Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN E KMK 6

KIK
Tanda Aras Rekod kaunseling pesakit dapat ditemui dalam tempoh kurang daripada 30 saat. Pencapaian Projek & Penciptaan Nilai Melalui projek KMK ini, beberapa faedah telah dikenalpasti iaitu dari segi pengurusan kos operasi, iaitu dengan adanya rekod dan prosedur kaunseling yang sistematik, tahap kepatuhan pesakit mengambil ubat dengan kaedah, dos, kekerapan serta jangkamasa yang betul dapat ditingkatkan. Ini dapat mengurangkan tambahan keperluan ubat serta mengelakkan pembaziran. Selain itu, faedah dari projek KMK ini adalah sistem rekod ini dapat menjimatkan masa sesi kaunseling serta dapat mengurangkan masa merekod data pesakit. Oleh itu, dengan masa yang dijimatkan lebih ramai pesakit mendapat manfaat dari perkhidmatan ini. Tahap kepuasan hati pelanggan juga meningkat iaitu dengan adanya sejarah rekod kaunseling yang boleh diakses dan dirujuk, pesakit lebih yakin terhadap perkhidmatan kaunseling serta sistem kerja yang lebih efisien dapat memberi impak terhadap rawatan pesakit khususnya dalam pemantauan pengambilan ubat-ubatan yang betul. Oleh itu, kesimpulannya melalui projek KMK ini, aktiviti KMK telah merangsang inisiatif dan kreativiti untuk melahirkan inovasi demi meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan. Anugerah, Penghargaan & Pengiktirafan Konvensyen Kualiti Farmasi 2009 - Johan

Rekod Kaunseling Pesakit Sukar Dipantau Dan Dirujuk Jabatan Farmasi, Hospital Tawau A. Rahim, R. Zaini, S. Amir, K.C. Heng Latar Belakang Projek Merekod secara manual dan mengambil masa untuk merujuk semula menyebabkan rekod kaunseling sedia ada tidak mesraguna dan tidak sistematik. Proses merujuk sejarah sesi kaunseling pesakit adalah penting untuk mengetahui jenis ubatubatan yang pernah diambil serta tatacara, kekerapan dan jangkamasa pengambilan ubat-ubatan. Ianya penting untuk mengetahui tahap kepatuhan pesakit agar kesan terapeutik yang optima yang diperlukan dalam rawatan dapat dicapai sepenuhnya. Punca Utama Masalah Di Hospital Tawau, sesi kaunseling direkod secara manual menggunakan borang kaunseling. Rekod-rekod lama sukar dirujuk untuk pesakit ulangan bagi mengetahui sejarah kaunseling yang pernah diberikan serta perkembangan rawatan pesakit. Tatacara kaunseling tidak konsisten serta tiada kemudahan bagi pesakit merujuk merupakan masalah jika pesakit memerlukan kaunseling susulan. Cadangan Penyelesaian Inovatif & Kreatif Sebagai cadangan penyelesaian, kumpulan KMK Rx Millenium 3 telah membina sistem rekod berkomputer untuk merekod setiap sesi kaunseling yang dijalankan di samping kemudahan merujuk tatacara mengendalikan sesi kaunseling yang diadaptasikan dari panduan piawaian dari kementerian dari sistem yang sama. Inovasi kad kaunseling dan brosur mengenai Perkhidmatan Kaunseling turut diperkenalkan.

LAMPIRAN E

Anda mungkin juga menyukai