Anda di halaman 1dari 7

REGULASI HOMEOSTATIK OLEH SISTEM ORGAN

Pengertian
Merupakan proses pengenalan keseimbangan factor fizikal dan kimia di persekitaran dalam. Persekitaran dalam merujuk kepada persekitaran yang menglilingi sel iaitu komposisi bendalir luar sel yang membasahi sel tersebut. Factor fizikal termasuklah suhu,tekanan darah,dan tekanan osmosis.manakala factor kimia termasuklah ph,kepekatan mineral dan gula. Dengan perkataan lain,homeostasis ialah proses pemeliharaan komposisi bendalir luar sel pada nilai yang seimbang.

Kepentingan homeostasis
Kawalan homeostasis bertujuan menyediakan satu keadaan paling optimum dalam badan supaya ia dapat menjalankan aktiviti metabolism dengan cekap Semua tindak balas kimia dalam sel hidup dikawal oleh enzim yang peka terhadap perubahan persekitaran Perubahan suhu atau keasidan akan mempengaruhi aktiviti enzim.ini akan menjejaskan tindakbalas penting yang berlaku dalam sel. Bendalir luar sel yang komposisinya dikawal dengan rapi menyediakan keadaaan yang terbaik untuk tindakan enzim dalam sel. Dengan demikian,proses metabolism dapat berlaku dengan cekap dan pada arus optimum. Semua system organ menyumbang kepada homeostasis,contohnya ginjal. Ginjal mengumuh bahan yang boleh meracuni enzim. Ginjal juga mengawal aras garam,air dan asid di dalam darah

Kandungan darah mempengaruhi bendalir luar sel yang seterusnya mempengaruhi sel secara osmosis Hal ini akan menyebabkan badan mengalami pendehidratan. Sekiranya bendalir luar sel terlalu cair,sel akan menyerap air daripadanya secara osmosis. Proses pengawalan kepekatan osmosis darah dan bendalir luar sel oleh ginjal dinamakan pengosmokawalaturan.

Pengosmokawalaturan oleh ginjal:struktur dan fungsi ginjal


Ginjal membentuk air kencing dan merupakan organ penting dalam pengosmokawalaturan Manusia mempunyai sepasang ginjal yang terletak pada dinding posterior abdomen. Ginjal menerima darah beroksigen melalui arteri renal manakala darah teroksigen meninggalkannya melalui vena renal Salur yang disebut uretra menghantar air kencing yang dibentuk oleh ginjal ke pundi kencing. Uretra adalah salur yang menghantar air kencing ke luar badan mausia. Setiap ginjal berbentuk spt biji kacang. Keratan membujur melalui ginjal menunjukkan 2 zon yang nyata iaitu zon luar atau korteks dan zon dalam atas medulla. Korteks dan medula mengandungi tiub berlingkar yang disebut nefron. Nefron terdiri daripada kapilari darah dan tubul ginja Nefron merupakan unit struktur dan fungsi yang terkecil bagi ginjal Nefron adalah satu tubuh kecil berdinding nipis Setiap ginjal manusia mengandungi lebih kurang 1-2 nefron,walaupun mungin tidak semuanya aktif pada sesuatu masa.

PENGENALAN KEPADA BAHAN KIMIA UTAMA Dalam badan haiwan dan manusia perubahan persekitaran luar sel dari kadungan bahan kimia dan keadaan fizikal sentiasa dikawal atur. Ini adalah kerana perubahan yang melampaui had tertentu akan menjejaskan fungsi sel Proses kawal atur ini dinamakan homeostasis Larutan isotonik ialah larutan yang mempunyai kepekatan yang sama dengan larutan bandingan. Larutan hipotonik ialah larutan yang mempunyai kepekatan yang lebih rendah daripada larutan bandingan Larutan hipertonik ialah larutan yang mempunyai kepaekatan yang lebih tinggi daripada larutan bandingan.

KONSEP KEADAAN KESEIMBANGAN POSISI ANATOMI 1. Superior bermaksud bahagian atas tubuh ke arah hujung kepala a. Contoh mata superior kepada mulut

2. Interior-bahagian bawah badan jauh dari kepala a. Contoh kaki interior kepada punggung

3. Anterior/ventral-bahagian permukaan depan

4. Posteriaor/dorsal permukaan belakang

5. Medikal ke arah garisan tengah

6. Lateral jauh dari garisan tengah

7. Proksimal/ pangkah dekat dengan tempat perletakan ekstriniti. a. Contoh siku proksimal sama telapak tangan 8. Sagital/sagital planna/sagital plane a. Garisan ini adalah garisan vertikal melalui pertengahan badan membahagi badan kepada 2 iaitu kiri&kanan garisan sagital

9. Garisan horizontal / horizontal planna / horizontal plane (transverse plane) a. Membahagi badan ke atas dan bawah

10. Garisan coronal / coronal planna / cronol plane a. Membahagi badan kepada depan dan belakang.

STRUKTUR MEMBRAN DAN FUNGSI Membran plasma terdiri daripada dwilapisan lipid dan pelbagai molekul protein yang membentuk liang atau bertindak sebagai molekul pembawa. Membran plasma bersifat sepera tetap/ yakni membenarkan pergerakan bahan merentasinya dengan kadar yang berbeza. Contoh lipid --- lemak dan berminyak. Pelbagai jenis protein yang terdapat di membran plasma adalah seperti berikut

o Protein liang Molekul protein yang membentuk liang seni atau lorong yang boleh dilalui molekul kecil dan ion o Protein pembawa Molekul protein yang bertindak sebagai molekul pembawa yang membantu pergerakan zarah yang lebih besar misalnya glukosa dan asid amino merentasi membran.

MEKANISME ASAS PENGELUARAN,PENYIMPANAN DAN PENGGUNAAN TENAGA Sel bergantung kepada organel untuk melakukan pelbagai aktiviti sebagai contoh ribosom menerima maklumat daripada nukleus untuk menghasilkan protein Kemudian protein itu diangkut oleh jalinan endoplasma ke jasad golgi Jasad golgi menyimpan dan mengubahsuai protein yang diperoleh daripada jalinan endoplasma Hasilnya dibungkusi di dalam vesikel rembesan untuk digunakan di luar sel.

Anda mungkin juga menyukai