Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: SITI NOR AZIMAH BT JUSOH

NO. KAD PENGENALAN

: 900613-11-5720

PROGRAM

: PISMP AMBILAN JANUARI 2010

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN

NAMA PROJEK

: PROJEK MENAIK TARAF DAN MEMBAIK PULIH


PERPUSTAKAAN BAS KELAS PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH
KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN

TEMPOH PELAKSANAAN

1.

: 30 Jun 2013 sehingga 25 Julai 2013

OBJEKTIF

Setiap pembelajaran yang menarik minat murid sebenarnya di pengaruh serba


sedikit oleh persekitaran pembelajaran. Justeru itu, tanggungjawab menyediakan
keperluan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian
dengan keupayaan dan kebolehan murid berkeperluan khas perlu di wujudkan.
Kelas dan persekitaran yang cantik dan ceria menimbulkan suasana yang
interaktif dan kondusif di mana dapat menghasilkan situasi pengajaran dan
pembelajaran yang mengembirakan, selamat dan berkesan. Dengan itu, guruguru praktikum Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin telah merancang
menaik taraf dan membaik pulih perpustakaan bas Pendidikan Khas yang berada
bersebelahan kelas aliran Pendidikan Khas. Antara objektif yang untuk jalankan
projek ini adalah :

i.

Diharapkan

usaha

menaik

taraf

ini

dapat

menceriakan

suasana

perpustakaan bas untuk menarik minat murid-murid pendidikan khas


membaca di dalam perpustakaan.
ii.

Mempertingkatkan dan memantapkan pembinaan koleksi bagi menyokong


program-program pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar Pendidikan
Khas.

iii.

Mengkatalog dan memproses koleksi perpustakaan dengan lebih teratur


dan menarik.

iv.

Dapat membuka minda murid-murid pendidikan khas dengan suasana dan


pengalaman yang baru.

v.

Menarik

murid-murid

aliran

perdana

untuk

datang

membaca

di

perpustakaan bas tersebut.


vi.

2.

Merangsang minat murid untuk bermotivasi positif untuk datang ke sekolah

STRATEGI PELAKSANAAN
Projek ini dilaksanakan oleh guru pelatih IPG dengan kerjasama warga
SKSAT. Projek ini bermula pada 30 Jun 2013 sehingga 25 Julai 2013 iaitu
selama sebulan. Perbincangan awal dilakukan dengan penerangan oleh
penolong kanan Kokurikulum iaitu En. Nizam dengan guru pelatih IPG
tentang perlaksanaan projek. Perlantikan ahli jawatankuasa dilakukan
untuk melancarkan projek ini.
a) Sebelum Perlaksanaan
Langkah pertama, kami pergi ke perpustakaan bas yang terletak di
bahagian kelas Pendidikan Khas. Kami meninjau dan melihat keadaan
sebenar perpustakaan yang akan dibaik pulih oleh kami itu dengan
mencatat perkara yang akan kami lakukan dalam perlaksanaan projek
ini.
Langkah kedua sebelum perlaksaan projek ini, kami berlima telah
berbincang untuk mencari lakaran atau lukisan bas beserta corak dan
warna yang sesuai untuk dicat pada bahagian luar perpustakaan bas
berkenaan. Tiada tempoh masa diberi untuk mengemukakan cadangan
dan kami akan bersama-sama menentukan bahan lukisan yang paling
sesuai. Kami mengadakan satu perbincangan pada masa yang sesuai
jika kami semua dapat berkumpul.
Pada minggu ketiga internship, kami dikerahkan untuk mengemas
bahagian dalam perpustakaan kerana ada lawatan dari pihak
kementerian Pendidikan. Kami semua bekerjasama menyiapkan
tugasan yang diberikan. Setelah lawatan tersebut selesai, kami semua

mengadakan satu perbincangan untuk mengemukakan lakaran yang


telah dilakukan oleh kami semua. Kami telah memilih satu lukisan yang
akan dicat pada bahagian luar perpustakaan bas tersebut.
Projek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu dalam dan luar.
Untuk bahagian luar, kami lelaki seramai 3 orang akan lakukan kerja
mengecat dan membaik pulih perpustakaan bas tersebut manakala
untuk bahagian dalam perpustakaan bas ini diserahkan kepada guru
pelatih perempuan.
Kami telah membuat kertas kerja dan menyerahkan kepada Guru
Besar untuk disemak sama ada projek ini diluluskan atau sebaliknya.
Setelah proses penyerahan kertas kerja diluluskan, kami telah
berbincang dengan Penolong Kanan Kokurikulum tentang bahan dan
peralatan yang akan digunakan.
Kami juga mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari Penolong Kanan
dalam menyiapkan projek ini. Semua guru pelatih mengambil bahagian
secara aktif dalam melaksanakan projek ini.

b) Semasa Perlaksanaan
Kami memulakan projek ini pada minggu terakhir kami di sekolah.
Sedikit masalah timbul apabila masa yang ada terlalu singkat untuk
kami laksanakan projek ini. Kami tidak berputus asa dan semua guru
pelatih memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan
projek ini.

Langkah pertama yang dilakukan dengan guru pelatih lelaki


mengecat bahagian luar perpustakaan bas seperti yang dirancang.
Kami telah mengecat pada lapisan pertama dengan warna cat putih
untuk menceriakan lagi warna perpustakaan bas ini. Seterusnya kami
mengecat pada lapisan kedua dengan warna kuning yang terang. Kami
juga melakukan corak pada bahagian tepi untuk mencantikkan lagi
perpustakaan ini. Jika ada bahagian yang karat, kami perlu gosokkan
dengan kertas pasir untuk melincinkan permukaan agar cat nampak
sempurna dan cantik. Kerja mengecat mengambil masa yang panjang
kerana keletihan pada bulan puasa.
Bahagian dalam perpustakaan bas ini, guru pelatih perempuan telah
meletakkan gambar kartun di bahagian tingkap perpustakaan bas ini.
Guru pelatih perempuan juga memasang langsir di tingkap dan
mengemas buku-buku yang ada di dalam perpustakaan bas tersebut.
Rak-rak buku disusun pada sudut yang sesuai dengan dihiasi bunga
tiruann untuk mencantikan lagi bahagian dalam perpustakaan bas
tersebut. Bahagian dalam juga dihias dengan meletakkan bantal kecil
di atas sofa bas sebagai bahan dekorasi yang ceria dan terang.

c) Selepas Perlaksanaan
Setelah selesai mengecat dan membaik pulih perpustakaan bas
tersebut, kami membuat satu dokumentasi bertulis dan visual untuk
diserahkan kepada pihak sekolah. Dokumentasi ini akan dijadikan
rujukan oleh pihak sekolah apabila diperlukan kelak.
Satu perasmian dilakukan oleh Guru Besar dengan warga SKSAT
setelah selesai projek ini.

3.

REFLEKSI
a)

Kekuatan Projek:
Projek ini dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan guru
pelatih

IPG

meningkatkan

dengan
lagi

warga

kualiti

sekolah.

keceriaan

Menambahkan
bilik-bilik

khas

serta
seperti

perpustakaan bas sekolah di dalam permandangan sebuah sekolah


yang berprospek ( sekolah berprestasi tinggi ) seperti SKSAT ini.
Projek ini dapat membantu guru menjadi sebagai satu medium
perantaraan bahan-bahan bacaan berilmiah kepada murid-murid
Pendidikan Khas di sekolah tersebut. Kekuatan projek ini dapat

membantu guru pelatih IPG di dalam penyediaan dan pengenalan


asas mengenai susun atur dan reka letak sesebuah perpustakaan di
sekolah nanti.
Kekuatan projek ini ( perpustakaan bas sekolah ) juga bertindak
sebagai sebuah pembuka minda dan perantaraan mesej-mesej baharu
yang berilmiah kepada murid-murid Pendidikan Khas. Perpustakaan
bas sekolah ini juga dilihat mampu dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang ceria dan menarik minat murid untuk lebih
bersosial di kalangan murid-murid Pendidikan Khas.
Perpustakaan bas ini juga dapat mampu menjadi satu agen tempat
berkumpul dan berkongsi idea dan maklumat di kalangan murid
Pendidikan Khas dan murid aliran Perdana. Di samping itu, murid
aliran Perdana juga mampu memotivasikan diri dalam memupuk nilai
kasih sayang serta memahami hak-hak murid-murid Pendidikan Khas
ini. Projek ini juga dilaksanakan untuk menarik murid Pendidikan Khas
dan aliran Perdana membaca dalam suasana yang lain dan lebih
menarik.

b)

Kelemahan Projek:

Selain daripada kebaikan, terdapat juga kelemahan yang dapat


dikesan melalui projek perpustakaan ini. Kelemahan yang pertama
adalah masa. Dalam projek ini masa yang kami peruntukan adalah
selama sebulan. Oleh kerana masa yang lama dan panjang, kami tidak
mengambil berat akan pentingnya projek ini. Akhirnya, kami perlu
lakukan pada minggu terakhir kami di sekolah.
Masalah yang kedua adalah peralatan yang akan digunakan dalam
projek ini. Kos bahan adalah tinggi dan kami perlu sedaya upaya
meminimum kos bahan. Kami perlu mencari alternatif yang lain jika kos
bahan terlalu tinggi. Bahan yang diperlukan juga rosak dan lambat
untuk dapat. Kami terpaksa menunggu mesin yang akan digunakan
untuk aktiviti mengecat dibaik pulih dalam masa 2 hari dalam

rancangan kami. Bahan seperti semburan wangian tidak dapat kami


perolehi untuk diletakkan di dalam perpustakaan ini.
Kelemahan terakhir adalah cuaca yang juga turut mempengaruhi
dan mengganggu urusan kerja-kerja kami ini. Keadaan cuaca yang
tidak menentu telah menyukarkan urusan kami untuk mengecat
perpustakaan bas tersebut. Apabila cuaca hujan dan mendung maka ia
akan memberi kesan kurang baik terhadap proses mengecat dinding
tersebut. Cat-cat yang telah di sapu pada dinding bas menjadi sukar
untuk kering. Oleh itu, ia menyukarkan kerja kami untuk meneruskan
proses mengecat pada bahagian seterusnya. Kadang kala cat yang
telah di sapu menjadi luntur akibat terkena rembesan air hujan.
4.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
a) Kami perlu lebih fokus dan tumpuan terhadap projek-projek yang lebih
besar serta mengambil masa yang lebih panjang berbanding projekprojek lain. Kami perlukan desakan dari pihak atasan agar tidak
bersikap lalai dan mengambil mudah akan projek yang diberikan.
b) Peralatan yang akan digunakan perlu diperiksa terlebih dahulu
kesemua peralatan yang akan digunakan dalam projek ini secara lebih
serius dan teperinci. Pihak sekolah juga perlu mengambil berat dalam
penyelenggaraan misalnya mesin mengecat yang telah rosak perlu
dibaik pulih dengan cepat untuk digunakan dalam menyiapkan projek
ini.
c) Tentang faktor cuaca yang tidak stabil, kami seharusnya mengambil
inisiatif lain yang lebih berkesan seperti melihat berita tentang cuaca
sebelum melakukan aktiviti mengecat. Kami sepatutnya lebih bijak
dalam merencana dan menjayakan sesebuah projek dengan lebih
berkesan dengan menyediakan plan B atau pelan kedua jika terdapat
masalah seperti cuaca yang tidak dapat dielakkan.

5.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kami berasa sangat bersyukur dan gembira kerana
telah mampu menyiapkan satu projek dengan dengan baik. Alhamdulillah,
kami telah menimba pelbagai ilmu dan pengalaman yang sangat berharga

dalam usaha untuk mempersiapkan diri bagi menjadi seorang pendidik.


Akhir sekali, kami berharap agar hasil kerja kami ini mampu memberi
seribu satu faedah dan manfaat kepada warga sekolah dan juga muridmurid SKSAT.

Lampiran

CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokus:

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

3. Cadangan penambahbaikan:

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

Anda mungkin juga menyukai