Anda di halaman 1dari 1

Pengajian Pendidikan Khas IPG Kampus Sarawak Jalan Bakam 98009 Miri Sarawak Melalui dan salinan, Guru

Besar, SK Jalan Bintang, 98009 Miri Sarawak

16 JULAI 2013

Tuan, Memohon Kebenaran Untuk Mendapatkan Kertas Soalan UPSR Bahasa Melayu Bagi Tahun 2010, 2011 dan 2012 Perkara di atas adalah dirujuk. 2 Sehubungan itu Jabatan Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Guru Sarawak, Miri memohon kebenaran untuk mendapatkan kertas soalan UPSR Bahasa Melayu bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 supaya dapat membantu pelajar PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Semester 6 menyiapkan kerja kursus BMM3103. 3. Salah satu dari perincian kursus ini adalah juga memerlukan kertas soalan sebenar UPSR Bahasa Melayu bagi memudahkan pelajar PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Semester 6 melihat dan membuat sendiri soalan dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) berdasarkan kertas soalan UPSR Bahasa Melayu seperti mana yang diminta di dalam kerja kursus BMM3103.

6. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami untuk mendapatkan kertas soalan sebenar UPSR Bahasa Melayu di sekolah tuan. Segala bantuan dan kerjasama pihak tuan, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Yang Menjalankan Tugas,

(ANDREW ANDERSON AK SANG) Setiausaha, PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Semester 6 IPG Kampus Sarawak, Miri

Disokong oleh,

(Encik Zainal bin Kassan) Pensyarah Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa Melayu IPG Kampus Sarawak, Miri ZAK/aa