mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah
yang
boleh
diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokokpokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan
secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .
Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.
Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian sewajarnya dalam memastikan pembangunan mapan negara dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Melihat kepada istilah pendidikan alam sekitar, ia didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran bagi tujuan untuk memahami interaksi antara manusia dengan alam sekitar (yakni tanggungjawab dan peranan manusia dalam mengurus alam sekitar secara bijaksana agar kelestariannya terus terpelihara).
Dalam konteks ini, pendidikan alam sekitar yang mantap dilihat bukan sahaja berupaya melahirkan generasi yang peka terhadap isu-isu alam sekitar semasa. Malahan, ia juga dapat memperbaiki tahap kemampuan serta kemahiran manusia dalam menangani dan menyelesaikan segala isu serta permasalahan alam sekitar yang berlaku pada hari ini. Justeru, bagi mencapai tahap keberkesanan dalam pendidikan alam sekitar, komponen utama dalam pembelajaran perlulah menggabungkan aspek alam sekitar dengan pembangunan.
Bagi memastikan keberkesanan pendidikan alam sekitar, sekolah dilihat sebagai sebuah institusi yang cukup penting dalam menggalas tanggungjawab tersebut agar matlamat meningkatkan kualiti hidup dan juga mutu alam sekitar mampu dicapai dengan jayanya. Tidak dapat kita sangkal bahawa pada hakikatnya hari ini tahap kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar masih lagi belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Bukti ini jelas apabila saban hari kita masih lagi disogokkan dengan permasalahan alam sekitar yang tidak pernah surut (seperti masalah pencemaran, kemerosotan sumber dan sebagainya).
Dalam mengekang permasalahan ini, guru sebagai pendidik perlulah turut sama mengambil peranan menerapkan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran tidak kira sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah dan juga menengah atas. Malah, pendidikan alam sekitar ini tidak seharusnya terhad kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkaitan alam sekitar semata-mata, sebaliknya guru-guru di luar bidang berkenaan juga boleh menyelitkan unsur pendidikan alam sekitar (misalnya sebelum memulakan sesi pengajaran ataupun selepas berakhirnya sesi pengajaran).
Mudah-mudahan dengan penerapan elemen pendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, ia mampu membentuk dan melahirkan generasi masa hadapan yang lebih menyayangi dan menghargai nikmat alam sekitar. Pelaksanaan pendidikan alam sekitar ini dilihat amat penting dalam memastikan matlamat negara melahirkan generasi yang sentiasa cakna' terhadap aspek kelestarian alam sekitar tercapai.
Sementelah, pendidikan alam sekitar sangat berkait rapat dengan konsep manusia sebagai khalifatullah. Yakni, manusia perlu memahami peranan sebenar yang harus dimainkan oleh mereka dalam menggalas tanggungjawab yang telah
diamanahkan oleh Allah di atas muka bumi ini. Jika dilihat dari sudut perspektif Islam sendiri, sangat ditekankan bahawa pendidikan dan pengurusan alam sekitar perlulah bersumberkan al-Quran dan Sunnah.
Malahan, Islam mengajar kita bahawa setiap kejadian di atas muka bumi ini dan segala komponen yang ada di dalamnya mempunyai peranan dan fungsi masingmasing. Dalam konteks ini, komponen-komponen berkenaan saling berkait rapat serta berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana yang harmoni dan manusia sekalikali tidak berhak merosakkannya dengan sewenang-wenangnya. Perspektif ini adalah berdasarkan ajaran tauhid yang menerangkan kedudukan serta peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.
Dalam al-Quran telah diterangkan dengan jelas tugas manusia sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan alam. Istilah memakmurkan alam' ini adalah merangkumi semua aspek kehidupan manusia, tidak kira sama ada yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan penciptanya, hubungan manusia sesama manusia mahupun hubungan manusia dengan alam sekitar seluruhnya. Justeru, kita sebagai khalifah perlulah menyedari bahawa tugas melestarikan alam sekitar bukan merupakan suatu pilihan tetapi ia merupakan suatu kewajipan yang sangat dituntut oleh Islam.
Oleh yang demikian, ia menjadi kewajipan kita untuk memastikan ekosistem hutan dipulihara dengan baik, mengelakkan daripada melakukan pencemaran terhadap alam sekitar, menghentikan pembakaran terbuka, menghindarkan daripada melakukan pembalakan haram dan berjimat cermat dalam menggunakan sumber tenaga bagi memastikan alam sekitar kita selamat dan terus terpelihara daripada segala bentuk
ancaman kemusnahan. Justeru, dalam mengekang kesemua permasalahan alam sekitar, perlaksanaan pendidikan alam sekitar perlulah berasaskan kepada falsafah pendidikan Islam yakni sangat menitikberatkan hubungan manusia dengan alam dan komponen-komponen yang ada di dalamnya sebagai salah satu teras utama.
Di sini peranan guru seharusnya ditekankan dengan sewajarnya bahawa mereka bukan sahaja bertanggungjawab sebagai penyampai ilmu pengetahuan dalam bidang akademik semata-mata, sebaliknya turut menerapkan Islam sebagai satu cara hidup dalam pengajaran. Dalam konteks pengaplikasian pendidikan alam sekitar dalam pengajaran, guru perlu membuat perancangan awal walaupun mungkin penerapan tersebut hanya melibatkan jangka masa yang singkat iaitu dua atau tiga minit sahaja. Apa yang penting ialah mesej berkaitan pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan secara berterusan.
Selain itu, guru juga boleh merancang aktiviti luar bilik darjah kepada para pelajar untuk memberi pendedahan secara langsung kepada mereka agar berpeluang merasai sendiri pengalaman sebenar menghayati alam sekitar. Ia penting bagi mendorong minat yang mendalam serta sifat ingin tahu dalam kalangan para pelajar berhubung aspek kelestarian alam sekitar dan segala komponen yang ada di dalamnya. Ini memandangkan pendedahan pengetahuan secara teori semata-mata mengenai alam sekitar hanya dapat mempengaruhi sedikit sahaja pembentukan sikap terhadap alam sekitar berbanding pengalaman yang dirasai sendiri oleh para pelajar.
Malahan, dalam merealisasikan pendidikan alam sekitar guru juga seharusnya berupaya mencetuskan motivasi dalam diri para pelajar untuk sama-sama berperanan dalam menjaga alam sekitar. Salah satu kejayaan besar bagi seseorang guru ialah apabila mereka mampu menjadi mentor yang baik dalam membimbing para
pelajar sekaligus berjaya menghidupkan roh mereka menjadi golongan pelajar yang bukan sahaja berakhlak mulia tetapi juga mencintai alam sekitar.
Mudah-mudahan dengan peranan berterusan yang dimainkan oleh para guru dalam menerapkan pendidikan alam sekitar akan membuahkan hasil yang positif dalam merealisasikan matlamat negara untuk melahirkan generasi pelapis yang berilmu dan dalam masa yang sama turut prihatin terhadap alam sekeliling.