Anda di halaman 1dari 41

TUGASAN PENDIDIKAN MORAL

TAJUK 8 : TEORI PERKEMBANGAN MORAL

CHRISTY VIVIEN JIMMY 900831-12-5896 PPISMP PEMULIHAN(BM)/MT/BI NAMA PENSYARAH : CIK LING PICK YIENG

PENGENALAN
Perkembangan moral adalah satu perkara penting yang mesti diketahui sebelum program pendidikan moral dapat digubal. Pengetahuan mengenai perkembangan ini perlu kerana pemilihan kaedah pengajaran,penggunaan bahan atau isi pelajaran serta pemberian tugas kepada murid-murid di peringkat pemikiran yang tidak sesuai dengan perkembangan murid-murid itu boleh menyekat perkembangan mereka. Ini salah dari segi pendidikan. Pelbagai penerangan mengenai perkembangan moral telah dikemukakan oleh para penyelidik yang mempunyai fahaman,pandangan dan pendapat yang berbeza. Contohnya,Kay (1968) mengkategorikan penerangan tentang perkembangan moral.Wright (1978) meneliti teori perkembangan kognitif yang berkaitan dengan pertimbangan moral sebagai satu penerangan perkembangan moral. meneliti teori-teori psikoanalisis dan pembelajaran tingkah laku.membincangkan pandangan teori kelompok social oleh Hoffman (1970) yang menyatukan teori-teori psikoanalisis dan pembelajaran tingkah laku di bawah judul teori pembelajaran sosial. Walau bagaimanapun,tidak semua teori perkembangan moral yang dicatatkan di atas mendapat sokongan. Sekarang ini,sama ada wajar ataupun tidak,perhatian hanya diberikan kepada teori pembelajaran sosial dan teori perkembangan kognitif yang menawarkan kaedah-kaedah alternatif dalam mengkaji perkembangan moral,dan menurut Edwards(1983) teori-teori ini mewakili dua perspektif teoritikal yang bertanding di antara satu dengan yang lain.

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL


DEFINISI
Perkembangan Moral boleh didefinisikan mengikut tiga aspek perkembangan iaitu Perkembangan pemikiran moral penaakulan tentang apa yang benar dan apa yang salah. Perkembangan perasaan moral ingin melakukan perkara yang baik. Perkembangan tingkah laku moral tindakan yang benar atau baik. Perkembangan dalam ketiga-tiga aspek ini akan membawa kepada kematangan moral kanak-kanak. Tidak ada satu teori pun yang dapat menerangkan sepenuhnya perkembangan moral. Jadi untuk mendapatkan suatu gambaran yang lengkap mengenai perkembangan moral,individu perlu mensintesiskan teori-teori pembelajaran sosial kepada teori perkembangan kognitif. Teori pembelajaran sosial memantapkan kefahaman guru tentang faktor-faktor persekitaran sosial yang mempengaruhi pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Teori perkembangan kognitif pula memberi penekanan kepada penaakulan moral,teori psiko-analisis menumpu kepada perasaan atau emosi.

PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF


Teori perkembangan kognitif mendakwa perkembangan moral dibayangi oleh perubahan-perubahan dalam pertimbangan moral. Perubahan ini berlaku mengikut perkembangan dan kematangan intelek individu itu. Memang benar penyelidikan yang dijalankan oleh Jean Piaget mencadangkan bahawa perkembangan intelek boleh mengubah sikap kanak-kanak terhadap peraturan moral. Boleh juga dikatakan perkembangan mental,kognitif dan intelektual kanak-kanak membolehkan kanak-kanak itu mengalami pertumbuhan yang mengeluarkannya daripada peringkat kemoralan heteronomous ke peringkat kemoralan autonomi. Peringkat kemoralan heteronomous bermaksud peringkat individu melakukan apa yang disuruh,mematuhi tradisi,norma,kebiasaan atau adat dan peraturan lain yang ditentukan oleh autoriti,manakala peringkat kemoralan autonomi bermakna peringkat individu mematuhi peraturan secara reflektif kerana sebabsebab tertentu. Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif tidak bersetuju dengan pendapat ahli-ahli psikologi behaviorisme atau tingkah laku. Mereka dapati proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak adalah berterusan dan tidak selalunya melalui pengaruh dan asuhan. Jika hanya asuhan boleh membentuk moral maka ibubapa mengasuh anak-anak menjadi baik tetapi masih ada kanak-kanak yang suka cakap bohong,pemarah,dan pentingkan diri sendiri. Ahli-ahli psikologi gestalt seperti Kurt Koffka,Wolfgang Kohler,Jean Piaget dan Max Wertheimer

mendapati proses perkembangan kanak-kanak dipengaruhi dengan perkembangan kognitif. Setiap kanak-kanak membentuk struktur kognitif dalam ingatannya iaitu menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam otak. Mazhab Gestalt (kognitif) berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental(otak) untuk mengelola,menyusun,menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan supaya boleh mengaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan itu dengan masalah yang dihadapi. Ini dikenali sebagai celik akal,intusion dan berilmu. Walaupun Piaget adalah tokoh yang pertama menerangkan pendekatan perkembangan kognitif dalam perkembangan moral(Hoffman,1970) dan walaupun penyelidikannya menjadi kajian terpenting dalam bidang ini(Bull,1969),namun ramai berpendapat mulai akhir tahun-tahun 1950-an,pelopor utama teori perkembangan kognitif ialah Lawrence Kohlberg. Oleh itu,penerangan lanjut tentang teori perkembangan kognitif akan ditumpukan kepada karya Kohlberg. Terdapat tiga tahap perkembangan moral dalam skema Kohlberg dan setiap satunya dibahagikan kepada dua peringkat. Menurut Shaver dan Strong(1982),ketiga-tiga tahap ini ialah Tahap Prakonvensional,Tahap Konvensional,dan Tahap Postkonvensional. Ia juga mempunyai enam peringkat perkembangan moral iaitu : Peringkat 1 : Orientasi Hukuman dan Patuh Peringkat 2 : Orientasi Keindividualan Peringkat 3 : Persetujuan Antara Individu Peringkat 4 : Orientasi Mempertahankan Sistem Sosial Peringkat 5 : Orientasi Kontrak Sosial Peringkat 6 : Orientasi Prinsip Etika Sejagat

PEMBELAJARAN SOSIAL
Idea tentang pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter(1963) telah menghalusi dan mendalamkan kajian ini. Teori pembelajaran sosial ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan dan mengikut(tiru) orang lain melakukan sesuatu. Ini dilakukan dengan cara memerhatikan tingkah laku,gerak balas,bahasa dan sifat-sifat personality yang ditonjolkan oleh orang lain. Kanak-kanak suka mendengar cerita,berlakon,simulasikan dirinya dengan idolnya dan mengikut gerak geri ibubapanya. Dalam proses pembelajaran ini kanak-kanak dapat membentuk personaliti dan pemikiran kemoralannya dalam perkembangan pembelajaran ini.

PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
Teori pembelajaran behavioris atau tingkah laku diketengahkan oleh beberapa orang tokoh di antaranya ialah Sigmund Freud,Watson,Thorndike,Skinner,Mowrer dan Eysenck. Teori pembelajaran tingkah laku menekankan kepentingan pengaruh orang dewasa dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Amalan dan campur tangan awal oleh orang dewasa adalah penting dalam pembentukan perkembangan moral kanak-kanak. Orang dewasa terutamanya ibu bapa dan penjaga boleh mempengaruhi tingkah laku melalui tiga cara iaitu dengan mendenda,member ganjaran dan dengan menjadi model kepada kanak-kanak. Boleh juga dikatakan ibu bapa dan penjaga adalah sumber peneguhan negative atau positif di samping menjadi contoh yang berkesan. Psikoanalisis menumpukan perhatian kepadakeadaan dalaman individu teori pembelajaran tingkah laku menegaskan teknik-teknik pemeliharaan kanak-kanak atau perbezaan sosiobudaya (Downey dan Kelly,1978). Perkembangan moral kanakkanak(tingkah laku kanak-kanak) bergantung kepada asuhan yang diterimanya,kanak-kanak yang menerima disiplin dan latihan yang sesuai melalui ganjaran dan dendaan serta dikelilingi oleh orang dewasa yang menjadi model baik akan mempunyai suara batin yang kuat. Penggunaan dendaan dan lain-lain bentuk peneguhan negative yang kerap akan menimbulkan kerisauan dan kebimbangan di kalangan kanak-kanak. Ini mungkin menyekat tingkah laku yang tidak diingini atau anti-sosial untuk jangka waktu yang pendek. Disebaliknya penggunaan peneguhan positif termasuk pemberian ganjaran berkemungkinan besar akan menghasilkan pengulangan dan pengukuhan tingkah laku yang diingini dan pro-sosial. Dalam proses

melihat dan memerhati tingkah laku orang dewasa,kanak-kanak akan mempelajari banyak perkara. Tingkah laku dan sikap orang dewasa akan menjadi model untuk kanak-kanak meniru. Kalau kanak-kanak dikelilingi dengan banyak contoh dan model yang baik maka mereka akan mempamerkan tingkah laku yang positif. Ini akan mengukuhkan suara hati kanak-kanak supaya bertingkah laku dengan baik. Jika kanakkanak telah dilazimkan dengan model-model negative dikelilingnya maka kemungkinan besar kanak-kanak tidak merasa bersalah apabila bertingkah laku negative. Menurut Graham(1972) pula,beberapa kajian telah menyokong pandangan bahawa secara amnya,kanak-kanak kerap kali mencontohi penjaga-penjaga mereka.

PERKEMBANGAN MORAL HUMANIS


Teori pembelajaran humanis memberi tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan dan emosinya. Pendekatan ini menekankan cara pemikiran,pengamatan dan interpretasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan tingkah laku moral. Ahli-ahlli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu sedar dan bertanggungjawab terhadap segala tingkah lakunya. Unsur atau kuasa yang menggerakkan tingkah laku itu adalah kecenderungan untuk berkembang dan mencapai hasrat,niat dan motif diri (self-actualization). Abraham Maslow mendapati bahawa setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksimum walaupun terdapat halangan-halangan dalam proses itu. Teori ini melihatkan kecenderungan semula jadi bagi mencapai hasrat diri dan potensi individu. Ahli-ahli psikologi seperti Carl Rogers menggunakan pendekatan tanpa arah(kaunseling) untuk mendorong kliennya meluah perasaan dan interpretasi terhadap sesuatu perkara atau isu yang dihadapinya. Proses ini dapat melihatkan reaksi dan pemikiran individu terhadap sesuatu isu dan tingkah lakunya terhadap isu tersebut.

PERSONALITI
Menurut Sigmund Freud(1939),beliau mendefinisikan personaliti itu sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang individu iaitu tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain. Personaliti ini termasuk tingkah laku, pergerakan, tindak balas, pemikiran, khayalan, sifat mempertahankan diri dan konsep kendiri. Perkembangan struktur personality manusia dalam teori Freud dibahagikan kepada dua iaitu menganalisis teori-teori perkembangan moral dan menyatakan peringkat perkembangan moral individu berdasarkan teori perkembangan moral.

MENGANALISIS TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MORAL


Teori-teori perkembangan moral terbahagi kepada empat iaitu : Teori perkembangan moral behavioris (tingkah laku) Teori perkembangan moral kognitif Teori perkembangan moral sosial Teori perkembangan moral humanis

TEORI PERKEMBANGAN MORAL TINGKAH LAKU Teori Tingkah Laku B.F. Skinner ~ Teori Skinner menekankan kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. ~ B. F. Skinner bersetuju dengan teori-teori Watson,Gutherie,Pavlov dan pengikut-pengikut mereka yang menghuraikan fenomena pembelajaran. ~ Skinner telah membuat kesimpulan bahawa teori-teori yang menekankan peranan rangsangan yang diketahui bagi menghasilkan sesuatu gerak balas itu dikatakan teori Jenis S iaitu kehidupan bertindak kepada persekitaran dan gerak balas itu dihasilkan. Gerak balas Jenis S dinamakan sebagai gerak balas respondan. ~ Teori-teori yang tidak menekankan peranan rangsangan bagi menghasilkan sesuatu gerak balas itu. ~ Manusia boleh bertindak ke atas persekitarannya tanpa sesuatu rangsangan yang diketahui,ini dikatakan teori Jenis R. ~ Gerak balas yang wujud dikatakan terhasil dan bukan dihasilkan. ~ Gerak balas yang tergolong dalam teori Jenis R itu disebut sebagai gerak balas operan. ~ Bagi B. F. Skinner,semua tingkah laku manusia adalah dikawal oleh alam sekitar,bermakna moral seseorang itu telah dibentuk serta dikawal oleh alam sekitar,masyarakat dan budaya. ~ Seseorang itu akan membelajari tingkah laku yang telah ditetapkan atau diturunkan oleh budaya,agama,adat dan masyarakatnya. Hasil ini dinamakan gerak balas respondan. ~ Teori Skinner banyak menceritakan tentang peneguran(peneguran positif dan peneguran negatif).

~ Peneguran positif ialah apa sahaja ganjaran yang boleh menambahkan berulangan sesuatu aktiviti operan jika ganjaran itu diberikan selepas tingkah laku itu berlaku. ~ Peneguran negatif adalah sesuatu yang menyakitkan atau tidak ingin diterima oleh individu. ~ Bagi mengelakkan peneguran negative ini maka seseorang itu akan berulang kali membuat sesuatu supaya tidak menerima teguhan negative itu. ~ Bagi Skinner,pendidikan moral merupakan peneguran terhadap tingkah laku individu. ~ Ibu bapa atau guru perlu memberi ganjaran kepada kanak-kanak yang bertingkah laku baik dan yang tidak bermoral perlu dihukum/ditegur supaya ianya tidak berulang lagi. ~ Skinner berpendapat bahawa peneguran ini tidak diberikan bagi sesuatu jangka masa yang panjang kerana berkemungkinan tingkah laku baik itu tidak akan muncul lagi. ~ Beliau mengesyorkan peneguran perlu diberi dari semasa ke semasa supaya tingkah laku baik itu berlanjutan. ~ Teori Skinner tidak dapat memberi gambaran yang jelas tentang perkembangan moral dan pendidikan moral melalui psikologi individu. ~ Keinsafan,motif dan pendidikan mungkin menjadi kadar perubahan dalam tingkah laku dan bukan dari segi ganjaran atau peneguran. ~ Sebagai contoh seseorang berhenti merokok kerana keinginan dalaman atas keinsafan maka tindak balas ini bukan hasil dari respondan.

Teori Tingkah Laku Sigmund Freud(1856-1939) ~ Sigmund Freud(1939) merupakan pengasas teori psiko-analisis perkembangan moral. ~ Freud juga yang mendefinisikan tentang personaliti iaitu sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang individu iaitu tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain,personaliti ini termasuklah tingkah laku,pergerakan,tindak balas,pemikiran,khayalan,sifat mempertahankan diri dan konsep kendiri. ~ Perkembangan struktur personaliti manusia dalam teori Freud dibahagikan kepada tiga komponen iaitu : Komponen Id : - Subsistem personaliti yang bersifat semula jadi atau diwarisi. - Ia merupakan dorongan naluri atau biologikal dari paras pemikiran yang rendah/bawah sedar. - Id menjadikan kemahuan asas naluri termasuk rangsangan seks,lapar,dahaga dan kepuasan lain. - Freud menyatakan Id sentiasa mencari keseronokan,kepuasan tanpa mengambil kira akibatnya,undang-undang,adat sosial atau keperluan orang lain. Komponen ego : - Subsistem personaliti yang dibentuk melalui pengalaman dalam realiti. - Komponen ini terletak di antara dunia sebenarnya dengan Id. - Ego mula terbentuk apabila kanak-kanak mendapati tidak semua yang dikehendaki

dalam Id dapat dipenuhi. - Pada masa ini Ego wujud bagi mencari alasan dan rasionalnya terhadap masalah itu. - Ego berfungsi sebagai mengasimilasikan maklumat daripada persekitaran dan memberi taakulan,pemikiran dan penyelesaian masalah. - Apabila Ego gagal memuaskan Id,maka wujudlah konflik dan ketegangan. - Freud menganggapkan tindakan selaku konsep mekanisma bela diri mula wujud. - Sebahagian besar tindakan Ego adalah dalam para kesedaran. Komponen Super-ego : - Subsistem personaliti yang terbentuk dan berkembang secara berterusan dalam kanak-kanak. - Komponen ini biasanya menggabungkan moral dan nilai-nilai masyarakat sebagai indentifikasi individu. - Eugene E. Levitt(1967) berpendapat Super-ego seseorang itu dibentuk oleh ibu bapa mereka sejak bayi lagi. - Ajaran ibu bapa akan menjadi pegangan moral dan etika hidup kanak-kanak ini.

- Boleh disamakan dengan perasaan moraliti,kesedaran dan realiti. - Freud menjelaskan Super-ego memainkan peranan yang penting bagi seseorang individu memahami yang betul dan yang salah. - Individu yang tidak menurut peraturan moral atau arahan Super-ego akan berasa salah dan malu,perasaan ini akan timbul konflik atau risau dalaman individu tersebut. ~ Menurut Freud,pembentukan personaliti yang sihat akan dapat memenuhi kebanyakan kehendak Id dan tidak akan melanggar Kehendak Super-ego. ~ Seseorang individu lahir dengan suatu fizikal yang unik dan ditambah dengan satu set pengalaman yang unik. ~ Tidak akan dapat dua personaliti yang sama. ~ Teori psikoanalisis Freud mendapat beberapa kritikan iaitu: i) Tidak boleh menjadikan garis panduan Pendidikan Moral secara formal di sekolah. Ia menyatakan tingkah laku dan perasaan telah berkembang dan berbentuk dalam diri kanak-kanak dan tidak dapat diubah. ii) Tidak menyentuh tentang intelektual dan kognitif kanakkanak. Keupayaan berfikir dan cita rasa memainkan peranan penting dalam perkembangan moral.

iii) Menumpukan perhatian kepada perkembangan tingkah laku moral kanak-kanak akibat daripada interaksi dengan orang dewasa. Beliau mengemukakan tiga jenis kerisauan dalaman yang boleh mengancam psikologi dan personaliti seseorang(manusia tidak rasional,tidak bersifat kemasyarakatan,suka membinasakan diri sendiri dan orang lain). Melahirkan konflik dalaman moral kanak-kanak.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF Teori kognitif Jean Piaget(1963) ~ Jean Piaget adalah seorang ahli biologi dan melalui kajiannya Piaget membuat kesimpulan bahawa tindakan-tindakan biologis adalah tindakan adaptasi atau penyesuaian diri kepada persekitaran fizikal dan cuba bertindak untuk mengorganisasikan persekitaran itu. ~ Bagi membincangkan perkembangan kognitif,Piaget membahagikan perkembangan itu kepada empat zaman iaitu mengikut peringkat-peringkat umur tertentu. ~ Secara kasarnya Piaget(1963) membahagikan zaman-zaman ini kepada : a) Zaman deria motor(0 hingga 2 tahun) : kanak-kanak akan menggunakan deria motor untuk berinteraksi dengan persekitaran. b) Zaman pra-operasi(2 hingga 7 tahun) : kanak-kanak menguasai bahasa serta konsep dan berinteraksi dengan persekitaran.

c) Zaman operasi konkrit(7 hingga 11 tahun) : kanak-kanak telah boleh menggunakan logik untuk memahami perkara-perkara yang konkrit. d) Zaman operasi formal(11 hingga 15 tahun) : struktur kognitif kanaka-kanak mencapai kemuncak dan memahami banyak perkara serta dapat menyelesaikan masalah. ~ Piaget berpendapat bahawa perkembangan moral kanak-kanak adalah mengikut perkembangan empat zaman ini. ~ Pada peringkat awal kanak-kanak akan menyesuaikan dirinya dengan persekitaran dan hubungan social memainkan peranan yang penting. ~ Sikap kanak-kanak terus berubah apabila memahami bahasa dan dapat berinteraksi dengan persekitaran. ~ Pada masa ini kanak-kanak akan mematuhi semua peraturan social dan banyak menyoal tentang kewujudan persekitaran. ~ Setelah memahami nilai moral dan struktur masyarakat maka sikap bekerjasama,menghormati dan menghargai apa yang ada disekelilingnya. ~ Piaget membahagikan perkembangan moral kanak-kanak dipupuk kepada tiga bahagian iaitu : a) Peraturan-peraturan dalam permainan iaitu bagaimana kanak-kanak dapat menerima peraturan-peraturan permainan dan bertindak ke atas peraturan-peraturan itu. b) Realisme Moral iaitu keupayaan menilai dan bertindak bagi memenuhi keperluan diri dan orang lain.

c) Memahami konsep keadilan dan kebebasan iaitu idea saksama dan sama. Peraturan-peraturan dalam permainan. Piaget membuat analisa terhadap pertalian antara peraturanperaturan permainan dengan cara-cara dipraktikkan. Hasil Tinjauan Piaget adalah : Aplikasi peraturan-peraturan : Piaget mendapati terdapat empat zaman perkembangan kanak-kanak terhadap perlaksanaan peraturan-peraturan ini. Empat zaman ini adalah : a) Zaman pertama : 0 hingga 3 tahun(deria motor) kanak-kanak mengamalkan tabiat dan peraturan-peraturan sendiri. b) Zaman kedua : 3 hingga 7 tahun(authoritarian) kanak-kanak menunjuk minat terhadap tingkah laku kanak-kanak yang lebih tua,mematuhi peraturan-peraturan dan ingin bermain dengan mereka. Namun kanak-kanak ini masih belum memahami fungsi peraturan-peraturan,masih egosentrik atau mementingkan diri sendiri dan tidak member kerjasama. c) Zaman ketiga : 7 hingga 10 tahun(kerjasama) kanak-kanak mula memahami dan menerima peraturan-peraturan permainan. Kesedaran ini akan melahirkan perasaan ingin bekerjasama. Timbullah kesedaran social. d) Zaman keempat : 10 tahun ke atas(autonomous) kanak-kanak menunjukkan kefahaman mereka terhadap peraturan-peraturan dan tahu selok belok permainan itu. Mereka mulai,bukan sahaja mematuhi peraturan-peraturan bahkan cuba menyesuaikan diri dalam keadaan permainan itu.

Kesedaran tentang peraturan-peraturan : semasa melihat kesedaran tentang peraturan-peraturan permainan,Piaget mendapati wujudnya tiga zaman perkembangan. Ini adalah : a) Zaman pertama : ( 0 hingga 5 tahun) kanak-kanak mempunyai peraturan-peraturan deria motor yang timbul daripada tabiat kanak-kanak. Peraturan-peraturan ini difahami sebagai factorfaktor persekitaran. b) Zaman kedua : (5 hingga 10 tahun) kanak-kanak menghormati peraturan-peraturan seperti mereka menghormati ibu bapa,orang dewasa dan guru. Mereka menganggapkan peraturan-peraturan sebagai yang suci dan luar biasa. Pada zaman umur 7 hingga 8 tahun wujud satu tahap kerjasama yang tulen dan mereka mulai faham bahawa peraturan-peraturan adalah direka bentuk oleh mereka sendiri. Namun mereka masih mematuhi peraturanperaturan itu atas nama kerjasama dan sikap seperti ini adalah pemupukan nilai sejak awal lagi. c) Zaman ketiga : (10 tahun ke atas) kanak-kanak tidak lagi menganggap peraturan-peraturan permainan ini sebagai suatu yang luar biasa atau suci. Mereka menganggapkan suatu peraturan-peraturan yang boleh dibincangkan dan dibahaskan supaya lebih licin atau adil. Ini wujud situasi interaksi dan bebas memberi pendapat dan setiap pandangan perlu diberi penghormatan. ~ Perbezaan antara paksaan dan kerjasama adalah unsur utama dalam teori Piaget terhadap perkembangan moral kanak-kanak. ~ Lebih mementingkan faktor ego daripada superego. ~ Banyak menggunakan jangka masa atau zaman dalam huraiannya tapi kebudayaan dan alam sekitar boleh mempengaruhi kadar

pertumbuhan kanak-kanak. ~ Perkembangan fizikal atau otak mungkin tidak sama seperti mana yang ditetapkan oleh Piaget. ~ Perkembangan kognitif bergantung kepada pemakanan,didikan serta sosial ekonomi masyarakat dan semua mempengaruhi keupayaan memahami dan kesedaran kanak-kanak. Realisme Moral : Mengikut Piaget,realism moral adalah tingkah laku semulajadi kanak-kanak sehingga umur lebih kurang 9 tahun. Beliau merujukkan kepada tiga jenis realisme moral : a) Apa yang baik adalah dalam mematuhi undangundang,peraturan-peraturan atau arahan orang dewasa b) Arahan atau peraturan mesti dipatuhi c) Tanggungjawab yang objektif iaitu sesuatu tindakan akan dinilai dari segi kesan dan kemudian ditentukan sama ada baik atau buruk oleh orang dewasa. Ia tidak dinilai dari segi niat orang yang bertindak itu. Oleh itu Piaget lebih mementingkan persoalan akibat daripada niat(consequences versus intentions) ~ Piaget berpendapat realisme moral mempunyai hubungan yang rapat dengan kekangan moral(moral constraints) dan ini berkait dengan kekangan intelek(intellectual constraints). ~ Menurut Piaget,perkembangan intelektual mungkin tidak akan sama dengan perkembangan moral walaupun terdapat beberapa zaman pertumbuhan kanak-kanak. Kekurangan intelek ini akan menyebabkan kekalbuan dalam nilai moral. ~ Realisme moral/kebenaran moral dibentuk melalui sifat-sifat semulajadi iaitu perkembangan kognitif kanak-kanak dan sebahagiannya adalah hasil dari didikan orang dewasa.

~ Didikan ini boleh berlaku secara formal,tidak formal atau tersembunyi. Konsep Keadilan : Mengikut Piaget,terdapat dua cara memahami tindakan disiplin iaitu sama ada sesuatu yang perlu untuk membetulkan perbuatan yang salah atau hukuman ke atas sesuatu kesalahan yang dibuat. Semakin berat kesalahan,semakin berat hukuman,semakin berkesan untuk mencegah tingkah laku ynag tidak diingini. Hukuman yang adil adalah yang dikenakan kepada semua ahli kumpulan. Piaget juga menyatakan tentang imminent justice iaitu kepercayaan bahawa hukuman automatik akan diterima oleh seseorang individu jika ia melakukan kesalahan. Perasaan ini timbul kerana terdapat pengaruh luar khasnya orang dewasa tetapi perasaan ini akan hilang apabila berkembangnya intelektual kanak-kanak. Kanak-kanak juga percaya bahawa kesalahan yang dilakukan itu akan mendapat balasan atau hukuman walaupun tidak diketahui orang lain. Dia percaya bahawa terdapat kuasa yang lebih besar sedang memerhatikan mereka. Kuasa ibu bapa adalah mutlak dan apa kata mereka adalah betul dan benar. Pada halnya kanak-kanak yang lebih tua berpendapat bahawa saksama melebihi kuasa. Piaget telah membezakan tiga zaman yang jelas dalam perkembangan kanak-kanak mengenai keadilan iaitu : a) Zaman pertama : (sehingga 8 tahun) kanak-kanak tidak akan melawan arahan orang dewasa kerana mereka menganggap bahawa orang dewasa mempunyai kuasa terhadap mereka. Semua arahan diterima dengan adil. b) Zaman kedua : (8 hingga 11 tahun) kesamaan jadi prinsip utama dalam hal keadilan. Tugas atau tanggungjawab setiap ahli mesti sama banyak atau sama rata.

c) Zaman ketiga : (selepas 11 tahun) kesamaan akan ditimbang dengan melihat keadaan,situasi dan tujuan seseorang itu. Sikap kerjasama wujud dalam peringkat ini. ~ Piaget bersetuju dengan Freud bahawa masih ramai orang dewasa yang belum mencapai tahap moral yang tinggi. Teori Piaget terdapat beberapa kekurangan,antaranya : a) Piaget tidak mengambil kira faktor-faktor lain seperti ganjaran,motivasi dan lain dalam mempertimbangkan perkembangan kognitif dan moral kanak-kanak. b) Piaget tidak mengambil kira tentang proses peniruan dan pembentukan konsep khasnya bagi mengenalpastikan ibu bapa mereka. Kanak-kanak suka mengidentifikasikan kumpulan mereka dengan adanya nilai-nilai tertentu dalam kumpulan. c) Teori Piaget hanya tumpukan pada kanakkanak antara umur 0 hingga 12 tahun. Ia tidak pengetahuan yang cukup tentang ciri-ciri peraturan semulajadi sosial apabila kanak-kanak bertambah tua. d) Piaget tidak memberi perhatian yang cukup terhadap perbezaan individu,seks,budaya dan sosial ekonomi kanak-kanak. e) Piaget tidak mengambil kira tentang konflik dalam moral,kesan-kesan konflik dan cara mengatasinya.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL SOSIAL Teori Pembelajaran Bandura(Tiru) ~ Mendapati bahawa di dalam kehidupan harian terdapat banyak tingkah laku yang dibelajari melalui contoh,teladan,tiruan dan penggunaan bahasa. ~ Dibahagikan kepada tiruan yang mudah dan identifikasi seseorang supaya ditirui,iaitu : a) Tiruan secara langsung : ini dilakukan dengan melihat orang lain atau model itu sendiri misalnya menonton filem,video,mendengar suara dan melihat gambar. b) Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan : sekatlakuan merupakan tingkah laku yang sesuai pada sesuatu masa tetapi tidak sesuai dalam situasi lain misalnya menjerit semasa melihat pertandingan bola sepak di sekolah tetapi tidak sesuai menjerit-jerit menonton TV pertandingan bola sepak di rumah. Tingkah laku ini harus diteguh demi membentuk disiplin yang baik. Peniruan tidak sekat lakuan ialah individu terus meniru amalan tingkah laku dalam sesuatu situasi misalnya amalan jeritan menonton pertandingan bola sepak ini akan dibawa ke dalam bilik darjah dengan menjerit-jerit apabila melihat sesuatu aktiviti kelas. c) Peniruan Secara elisitasi : proses ini menunjukkan seseorang itu terus melakukan apa sahaja orang lain lakukan setelah individu tahu melakukannya,ini merupakan mengulangi gerak geri tindakan orang lain. Misalnya kanak-kanak manyapu rumah selepas memerhatikan ibunya melakukannya setiap hari. Dengan idea ini juga,moral kanak-kanak dibentuk melalui ibu bapa atau guru mereka secara formal atau tidak formal,Contohnya mereka

menirui model mereka dari segi gaya bercakap,berpakaian,gaya makan,gaya berjalan dan lain lagi. Orang dewasa pula meniru personality yang mereka agung-agungkan di dalam pelbagai kehidupan,ini dipengaruhi melalui media massa dan identifikasi individu atau kumpulan. ~ Kajian ini tidak memberi perhatian tentang kelakuan dalaman seperti emosi,motif,motivasi dan penaakulan moral. ~ Perasaan individu ini memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral. Oleh itu,teori Bandura mungkin sesuai dengan perkembangan moral kanak-kanak tetapi tidak sesuai untuk orang dewasa dan remaja. ~ Namun teori ini amat penting kerana perkembangan moral kanakkanak dipengaruhi oleh ibu bapa,rakan sebaya dan gurunya.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL HUMANIS Teori Konsep Kendiri Carl Rogers(1950) ~ Mendefinisikan konsep kendiri sebagai persepsi diri sendiri tentang minat,sikap dan nilai,kebolehan melihat persepsi orang lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran. ~ Kendiri adalah persepsi yang dibelajari,penaakulan moral yang mencukupi dari segi nilai-nilai,sikap,nilai masyarakat. ~ Konsep kendiri positif(percaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal,ada minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif. ~ Konsep kendiri negatif(mempunyai sifat-sifat yang terlalu sensitif,rendah diri,sentiasa menjauhi diri dari orang lain. ~ Berpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model

yang boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa,rakan sebaya,orang dewasa dan dirinya sendiri. ~ Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri yang positif. ~ Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral khasnya sebaran am,budaya,penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku. ~ Penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan,fizikal,kasih sayang,penghormatan diri mempengaruhi penaakulan moral. ~ Cara-cara membina konsep kendiri yang positif adalah member galakan,bantuan,sokongan kepada kanak-kanak. ~ Ibu bapa juga harus berpuas hati dengan hasil kanak-kanak dan member pujian atau ganjaran. Mereka juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik di dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka masih kecil lagi.

Teori John Wilson ~ Berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberi pengajaran,pengetahuan,kemahiran dalam mengatasi masalah moral. ~ Membahagikan kemoralan kepada enam bahagian dengan nama Greek klasik iaitu : PHIL : mempunyai empat unsur(konsep yang baik terhadap orang lain,percaya orang lain layak dihormati,ada perasaan ingin menghormati orang lain,murah hati terhadap orang lain.

PHIL(1) : sikap seseorang yang melayan dan menghormati orang lain secara adil dam memberi kebebasan yang sama. PHIL(2) : menunjukkan murah hati dan menjadikan minat orang lain sebagai minat sendiri. EMP : kemampuan seseorang individu memahami perasaan,emosi,kemahuan diri sendiri atau orang lain. EMP(1) : sedari perasaan orang lain. EMP(2) : sedari perasaan diri sendiri. GIG : pengetahuan seseorang mengenai isu-isu moral dan cara-cara mengatasi,membantu,menjauhi isu-isu ini. GIG(1) : pengetahuan mengenai isu-isu moral. GIG(2) : pengetahuan moral bagi menolong atau membantu org lain. KRAT : mengetahui sesuatu situasi. KRAT(1) : berfikir dan bertindak ke arah apa yang patut. KRAT(2) : menyatakan keputusan dengan rasional. DIK : kebolehan seseorang itu membuat kesimpulan mengenai kemahuan-kemahuan orang lain. PHRON : kebijaksanaan dan ideal-ideal seseorang itu dapat membuat keputusan moral dengan tegas. ~ Berdasarkan enam bahagian ini,Wilson membentuk formulaformula,contohnya : Formula 1 : { [PHILG 1&2] + [EMP 1&2 } + [GIG 1&2] } + KRAT 1 = DIK/PHRON Formula 2 : { [DIK + PHERON] } + KRAT 2 = moral yang tinggi ~ Menjelaskan bahawa orang yang berpendidikan moral akan mengambil kira kehendak orang lain,kebajikan,peka terhadap perasaan orang lain,tinggi yakin diri,tahu mengatasi isu-isu moral. ~ Menyarankan kaedah yang paling sesuai untuk mengajar moral

adalah perbincangan isu-isu harian yang negatif. ~ Teknik kumpulan,drama,cerita dan simulasi adalah sesuai untuk pengajaran moral.

MENYATAKAN TAHAP & PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL INDIVIDU BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN MORAL
~ Terdapat beberapa teori yang menyatakan tahap dan peringkat perkembangan moral individu ini,iaitu : 1. Teori Tingkah Laku Norman Bull 2. Teori Perkembangan Moral Kognitif Lawrence Kohlberg 3. Teori Perkembangan Moral Kognitif Jean Piaget

TEORI TINGKAH LAKU NORMAN BULL Peringkat Pertama : peringkat anomi atau prakemoralan di mana tidak terdapat peraturan-peraturan atau standard-standard. Keseronokan dan kesakitan merupakan faktor-faktor yang mengawal gerak hati. Peringkat Kedua : heteronomi atau kemoralan luaran di mana peraturan-peraturan agama ganjaran dan hukuman adalah dikaitkan dengan peraturan. Peringkat Ketiga : sosio-anomi atau kemoralan luaran-dalaman. Ciriciri utama ialah ciri sosial(pujian,celaan). Dua ciri utama di peringkat ini ialah bertambahnya kesedaran mengenai tanggungjawab terhadap orang lain dan lebih sedia menerima pandangan orang lain. Peringkat Keempat : auto-anomi atau kemoralan dalaman di mana kemoralan adalah berdasarkan standard yang ditetapkan sendiri. Tiga aspek autonomi yang ditekankan ialah kebebasan daripada pertalian emosi keluarga yang terlalu terbatas,kebebasan mengkritik nilai-nilai orang lain dan kebebasan mengaplikasikan standard atau prinsip diri sendiri. Individu itu akan berasa bebas untuk bertindak mengikut kepercayaan-kepercayaannya. ~ Walaupun Bull menyenaraikan empat tingkah laku,Bull dapati ada perlunya memperkenalkan peringkat-peringkat perantaraan.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF LAWRENCE KOHLBERG Tahap Pra-Konvensional ialah kepercayaan bahawa apa yang betul ialah mematuhi undang-undang pihak berkuasa. Peringkat 1 : Orientasi Hukuman dan Patuh. Kanak-kanak lebih mementingkan tentang kesan sesuatu tindakan itu terhadap dirinya. Mereka menganggapkan dengan mematuhi peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh orang dewasa adalah betul. Jika ia melanggar peraturan ini maka ia akan dihukum. Konsep ini ditafsirkan dengan mengambil kira unsur-unsur luar seperti hukuman atau dendaan dan bukan berdasarkan keadilan. Peringkat 2 : Orientasi Keindividualan. Kanak-kanak tidak lagi secara mutlak bergantung kepada peraturan atau undang-undang,berpendapat apa yang baik ialah apa yang akan memberi mereka kesenangan dan berguna. Orientasi ini jelas menunjukkan konsep egoistik iaitu faedah yang diperoleh perlulah untuk diri sendiri. Pada peringkat ini timbul persoalan hak-hak peribadi dan tujuan-tujuan sesuatu tingkah laku. Seorang yang mencuri wang demi memberi ubat kepada emaknya yang sakit tenat itu dianggapkan wajar kerana sayangkan ibu dan dapat selamatkan ibunya tetapi mencuri itu adalah tingkah laku yang salah. Tahap Konvensional ialah apa yang betul adalah tingkah laku yang dianggap baik oleh sebahagian besar masyarakat. Konsep dorongan kendiri untuk melakukan apa yang diterima oleh orang lain/masyarakat. Peringkat 3 : Persetujuan Antara Individu. Kanak-kanak memperlihatkan kelakuan yang baik bagi memenuhi keperluan atau sokongan orang lain. Masyarakat atau orang yang

berkuasa akan menentukan kelakuan yang baik atau jahat. Peringkat 4 : Orientasi Mempertahankan Sistem Sosial. Kanak-kanak merasa adalah kewajipan untuk mempertahankan nilai atau norma masyarakat. Kelakuan yang mengikut norma-norma sosial dianggapkan sebagai perbuatan yang baik. Perasaan ini muncul dari dalam hati kanak-kanak itu dan terdapat kefahaman tentang pertalian antara norma masyarakat dengan kewujudan individu itu. Tahap Post-Konvensional ialah apa yang dikatakan betul adalah apa yang sama dengan hak-hak manusia sejagat,nilai-nilai atau prinsipprinsip yang perlu dipertahankan oleh masyarakat dan individu itu. Peringkat 5 : Orientasi Kontrak Sosial. Timbul hubungan timbal blalik kelakuan seseorang individu dengan sosial budayanya,nilai,hak asasi dan kontrak sosial. Seseorang yang memenuhi kemahuan sosial,nilai dan hak asasi akan sebalik mendapat perlindungan sosial,kepercayaan dan kedudukan yang baik dalam masyarakat. Sebagai contoh seseorang itu mematuhi undang-undang jalan raya akan member keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan raya. Peringkat 6 : Orientasi Prinsip Etika Sejagat. Kanak-kanak sedar norma etika sejagat dan norma peribadi dalam diri seseorang itu. Pada masa berinteraksi dengan ahli masyarakat,individu akan menghadapi unsur-unsur atau kelakuankelakuan yang baik dan buruk. Dalam hal ini unsur etika sejagat akan membantu dalam menentukan kelakuan yang baik atau yang buruk. Selain itu prinsip-prinsip yang dibentuk dari konsep asas seperti adil,saksama,hormat-menghormati dan hak manusia akan menentukan perbuatan yang berhubung dengan moral.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF JEAN PIAGET ~ Jean Piaget adalah seorang ahli biologi dan melalui kajiannya Piaget membuat kesimpulan bahawa tindakan-tindakan biologis adalah tindakan adaptasi atau penyesuaian diri kepada persekitaran fizikal dan cuba bertindak untuk mengorganisasikan persekitaran itu. ~ Bagi membincangkan perkembangan kognitif,Piaget membahagikan perkembangan itu kepada empat zaman iaitu mengikut peringkat-peringkat umur tertentu. ~ Secara kasarnya Piaget(1963) membahagikan zaman-zaman ini kepada : e) Zaman deria motor(0 hingga 2 tahun) : kanak-kanak akan menggunakan deria motor untuk berinteraksi dengan persekitaran. f) Zaman pra-operasi(2 hingga 7 tahun) : kanak-kanak menguasai bahasa serta konsep dan berinteraksi dengan persekitaran. g) Zaman operasi konkrit(7 hingga 11 tahun) : kanak-kanak telah boleh menggunakan logic untuk memahami perkara-perkara yang konkrit. h) Zaman operasi formal(11 hingga 15 tahun) : struktur kognitif kanaka-kanak mencapai kemuncak dan memahami banyak perkara serta dapat menyelesaikan masalah. ~ Piaget berpendapat bahawa perkembangan moral kanak-kanak adalah mengikut perkembangan empat zaman ini. ~ Pada peringkat awal kanak-kanak akan menyesuaikan dirinya dengan persekitaran dan hubungan social memainkan peranan yang penting.

~ Sikap kanak-kanak terus berubah apabila memahami bahasa dan dapat berinteraksi dengan persekitaran. ~ Pada masa ini kanak-kanak akan mematuhi semua peraturan social dan banyak menyoal tentang kewujudan persekitaran. ~ Setelah memahami nilai moral dan struktur masyarakat maka sikap bekerjasama,menghormati dan menghargai apa yang ada disekelilingnya. ~ Piaget membahagikan perkembangan moral kanak-kanak dipupuk kepada tiga bahagian iaitu : a) Peraturan-peraturan dalam permainan iaitu bagaimana kanak-kanak dapat menerima peraturan-peraturan permainan dan bertindak ke atas peraturan-peraturan itu. b) Realisme Moral iaitu keupayaan menilai dan bertindak bagi memenuhi keperluan diri dan orang lain. c) Memahami konsep keadilan dan kebebasan iaitu idea saksama dan sama. Peraturan-peraturan dalam permainan. Piaget membuat analisa terhadap pertalian antara peraturanperaturan permainan dengan cara-cara dipraktikkan. Hasil Tinjauan Piaget adalah : Aplikasi peraturan-peraturan : Piaget mendapati terdapat empat zaman perkembangan kanak-kanak terhadap perlaksanaan peraturan-peraturan ini. Empat zaman ini adalah : e) Zaman pertama : 0 hingga 3 tahun(deria motor) kanak-kanak mengamalkan tabiat dan peraturan-peraturan sendiri.

f) Zaman kedua : 3 hingga 7 tahun(authoritarian) kanak-kanak menunjuk minat terhadap tingkah laku kanak-kanak yang lebih tua,mematuhi peraturan-peraturan dan ingin bermain dengan mereka. Namun kanak-kanak ini masih belum memahami fungsi peraturan-peraturan,masih egosentrik atau mementingkan diri sendiri dan tidak member kerjasama. g) Zaman ketiga : 7 hingga 10 tahun(kerjasama) kanak-kanak mula memahami dan menerima peraturan-peraturan permainan. Kesedaran ini akan melahirkan perasaan ingin bekerjasama. Timbullah kesedaran social. h) Zaman keempat : 10 tahun ke atas(autonomous) kanak-kanak menunjukkan kefahaman mereka terhadap peraturan-peraturan dan tahu selok belok permainan itu. Mereka mulai,bukan sahaja mematuhi peraturan-peraturan bahkan cuba menyesuaikan diri dalam keadaan permainan itu.

Kesedaran tentang peraturan-peraturan : semasa melihat kesedaran tentang peraturan-peraturan permainan,Piaget mendapati wujudnya tiga zaman perkembangan. Ini adalah : d) Zaman pertama : ( 0 hingga 5 tahun) kanak-kanak mempunyai peraturan-peraturan deria motor yang timbul daripada tabiat kanak-kanak. Peraturan-peraturan ini difahami sebagai factorfaktor persekitaran. e) Zaman kedua : (5 hingga 10 tahun) kanak-kanak menghormati peraturan-peraturan seperti mereka menghormati ibu bapa,orang dewasa dan guru. Mereka menganggapkan peraturan-peraturan sebagai yang suci dan luar biasa. Pada zaman umur 7 hingga 8

tahun wujud satu tahap kerjasama yang tulen dan mereka mulai faham bahawa peraturan-peraturan adalah direka bentuk oleh mereka sendiri. Namun mereka masih mematuhi peraturanperaturan itu atas nama kerjasama dan sikap seperti ini adalah pemupukan nilai sejak awal lagi. f) Zaman ketiga : (10 tahun ke atas) kanak-kanak tidak lagi menganggap peraturan-peraturan permainan ini sebagai suatu yang luar biasa atau suci. Mereka menganggapkan suatu peraturan-peraturan yang boleh dibincangkan dan dibahaskan supaya lebih licin atau adil. Ini wujud situasi interaksi dan bebas memberi pendapat dan setiap pandangan perlu diberi penghormatan. ~ Perbezaan antara paksaan dan kerjasama adalah unsur utama dalam teori Piaget terhadap perkembangan moral kanak-kanak. ~ Lebih mementingkan faktor ego daripada superego. ~ Banyak menggunakan jangka masa atau zaman dalam huraiannya tapi kebudayaan dan alam sekitar boleh mempengaruhi kadar pertumbuhan kanak-kanak. ~ Perkembangan fizikal atau otak mungkin tidak sama seperti mana yang ditetapkan oleh Piaget. ~ Perkembangan kognitif bergantung kepada pemakanan,didikan serta sosial ekonomi masyarakat dan semua mempengaruhi keupayaan memahami dan kesedaran kanak-kanak. Realisme Moral : Mengikut Piaget,realism moral adalah tingkah laku semulajadi kanak-kanak sehingga umur lebih kurang 9 tahun. Beliau merujukkan kepada tiga jenis realisme moral :

d) Apa yang baik adalah dalam mematuhi undangundang,peraturan-peraturan atau arahan orang dewasa e) Arahan atau peraturan mesti dipatuhi f) Tanggungjawab yang objektif iaitu sesuatu tindakan akan dinilai dari segi kesan dan kemudian ditentukan sama ada baik atau buruk oleh orang dewasa. Ia tidak dinilai dari segi niat orang yang bertindak itu. Oleh itu Piaget lebih mementingkan persoalan akibat daripada niat(consequences versus intentions) ~ Piaget berpendapat realisme moral mempunyai hubungan yang rapat dengan kekangan moral(moral constraints) dan ini berkait dengan kekangan intelek(intellectual constraints). ~ Menurut Piaget,perkembangan intelektual mungkin tidak akan sama dengan perkembangan moral walaupun terdapat beberapa zaman pertumbuhan kanak-kanak. Kekurangan intelek ini akan menyebabkan kekalbuan dalam nilai moral. ~ Realisme moral/kebenaran moral dibentuk melalui sifat-sifat semulajadi iaitu perkembangan kognitif kanak-kanak dan sebahagiannya adalah hasil dari didikan orang dewasa. ~ Didikan ini boleh berlaku secara formal,tidak formal atau tersembunyi. Konsep Keadilan : Mengikut Piaget,terdapat dua cara memahami tindakan disiplin iaitu sama ada sesuatu yang perlu untuk membetulkan perbuatan yang salah atau hukuman ke atas sesuatu kesalahan yang dibuat. Semakin berat kesalahan,semakin berat hukuman,semakin berkesan untuk mencegah tingkah laku ynag tidak diingini. Hukuman yang adil adalah yang dikenakan kepada semua ahli kumpulan. Piaget juga menyatakan tentang imminent justice iaitu kepercayaan bahawa hukuman automatik akan

diterima oleh seseorang individu jika ia melakukan kesalahan. Perasaan ini timbul kerana terdapat pengaruh luar khasnya orang dewasa tetapi perasaan ini akan hilang apabila berkembangnya intelektual kanak-kanak. Kanak-kanak juga percaya bahawa kesalahan yang dilakukan itu akan mendapat balasan atau hukuman walaupun tidak diketahui orang lain. Dia percaya bahawa terdapat kuasa yang lebih besar sedang memerhatikan mereka. Kuasa ibu bapa adalah mutlak dan apa kata mereka adalah betul dan benar. Pada halnya kanak-kanak yang lebih tua berpendapat bahawa saksama melebihi kuasa. Piaget telah membezakan tiga zaman yang jelas dalam perkembangan kanak-kanak mengenai keadilan iaitu : d) Zaman pertama : (sehingga 8 tahun) kanak-kanak tidak akan melawan arahan orang dewasa kerana mereka menganggap bahawa orang dewasa mempunyai kuasa terhadap mereka. Semua arahan diterima dengan adil. e) Zaman kedua : (8 hingga 11 tahun) kesamaan jadi prinsip utama dalam hal keadilan. Tugas atau tanggungjawab setiap ahli mesti sama banyak atau sama rata. f) Zaman ketiga : (selepas 11 tahun) kesamaan akan ditimbang dengan melihat keadaan,situasi dan tujuan seseorang itu. Sikap kerjasama wujud dalam peringkat ini. ~ Piaget bersetuju dengan Freud bahawa masih ramai orang dewasa yang belum mencapai tahap moral yang tinggi. Teori Piaget terdapat beberapa kekurangan,antaranya : a) Piaget tidak mengambil kira faktor-faktor lain seperti ganjaran,motivasi dan lain dalam mempertimbangkan perkembangan kognitif dan moral kanak-kanak.

b) Piaget tidak mengambil kira tentang proses peniruan dan pembentukan konsep khasnya bagi mengenalpastikan ibu bapa mereka. Kanak-kanak suka mengidentifikasikan kumpulan mereka dengan adanya nilai-nilai tertentu dalam kumpulan. c) Teori Piaget hanya tumpukan pada kanakkanak antara umur 0 hingga 12 tahun. Ia tidak pengetahuan yang cukup tentang ciri-ciri peraturan semulajadi sosial apabila kanak-kanak bertambah tua. d) Piaget tidak memberi perhatian yang cukup terhadap perbezaan individu,seks,budaya dan sosial ekonomi kanak-kanak. e) Piaget tidak mengambil kira tentang konflik dalam moral,kesan-kesan konflik dan cara mengatasinya.

KESIMPULAN
Kesimpulannya,teori perkembangan moral ini terdiri daripada beberapa jenis dan setiap jenis ini juga ada yang dibahagikan kepada beberapa tahap dan peringkat. Selain itu,terdapat juga beberapa orang tokoh yang menjelaskan tentang setiap teori perkembangan moral ini. Walaupun begitu,ada juga beberapa teori yang mendapat kritikan daripada tokoh yang lain,yang mana kritikan-kritikan ini adalah berdasarkan kritikan yang baik dan yang buruk. Teori-teori perkembangan moral ini membawa kepada kematangan moral kanak-kanak. Tidak ada satu teori pun yang dapat menerangkan sepenuhnya perkembangan moral.

REFLEKSI
Melalui tugasan ini,saya telah mendapat banyak pengetahuan dan input yang baru dan berguna. Sepanjang menyiapkan tugasan ini,saya menghadapi pelbagai jenis rintangan kerana dalam proses untuk menyiapkannya,kesabaran,kerajinan dan ketelitian perlu ada dalam diri saya sendiri. Jika ciri-ciri ini tidak ada pada saya,maka sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan saya ini dengan berkesan dan lengkap. Dengan bantuan kawan-kawan dan rujukan daripada buku-buku maka saya dapat menyiapkannya dengan sempurna. Buku juga amat susah untuk dicari kerana rakan-rakan yang lain pun turut membuat tugasan moral seperti saya juga tetapi tajuk yang berbeza.

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
~ Buku Pendidikan Moral ( Konsep dan Pedagogi Pendidikan Moral untuk Pelajar-pelajar KPLI,LPBS dan PISMP Maktab-maktab Perguruan ) ~ Buku Pendidikan Moral ( DINAMIKA GURU ) ~ www.google.com

Anda mungkin juga menyukai