18 4 2) ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ 11 16 4 14 8 5 16 3) ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___
16 5 18 12 9 14 4 21 14 7 1 14

8 9

10 J 11 K 12 L 13 M 14 N 15 O 16 P 17 Q 18 R 19 S 20 T 21 U 22 V 23 W 24 X 25 Y 26 Z 9

4) ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___


16 5 14 7 7 21 14 1

5) ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___


13 1 14 4 1 20 15 18

Jawapan: 1. STANDARD 2. KPDNHEP 3. PERLINDUNGAN 4. PENGGUNA 5. MANDATORI

.... 25 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Aktiviti 4c:
Mencari Perkataan Tersembunyi
Anda perlu mencari huruf rahsia dengan menggunakan petunjuk di bawah. Susun huruf-huruf tersebut mengikut nombor yang diberi di bawah. Apakah perkataan tersebut? 1. 2. Apakah huruf pertama dalam perkataan selamat? S Apakah huruf yang sama bunyinya dengan perkataan teh dalam Bahasa Inggeris? 3. 4. Apakah huruf yang hilang dalam perkataan b_ngun? Anda perlukan huruf ini untuk menukarkan perkataan skim kepada satu perkataan Inggeris bagi membawa maksud kulit. 5. 6. 7. 8. Anda perlukan Vitamin ini untuk kesihatan tulang yang baik. Anda perlukan huruf ini untuk menjadikan topi kepada tapi. Apakah yang membezakan di antara perkataan kaya dengan raya? Apakah huruf yang perlu untuk menjadikan juri kepada judi?

Jawapan:

S ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___


1 2 3 4 5 6 7
.... 26 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

5. Badan-badan Standard Antarabangsa

Terdapat tiga badan antarabangsa yang terlibat di dalam pembangunan standard antarabangsa, iaitu: ISO International Organization for Standardization IEC International Electrotechnical Commission ITU International Telecommunication Union

ISO adalah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1947. ISO bertujuan membangunkan standard dan aktivitiaktiviti berkaitan standardisasi antarabangsa. Standard ISO diterbitkan sebagai Standard Antarabangsa atau International Standards. Standard Antarabangsa menjadikan perdagangan antarabangsa lebih mudah.

Malaysia juga salah satu negara yang menganggotai ISO yang diwakili oleh Jabatan Standard Malaysia atau DSM.

.... 27 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

IEC adalah badan yang menetapkan standard antarabangsa bagi barangan, komponen dan perkhidmatan berkaitan dengan elektrik dan elektronik. Ia ditubuhkan pada tahun 1906. Malaysia juga menganggotai IEC yang diwakili oleh DSM.

ITU ditubuhkan pada tahun 1865 dan merupakan badan antarabangsa yang tertua. Pada masa itu ia dikenali sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa. Badan ini ditubuhkan untuk menentukan standard dan kawalan bagi radio dan telekomunikasi antarabangsa. Fungsi utama badan ini adalah menyelaraskan aktiviti standardisasi berkaitan sistem perhubungan telekomunikasi antara negara bagi membolehkan panggilan antarabangsa dilakukan.

Malaysia adalah ahli ITU melalui keahlian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

.... 28 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

ISO juga menjalinkan kerjasama dengan badan-badan utama seperti di bawah:

1)

Food and Agriculture Organization (FAO)

2)

World Health Organization (WHO)

3)

Codex Alimentarius (CODEX)

4)

World Trade Organization (WTO)

.... 29 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Aktiviti 5a:
Logo Berkaitan Badan-badan Standard Antarabangsa
Padankan logo badan-badan standard di sebelah kiri dengan huraian di sebelah kanan. Nomborkan padanan yang sesuai seperti contoh yang telah diberi.

Logo

Huraian

Ruang Jawapan

Merupakan badan antarabangsa yang tertua

Ia ditubuhkan pada tahun 1906.

Ia ditubuhkan pada tahun 1948.

Ia ditubuhkan pada tahun 1947.

.... 30 ....

Jawapan: (dari atas ke bawah): 2,3,4,1

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

6. Standard Bagi Perlindungan Keselamatan Makanan


Standard yang digunakan untuk memastikan keselamatan makanan dikenali sebagai HACCP. Penggunaan standard ini dalam pemprosesan makanan dan pengendalian makanan bertujuan untuk menjamin makanan yang selamat kepada pengguna. HACCP adalah singkatan bahasa Inggeris: HACCP dalam singkatan bahasa Inggeris bermakna: H HAZARD A - ANALYSIS C - CRITICAL C - CONTROL P - POINT (Bahaya) (Analisis) (Kritikal) (Kawalan) (Titik)

HACCP mula digunakan ke atas makanan angkasawan untuk memastikan makanan yang bersih dan selamat. Oleh kerana HACCP penting, ramai yang berpendapat HACCP sangat berguna dalam memastikan pengguna mendapat makanan yang bersih dan lebih selamat.

HACCP memastikan makanan adalah selamat dari Ladang ke Meja atau Farm to Table.
.... 31 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Aktiviti 6a:
Mengenal pasti cara Pembungkusan dan Penyimpanan
Lihat gambar makanan dan minuman di bawah. Apakah cara pembungkusan makanan dan minuman tersebut? Di manakah biasanya anda lihat barang-barang ini diletakkan di pasaraya? (peti sejuk atau rak)

Simpan pada

Marjerin

O suhu 4 C

UHT

Bahan

Cara Pembungkusan Plastik Kertas Gelas

Tempat Penyimpanan Peti Sejuk Rak

Susu Coklat Marjerin Roti Jem

.... 32 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

Akta Makanan Malaysia 1983

Akta Makanan Malaysia 1983, menyatakan bahawa semua makanan yang dibungkus hendaklah mengandungi maklumat yang lengkap untuk melindungi pengguna seperti: 1) 2) Nama produk Senarai bahan / kandungan / ramuan 3) 4) 5) 6) Tarikh luput Berat bersih Maklumat pemakanan Alamat pengeluar
GOOD BREAD

Maklumat yang tidak betul dan tidak jelas pada bungkusan makanan akan mengelirukan pengguna.
Guna sebelum 12 Feb 2006

.... 33 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Aktiviti 6b:
A) C)

B)

Tandakan jika bahan pembungkus di atas mempunyai maklumat seperti di bawah.


Pembungkus Berat Bersih A B C Nama Produk Senarai Bahan Maklumat Pemakanan

1) 2)

Apakah maksud tarikh luput? ____________________________________ Mengapa kita perlu mengetahui tarikh luput sesuatu produk? __________________________________________________________

Jawapan: 1. Produk makanan tidak selamat dimakan selepas tarikh ini. 2. Untuk memastikan produk yang dibeli selamat digunakan.

.... 34 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

7. Standard untuk Perlindungan Alam Sekitar


Terdapat beberapa standard yang dibangunkan untuk perlindungan alam sekitar. ISO telah membangunkan standard sistem pengurusan alam sekitar (EMS) yang dikenali sebagai ISO 14001. Malaysia telah menerima pakai dan menjadikan standard tersebut sebagai Standard Malaysia MS ISO 14001.

Syarikat-syarikat yang mematuhi keperluan standard ISO 14001 akan dianugerahkan dengan pensijilan ISO 14001 atau MS ISO 14001 selepas diperiksa oleh badan pensijilan yang diiktiraf oleh DSM.

Kitar Air

.... 35 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Selain daripada ISO 14001, terdapat juga tanda tanda pada produk yang menunjukkan bahawa produk tersebut adalah mesra alam. Contohnya: 1) 2) tanda kitar semula Buang ke dalam tong sampah yang dikhaskan Barangan elektrik yang mempunyai tanda ini tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah biasa. Malaysia mempunyai tanda yang digunakan pada produk yang mesra alam. Ia dikenali sebagai Ecolabel. Ia diberikan oleh SIRIM Berhad, kepada produk telah diuji dan dibuktikan sebagai mesra alam.

Negara-negara lain juga mempunyai tanda bagi produk dan perkhidmatan mesra alam; contohnya:

Ecolabel digunakan pada produk yang mesra alam. Tanda ini digunakan di negara-negara Eropah.

Tanda ini dikenali sebagai GreenLabel dan digunakan di Singapura. Tanda ini digunakan pada produk yang mesra alam.

.... 36 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

Aktiviti 7a:
Susunkan Tanda
Susunkan kelima-lima tanda sedemikian supaya dua tanda yang sama tidak berada dalam kedudukan yang bersebelahan dan tidak berulang dalam setiap jalur dan baris.

sampul surat mengandungi logo-logo untuk aktiviti

.... 37 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Aktiviti 8a:
Sila lihat gambar pakaian di bawah.
Mengapakah ia berlainan. Bolehkah kita di Malaysia menggunakan pakaian seperti gambar A. Apakah ciri-ciri kain dan pakaian bagi gambar A, B dan C.

A. Pakaian Sejuk Senaraikan ciri-ciri bagi 1) Gambar A

B. Pakaian iklim panas

C. Pakaian tropika

haba - udara - longgar - gentian semula jadi - peluh - tahan lama - lapisan

Pakaian sejuk harus diperbuat daripada gentian semulajadi yang tahan lama. Kain yang menyerap peluh, memudahkan aliran udara dan boleh memerangkap haba adalah paling sesuai. Pakaian sejuk biasanya dipakai longgar. 2) Gambar B
serap-peluh - warna aliran udara gentian semula jadi

_______________________________________________________ _______________________________________________________ 3) Gambar C


serap peluh gentian semula jadi - aliran udara

_______________________________________________________ _______________________________________________________

.... 38 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

Aktiviti 8b:
Teka Silangkata
Gunakan petunjuk di bawah untuk mencari perkataan di dalam silang kata di bawah ini.

Melintang:
1. 2. 4. 5. _________________ memastikan produk adalah mudah dan selamat digunakan oleh pengguna. Standard ini dikuatkuasakan oleh kerajaan. _______________ Kementerian ini memastikan semua standard yang menentukan keselamatan produk dan perkhidmatan pengguna dipatuhi. Standard juga memastikan produk atau perkhidmatan adalah _____________digunakan

Menegak
1. 3. 6. 7. 8. 9. __________ adalah salah satu organisasi yang menyelaraskan pembangunan standard di Malaysia. Standard ini memastikan makanan dihasilkan dalam persekitaran bersih. _____________adalah badan standard dan akreditasi Malaysia. ________________________ boleh menyuarakan pendapat mereka mengenai standard yang dibangunkan melalui wakil-wakil pengguna. _______ berkerjasama dengan pelbagai organisasi di peringkat antarabangsa untuk membangunkan standard untuk kegunaan seluruh dunia. Untuk menentukan sama ada sesuatu produk mematuhi sesuatu standard, pengguna perlu merujuk kepada ___________ pada produk.

.... 39 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Aktiviti 8c:
Ciri-ciri Keselamatan
Apakah ciri-ciri keselamatan yang patut ada pada barangan di bawah: Bina ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberikan. (Sila lihat barangan di rumah anda yang sama atau hampir sama dengan barangan di bawah.) Contoh: jauhkan peti sejuk kanak-kanak tahan haba dulang oven panas Jauhkan oven dari peti sejuk. Jangan biarkan kanak-kanak mengendalikan oven. Gunakan alas tangan tahan haba semasa mengeluarkan dulang daripada oven panas.

sentuh bawah seterika. air kejutan elektrik selipar - getah _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

pakai tali tanda - MS _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

tarikh luput pembungkus nama alamat pemakanan _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________
.... 40 ....

Jom! Kita menerokai alam Standard! ....

Tahap Pertengahan
Peringkat Umur 9 hingga 12

Jawapan Aktiviti:
Aktiviti 7a:
Susunkan Tanda mukasurat 37

Aktiviti 8b:
Teka Silangkata mukasurat 39

.... 41 ....

Anda mungkin juga menyukai