Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN PROGRAM TERAPI AIR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)


SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU
1. PENDAHULUAN
Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia iaitu Satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bagi kanak-kanak pendidikan khas , lawatan sangat membantu kepada perkembangan
kognitif mereka. Ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna. Melalui pengalaman yang
terkumpul, mereka dapat menceritakan semula sesuatu yang mereka lihat, rasa dan tempuhi. Di
samping itu, mereka juga boleh membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu tingkah
laku berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai murni.
Program lawatan juga mampu memupuk sikap positif di kalangan murid-murid
berkeperluan khas dengan mengenepikan perasaan rendah diri, rasa cemas dan was-was
sehingga mereka berani mengatasi kesulitan dan akhirnya boleh berdikari. Menyedari bahawa
aktiviti lawatan berupaya membentuk sahsiah murid-murid berkeperluan khas, maka satu
jawatankuasa telah dibentuk untuk merancang, mengurus dan mengelola aktiviti lawatan belajar,
khusus kepada aktiviti terapi air. Diharapkan program yang dirancang ini akan dapat mencapai
objektif selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.
2. MATLAMAT
Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah kemahiran motor kasar di samping meningkatkan
pertumbuhan anatomi dari aspek pengaliran darah serta regangan saraf dan otot melalui aktiviti
terapi air.
3. OBJEKTIF
Murid-murid diharap dapat :

Meningkatkan kemahiran motor kasar individu


Merangsang saraf-saraf dalam tubuh melalui tekanan dalam air
Meningkatkan metabolisma badan melalui rangsangan senaman dalam air.
Mengetahui dan menguasai tatacara berenang dengan betul
Memberi pendedahan kepada murid terhadap sosialisme dengan masyarakat luar
Membina keyakinan diri kepada murid untuk berhadapan dengan kelompok masyarakat
yang lebih besar

4. TARIKH
7 Mac 2013 dan 12 September 2013

5. JANGKAMASA
8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
6. TEMPAT
Kolam renang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah,
Banda Hilir, Melaka.
7. PESERTA
20 orang murid PPKI,8 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid.
8. KEWANGAN
PCG PPKI Pendidikan Jasmani
Sumbangan ibu bapa
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bas Sekolah
Makanan
dan minuman (20 murid x RM 5.00)
Jurulatih renang
Jumlah setiap program

RM 200.00

Jumlah keseluruhan

RM 940 .00

( 2 kali )

RM 100.00
RM 170.00
RM 470.00

10. KAWALAN PENYELIAAN


Guru-guru PPKI
Pembantu pengurusan murid
Jurulatih renang Qaa Marl Training Centre
11. JADUAL LAWATAN
MASA
8.00 9.15 pagi
9.15 9.45 pagi
9.45 11.30 pagi
11.30 12.00 pagi

AKTIVITI
P&P
Bertolak dari sekolah ke Kolam Renang MBMB, Banda
Hilir
Bersiap dengan pakaian renang.
Aktiviti Terapi Air
Rehat dan makan

12.00 tengahari

Bertolak pulang ke sekolah

12. STRUKTUR ORGANISASI


Lihat Lampiran 1
13. PENUTUP
Program ini diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat mencapai objektif yang
disasarkan bagi memupuk kemahiran berenang di kalangan murid-murid PPKI.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

.
(PN. SURIANI ARIFIN)

.
(PN. SITI NORMAYA BT YAAKUB)

Disokong oleh
...............................

STRUKTUR ORGANISASI
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM TERAPI AIR
TAHUN 2013
PENASIHAT
PN. HAJAH HABIBAH BINTI MOHD SALEH
GURU BESAR SK PERNU
PENGERUSI
PN. SITI NORMAYA BINTI YAAKUB
PENYELARAS PPKI SK PERNU
SETIAUSAHA
PN. SURIANI BINTI ARIFIN
BENDAHARI
PN. KHALIJAH BINTI AHMAD
AHLI JAWATANKUASA
Pengangkutan
En. Mohd Shazreen bin Salim

Dokumentasi
Pn. Farah Zurah bt Mohd Yusof

Makanan

Keselamatan

Pn. Herniyati bt Ibrahim


Pn. Sakinah bt Mohd Salleh

Pn. Norhayati bt Othman

SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU


KM 12, KAMPUNG PERNU
75460 MELAKA

KERTAS CADANGAN
PROGRAM TERAPI AIR

TARIKH
28 FEBRUARI 2013
DAN
12 SEPTEMBER 2013
DIANJURKAN OLEH:PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU
MELAKA

Anda mungkin juga menyukai