Anda di halaman 1dari 3

GURU PERLU KEJAR TEKNOLOGI Wartawan Sinar Harian KUALA PILAH Teknologi yang semakin berkembang hari ini

i menjadi cabaran kepada guru dalam mendidik anak muridnya, tidak seperti guru terdahulu. Ini diakui Tokoh Guru Parlimen Kuala Pilah, Mohammad Sail yang menyifatkan setiap guru kini perlu mempunyai mengikuti perkembangan teknologi agar dapat mendidik anak murid dengan lebih berkesan. "Tugas guru sekarang memerlukan pengetahuan luas dalam memberi didikan berikutan pelajar yang pandai menjurus ke arah kemajuan teknologi negara," katanya. Biarpun sudah bersara, Mohammad berkata, dia mengabdi diri dalam alam perguruan lebih 20 tahun, namun rasa seronok dan terharu, lebih-lebih lagi penat lelahnya dihargai banyak pihak. Saya berasa seronok dan gembira kerana jasa dan pengorbanan yang telah diberikan dipandang tinggi Pejabat Pelajaran Daerah. Terima kasih kerana memilih saya sebagai Tokoh Guru bagi tahun ini, katanya selepas menerima anugerah berkenaan daripada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek sempena sambutan Hari Guru 2011 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Melang Inn, dekat sini baru-baru ini. Turut hadir, Pegawai Pelajaran Daerah, Mat Rohani Kamar. Sementara itu, seorang lagi Tokoh Guru yang dipilih, Zaiton Omar pula berpendapat meskipun peranan guru era ini memberi banyak cabaran dan dugaan, namun semangat dan kecekalan membolehkan seseorang guru mampu bertugas dengan cemerlang. Saya menasihatkan warga pendidik sekarang lebih komited dalam kerjaya, di samping menanam misi ke arah pendidikan yang maju, katanya. Anak watan negeri ini yang menamatkan karier pada tahun 1999 ini berkata, guru seharusnya mencorakkan pelajar agar lebih berani dan berjaya untuk masa akan datang. Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/guru-perlu-kejar-teknologi-1.68023

Tokoh Guru Parlimen Kuala Pilah iaitu Mohammad Sail mengakui bahawa teknologi yang semakin berkembang hari ini menjadi cabaran kepada guru dalam mendidik anak muridnya. Beliau juga turut menyifatkan setiap guru kini perlu mempunyai mengikuti perkembangan teknologi agar dapat mendidik anak murid dengan lebih berkesan. Beliau turut mengatakan tugas guru sekarang memerlukan pengetahuan luas dalam memberi didikan berikutan pelajar yang pandai menjurus ke arah kemajuan teknologi Negara. Walaupun sudah bersara, beliau tetap rasa seronok dan terharu apabila jasanya mengabdi di bidang perguruan selama 20 tahun dihargai. Beliau menerima anugerah berkenaan sempena sambutan Hari Guru 2011 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Sementara itu, seorang lagi Tokoh Guru yang dipilih, Zaiton Omar pula berpendapat meskipun peranan guru era ini memberi banyak cabaran dan dugaan, namun semangat dan kecekalan membolehkan seseorang guru mampu bertugas dengan cemerlang. Beliau menasihatkan warga pendidik sekarang lebih komited dalam kerjaya, di samping menanam misi ke arah pendidikan yang maju. Beliau turut berkata lagi bahawa guru seharusnya mencorakkan pelajar agar lebih berani dan berjaya untuk masa akan datang Peranan teknologi dalam kehidupan seharian kini tidak lagi boleh dinafikan, mahu atau tidak golongan pendidik perlu sedar bahawa betapa pentingnya teknologi dalam pendidikan agar perjalanan proses pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Jika kita melihat definisi yang dilontarkan oleh Gailbrath (1967), teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yg tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan tugasan sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Teknologi dapat membantu Negara mencapai kejayaan sebagai Negara maju 2020 dan ianya harus dimulakan di bangku sekolah lagi. Penerapan dan pengamalan teknologi dalam pendidikan akan melahirkan modal insan yang mempunyai tahapa penguasaan teknologi yang tinggi. Jadi, benarlah saranan yang telah dikemukakan oleh kedua dua Tokoh Guru Parlimen Kuala Pilah agar para

guru menguasai teknologi sebaik mungkin. Hal ini kerana, gurulah yang akan mencorak masa depan modal insan Negara. Antara cadangan yang saya boleh lontarkan ialah menggubal dasar pendidikan agar diwujudkan suatu dasar zero buta IT.Jika kita lihat hari ini, kita sudah lama mengamalkan dasar zero buta huruf dan bagi saya sudah masanya kita membuat satu anjakan yang lebih tinggi dalam menyesuaikan warganegara kita dengan kepantasan teknologi yang pesat berkembang agar mereka tidak ketinggalan kelak dalam arus modenisasi. Di kawasan kawasan luar bandar dan pedalaman, masih ramai murid murid yang boleh digolongkang sebagai buta IT. Hal ini terjadi kerana mereka masih belum didedahkan dengan seluasnya dengan teknologi. Sepatutnya, setiap murid di Malaysia ini apabila sudah keluar daripada institusi sekolah, sekurang kurangnya mereka tahu untuk menggunakan aplikasi asas seperti Microsoft Word, Power Point, dan melayari Internet dengan tujuan yang baik. Cadangan yang lain pula ialah, pihak kementerian memastikan para guru menguasai dan mengaplikasi teknologi dalam pendidikan. Hal ini penting kerana kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meletakkan barang barant ICT di sekolah sekolah. Namun, tidak ramai para guru yang benar benar menggunakannya. Jika kita lihat di sekolah, hanya segelintir sahaja guru yang menggunakan alat teknologi dalam pengjaran dan pembelajaran mereka. Ini adalah suatu bentuk pembaziran yang nyata. Apabila diselidiki, hal ini berlaku kerana masih ramai di kalangan guru yang masih tidak menguasai peralatan IT seperti komputer riba, projekter dan sebagainya. Jika hal ini dapat diatasi, insyaAllah perkembangan teknologi dalam pendidikan Malayasia akan bertambah baik dan seterusnya akan menjadikan Malaysia sebuah Negara yang berdaya saing dan tidak ketinggalan daripada ditelan arus teknologi yang begitu pesat berkembang.

Anda mungkin juga menyukai