Anda di halaman 1dari 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh Masa Tahun Tema TajukPelajaran BilanganMurid

: 4 November 2011 (Jumaat) : 0720 0750 (30 minit) : Tahun 5 Ciku : Pertanian : BuahSeribuKhasiat : 48 orang

FokusUtama 6.6 :Membaca dan membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan. Aras 1 (i) : Mengumpul maklumat daripada bahan yang dibaca untuk membuat ramalan.

FokusSampingan 9.1 Aras 1 (i) :Mengambil imlak teks yang diperdengarkan. :Mengeja dan menulis perkataan dan rangkai kata yang dibacakan.

PengetahuanSedia Ada

Murid-murid pernah merasa buah naga dan tahu keistimewaan buah naga..

Objektif Eksplisit

Pada akhirpelajaranmurid-muriddapat : i) Mengumpul maklumat tentang buah naga dan membuat catatan ringkas mengenainya.

ii) Mengeja dan menulis dengan tepat perkataan yang dibaca oleh guru

Sistem bahasa i) Tatabahasa : Imbuhan awalan :Ditanam secara organik,unik, sistem penghadaman,kolesterol,

ii) Kosa kata

filament,lawas,dikomersialkan

Pengisian Kurikulum i) Ilmu : Pertanian : Kerjasama ,yakinpadadirisendiri,menghargaihasiltanaman Negara.

ii) Nilaimurni

Kemahiran Bernilai Tambah i) ii) TeoriKecerdasanPelbagai Kemahiranberfikir : Interpersonal, naturalis : Menjana idea, merumus, mentafsi : Bacaanmentalis, bacaan mekanis dan bacaan secara individu.

iii) Belajar Cara Belajar

Isi Pelajaran i) Membaca teks

ii) Perbincangan iii) Mengumpul maklumat iv) Pembentangan BahanSumberMengajar i) Buku teks ii) Borang pengurusan grafik.

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

AktivitiPengajarandanPembe lajaran

Catatan

Set induksi (4minit)

1. Murid membaca pantun yang ditunjukkan. 2. Soal jawab dengan murid jawapan bagi pantun tersebut.

i.Guru menyediakan tiga rangkap pantun yang berkaitan dengan pelajaran hari ini. ii.Guru mengarahkan 3 orang murid membaca pantun.. iii.Apakah jawapan bagi ketigatiga rangkap pantun tersebut?

TKP Verbal linguistik Interpersonal

Strategi Berpusatkan murid

KBT Mentafsir

Badan bersisik bukannya

iv. Guru mengaitkan jawapan

ikan, Namaku haiwan tetapi tumbuhan, Rasaku enak sedap dimakan, Boleh dimakan banyak keistimewaan. Pelbagai warna bentuk yang sama, Merah putih dan kuning juga, Berbunga putih malam kembangnya, Berbiji kecil bertaburan rata. Batang bersegi tidak berdaun, Hidup bersandar pada kayu, Boleh berbuah sepanjang tahun, Cubalah teka jikalau tahu.

murid dengan isi pelajaran. vii). Senaraikan buah-buahan tempatan yang lain.

Teknik: Soal jawab

Perkemba ngan Langkah 1 (5 minit)

1.Membaca petikan (Buku teks Tahun 5, muka surat 100-101) 2. Bersoal jawab dengan murid secara lisan.

i)

Murid diminta membaca petikan di dalam buku teks

Strategi : BCB: Bacaan mentalis Bacaan mekanis

ii) Guru memilih beberapa orang murid untuk membaca teks tersebut iii) Bersoal jawab secara lisan tentang petikan Apakah nama lain bagi buah naga? Apakah yang TKP: Verbal linguistik Interpersonal Kemahiran Berfikir: Menjana idea

dimaksudkan dengan ditanam secara organik? Pada pendapat kamu,adakah buah naga ini akan mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan.Mengapa? BSM: Buku teks Nilai: Rajin Ilmu: Sains pertanian

Penilaian HP FU :6.6 Aras 1 (i)

Langkah 2 (8 minit)

Aktiviti kumpulan -mengumpul maklumat dalam borang pengurusan grafik

i)

Guru mengarahkan murid untuk mengumpul maklumat secara berkumpulan tentang tanaman buah naga di dalam borang pengurusan grafik.

Strategi : BCB: Bacaan mentalis Bacaan mekanis

TKP: Verbal linguistik Interpersonal

ii) Murid mengumpul maklumat tentang tanaman buah naga Nilai murni: Kerjasama

BSM: Petikan teks Borang pengurusan grafik Penilaian HP

FU :6.6.1 Aras 1(i)

TKP : Langkah 3 (5 minit ) Pembentangan i) Guru mengarahkan murid untuk membuat pembentangan hasil kerja kumpulan masing-masing. ii) Wakil daripada beberapa kumpulan diminta membentang hasil kerja mereka di hadapan kelas. iii) Guru memberi maklum balas berdasarkan hasil BSM kerja murid. Borang pengurusan grafik Penilaian HP FU : 6.6 Aras 1(i) Kemahiran Berfikir Menjana Idea Strategi Berpusatkan murid Verbal linguistik Intrapersonal Yakin pada diri

Langkah 4 (5 minit)

Mengeja dan menulis perkataan

i)

Guru mengarahkan murid untuk menutup buku teks.

Kemahiran berfikir Menjana idea

ii) Guru membaca perkataan di dalam buku teks dan memilih murid untuk mengeja dan menulis perkataan tersebut di papan hitam. BSM Penilaian HP FS : 9.1 Aras 1 (i) Buku teks Nilai murni: Yakin pada diri sendiri

i. Penutup (3minit) Rumusan isi pelajaran. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis buahbuahan. Kita harus menghargai hasil tanaman negara dan menyokong serta melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara. iii. ii.

Guru bersoaljawab dengan murid tentang apa yang telah dipelajari. Guru mengarahkan seorang murid untuk membuat rumusan apa yang telah dipelajari. Guru mengarahkan murid untuk mencari maklumat tentang tanaman yang terdapat

KecerdasanPelbagai Verbal linguistic Interpersonal

Nilaimurni: Keberanian Bekerjasama

Ilmu :TMK

KBT: merumus

http://www.bing.com/sear ch?q=kelapa+sawit&src= IESearchBox&FORM=IE8S RC

di Malaysia mengikut kumpulan masingmasing

Kelapasawit Nanas

http://www.bing.com/sear ch?q=tanaman+getah&sr c=IE-

Koko Getah Buah naga

SearchBox&FORM=IE8S Alamat laman web yang boleh RC diterokai untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan http://www.bing.com/sear ch?q=tanaman+koko&sr c=IESearchBox&FORM=IE8S RC diberitahu kepada murid.

Untuk tugasan makropengajaran, masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit. Untuk tugasan ini saya mengambil keputusan untuk melaksanakan makropengajaran di dalam kelas 5 Ciku. Secara keseluruhannya, objektif pengajaran dan pembelajaran hari ini tercapai sepenuhnya. Murid-murid dapat memahami dan menguasai isi pelajaran. Pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan murid aktif sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.

2.1

Kekuatan

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan makropengajaran ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan dapat memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemudian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Selain itu penerangan untuk kerja kumpulan ringkas dan padat. Ini membantu murid memahami apa yang perlu mereka lakukan.Tambahan pula, kumpulan yang digunakan semasa makropengajaran ialah kumpulan pembelajaran harian mereka. Secara tidak langsung ia membantu daripada segi pengurusan masa. Penglibatan murid juga aktif dan menyeluruh sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Murid juga dapat memberikan fokus terhadap pengajaran dan menjawab soalan soalan yang dikemukakan semasa sesi soal jawab dijalankan. Penglibatan murid penting untuk memastikan kelancaran proses pengajaran yang dijalankan. Malah murid diberi penghargaan seperti ucapan terima kasih sebagainya yang dapat merangsang minat murid untuk terus menumpukan perhatian pada pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kekuatan lain yang dapat dikesan adalah kawalan kelas. Guru secara keseluruhannya dapat mengawal kelas dengan baik yakni dapat mengaplikasikan aspek pedagogi dalam pengajaran. Guru dapat menyediakan persekitran kelas yang harmoni dan tersusun untuk sesi pengajaran dan menyumbang kepada tercapainya objektif pengajaran dan pembelajaran. Murid juga tidak menimbulkan banyak masalah semasa sesi pengajaran makro

dijalankan. Saya sentiasa memantau murid-murid semasa mereka melakukan aktiviti kumpulan dan membimbing mereka mencari maklumat yang dikehendaki. Teknik penyoalan yang digunakan membantu meningkatkan pemahaman murid tentang teks yang dibaca.Soalan diajukan terlebih dahulu sebelum memilih murid untuk menjawabnya. Dengan cara ini, murid-murid akan sentiasa bersedia untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan. Selain itu,kekuatan dalam pembelajaran hari ini ialah murid diberi peluang untuk merumus isi pelajaran. Dengan memberi peluang kepada murid membuat rumusan secara tidak langsung dapat melatih murid supaya sentiasa yakin pada diri sendiri.

2.2

Kelemahan

Setiap kekuatan pasti ada kelemahan yang mengiringinya. Begitu juga dengan pengajaran makro yang mempunyai beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti sepanjang sesi makropengajaran berlangsung. Dalam persediaan rancangan mengajar yang dibuat semuanya nampak lancar dan tersusun namun hakikatnya berbeza setelah kita melaksanakan pengajaran tersebut. Banyak faktor yang menyumbang ke arah wujudnya kelemahan ini. Kesediaan murid dan halangan halangan minor lain salah satu antara penyumbang kepada permasalahan ini. Walaupun secara totalnya, makropengajaran berjalan dengan lancar dan dianggap berjaya namun terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan sebaik sahaja selesainya sesi makro tersebut.Kesalahan pertama yang saya lakukan adalah apabila saya menyebut cikgu ada dua rangkap pantun semasa set induksi. Sebenarnya ada tiga rangkap pantun yang telah disediakan. Semasa aktiviti kumpulan diadakan terdapat segelintir murid yang berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda. Hal ini sering dibincangkan sebelum ini, namun masih ada segelintir murid yang lebih suka berkomunikasi antara sesama mereka menggunakan bahasa ibunda. Selain itu , ada seorang murid yang membaca buku cerita semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Saya telah menegur murid berkenaan secara spontan. Kelemahan yang lain adalah, dalam langkah ketiga. Semasa aktiviti pembentangan, ada kumpulan yang tidak diberi peluang untuk membentang maklumat yang mereka peroleh. Hal ini

berlaku kerana masa yang agak terhad. Walaubagaimana pun saya telah memberi maklum balas berdasarkan hasil kerja murid.

2.3

Langkah mengatasi

Setiap kelemahan dan kekuatan perlu ada penambahbaikan yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran di masa akan datang. Saya perlu mengambil iktibar dan tindakan yang sewajarnya supaya kelemahan dalam pengajaran lalu dapat diperbaiki dan kekuatan yang ada patut dipertingkatkan lagi. Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Untuk mengatasi masalah komunikasi dalam Bahasa Melayu, murid-murid akan sentiasa diingatkan untuk menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah menggunakan Bahasa Melayu dalam perbualan harian.Selain itu, saya harus lebih peka dengan RPH yang disediakan, supaya kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku boleh terjadi. Walaupun saya tidak menggunakan sebarang alatan ICT semasa makropengajaran namun. Saya telah memberi peluang kepada murid untuk meneroka internet dalam usaha mencari maklumat yang diperlukan untuk tugasan kumpulan. Setiap kumpulan perlu membina satu persembahan powerpoint untuk tanaman utama yang terdapat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai