Anda di halaman 1dari 48

KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN

MENGENALI KOMUNIKASI
Komunikasi manusia adalah kuasa yang paling besar yang diketahui di dunia. Boleh digunakan untuk membebaskan atau mengongkong, mencipta atau memusnahkan, memperbaiki atau melenyapkan mutu kehidupan didunia. Satu cara untuk mentakrifkan diri serta personalised diri kita. Faktor penting dalam kehidupan dan kejayaan ekonomi dan kerjaya. Berada dimana-mana dan tidak dapat dielakkan. Kekurangan dalam keupayaan untuk melakukannya boleh menimbulkan kecacatan.

Maksud
Komunikasi manusia adalah satu rangkaian proses yang halus yang digunakan oleh orang untuk berinteraksi, mengawal antara satu dengan lain, dan memperolehi kefahaman dengan beberapa kesan dan maklum balas serta merta.
(de Vito: 1978)

Komunikasi berlangsung apabila orang memberi kepentingan kepada mesej yang berkaitan dengan perlakuan.

Komunikasi adalah satu proses mengongsikan makna melalui pengiriman dan penerimaan mesej secara sengaja dan tidak sengaja.
(Hybels dan Weaver: 1995)

Proses penyampaian pemikiran dari satu minda kepada minda yang lain.

Perspektif Islam
Proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam al Quran dan Hadis.

Ciri-ciri komunikasi
Komunikasi berlaku melalui beberapa cara: memegang, melihat, menulis, membaca.
Memerlukan sekurang-kurangnya dua benda: komputer dengan komputer atau sesama manusia.

Jenis Komunikasi
Intraperibadi Antara peribadi Komunikasi kumpulan Kecil Komunikasi Organisasi Komunikasi awam Komunikasi Massa

Komunikasi Antara Budaya

Fungsi Komunikasi
Bagi ahli Sosiologi, proses komunikasi ialah proses interaksi yang membantu proses sosialisasi, melahirkan institusi sosial dan berpengaruh ke atas budaya dan struktur sosial.
Semua interaksi sosial semestinya komunikatif dan sebarang proses sosial dianggap proses komunikasi.
(McQuil:1975)

Secara umum adalah untuk memberi maklumat, mendidik, memujuk dan menghibur.
De Vito (1978),

Untuk menemui: bersifat pribadi, perbandingan. Untuk menghubungkan: membina hubungan yang bermakna. Untuk memujuk: tujuan manipulasi, mengawal atau mempengaruhi. Untuk menghiburkan.

Komponen Komunikasi
Konteks: Sosial seperti status, peranan, norma dan budaya dalam masyarakat dimana mereka berkomunikasi. Fizikal: persekitaran di mana komunikasi berlangsung. Psikologi: emosi, setiakawan. Batas masa: masa bila proses komunikasi berlangsung termasuk kesesuaian. Perlu kepada penyesuaian konteks.

Sumber Maklumat: melibatkan


Enkod: Proses sumber memilih simbol untuk menyampaikan idea. menukarkan isi, idea, perasaan dalam bentuk yang boleh dihantar terutama dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi atau tulisan.

dan Penerima: melibatkan enkod dan dekod.

Dekod (Nyahkod): Proses mentafsirkan mesej yang diterima dan penerima meletakkan makna kepada simbol. Kemudian menterjemahkan mesej dalam simbol mental yang serupa dengan maksud asal.

Mesej: perutusan iaitu kandungan yang dihantar kepada penerima oleh sumber dalam bentuk verbal dan non-verbal. Saluran: organ untuk menyampaikan mesej perantara yang membawa mesej sesuai dengan bentuk komunikasi.

Mesej: perutusan iaitu kandungan yang dihantar kepada penerima oleh sumber dalam bentuk verbal dan nonverbal.
Saluran: organ untuk menyampaikan mesej perantara yang membawa mesej sesuai dengan bentuk komunikasi.

Penerima: melibatkan
Dekod (Nyahkod): Proses mentafsirkan mesej yang diterima dan penerima meletakkan makna kepada simbol. Kemudian menterjemahkan mesej dalam simbol mental yang serupa dengan maksud asal.

Maklum balas:

tindakbalas yang diterima oleh sumber akibat mesej asal dan menjadi mesej baru.

Model-Model Komunikasi
Model komunikasi paling awal oleh Harold Laswell. Siapa yang berkata? Apa yang dikata? Melalui saluran apa? Kepada siapa? Dengan kesan apa? Memberi penekanan kepada seorang komunikator dan kesan yang ujud kepada penerima.

Model Shannon
Memerhatikan komunikasi elektronik. Komunikasi adalah proses yang berbentuk linear atau lurus dan bergerak mengikut urutan yang tertentu daripada punca kepada destinasi. Model Shannon mementingkan aspek teknikal dalam penyampaian mesej.

Sumber mengeluarkan satu mesej, mengenkod mesej dengan isyarat yang sesuai, memilih saluran,penerima menyahkod serta sampai ke destinasi.

Shannon bersama Weaver kemudiannya membina model komunikasi yang lebih luas dan merangkumi beberapa aspek komunikasi manusia dan boleh digunakan untuk menganalisis proses pengajaran. Ia pentingkan proses penghantaran maklumat secara terurus dan menggunakan saluran yang sesuai.

Model Schramm & Schramm


lebih memberi penekanan kepada bentuk komunikasi, penerimaan dan tafsiran oleh pelajar. Berpendapat komunikasi berlaku jika kawasan atau bidang pengalaman di antara penghantar dan penerima bertindih (overlapped). Guru biasanya menyusun maklumat berdasarkan kemahiran dan pengalamannya dan juga mengambil kira pengalaman murid.

ModelTransactional
Diperkenalkan oleh Heinich, Molenda dan Russell (1993) memberikan penekanan kepada tafsiran secara bertimbal balas oleh penerima terhadap mesej penghantar dan penghantar terhadap mesej yang telah ditafsirkan oleh penerima.
Komunikasi adalah pertukaran tafsiran di antara individu dan kumpulan.

Model McCrosskey (1972)


Menerangkan sesetengah perkara yang berlaku dalam sumber sebelum berkomunikasi dan dalam sumber selepas berkomunikasi Maklumbalas adalah penting kerana ia adalah mesej dan tindak balas terhadap mesej. Ia meransangkan lebih banyak mesej lagi dalam proses yang berterusan. Elemen gangguan pada sumber, penerima atau saluran.

Komunikasi Dalam Pengajaran


Mengapakah komunikasi penting dalam pengajaran? Proses P&P memerlukan komunikasi dan komunikasi merupakan asas kepada proses pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses komunikasi apabila melibatkan pemindahan maklumat dari punca kepada penerima. Pembelajaran tidak akan dilaksanakan dengan sempurna tanpa suatu proses komunikasi yang berkesan. Untuk menjadi seorang guru yang profesional, guru perlu memfokuskan kepada aspek-aspek yang mempengaruhi komunikasi.

Pendidik yang berkesan akan terlibat secara langsung dan menyeluruh dalam proses komunikasi dan berkebolehan dalam menggubal, membina, menghantar dan menterjemahkan maklumat. Komunikasi yang berkesan memerlukan penguasaan banyak kemahiran. Guru mungkin banyak menyampaikan maklumat tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Komunikasi bukan setakat bererti proses bercakap atau menyelaraskan idea, pendapat atau arahan: ia memerlukan pemahaman mengenai proses menerima dan menginterpritasi mesej di kalangan pihak yang terlibat.

Bentuk-bentuk Komunikasi Pengajaran


Komunikasi Secara Lisan (Verbal Communiaction)
Menggunakan bahasa sebagai saluran. Bergantung kepada kelantangan, nada dan kadar percakapan. Memerlukan pendidik yang dapat mengawal perkataan dan proses pertuturan. Fikirkan apa yang hendak disampaikan: pilih perkataan yang sesuai. Mengawal nada suara. Mengekonomikan perkataan.

Komunikasi Bukan Lisan.


Komunikasi Tanpa Perkataan (non-verbal communication) Silent langguage in classroom Konsep iceberg: Guru sebenarnya menyatakan sesuatu lebih banyak melalui bahasa badan (ekspresi muka, posture (raut wajah), mimik, kedudukan semasa menyampaikan mesej. Tidak menggunakan bahasa tetapi menggunakan pergerakan badan. Kebanyakan pembelajaran bergantung kepada kemahiran verbal.

Elemen
Pergerakan anggota (gesture): Kedudukan (Posture): Mata (eye): Kulit: Jarak Kedudukan (proximity): Cara beraksi (tactility): Suara (voice): Pakaian (dress): Pernafasan (breathing): Masa:

i.

Pergerakan anggota (gesture)


Pergerakan tangan, kaki, kepala dan mimik muka boleh menjadi petunjuk atau memberi mengukuhkan back-ups) sebutan.

ii. Kedudukan (Posture)


Menggambarkan perasaan seperti keletihan, bersedia (alertness) dan lain-lain. Cara duduk membayangkan pelajar setuju atau tidak bersetuju.

iii. Mata (eye)


Merupakan pertunjuk non-verbal yang penting. Misalnya mata membesar membayangkan pelajar memberi perhatian kepada sesuatu atau mengetahui jawapan.

iv. Kulit
Banyak isyarat dihantar melalui peluh, warna (redness atau blushing).

v.

Jarak Kedudukan (proximity)


Menjauhkan diri daripada sesuatu yang tidak disukai atau ditakuti. Berkait dengan imej kendiri. Jarak yang lebih dekat lebih baik. Jarak komunikasi: Jarak akrab: 6 18 Jarak personal: 18 14 kaki Jarak sosial: sehingga 12 kaki Selepas 7 mestilah melihat untuk mendengar. Jarak awam: untuk peristiwa yang tidak melibatkan pribadi.

vi. Cara beraksi (tactility)


Sentuhan bila diperlukan atau apabila ia suatu tindakan yang bersahaja (natural) adalah bentuk komunikasi non-verbal yang paling berkuasa.

vii. Suara (voice)


Selain sebutan rangkaian seperti tinggi-rendah suara (tone) berdiam diri boleh menyampaikan perasaan marah, takut, bimbang atau enthusism.

viii. Pakaian (dress)


Pakaian dan hiasan menggambarkan bagaimana pemakai ingin melihat diri mereka dan bagaimana mahu orang lain melihat diri mereka.

ix. Pernafasan (breathing)


Menggambarkan perasaan dalaman seperti kegembiraan.

x. Mass (time)
Cepat atau lambat juga menggambarkan sesuatu.

Komunikasi Dalam P&P


Memerlukan beberapa kemahiran: Memberi tumpuan kepada pelajar bagi membuktikan guru memahami perasaan pelajar. Kemahiran mendengar: menggalakkan pelajar mencuba. Membuat interpritasi dan membuat penjelasan: menggunakan pelbagai cara untuk menghuraikan sesuatu. Menimbulkan persoalan: Membolehkan pelajar berfikir. Menggalakkan pelajar berinteraksi. Komunikasi berkesan timbul apabila guru berjaya menimbulkan suasana yang terbuka, aktif dan memberansangkan.

BAGIMANA KITA BERKOMUNIKASI


A FACTS LOGIK ANALITIKAL TEKNIKAL KEWANGAN WHAT D FUTURE INTEGRATIF IMAGINATIF INSIGHTFUL BERWAWASAN WHY

TERSUSUN HOW WHO LENGKAP INTER-PERSONAL BUSSINESS-LIKE EMOSIONAL BERURUTAN PEOPLEORIENTED MEMBANTU B FORM C FEELINGS

Pola tingkahlaku dalam komunikasi berkesan


Pelajar bersedia dan berminat untuk belajar. Beri tumpuan. Mendengar dengan teliti. Menimbulkan banyak persoalan. Bukti guru menjalinkan komunikasi terbuka. Memberikan soalan yang tepat: bukti penyampaian mesej dengan tepat. Perihatin terhadap keupayaan dan kebolehan pelajar: gunakan banyak contoh dan gunakan pelbagai teknik penyampaian mesej.

Pola Negatif
Menjeling kepada pelajar yang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Merungut dan mengancam pelajar.

Rintangan Komunikasi
Prejudis Kredibiliti Sumber Defensiveness Persepsi terpilih Kurangnya maklum balas Perbezaan bahasa Masalah dalam Kemahiran mendengar Maklumat yang melimpah

Komunikasi verbal dan non-verbal yang tidak konsisten

Halangan Komunikasi
Penapis Komunikasi: terdapat pada sumber dan penerima. Penghadang Komunikasi: memutuskan / menghalang. Penghadang (Comm.blocks)

Penghadang Sumber
Apabila sumber: Menggunakan terlalu banyak jargon. Menggunakan bentuk pengucapan dan nada yang membosankan/ menyakitkan hati. Mesej kurang jelas Bermula dengan mungkin ia hanya pendapat saya Bercakap terus menerus tanpa memberi peluang kepada pendengar.

Penghadang Penerima
Apabila penerima: Mempunyai pendirian tertentu Kurang memberi perhatian Seronok memperkecilkan sumber Mendengar sumber berotoriti sahaja Menstreotypekan sumber Tidak berminat dengan topik Terganggu oleh topik

Penghadang oleh Sumber dan Penerima


Soal persepsi serta membuat andaian Tiada kesabaran, toleransi, minat Keletihan Kurangnya kemahiran komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai