Anda di halaman 1dari 28

FROG VLE

AINA KHALISAH AZAMI

Apakah itu projek 1BestariNet?


1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses Internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet yang laju serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu yang bertaraf dunia.

Apakah itu Frog VLE?


Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk

sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Contoh: guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

LAMAN

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN


Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas

dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.

Murid Guru
Faedah

Ibu bapa

Guru
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan

direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan guru untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.

Pelajar
Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat

diperibadikan dengan Frog. Dapat terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond Reka sendiri laman utama, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.

Ibu bapa
Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG

serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumendokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.

MENGAPAKAH FROG VLE DIPILIH?


menjadikan hidup setiap orang, menjadi lebih mudah. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang

memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?

1BestariNet Yes ID untuk daftar masuk tunggal anda

boleh anda gunakan untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk.

Bagaimanakah guru-guru dan para pelajar disokong dalam pelaksanaan projek 1BestariNet ini?
Frog Community Site dalam Frog VLE adalah ruang untuk menyokong

pendidik dengan menyediakan tutorial video, panduan latihan dan manual pengguna untuk membantu mereka memperolehi Kemahiran Frog yang baru. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik. The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan memberi Frog Student Champions semua sumber yang mereka perlu pelajari tentang Frog dan membantu mereka memacu untuk penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar. Ruangan untuk para pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Frog Students Champions di Wall of Fame.

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Menjimatkan masa dan tenaga: Frog melengkapkan guru-guru dengan alatan yang dapat memudahkan tugas mereka seperti untuk merancang pengajaran, memeriksa latihan dan menguruskan kalendar akademik.

Berhubung dan berkolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara untuk
membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh sebab Frog adalah berasaskan awan (cloud-based), pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua. Lebih daripada itu, keupayaan pelajar untuk menyimpan hampir segala-galanya ke awan, bakal menjadikan beg sekolah yang berat sebagai satu sejarah.

Libatkan dan tambat perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari
kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan membinanya sebagai satu laman web yang berguna tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru untuk menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan beberapa klik mudah.

Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan oleh

lebih 700 sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan
alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Dashboard SK KPG SAU

Dashboard GURU

Ikon-ikon penting

Anda mungkin juga menyukai