Anda di halaman 1dari 17

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 164

UNIT 10 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan maksud teknologi maklumat dan komunikasi 2. Menjelaskan peranan komputer dalam teknologi maklumat dan komunikasi 3. Mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

PENGENALAN

MK atau ICT telah berkembang begitu pesat. Kepesatannya turut membawa manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat pengajian. Amat wajar bakal guru atau guru menyesuaikan perkembangan TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan TMK bergantung kepada kesediaan dan kebolehan para guru mengintegrasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Amalan pengintegrasian TMK bertujuan meningkatkan mutu dan keberkesanan pembelajaran. Bermula dengan singkatan IT pada tahun 1990, akronim bagi Information Technology iaitu maklumat yang diperolehi menerusi teknologi komputer telah berkembang menjadi TMK tahun 1996. CT ialah akronim bagi Communication Technology iaitu maklumat yang disalurkan menerusi alat komunikasi Internet. IT (komputer) dicantumkan dengan CT (Internet) menjadi TMK yang bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi dalam bentuk digital yang digunakan untuk berkomunikasi serta menyalurkan maklumat dalam talian atau secara telematik seperti yang digambarkan dalam Rajah 10.1. TMK dapat dilihat melalui penggunaan Internet (e-mail, laman web, kumpulan diskusi, dan lainlain).

(Komputer)

IT

(Internet)

CT

TMK

Rajah 10.1 Konsep TMK

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 165

Dalam pendidikan, TMK dapat dilihat dari perspektif sebagai alat dan proses. Dari segi peralatan, TMK digunakan untuk membantu pengajaran, contohnya komputer dan projektor LCD. Manakala konsep proses bermaksud alat dan perisian TMK yang digunakan untuk membina bahan instruksional yang menggunakan reka bentuk instruksional dan mengitegrasikan kandungan kurikulum dalam pengajaran. Contohnya guru membangun dan menggunakan bahan multimedia dalam pengajaran sains. Malah TMK boleh digunakan merentasi semua mata pelajaran dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi dan dari pengajian di bilik darjah hingga ke peringkat pendidikan jarak jauh.

Rajah 10.2 Contoh alatan TMK

ISI KANDUNGAN
Apakah teknologi maklumat?

eknologi maklumat membawa maksud yang luas iaitu teknik, kaedah, proses dan alatan yang boleh digunakan untuk menjalankan tugas bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bagi faedah kehidupan manusia. Perkataan maklumat merujuk kepada data bermaklumat dalam bentuk yang boleh difahami pernerima. Data tersebut mungkin dalam bentuk bunyi, visual, elektronik atau gelombang elektromagnet yang boleh ditafsir sasaran yang ditentukan. Maklumat diuruskan oleh teknologi yang mampu memproses, menyimpan, mendapatkan semula, menghantar dan menerima maklumat. Dalam perbincangan di atas adalah jelas dirasakan terdapat persoalan adakah komputer sahaja peralatan yang dimaksudkan sebagai contoh kepada teknologi maklumat. Sebenarnya terdapat peralatan lain yang biasa dan kerap digunakan dalam kehidupan kita seperti telefon, telefon bimbit, mesin faks, pencetak, pengimbas, pemain DVD, kamera digital, perakam suara, atau papan putih interaktif. Semua ini sebenarnya telah kita bincangkan dalam Unit 8 dan 9 sebelum ini. Namun dalam unit ini peranan kesemuanya akan dibincangkan lebih lanjut.

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 166

Kamera digital mempunyai keupayaan mengambil gambar iaitu mampu menyimpan dan mendapatkan semula maklumat dalam bentuk gambar, berwarna, mempunyai perkataan dan sebagainya. Kemudian gambar tersebut boleh dicetak. Percetakan telah mengubah dari bentuk digital kepada bahan cetak. Dengan menggunakan komputer gambar boleh diubah misalnya dari aspek kejelasan atau ditambah objek baru. Gambar dari kamera digital boleh dihantar menerusi e-mail atau sms. Oleh itu kamera adalah salah satu alat teknologi maklumat. Jelaskan peranan teknologi maklumat dengan merujuk kepada sekurang-kurangnya tiga contoh alatan yang biasa dalam kehidupan kita.

Apakah teknologi maklumat dan komunikasi?

erkataan komunikasi adalah tambahan kepada dua perkataan teknologi dan maklumat. Komunikasi bermaksud berhubungan antara penyampai dengan penerima dalam bentuk yang difahami. Dalam keadaan tertentu, penerima tidak perlu hadir ataupun tanpa menyedari maksud penghantar untuk berkomunikasi pada saat sebenar ketika maklumat dihantar. Keadaan ini berlaku dalam konteks komunikasi jarak jauh. Syarat utama komunikasi adalah untuk berkongsi tafsiran yang sama antara penghantar dengan penerima maklumat. Contoh penggunaan radio dan televisyen di mana penyampai berada beratus kilometer, namun kemudahan teknologi yang dibina untuk kedua-dua alat ini mampu membawa maklumat kepada penerima dan dapat memberi tafsiran yang sama. Begitu juga paparan simbol 110 km di lebuh raya harus ditafsirkan bahawa kelajuan maksimum yang dibenarkan adalah pada kadar 110 km sejam. Maklumat terdiri daripada makluman, penjelasan atau dorongan. Tafsiran yang berbeza dalam kalangan penerima menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam tafsiran. Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran, tafsiran yang berbeza menyebabkan pelajar tidak faham apa yang dimaksudkan guru. Selain maklumat, satu lagi aspek yang penting adalah bentuk maklumat dan saluran maklumat. Bentuk maklumat merujuk kepada keadaan fizikal maklumat yang disalurkan. Contoh maklumat aluan selamat datang dipaparkan dalam bentuk perkataan (maklumat dalam bentuk huruf) ditulis di atas kertas (saluran maklumat). Contoh lain, aluan selamat datang ditulis dalam bentuk perkataan (maklumat dalam bentuk perkataan digital) dan disalurkan menerusi e-mail (saluran maklumat adalah Internet). Contoh lain adalah gambar kapal terbang bergerak adalah bentuk maklumat, yang disalurkan menerusi televisyen. Jadi bentuk maklumat dan saluran maklumat penting untuk berkomunikasi menerusi peralatan TMK. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau TMK ruang lingkup meliputi segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan data atau maklumat. Sebagai contoh penggunaan komputer dan perisian dapat membentuk, mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, dan mendapatkan data atau maklumat kembali. Pelbagai bentuk maklumat seperti nombor, gambar, warna, perkataan, lagu, dan video boleh dikongsi melalui teknologi komputer. Teknologi maklumat dan komunikasi sebagai proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi sebagai pemudah cara bagi

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 167

membolehkan maklumat dipindahkan atau dialirkan dengan lebih pantas. Peralatan teknologi maklumat tidak terhad kepada komputer dan Internet sahaja tetapi juga melibatkan peralatan telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, televisyen, radio dan sistem satelit. Peralatan tersebut berupaya memindahkan maklumat dengan cepat dari pengguna kepada penerima atau sebaliknya. Terdapat tiga aspek utama dalam penggunaan TMK: 1. Mengumpul maklumat Mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan bahan dijalinkan serta dilakukan suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh, dengan menggunakan komputer memasukkan gambar dari clipart dan menggunakan perakam untuk merakam bunyi Selamat hari jadi. Dalam hubungan ini, gambar dan bunyi adalah bentuk maklumat. 2. Memanipulasi maklumat dan memproses semula imej Contohnya teknologi komputer menggabungkan kedua-dua maklumat tersebut, iaitu gambar dan bunyi menjadi gambar yang berbunyi seperti Rajah 10.3. 3. Untuk berkomunikasi iaitu digunakan bagi menghantar dan mendapatkan maklumat di antara penghantar dengan penerima dan sebaliknya Sebagai contoh gambar burung yang mempunyai bunyi dikirim kepada seorang kawan untuk dikongsi bersama. Visual + Audio = Visual bersuara

Hai, Selamat hari jadi

Rajah 10.3 Penggunaan TMK

Apakah peranan komputer dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)?

omputer merupakan salah satu daripada peralatan TMK. Komputer kerap digunakan dalam TMK kerana keupayaannya mengumpul, menyimpan, memanipulasi, memproses, mendapatkan semula, menghantar dan menerima maklumat. Keadaan ini boleh berlaku kerana terdapatnya teknologi komputer yang membantu manusia dengan cekap dan berkesan. Namun manusia perlu mempunyai keupayaan menyediakan maklumat yang bermutu berbentuk idea, penjelasan, fakta, penceritaan, penemuan dan sebagainya. Beberapa istilah biasa digunakan selari dengan penggunaan komputer iaitu perisian, perkakasan, fail, folder, penyimpan ( thumbdrive, CD, DVD), pencetak, pengimbas, dan Internet. Keupayaan TMK menerusi mesin komputer ini hendaklah dimanfaatkan para guru khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 168

Rajah 10.4 Dua komponen utama komputer yang saling melengkapi

Apakah peranan guru bagi mengintegrasi TMK dalam pendidikan?

agi mengintegrasikan TMK dalam pendidikan, pelajar dan guru harus celik TMK sebelum menggunakannya dalam pengajaran. Celik TMK boleh didefinisikan sebagai keupayaan individu menguasai pengetahuan serta kemahiran teknikal dan kemahiran kognitif. ICT literacy is using digital technology, communication tools, and/or networks to access, manage, integrate and create information in order to function in a knowledge society (International ICT Literacy Panel, 2002)

Rajah 10.5 Literasi TMK

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 169

Sebagai seorang guru, anda harus mempunyai kemahiran Literasi TMK dan kemahiran mereka bentuk pengajaran. Kemahiran menggunakan TMK dalam pengajaran ialah proses merancang secara sistematik menggunakan alat dan sumber TMK untuk meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran.

Rajah 10.6 Literasi TMK dan reka bentuk pengajaran

Mengapa perlunya kemahiran TMK dalam pendidikan?

uru dan murid masing-masing mempunyai peranan dalam dunia pendidikan. Terdapat persaingan antara guru dan murid dalam menguasai pengetahuan semasa dengan adanya TMK. Peranan guru boleh diimbangi dengan peranan murid supaya membentuk sinergi yang berfaedah sejajar dengan falsafah pendidikan negara. Murid pada masa kini merupakan pencari dan pengguna maklumat yang aktif dan interaktif. Pembelajaran pula merupakan proses membina pengetahuan menerusi interaksi dengan maklumat dan pengalaman. Proses pembelajaran harus selari dengan proses mencari maklumat dan menghasilkan maklumat baru. Oleh yang demikian penyatuan antara teori pembelajaran dengan teori maklumat penting ke arah melahirkan pencari maklumat yang aktif dalam mencari, memilih, menilai dan membina maklumat. Guru sebagai pengurus maklumat terutama yang berkaitan dengan kurikulum menjadi pembimbing dan penggalak pembinaan pengetahuan. Peralihan arus ekonomi dari pertanian kepada perindustrian dan pengetahuan telah menjadikan pembinaan, penyebaran dan penggunaan pengetahuan sebagai wadah untuk meningkatkan produktiviti. Pengetahuan menjadi komoditi penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Globalisasi telah menjadikan dunia seolah-olah tiada sempadan dari segi perolehan maklumat. Kewujudan TMK telah membuka ruang yang luas ke arah globalisasi. Oleh yang demikian, wujud persaingan dan perubahan dalam sistem pendidikan yang menekankan TMK dari peringkat prasekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 170

Kemeriahan penggunaan TMK dalam pendidikan banyak bergantung kepada keupayaan kognitif guruguru yang merujuk kepada lima tindakan seperti yang dinyatakan dalam Rajah 10.7 yang juga telah kita bincangkan dalam Unit 2, Modul 1. Contoh Kemahiran Kognitif TMK Access : Pilih dan buka search engine yang sesuai Manage : Kenal pasti deskriptor yang tepat Pilih dan buka tajuk yang sesuai. Susun Maklumat. Integrate: Guna, analisis dan cantumkan maklumat yang diperolehi Evaluate: Pilih dan nilai maklumat (Kesahihan dan kebolehpercayaan) Create : Bina maklumat baru berasaskan maklumat yang dipilih dan ditapis menggunakan Word atau PowerPoint. Boleh kongsi bahan melalui e-mail Rajah 10.7 Kemahiran kognitif

Bagaimana menggunakan kemahiran kognitif TMK?

erikut dihuraikan contoh menggunakan kemahiran kognitif TMK khususnya Internet (Accesss, Manage, Integrate, Evaluate, dan Create) dalam pengajaran. Contohnya katalah dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru menggunakan sajak sempena Hari Guru. Terdapat banyak sumber sajak yang boleh diperolehi dan digunakan daripada Internet. Guru menggunakan kemahiran kognitif TMK seperti tindakan berikut. Akses: Kemahiran kognitif guru dalam TMK khususnya Internet guru berupaya menggunakan enjin pencarian seperti Google untuk access kepada satu kata kunci. Manage (Urus): Guru memilih atau menentukan kata kunci yang sesuai katalah sajak guru. Integrasi: Melihat sumber yang diperolehi untuk menentukan kewibawaan dan kesesuaian tahap bahan dalam kaedah atau aktiviti pengajaran. Nilai: aspek kesahihan dan kebolehpercayaan bahan dari aspek nilai maklumat. Bina: Menggunakan bahan untuk dipamerkan atau dipersembahkan kepada pelajar seperti dipindah kepada bentuk kepada PowerPoint atau cetakan kertas atau paparkan terus dari capaian internet menggunakan projector LCD

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 171

Rajah 10.8 Hasil penggunaan kemahiran kognitif dalam TMK


Sumber : http://www.moe.edu.my/hariguru/sajak.htm

Dengan menggunakan perkataan anda sendiri bincangkan peranan guru dalam dunia yang penuh dengan maklumat hasil dari perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 172

Peringkat kemahiran guru dalam mengintegrasi TMK dalam pendidikan

erdapat banyak kreativiti menggunakan TMK dalam pendidikan. Usaha menjalinkan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah menjadi tumpuan guru-guru kerana keupayaan teknologi komputer menjadikan pembelajaran lebih bermutu. Unesco (Kendall, 2002) mencadangkan empat peringkat kemahiran guru dalam melaksanakan TMK iaitu peringkat: 1. Pengenalan (emerging) iaitu peringkat guru memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran menggunakan fungsi teknikal peralatan, perkakasan dan perisian. Dengan menguasai pengetahuan dan kemahiran ini, guru mudah mengesan kesan TMK kepada diri dan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Umpamanya kemahiran menggunakan word boleh membantu guru menghasilkan kerja yang manarik dan kemas, boleh disimpan atau dikongsi melalui email, serta disunting pada masa akan datang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan ruang pembelajaran ini menerusi laman web di alamat http://www.tutor.com.my/tutor/bpg/content.asp?sec=Modul&sub=tmkpnp 2. Aplikasi (applying) iaitu peringkat guru menyedari kemampuan TMK yang sekiranya digunakan dengan betul boleh meningkatkan prestasi proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran. Dengan menggunakan peralatan TMK bersama dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran akan menerbitkan bahan sokongan yang berkesan kepada pembelajaran. Pendedahan awal terutama peringkat latihan perguruan amat perlu bagi menyuburkan kemahiran dan kebolehan untuk mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Integrasi (integrating) iaitu peringkat guru menggunakan TMK sepenuhnya untuk meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru berupaya menjana idea dan amalan secara aktif, kreatif dan inovasi dalam merancang dan melaksanakan pengajaran. Contohnya, guru berupaya menghasilkan bahan persembahan PowerPoint dalam memberi kelas, seterusnya guru mampu memuat naik bahan ke dalam sistem pengurusan kursus atas talian, dan seterusnya boleh berinteraksi dengan pelajar dalam ruangan forum atas talian. Guru boleh juga menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek secara dalam talian. 4. Transformasi (transforming) iaitu peringkat guru sudah berada pada tahap kemahiran dengan keyakinan tinggi menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mampu membuat tranformasi kaedah dari berpusatkan guru sepenuhnya kepada berpusatkan murid. Guru mampu menggerakkan murid ke arah belajar secara bersendirian mengikut tahap pencapaian murid. Guru mampu bekerjasama dengan murid serta rakan di seluruh negara dalam pembelajaran dalam talian menerusi web atau sistem pembelajaran dalam talian.

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 173

Transformasi Integrasi aplikasi Pengenalan

Rajah 10.9 Peringkat kemahiran guru mengintegrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

Bagaimana mengintegrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?

uru dan bakal guru dipercayai telah diperkenalkan dengan pelbagai program komputer. Guru perlu mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam menggunakan pelbagai perisian di samping mempunyai kemahiran mencapai maklumat, memuat naik atau turun fail dan melaksanakan pengajaran. Boleh dikatakan semua komputer mempunyai program aplikasi Microsoft Office seperti berikut; Words pemprosesan perkataan Excel hamparan elektronik PowerPoint persembahan elektronik Access pangkalan data

di samping terdapat banyak lagi perisian lain seperti untuk tujuan grafik dan komunikasi. Ciri-ciri yang terdapat pada setiap program aplikasi di atas hendaklah diteroka dan dijadikan asas kepada proses integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian mengukuhkan kaedah yang dipilih guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengikut model reka bentuk pengajaran seperti ASSURE, pemilihan strategi pengajaran melibatkan media dan kaedah bertujuan untuk mencapai objektif pembelajaran atau hasil pembelajaran. Dalam merancang pengajaran, guru patut berkebolehan menilai pencapaian pelajar. Pemilihan pelbagai kaedah seperti kaedah kuliah, kaedah inkuri dan pembelajaran berasaskan masalah mendapat nilai tambah melalui adunan secara bijak dengan TMK. Berpandukan model reka bentuk pengajaran, guru wajar memadankan penggunaan TMK dengan pencapaian hasil pembelajaran menerusi kaedah yang dipilih. Tulisan di atas menerangkan peranan dan kemahiran yang diperlukan guru. Bagaimana pula dengan murid? Bincangkan peranan dan kemahiran yang diperlukan oleh murid dalam penggunaan TMK di bilik darjah untuk menjadikan pembelajaran berkesan. Sediakan bahan perbincangan ini dengan panduan peta minda dalam Rajah 10.10.

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 174

Peranan dan kemahiran murid

Rajah 10.10 Peranan dan kemahiran murid Penggunaan perisian pemprosesan perkataan mambantu guru menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk yang menarik dan kemas seperti nota, soalan latihan, lembaran kerja, hebahan, laporan, buletin, buku program, brosur, berita semasa dan sebagainya. Aktiviti kreatif menggunan perisian ini memerlukan latihan dan penerokaan perisian melalui kemudahan yang tersedia seperti page layout, illustrations, clip art, smartart dan text. Murid boleh menggunakan kemudahan perisian ini seperti untuk menyiapkan tugasan, nota, peta minda dan sebagainya. Penggunaan perisian persembahan elektronik seperti Microsoft PowerPoint membantu guru menarik perhatian pelajar kepada aktiviti seperti tunjuk cara, penjelasan fakta dan urutan kandungan. Perisian ini berkemampuan membuat persembahan teks, warna, gambar, rajah, graf, jadual, animasi, audio dan video. Perisian mempunyai kemudahan dari aspek komunikasi visual dalam pedagogi seperti penggunaan bullet, sisipan dan corak persembahan, kawalan tempoh tayang, kesan bunyi, hyperlink dengan laman web dan sebagainya. Murid boleh menggunakannya seperti untuk menyediakan laporan berbentuk persembahan di bilik darjah. Penggunaan perisian hamparan elektronik membantu guru mengurus data seperti senarai nama, markah, gred, rekod akaun, dan jadual. Perisian ini mempunyai banyak kemudahan matematik seperti membuat kiraan menjumlah, mencari min, menyediakan graf dan sebagainya. Murid boleh menggunakan bagi tujuan seperti menyediakan laporan kewangan, matematik, penyediaan nota hiraki, graf dan sebagainya.

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 175

Anda diminta menyediakan bahan bantu mengajar mengintegrasikan kandungan mata pelajaran dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua perisian tersebut serta bersumberkan bahan dari internet. Bagaimana merancang integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran? Satu kaedah yang biasa digunakan dalam perancangan pengajaran adalah menentukan penggunaan TMK sebagai media pengajaran sama ada sebagai alat penyampaian oleh guru atau sumber rujukan maklumat bersama guru dan murid. Umumnya seseorang guru boleh menimbangkan pengajaran melibatkan analisis pelajar (pengetahuan sedia dan kebolehan belajar), penentuan hasil pembelajaran, pemilihan kaedah dan media, penentuan kedalaman dan tahap kandungan, penentuan penglibatan pelajar dalam kaedah yang ditentukan, penentuan penilaian dan penentuan tempoh pelaksanaan sebagaimana yang terdapat dalam Model ASSURE di dalam Unit 8. Dalam perbincangan ini sudah tentu media yang dipilih ialah komputer yang mempunyai sambungan Internet. Dalam merancang pengajaran terdapat tiga fasa umum iaitu permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran dan penilaian. Permulaan pengajaran adalah peringkat awal bagi proses pengajaran bertujuan menarik perhatian, membangkitkan semangat dan menyediakan murid untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran baru. Fasa perkembangan pengajaran meliputi kaedah dan media yang digunakan bagi tujuan mengekalkan minat pelajar dan meningkatkan pengalaman pembelajaran sejajar dengan hala tuju ke arah pencapaian hasil pembelajaran. Fasa ketiga, penilaian pengajaran dengan membuat rumusan dan penilaian untuk melihat pencapaian pelajar. Guru juga boleh melakukan tugasan tambahan atau tindak ikut secara berkumpulan atau sendirian. Penilaian juga boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran atau sebelum penutup atau pada kedua-duanya. Rajah 10.11 menunjukkan huraian ringkas ketiga-tiga fasa ini.

Rajah 10.11 Fasa pelaksanaan integrasi TMK

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 176

Contoh perancangan integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Pengunaan TMK khususnya komputer berperanan mengekalkan minat pelajar. Minat pelajar dapat dikekalkan sekira mendapat rangsangan yang menarik perhatian mereka. Pembinaan pengetahuan baru setiap pelajar wajar dirangsang dengan kaedah dan media terpilih iaitu dari bantuan dan sokongan TMK (perisian dan perkakasan). Kaedah yang boleh digunakan seperti kuliah, perbincangan, sumbangsaran, atau pembelajaran berasaskan masalah. Dalam pengajaran dan pembelajaran hasil pembelajaran menjadi aspek penentu kepada kegiatan pembelajaran. Hasil pembelajaran adalah apa yang diharapkan dapat diperolehi oleh pelajar dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor sebagaimana panduan mengikut taksonomi Bloom. Di sini dipaparkan beberapa contoh yang dipermudahkan dengan menggambarkan hasil pembelajaran dengan kegiatan pengajaran dan pembelajaran dan disokong secara visual dari bahan pengajaran yang diperolehi dari TMK. Contoh A Hasil pembelajaran Murid-murid boleh menamakan negeri mengikut kedudukan utara, selatan, timur dan barat Semenanjung Malaysia Kegiatan pengajaran dan pembelajaran 1. Guru memaparkan peta semenanjung Malaysia diperolehi dari internet. 2. Mendedahkan muridmurid dengan negeri-negeri mengikut kedudukan kompas. 3. Menyoal untuk meningkatkan rasa ingin tahu. Namakan negeri yang berada di selatan semenanjung Malaysia Guru memberi sebuah peta kosong kepada muridmurid dan meminta mereka menulis nama negerinegeri mengikut kedudukan yang betul.

Sumber: http://www.malaysiamaps.com/malaysia-statesmap.htm

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 177

Contoh B Hasil pembelajaran Melabelkan bahagian utama yang terdapat pada sekuntum bunga Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru menyampaikan keratan rentas sekuntum bunga. Bahan ini diakses dari internet. Kemudian, dengan menggunakan bunga yang sebenar pelajar diminta melukis dan melabelkan bahagianbahagian yang terdapat pada sekuntum bunga.

Sumber: http://www.enchantedle arning.com/subjects/pla nts/printouts/floweranat omy.shtml

Contoh C Hasil pembelajaran Mengenalpasti faktor menyebabnya pencemaran alam sekeliling kita. Menyedarkan kepentingan mengawasi alam sekitar kepada kehidupan manusia Sumber: http://dissacorsa.minidn s.net/igaqb.html Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru memaparkan beberapa gambar menunjukkan kesan pencemaran. Perbincangan bermula dengan mengemukakan soalan seperti Apakah yang menyebabkan ikanikan ini bergelimpangan mati Apakah akibat kejadian ini kepada kehidupan manusia Guru boleh mengemukakan satu kajian kes merujuk masaalah tempatan yang dikenalpasti oleh pelajar.

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 178

Contoh D Hasil pembelajaran Mengira dalam bentuk peratus. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru menggunakan data pelajar dengan pinjaman buku di PSS, dan dipindahkan dalam bentuk carta bar. Maklumat bertujuan meminta pelajar kira dalam bentuk peratus bagi setiap pelajar sebagai perbandingan di antara pelajar.

Catatan: Teknik ini mungkin boleh digunakan pada peringkat permulaan pengajaran untuk mengingat kembali aplikasi mencari peratus.

Ali..%, Busu %, Mohd ..%, Kamal .%

Contoh E Hasil pembelajaran Membezakan maksud sains dan teknologi dengan merujuk peralatan dalam kehidupan seharian. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru meminta pelajar mengaplikasikan maksud sains dan teknologi dalam konteks kehidupan seharian. Rajah seterika di bawah dipaparkan menerusi PowerPoint bagi memulakan dan meningkat minat perbincangan supaya lebih khusus. Guru boleh melanjutkan perbincangan merujuk kepada peralatan lain seperti mentol, cermin mata dan sebagainya.

Catatan: Rajah diperolehi dari internet: http://direct.tesco.com/q /R.206-6843.aspx

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 179

RUMUSAN
1. Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) terdiri daripada gabungan tiga perkataan iaitu teknologi, maklumat, dan komunikasi 2. Bagi mengintegrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus mempunyai kemahiran literasi TMK dan mereka bentuk pengajaran 3. Terdapat empat peringkat kemahiran mengintegrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu peringkat pengenalan, aplikasi, integrasi, dan transformasi

KATA KUNCI
1. Teknologi 2. Maklumat 3. Komunikasi 4. Teknologi malumat dan komunikasi 5. Literasi TMK 6. Kemahiran mereka bentuk pengajaran 7. Integrasi TMK dalam pengajaran 8. Fasa pelaksanaan pengajaran

PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan maksud teknologi maklumat dan komunikasi. 2. Bagaimana komputer dikatakan sebagai alat teknologi maklumat dan komunikasi.
3. Nyatakan empat peringkat kemahiran atau pendekatan integrasi TMK yang disaran oleh Kendall

(2002).

4. Jelaskan maksud reka bentuk pengajaran. 5. Jelaskan bagaimana perisian komputer dapat menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran. 6. Huraikan bagaimana melaksanakan integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

T e k n o l o g i M a k l u m a t d a n K o m u n i k a s i | 180

RUJUKAN
Heinich, R, Molenda, M, Smaldino, S & Russell, J (2005). Instructional media and the new technologies for learning (8th edition). New Jersey. Merril-Prentice-Hall Seels, B dan Richey, R (1994). Instructional Technology: The definition and domains of the field. Washington, DC: AECT Yusup Hashim (1997) Media pengajaran untuk pendidikan dan latihan. Fajar Bakti: Shah Alam Yusup Hashim, (2006). KPT 2063 Reka bentuk instruksional dan teknologi, bahan kuliah dalam persembahan powerpoint, edisi ke-5: Tanjong Malim.