Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

TAJUK 1

BAIK PULIH ALATAN TANGAN DAN PERABOT BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

Perabot banyak terdapat di rumah, pejabat, atau di dalam bilik darjah. Antara perabot yang terdapat dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, rak dan almari. Perabot di dalam bilik darjah perlu digunakan secara cermat dan perlu disenggara dan dibaiki sekiranya kerosakan terdapat kerosakan dari semasa ke semasa. 1.1 Mengenalpasti jenis perabot yang terdapat di dalam bengkel. Berikut merupakan di antara perabot yang terdapat di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Perabot yang sedia ada mungkin terdapat kerosakan disebabkan penggunaan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Kerusi

Meja

Rak

Almari

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

1.2 Mengenal pasti bahagian perabot yang rosak Bahagian perabot yang rosak dapat dikenal pasti melalui tiga cara iaitu pemerhatian membuat semakan menggunakan perabot

Terdapat beberapa jenis - jenis kerosakan yang sering berlaku pada perabot di bengkel. Berikut merupakan jenis kerosakan yang sering berlaku di dalam bengkel beserta punca-puncanya. KERUSI Kerosakan yang dialami 1. Papan alas tempat duduk tertanggal. 2. Penyadar tercabut 3. Kaki kerusi goyah Punca-puncanya kerusi terjatuh kaki kerusi goyah skru longgar murid duduk dengan cara yang tidak betul skru Allen longgar 4. Kaki kerusi patah terjatuh dengan hentakan yang kuat

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

MEJA Kerosakan yang dialami 1. Papan meja tertanggal 2. Papan meja pecah Punca-puncanya selalu diangkat terjatuh meja selalu terkena air 3. Kaki meja longgar dan condong 4. Kaki meja patah terjatuh dengan hentakan yang kuat skru Allen longgar

1.3 Mengenalpasti alatan dan bahan yang sesuai untuk membaik pulih perabot di bengkel Setelah dikenal pasti kerosakan kecil pada perabot, kerja-kerja pembaikan memerlukan alatan tangan dan bahan-bahan yang sesuai. Berdasarkan jadual di bawah, terdapat lapan jenis alatan tangan yang sesuai untuk membaik pulih perabot yang rosak.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Alatan Tangan dan kegunaannya. Alatan Tangan 1. Pengukur keluli Kegunaannya untuk membina garisan lurus,mengukur serta memindahkan jarak 2. Gergaji tangan 3. Sesiku L untuk mengerat dan membelah kayu untuk menanda garisan bersudut 90` dan untuk menguji kepersegian dan keratan permukaan kayu.

4. Tukul kuku kambing 5. Pita pengukur 6. Berus berus cat berus syelek

untuk mengetuk dan mencabut paku digunakan untuk mengukur jarak berus cat digunakan untuk menyapu cat manakala beres syelek digunakan untuk menyapu syelek

7. Pisau penanda

digunakan untuk menanda garisan potongan pada permukaan kayu sebelum menggergaji

8. Kunci Allen

digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru Allen

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Bahan untuk membaiki kerosakan perabot Bahan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja membaiki kerosakan kecil pada perabot adalah seperti berikut:

4. Kayu 3. Glu

5. Syelek 6. Kertas las

2. Skru

7. Papan lapis

1. Paku

Bahan untuk membaiki kerosakan perabot

8. Tepung penyumbat

Setelah mengenali alatan tangan dan bahan serta jenis kerosakan, barulah kerja-kerja membaiki atau mengantikan bahagian perabot yang rosak dapat dijalankan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

TAJUK 2

PENYELENGGARAAN ALATAN TANGAN DAN PERABOT BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

Peralatan dan perabot dalam sesebuah sekolah, lama-kelamaan akan menjadi usang dan rosak. Apabila ini berlaku, kita terpaksa membeli peralatan dan perabot baru. Ini memerlukan belanja atau kos yang besar. Tempoh masa peralatan dan perabot itu menjadi rosak, ia sebenarnya bergantung kepada sejauh mana ianya diselenggara. Senggaraan yang baik mengikut rutin amatlah diperlukan bagi memastikan setiap peralatan dan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik. Peralatan dan perabot yang tidak disenggara dengan baik dan betul akan cepat rosak dan merugikan dari segi pelaburan modal untuk membeli. Untuk itu bagi memudahkan, sesebuah sekolah perlulah merancang dan mengamalkan satu sistem senggaraan yang berkesan sekiranya ingin menjadi sebuah bengkel kemahiran hidup yang terbaik dari segi membaik pulih dan menyenggara peralatan dan perabot. Penyelenggaraan bermaksud menjaga dan merawat sesuatu bahan atau peralatan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.

1.0 CARA-CARA SENGGARAAN DILAKUKAN 1.1 SENGGARAAN PERALATAN


Perkara-perkara di bawah ini perlu dicatatkan di dalam Buku Rekod Senggaraan untuk setiap peralatan yang ada, setiap kali senggaraan dilakukan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Anggaran masa sebelum peralatan jadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi

Nama peralatan Tarikh diperbuat dan nama pengeluar

Jumlah kos dan jenis senggaraan yang pernah dilakukan terhadap peralatan

Tarikh dibeli dan nama pembekal Perkara yang perlu ada di dalam buku rekod senggaara

Kekerapan pemeriksaan yang dijalankan terhadap peralatan

Kos pembelian

Jumlah masa peralatan digunakan sejak baru

Nombor siri pada peralatan

Semua peralatan mestilah dibersihkan setiap kali siap digunakan kerana kebersihan adalah penting dalam senggaraan. Pelinciran pada peralatan mestilah diperiksa terlebih dahulu sebelum

menggunakannya.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Peralatan haruslah diuji dan dilaraskan pada masa-masa yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Pemeriksaan ke atas peralatan mestilah dibuat terhadap alat keselamatan yang sedia ada pada peralatan. Menyediakan senarai langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjalankan senggaraan peralatan. Berikut merupakan langkah-langkah senggara peralatan:

Mengesan kerosakkan melalui kaedah pemeriksaan pandang

Uji menggunakan bekalan kuasa terlebih dahul (untuk memastikan kerosakkan yang dialami tidak berpunca daripada bekalan kuasa)

Setelah dikenalpasti, asingkan alatan dengan bekalan kuasa.

Lakukan pembaik pilih ke atas alatan yang rosak.

Selesai baik pulih, uji menggunakan bekalan kuasa untuk memastikan alatan berfungsi atau tidak. Setiap peralatan yang perlu disenggara mestilah disenggara dengan seberapa segera yang boleh sebelum kerosakan itu bertambah teruk. Mengisar mata alat hujung mata alat hendaklah sentiasa dikisar supaya tajam dan mudah melakukan kerja dengannya.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Pemeriksaan dan baik pulih hendaklah dilakukan ke atas peralatan sebelum digunakan. Guru dan murid-murid yang bakal mengendalikan mana-mana peralatan haruslah diberikan serba sedikit tunjuk ajar tentang cara-cara membaik pulih kerosakan yang kecil pada peralatan tersebut. Ini untuk mengelakkan guru-guru dan murid-murid tersebut dari bahaya akibat menggunakan peralatan yang rosak.

1.3 SENGGARAAN PERABOT


Senggaraan perabot terkandung di bawah senggaraan banggunan. Oleh yang demikian secara tidak langsung senggaraan banggunan ini dapat memelihara persekitaraan dalam dan luar banggunan dan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan fizikal banggunan sahaja, justeru penyenggaraan perabot juga dititikberatkan di dalam bengkel. Persekitaran banyak mempengaruhi mental pekerja untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih sempurna baik dari segi senggaraan bangggunan mahupun senggaraan perabot. Bukan itu sahaja, persekitaran yang baik juga memberi gambaran yang baik kepada masyarakat luar terutama warga di sekolah kerana ia dapat memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan selesa dan harmoni. Di antara perkara yang perlu diambil berat adalah seperti: Tingkap Lampu Almari dan tempat-tempat menyimpan lain Meja kerja Rak penyimpanan alatan tangan Kerusi

10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.0 JENIS-JENIS SENGGARAAN 2.1 SENGGARAAN KAWALAN


Senggaraan jenis ini adalah senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan dilakukan sebelum sesebuah peralatan dan perabot menjadi rosak. Ia dilakukan berterusan dari masa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah ditetapkan. Senggaraan jenis ini adalah lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja - kerja senggaraan berterusan tetapi dalam jangka masa yang panjang. Ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan. Senggaraan kawalan mengandungi:

Rekabentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan Pemeriksaan ke atas alatan dan perabot perlu mengikut jadual untuk mengelakkan kerosakan daripada berlaku Membuat servis, baikpulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan seperti mengecat peralatan daripada berkarat dan perabot daripada menjadi cepat reput.

2.2 SENGGARAAN PEMBETULAN


Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan atau perabot itu rosak. Ini bermakna kerja-kerja senggaraan tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku. Contohnya melakukan baik pulih kaki kerusi yang patah, membaik pulih tingkap yang pecah dan sebagainya. Bahagian senggaraan yang menjalankan

11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

senggaraan pembetulan hanya berfungsi sekiranya berlaku kerosakkan sahaja. Biasanya senggaraan pembetulan dilakukan ke atas peralatan yang kecil dan perabot yang tidak digunakan dengan terlalu kerap. Walaupun kos senggaraan jangka pendek adalah rendah namun untuk jangka masa panjang ia mungkin akan menjadi terlalu tinggi.

2.3 SENGGARAAN RAMALAN


Senggaraan Ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan kerosakkan. Biasanya ramalan tentang kemungkinan berlakunya kerosakan pada peralatan dibuat dengan menggunakan alatan sensitif seperti alat penganalisis gegaran dan amplitud, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu, tolok rintangandan sebagainya. Bagi senggaraan ramalan di dalam bengkel kemahiran hidup pula, senggaraan ramalan boleh dilakukan melalui kaedah pemerhatian. Sebagai contoh guru boleh meramal sesuatu kerosakkan tersebut dengan melihat peralatan tersebut sebelum membuat pemeriksaan ke atas alatan tersebut. Senggaraan ramalan banyak dilakukan dalam industri yang melibatkan penggunaan alatan elektronik seperti komputer. Ini adalah kerana peralatan yang digunakan mempunyai bahagian yang kecil dan rumit untuk disenggara setiap hari. Tambahan pula kebanyakkan bahagianbahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan kerja-kerja servis. Sekiranya berlaku kerosakkan dan berkemungkinan besar ia memerlukan bahagian-bahagian yang baru.

12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

3.0 LANGKAH-LANGKAH KAWALAN SENGGARAAN


Berkesan atau tidak sesebuah sistem senggaraan yang dijalankan bergantung kepada sebaik mana kerja-kerja merekod dan kelancaran aktiviti sesebuah senggaraan itu dilakukan. Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan yang lebih berkesan. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang langkah-langkah yang biasanya diambil sebelum sesuatu kerja senggaraan itu dijalankan.

3.1 ARAHAN KERJA


Biasanya kerja senggaraan bermula dengan panggilan daripada guru atau murid yang membuat aduan tentang kerosakan atau gangguan yang terdapat dalam bengkel kemahiran hidup. Kemudian guru panitia kemahiran hidup akan mengeluarkan arahan kepada individu yang terlibat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setelah selesai, guru atau induvidu yang melakukan senggaraan hendaklah merekodkan maklumat seperti kerja yang dilakukan, masa yang diambil, kos alat ganti yang diguna, bilangan pekerja yang diperlukan dan sebagainya. Rekod ini disimpan dan digunakan sebagai rujukan pada masa hadapan.

3.2 JADUAL KERJA


Sebagai langkah untuk menolong bahagian senggaraan membuat kerja dengan lebih cekap, selalunya penasihat kawalan bahagian senggaraan dengan pertolongan

13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

guru panitia akan membuat anggaran tentang jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis kerja senggaraan yang diperlukan. Ini akan memudahkan bahagian senggaraan mengagih-agihkan kakitangannya apabila lebih daripada satu kerosakan berlaku serentak.

3.3 KOS SENGGARAAN


Kos senggaraan adalah jumlah kos pekerja yang menjalankan kerja dicampur dengan kos bahan-bahan ganti yang digunakan. Ini perlu juga direkodkan untuk mendapat jumlah kos senggaraan yang diperlukan dalam masa setahun.

3.4 BELANJAWAN
Belanjawan biasanya dibuat setahun sekali dan jumlah wang yang diperuntukkan kebahagian senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam masa setahun. Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas dalam jumlah peruntukan tahunan.

3.5 REKOD ALATAN


Seperti yang telah dinyatakan, rekod-rekod alatan adalah penting dalam sesuatu program senggaraan. Rekod-rekod sepatutnya mengandungi semua data alatan tersebut seperti nombor siri, pembekal, kos membeli dan sebagainya.

14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KESIMPULAN Baik pulih dan penyelenggaraan alatan dan perabot merupakan salah salah satu daripada tajuk yang memerlukan penekanan kepada pengurusan di dalam bengkel kemahiran hidup. Modul pengajaran dan pembelajaran ini menerangkan tentang perabot yang perlu dibaik pulih dan cara penyelenggaraan yang perlu dilakukan kepada alatan dan perabot. Bagi melakukan penyelenggaraan dan baik pulih, perlu diingatkan bahawa keselamatan di dalam bengkel perlu diutamakan supaya tidak berlaku kemalangan di dalam bengkel.

15