Anda di halaman 1dari 10

Ab-2203 Semantik

Tajuk : Terdapat tiga macam kata kerja; kata kerja kata kerja tindakan, kata kerja proses dan kata kerja keadaan. Bagaimana Menentukan ketiga macam kata kerja ini secara semantik.

Nama saya : Nurul Mahfuzhah binti Zaini (10b1181)

Kandungan

1. Pengenalan 2. Jenis-jenis kata kerja 3. Kata kerja tindakan 3.1 Kata Kerja yang menyatakan pengalaman dan tindakan 3.2 Kata Kerja yang menyatakan tindakan dan pemilikan 3.3 Kata Kerja yang menyatakan tindakan dan lokasi 4. Kata kerja proses 4.1 Kata Kerja yang menyatakan proses pengalaman 4.2 Kata kerja yang menyatakan proses benefaktif 4.3 Kata Kerja yang menyatakan proses lokatif 5. Kata kerja keadaan 5.5 Kata Kerja yang menyatakan keadaan pengalaman 5.6 Kata Kerja yang menyatakan keadaan benefaktif 5.7 Kata Kerja yang menyatakan keadaan lokatif 6. Kesimpulan

1.Pengenalan

Ilmu yang mengkaji makna adalah bidang Semantik. Perkataan semantik ini berasal dari Bahasa Yunani sema yang mempunyai erti tanda atau lambang. Semiotik, semiology, semasiologi, sememik dan semik adalah istilah lain bagi semantik yang merujuk pada kajian yang mempelajari makna dari satu tanda atau lambang.Terdapat dua jenis semantik iaitu semantik leksikal menyelidiki makna yang ada pada leksem (kata-kata penuh yang ada makna) dari bahasa dan seterusnya semantik gramatikal menyelidik makna dapat diterapkan dalam tataran kategori dan peranan.

Semantik juga merupakan salah satu bidang ilmu yang termasuk dalam bidang linguistik. penerangan mengenai Semantik adalah sebagai satu pengenalan sahaja ini kerana ia berkaitan dengan kategori kata kerja iaitu kata kerja yang menjadi predikat klausanya adalah kata kerja yang ditandai secara semantiknya dalam leksem-leksem kata kerja Bahasa Melayu.Pertama iaitu apa yang dilakukan subjek dalam klausa, kedua apa yang terjadi pada sebjek dalam klausa dan ketiga bagaimana keadaan subjel dalam klausa. Terdapat tiga macam kata kerja; kata kerja kata kerja tindakan, kata kerja proses dan kata kerja keadaan.

2. Jenis-jenia kata kerja Kata kerja itu pada dasarnya boleh dibag=hagikan kepada 12 jenis iaitu Kata Kerja Aksi, Kata atau Kata Kerja Tindakan, Jenis kedua Kata Kerja yang menyatakan tindakan dan pengalaman, Jenis ketiga Kata Kerja menyatakan tindakan dan pemilihan (benefaktif), keempat Kata Kerja menyatakan tindakan dan lokasi. Kelima

Kata Kerja yang menyatakan proses, keenam Kata Kerja yang menyatakan proses pengalaman, ketujuh Kata Kerja yang menyatakan proses beneaktif, kelapan Kata Kerja yang menyatakan proses lokatif, kesembilan Kata Kerja yang menyatakan keadaan, kesepuluh Kata Kerja yang menyatakan keadaan pengalaman,kesebelas Kata Kerja yang menyatakan keadaan beneaktif dan kedua belas Kata Kerja yang menyatakan keadaan lokatif.

3. Kata Kerja Tindakan Kata Kerja tindakan atau aksi adalah kata kerja yang

Secara semantik perbezaan Kata Kerja keadaan ini dapat dilihat jika 1. Perbuatan atau pelakunya adalah manusia iaitu leksem <kira> dan <sapu> [+manusia] 2. Perbuatan atau pelakunya adalah manusia atau bukan manusia iaitu leksem <tidur> dan <lompat> [+/-manusia] <patuk>[-manusia]. Contoh ayat :[*] Tanda ini menunjukkan ayat tersebut adalah tidak gramatis dan tidak boleh diterima. Pelaku Manusia Leksem <kira> Ayat Ahmad mengira hasil barang-barang jualannya *Singa mengira hasil barang-barang jualannya Manusia atau <tidur> Adik tidur dengan nyenyaknya. *Kucing itu tidur dengan nyenaknya 3.pelakunya bukan manusia iaitu leksem <sengat> dan

bukan manusia

Bukan manusia

<sengat>

Tabuan itu menyengat kaki Ahmad *Ali menyengat kaki Ahmad

3.1 Kata Kerja yang menyatakan pengalaman dan tindakan Kata Kerja ini merujuk pada pelaku atau objek yang bernyawa dan berfungsi sebagai pelaku kepada penggerak tindakan (Kata Kerja yang mengalami Kognitif,emosional tindakan yang dinyatakan oleh kata kerja tersebut). Contoh ayat :Pelaku Manusia Manusia Kata <(men)teka> Ayat 1.Ali meneka barang dalam kotak itu

<(mem)pujuk> 2.Makcik memujuk Angah supaya berhenti merokok

Ayat 1 menerangkan Ali merupakan pelaku terhadap tindakan tersebut dan sekaligus mengalmi tindakan itu. Sebaliknya ayat kedua Makcik merupakan pelaku terhadap tindakkan tersebut akan tetapi yang mengalaminya adalah Angah. Ini menerangkan bahawa yang mealakukan tindakan atau yang mengalami tindakkan itu tidak semestinya pelaku atau objek yang sama.

3.2 Kata Kerja yang menyatakan tindakan dan pemilikan benefaktif

3.3 Kata Kerja yang menyatakan tindakan dan lokasi Kata Kerja ini menerangkan bahawa tindakan kata kerja perlu mengatakan lokasi dan pelakunya yang harus mengalami atau tidak [+bernyawa]. Contoh ayat :Subjek/pelaku Leksem/kata Manusia Ayat

4.Kata Kerja yang menyatakan Proses

4.1 Kata Kerja yang menyatakan proses pengalaman Kata Kerja ini merujuk pada suatu subjek yang bernyawa dan mengalami suatu proses perubahan yang dinyatakan oleh Kata Kerja tersebut. Contoh ayat :-

Pelaku Manusia

Kata <untung>

Ayat Ah Chin mendapat untung yang banyak pada saham yang dilaburkannya.

Manuisa 4

<rugi>

Ali mengalami kerugian yang besar semalam.

Jelasnya kata <untung> dan <rugi> adalah dua kata yang mengalami proses benefaktif.Mankala Ah Chin dan Ali adalah mereka yang mengalami Peristiwa tersebut.

4.2 Kata Kerja yang menyatakan proses beneaktif Kata Kerja ini menunjukkan bahawa subjek itu mengalami suatu proses perubahan. Contoh ayat :Pelaku/Subjek Manusia (bernyawa) Manusia (bernyawa) <teruja> Leksem <risau> Ayat Ayah risau akan keadaan abaang yang berubah sejak kebelakangan ini. Guru Matematik teruja melihat pencapaian Ali dalam mata pelajaran yang diajarnya.

Ayat diatas menunjukkan bahawa kata <risau> dan <teruja> adalah Kata Kerja proses perubahan manakala kata <Ayah> dan <Guru Matematik> adalah pelaku atau subjek yang mengalami proses tersebut. 4.3 Kata Kerja yang menyatakan proses lokatif Kata Kerja ini merujuk pada proses perubahan tempat atau lokasi. Contoh ayat :Pelaku Konkrit Abstrak Kata Ayat

<Sampai> Bungkusan itu baru sampai dari Hongkong <turun> Hujan turun dengan lebatnya di kawasan barat daya.

Kata di atas menunjukkan bahawa leksem <sampai> dan <turun> adalah proses lokatif, manakala Bungkusan dan hujan mengalami proses perubahan lokasi tersebut.

5. Kata Kerja yang menyatakan keadaan Kata Kerja ini adalah subjek yang biasa berada dalam keadaan yang dinyatakan oleh kata Kerja. Contoh ayat :Subjek/pelaku Leksem/kata Manusia tumbuhan <ceria> <pudar> Ayat Budak-budak itu nampak ceria belajar dengan gurunya. Warna baju itu semakin pudar

Leksem/kata <ceria> dan <pudar> menunjukkan Kata Kerja Keadaan manakala Budak-budak dan pudar adalah yang berada dalam keadaan tersebut. 5.1 Kata Kerja yang menyatakan keadaan pengalaman Kata Kerja yang menerangkan bahawa subjek berada dalam keadaan kognisi,emosi. Contoh ayat:Subjek/pelaku Leksem/kata Manusia Manusia <yakin> <gembira> Ayat Alia yakin dia boleh melupakan Peristiwa itu. Siti gembira setelah mendapat keputusan yang cemerlang

Leksem/kata <yakin> dan <gembira> menggambarkan Kata Kerja Keadaan- pengalaman dan ayat di atas pada kata Ali dan Siti adalah subjek atau pelaku yang mengalami keadaan tersebut. 5.2 Kata Kerja yang menyatakan keadaan benefaktif

Pelaku atau subjek dalam Kata Kerja ini adalah mereka yang memiliki,memperolehi atau kehilangan sesuatu. Subjek Manusia Manusia Kata/leksem <milik> <punya > Ayat Kereta mewah itu milik pemuda yang segak itu. Pak Abu tidak punya wang yang cukup untuk membiayai perubatan anaknya.

Leksem/kata <milik> dan <punya > menerangkan Kata Kerja keadaan beneaktif akan tetapi leksem <milik> adalah subjek yang berada dalam keadaan memiliki manakala leksem/kata <punya> adalah subjek yang berada dalam keadaan kehilangan. 5.3 Kata Kerja yang menyatakan keadaan lokatif Kata Kerja yang menyatakan keadaan lokatif atau lokasi. Pelaku/Subjek Manusia Manusia Kata Ayat

<tinggal> Aisyah tinggal di rumah besar itu. <datang> Asmah datang di malam Majlis makan malam itu

Leksem atau kata <tinggal> dan <datang> menunjukkan ayat di atas merupakan kata Kerja lokatif manakala Aisyah dan Asmah adalah pelaku atau subjek yang berada ditempat tersebut.

6.Kesimpulan Jelasnya kata kerja tindakan, kata kerja proses dan kata kerja keadaan. Secara semantiknya dapat ditentukan melalui tindakan ,proses dan keadaan bagi tiap-tiap Kata Kerjanya.Ketigatiganya dapat menerangkan dan menjelaskan melalui leksem atau kata yang sesuai dalam kalimat untuk membezakannya.

Anda mungkin juga menyukai