Anda di halaman 1dari 28

RBT 3120 PROSES JAHITAN (KANCING)

MOHAMMAD SYUHAIL AZMIN BIN OMAR

FUNGSI
Mengancingkan belah Sebagai hiasan Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tindih bawah belah.

FAKTOR PEMILIHAN
1. Jenis kain yang digunakan Kain yang halus mestilah dijahit dengan kancing yang lebih halus untuk mencegah berat kancing daripada mengoyakkan kain. 2. Jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit Pakaian kanak-kanak biasanya tidak menggunakan kancing logam untuk mengelakkan calar pada kulit kanak-kanak yang lembut.

3. Jenis dan kedudukan kancing Kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah yang bertempat di kelim rusuk skirt daripada yang dijahit pada belah kelepet sama lebar di hadapan pakaian.

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN APABILA MENJAHIT KANCING


1. Kancing hendaklah dijahit dengan kukuh supaya tidak cepat tercabut. 2. kancing hendaklah mencukupi dan terletak sama jaraknya di antara satu kancing dengan yang lain supaya belah ditutup dengan baik dan tidak ternganga.

3. Kancing hendaklah dijahit betul-betul bertentangan di antara satu sama lain dan elakkan daripada menjahit kancing terlalu ketat pada pakaian untuk mengelakkan: Belah pakaian daripada berkedut Belah pakaian itu tidak tertutup rapat Pakaian kelihatan tidak kemas. 4. Kancing logam tidak sesuai untuk pakaian kanak-kanak, baju tidur, dan pakaian dalam. 5. Jenis kancing yang hendak dijahitkan pada pakaian mestilah ditentukan semasa jenis belah untuk pakaian itu dipilih

JENIS-JENIS KANCING
1. Butang Butang dua lubang

Butang empat lubang

2. Butang katup

3. Cangkuk dan palang

CARA MENJAHIT
Langkah-langkah menjahit lubang butang Langkah 1: Menanda kedudukan lubang butang dengan peniti

Langkah 2: Ukuran lubang butang Ukuran garis pusat butang + 3mm (1/8 inci) Semat dan jelunjurkan lebar lubang butang dengan jelunjur halus pada kedua-dua belah lubang butang

Langkah 3: Gunting lubang butang mengikut urat benang Lubang butang boleh digunting dengan menggunakan gunting kecil yang tajam.

Langkah 4: Mulakan menjahit dari hujung segi empat dengan menyusupkan jarum di antara 2 lapisan kain. Masukkan jarum dihujung lubang dan keluarkan dari sebelah dalam kain garisan jelunjur halus. Jarum hendaklah tegak dan menghala ke arah penjahit. Tarikkan kedua-dua benang dari mata jarum ke kiri dan lilitkan ke bawah jarum Tarik benang ke atas sehinggan simpul terjadi.

Langkah 5: Jahit lubang butang di sepanjang tepi lubang hingga ke hujung bulat. Pada hujung yang bulat, jahitkan 7atau 9 mata jahitan lilit kemas

Langkah 6: Pusingkan kain supaya sebelah lubang yang belum dijahit terletak berdekatan dengan penjahit. Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segi empat.

Langkah 7: Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung segi empat, masukkan jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar pada kaki jahitan yang akhir. Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung segi empat.

Langkah 8: Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung segi empat. Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam baju

Lubang butang melintang yang telah siap:

Langkah-langkah menjahit butang berlubang dua Langkah 1: Mulakan jahitan dengan jahitan kia pada butang Masukkan jarum elalui satu daripada lubang butang

Langkah 2: Letakkan jarum melalui satu daripada lubang pada butang. Masukkan jarum pada lubang butang kedua menembusi belakang fabrik. Ulang jahitan/ teruskan sehingga kukuh.

Langkah 3: Tanggalkan jarum peniti. Keluarkan jarum di antara fabrik dan butang. Lilitkan benang di keliling tangkai yang berbentuk Keluarkan jarum ke belakang fabrik. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Butang berlubang dua yang telah siap:

Langkah-langkah menjahit cangkuk dan palang Langkah 1: Mulakan dengan jahitan kia Jahit jahitan lilit kemas/jahitan lurus 4-5 kali Matikan dengan jahitan kia

Langkah 2: Mulakan jahitan dengan jahitan kia Masukkan jarum pada satu daripada lubang pada palang. Jahit jahitan lilit kemas 4-5 kali. Susup jarum ke lubang kedua pada palang. Teruskan proses menjahit sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.