Anda di halaman 1dari 27

PENGGUNAAN OHP DALAM PENGAJARAN

Penggunaaan Media Tayang

Pengajaran Dalam Konteks Tradisional mementingkan pendengaran. Kini terdapat peningkatan dalam penghasilan mesej secara visual Bahan pengajaran juga lebih berbentuk ilustratif. manusia semakin berorientasikan visual. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa lebih banyak maklumat dikuasai dan dikekalkan melalui pertuturan dan visual.

Visual digunakan secara meluas kerana:

Berkemampuan untuk mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan. kos alternatif dengan penggunaan media yang lain. Visual grafik direka bentuk untuk penggunaan paling ideal bagi kiumpulan kecil dan sederhana.

Batasan Penggunaan Visual

Visual grafik untuk kumpulan besar memerlukan masa dan kos yang tinggi sehingga menjadikannya kurang praktikal. Oleh itu batasan tersebut boleh di atasi melalui penggunaan media tayang.

Media Tayang Sebagai Alternatif


Penglihatan pada skrin yang cerah dalam bilik yang gelap boleh menarik perhatian penonton. Dalam bilik yang mempunyai cahaya yang samar, penonton senyap dalam jangkaan terhadap bahan yang akan ditonton dan sebaik sahaja swis dibuka, imej yang terang dan besar terpampan diskrin. Penonton bersedia untuk menerima mesej yang akan disampaikan. Kesediaan ini boleh dieksploit melalui pemilihan bahan yang mampu mengekalkan tumpuan, serta cara penggunaannya akan membolehkan penonton terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran.

Apa Dia Media Tayang?

Media tayang merujuk kepada format media di mana imej kaku diperbesarkan dan ditayangkan kepada skrin melalui pancaran cahaya yang terang. Biasanya cahaya yang kuat dipancarkan kepada bahan yang lutsinar (filem, transparensi, slaid) dan dibesarkan melalui siri lensa yang akan memantulkan imej kepada skrin.

Jenis-jenis media tayang

OHP -

APA DIA

OHP adalah

Sebuah alat pandang dengar yang membolehkan pelajar menerima pengajaran melalui visual dan pendengaran dalam keadaan bilik darjah yang biasa. Projektornya mempunyai pentas kaca yang boleh mempamekan imej yang disediakan dan ditayangkan diatas kepala penonton Berkesan untuk pembelajaran konsep, proses, fakta, statistik dan kesimpulan. Tayangan pada OHP dibuat dengan menggunakan kepingan-kepingan lutsinar atau transparensi

LUTSINAR
Kepingan lutsinar adalah filem yang dibuat daripada plastik lembut (acitate) atau PVC dan disediakan dalam keadaan kepingan atau bergolong. Lutsinar hanya berfungsi bila bahan tayangan di tulis atau dipindahkan kepadanya untuk tayangan.

Jenis-jenis lutsinar.

Write-On - tulis terus Lutsinar jenis thermal yang disediakan dalam berbagai bentuk:
Black

on clear Color on clear


PPC - Plain paper copier yang menggunakan mesin fotostat. Inkjet printer transparency black and white Color Laser color

Penyediaan Lutsinar

Bergantung kepada jenis lutsinar yang digunakan: i.

ii.

iii. iv.

Menggunakan kaedah menulis secara langsung di atas lutsinar yang cerah dengan menggunakan pen lutsinar. Kaedah Penduaan: Menyediakan lutsinar berasaskan bahan yang tersedia (ilustrasi atau bahan yang disediakan) tanpa mengubah saiznya menggunakan filem thermal, filem diazo, filem PPC. Kaedah pemindahan (transfer) Kaedah penyediaan dengan menggunakan komputer.

Kepingan lutsinar biasanya disediakan secara kepingan individu atau secara tindan tindih (overlays)

Prinsip-prinsip Mereka Bentuk Lutsinar


Format horizontal lebih merangkumi kawasan tayangan: Gunakan idea visual dalam reka bentuk lutsinar: rajah, charta dan graf disepadukan. Konsep tunggal digunakan dalam satu visual. Kekalkan penyampaian yang minimum (minimum verbiage) iaitu maksimum 6 perkataan satu baris dan maksimum 6 baris bagi satu lutsinar. Kata kunci (key words) boleh memudahkan penonton mengingati setiap fakta.

Prinsip Reka Bentuk Lutsinar

Tulisan atau bahan yang jelas (legibility) sangat penting: Kaedah tindan tindih boleh menyampaikan idea yang kompleks dengan menambah maklumat secara berurutan. Elakkan daripada menggunakan format horizontal dan vertical secara berselang kerana ia menyukarkan pandangan dan menyusahkan tayangan.

Teknik Pembentangan

Teknik terbuka Teknik tetingkap Teknik Berjalur

Tindan Tindih.

Mengapa Menggunakan OHP?

pengajaran berkesan dengan visual dan pendengaran Bilik tidak perlu digelapkan Penyampai menghadap penonton untuk mengekalkan hubungan terus dengan murid Mudah digunakan Tidak bising - kesan bunyi yang secara relatifnya senyap. Kepingan lutsinar mudah digunakan

Bersih dan menjimatkan masa Persembahan teratur dan sistematik Nota boleh dicatitkan pada bingkai Mudah diklasifikasikan, dikatalog dan disimpan Boleh menambah maklumat semasa tayangan Kadar persembahan maklumat boleh dikawal melalui penggunaan tetingkap Dapat menunjukkan gambar dan rajah dengan menggunakan penunjuk untuk menjuruskan perhatian kepada detail.

Boleh menggunakan pen untuk menambahkan maklumat atau membuat tanda pada maklumat tertentu semasa tayangan. Boleh mengawal kadar persembahan maklumat dengan menggunakan tetingkap yang akan menudung sebahagian maklumat dan mendedahkannya bila membincangkan fakta tersebut. Boleh menggunakan tindan tindih (overlays) untuk persembahan atau idea yang kompleks. Boleh menyalin maklumat lutsinar kepada kertas bagi rajah yang kompleks.

Boleh menunjukkan objek tiga dimensi dari atas pentas kaca. Bagi rajah yang kompleks, maklumat daripada lutsinar boleh disalin kepada kertas. Boleh menayangkan bahan lain serentak bagi menjelaskan konsep

PENGGUNAAN OHP

Sesuai digunakan untuk menayangkan semua bahan pengajaran yang biasanya ditulis oleh guru pada papan kapur. Bahan yang disediakan terlebih dahulu akan dapat memberikan persembahan yang lebih baik. Sebagai papan tulis / papan kapur.

Guru boleh mencatat, membuat ilustrasi seperti kegunaan papan kapur. Masalah timbul bila biasanya menulis dengan huruf yang agak besar pada papan kapur dan sukar menulis atas lutsinar.

Sebagai papan pamir (display board) Dengan permukaan yang rata boleh menayangkan banyak perkara yang biasanya dipamirkan pada papan pamir megnetik. Model yang bahagiannya berkaitan Bahan yang bersaiz kecil seperti huruf plastik, model. Menayangkan gambar: Boleh mengambil alih tugas projektor legap (opaque).

PANDUAN PENGGUNAAN OHP.

Aturan kelas tidak menghalang murid melihat tayangan dengan jelas Elakkan daripada berdiri dengan tangan di atas pentas yang sedang menyala lampunya. Sentiasa berhadapan dengan murid. Gunakan penunjuk pada OHP dan bukan pada skrin Letakkan kepingan lutsinar pada pentas sebelum menyalakan lampu Pastikan perbincangan berkaitan dengan bahan tayangan - matikan lampu bila menerangkan perkara lain. Tayangan mestilah mengikut bahagian demi bahagian: bahagian yang tidak perlu boleh ditutup dengan tetingkap.

KEBERKESANAN PENGGUNAAN OHP


Satu kajian dibuat di Wharton dimana calon ijazah sarjana
membuat simulasi dalam kumpulan untuk membuat keputusan bagi mengeluarkan satu barangan mendapati:
Lebih ramai individu yang sedia menerima cadangan penyampai yang menggunakan ohp daripada cadangan penyampai yang tidak menggunakan ohp. Penyampai yang menggunakan ohp di anggap lebih bersedia, lebih profesional, mempunyai kredibiliti, daya pujukan (persuasive) dan lebih menarik.

Kumpulan yang menggunakan ohp lebih mudah mencapai kata sepakat untuk membuat keputusan mengeluarkan barangan daripada kumpulan yang tidak menggunakannya.

Keberkesanan OHP
Kumpulan

yang menggunakan ohp lebih mudah mencapai kata sepakat untuk membuat keputusan mengeluarkan barangan daripada kumpulan yang tidak menggunakannya. Kajian lain membuktikan bahawa guru yang menggunakan ohp lebih tersusun (organized) daripada guru yang bergantung kepada alat pembelajaran biasa. Pelajar lebih mudah melibatkan diri dalam perbincangan bila ohp digunakan.

Kelebihan OHP
Sesuai untuk semua saiz kumpulan Urutan filem dapat disusun dan diubahsuaikan mengikut keperluan Masa tayangan boleh dikawal Mudah disimpan Boleh menggabungkan pengalaman visual dan odio sekali gus. Mudah disediakan

Batasan Penggunaan OHP

Terlalu bergantung kepada penyampai: tidak boleh diprogramkan untuk tayangan visual secara otomatik. Tidak boleh digunakan untuk pembelajaran kendiri kerana lebih ditujukan kepada penggunaan kumpulan. Bahan yang disediakan tidak berbentuk self-instructional. Tidak boleh menayangkan bahan bercetak atau bahan legap tanpa memindahkannya kepada lutsinar.

Gangguan imej tayangan lebih ketara kepada ohp jika dibandingkan dengan media tayang yang lain. Ohp biasanya diletakkan di atas meja bagi membolehkan guru menulis pada lutsinar dan skrin pula perlu diletakkan ditempat yang tinggi. Ini menghasilkan imej keystone. Kos untuk menghasilkan lutsinar agak mahal Tiada pergerakan yang bersambungan.