Anda di halaman 1dari 12

KEPEMIMPINAN GURU

Kepemimpinan guru
PENGENALAN: proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan. kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus.

Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.

ASAS KEPEMIMPINAN
Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Pemimpin boleh membawa rakyatnya kepada keselamatan yang hakiki di dunia & di akhirat. Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan, 2002). Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan

JENIS-JENIS KEPEMIMPINAN

4 Jenis Kepemimpinan 1.Kepemimpinan Semulajadi:seorang berpengaruh tidak dilantik secara formal atas dasar persetujuan semata-mata saja. Conth:orang yang paling tua, paling berpengalaman, mempunyai kemahiran tertentu serta mempunyai identiti dan interpersonal yang dikagumi dan dihormati. 2.Kepemimpinan Berkarisma: Max Weber (1947), menyatakan seseorang ketua dianggap oleh pengikutnya mempunyai kualiti istimewa dan luar biasa yang mampu memyelesaikan segala masalah serta pengikut memberikan taat setia yang sepenuhnya.

JENIS-JENIS KEPEMIMPINAN

3.Kepemimpinan Birokratik. Max Weber (1989) menyatakan Kepemimpinan Birokratik dilantik ke jawatan yang disandang secara rasmi dlm sesebuah organisasi & bertindak menggunakan kuasa yang ada bertujuan memaksimakan kecekapan menggunakan pendekatan rasional. 4. Kepemimpinan teragih. Kepemimpinan diagihkan dalam suatu jaringan interaktif antara pemimpin dengan semua ahli dan dapat menimbulkan semangat kerjasama serta keakraban sesama rakan setugas. Kepemimpinan jenis ini dianggap sebagai jenis kepemimpinan yang paling sesuai untuk organisasi sekolah kerana sebahagian besar ahlinya terdiri daripada golongan profesional yang mempunyai autoriti dalam bidang kepakaran masing-masing.

Teori Kepemimpinan.
1.Teori Trait Ciri Psikologi. Teori ini menyatakan bahawa seorang pemimpin itu memiliki peribadi dan karakter yang berbeza dengan kebanyakan orang. Contohnya, dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling secepat mungkin, kepekaan sosial, seorang yang bercita-citatinggi dan besar, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, mempunyai keinginan mendominasi, energetik, yakin dengan dirinya sendiri, kalis daripada tekanan dan sedia memikul tanggungjawab.

Teori Kepemimpinan.

2.Teori Tingkahlaku. Terdapat tiga gaya kepemimpinan iaitu:i. Kepemimpinan Autoritarian Pemimpin bersifat mengarah dan penglibatan surbodinat dalam membuat keputusan adalah minimum. ii. Kepemimpinan demokratik Pemimpin menggalakkan perbincangan dan pembuatan keputusan bersama. iii. Kepemimpinan laissez-faire Pemimpin memberikan kebebasan penuh kepada surbodinat untuk membuat keputusan secara bersendirian.

Teori Kepemimpinan
3.Teori Situasi sesuatu kepemimpinan dipengaruhi oleh situasi di mana faktorfaktor tertentu daripada situasi yang khusus menentukan pemimpin yang sesuai bagi keadaan tersebut. Contoh;Seseorang pemimpin memerlukan bantuan dan sokongan bagi muncul dan seterusnya memimpin. 4.Teori Kontinjensi. Joan Woodward (1958), tahap efektif seseorang pemimpin itu berorientasikan tugasannya (task oriented) dan mungkin juga berorientasikan hubungan dengan orang bawahan yang dipimpinnya (relation oriented). Ianya bergantung kepada tuntutan terhadap situasi,kehendak serta keperluan semasa.

Teori Kepemimpinan

5. Teori Kepemimpinan Moral. secara teori maupun praktik. moral merupakan sistem intrinsik ketahanan manusia dalam hubungan dengan orang lain. Ianya termasuk kemampuan memaksa diri untuk berperilaku dan berbuat baik, sehingga pada akhirnya menciptakan situasi yang kondusif bagi terciptanya kesatuan masyarakat. Secara praktis ,moral merupakan syarat mutlak terciptanya suatu bangsa yang sihat dan survive serta membangun.

Emile Durkheim (1925), mengemukakan, moral dilihat

Kepemimpinan Sekolah

Pengetua/Guru Besar - ketua organisasi bagi melahirkan staf yang komited & sebagai seorang pengurus dapat membimbing staf patuh kepada peraturan kurikulum. Pengetua/Guru Besar - pengurus yang sangat penting, berpengaruh, bertanggungjawab, berjiwa pemimpin dan penghubung utama antara sekolah dengan komuniti.

Cabaran Kepemimpinan

Sekian,terima kasih.
Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah. ( Surah al-Ahzab, ayat
21)