Anda di halaman 1dari 2

AUTORITARIAN

Ibu bapa membesarkan kanak-kanak dengan mengenakan kawalan yang ketat pada tingkah laku anak dengan membuat peraturan-peraturan, memastikan nilai-nilai dipatuhi oleh anak dan tidak membenarkan anak menyoal peraturan-peraturan dan nilai tersebut. Sebaliknya, disiplin amat ketat, malahan cita-cita anak ditentukan ibu bapa. Kebebasan hampir tidak diberikan dan pendapat anak jarang didengar. Mereka juga tidak mengamalkan tolak ansur secara lisan dan percaya bahawa kanak-kanak harus menerima perintah tanpa soal. Keputusan yang dibuat oleh ibu bapa tidak boleh dibantah. Ibu bapa jenis ini ingin membentuk, mengawal dan menilai tingkah laku anak mengikut piawaan yang mutlak. Oleh sebab mereka lebih menitikberatkan kepatuhan anak, mereka lebih cenderung menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman.

Walaupun mereka pengasih dan penyayang, anak mereka tidak merasainya. Ibu bapa tidak bersikap responsif terhadap anak, bersikap tidak fleksibel dan ketat dalam mengawal tingkah laku anak. Ibu bapa yang autoritarian rendah responsifnya, tetapi amat tinggi permintaannya.

Kesannya hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak akan lebih renggang.Anak-anak merasa tidak mempercayai dan berpuas hati. Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala. Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritarian berkemungkinan besar berjaya dalam peperiksaan dan kerjayanya, tetapi mungkin memiliki peribadi yang kaku, rendah harga diri dan terlalu bergantung kepada arahan pihak berkuasa.

AUTORITATIF

Ibu bapa mengenakan peraturan atau had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka dan anak-anak juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam beberapa perkara.Ibu bapa aken menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala dengan anak. Ibu bapa jenis ini bersifat fleksibel dan rasional dalam sikap dan pandangan serta menggalakkan kanak-kanak supaya berdikari. Walaupun mengenakan kawalan yang tegas tetapi membenarkan kebebasan beransuran yang bersesuaian dengan tahap kematangan anak. Disiplin dan hala tuju ditentukan dan diterangkan rasionalnya. Ibu bapa yang autoritatif pula mempunyai keseimbangan antara responsif dan permintaan. Mereka akrab, komunikatif dan anak digalakkan bersuara. Kasih sayang diberikan, ditunjukkan dan dirasai. Anak mereka bebas menentukan cita-cita dengan ibu bapa memberikan panduan dan bimbingan.

Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia. Hal ini cenderung menghasilkan anak yang kompeten, memiliki tanggung jawab secara sosial, yakin pada dirinya, dan mandiri. Pada kondisi yang positif seperti inilah anak dapat mengembangkan rasa percaya diri yang tinggi dan konsep diri yang positif.

Gaya keibubapaan autoritatif kerap dirujuk sebagai keibubapaan yang positif. Gaya ini adalah gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibubapa yang berwibawa adalah ibubapa yang peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar, berinteraksi secara positif, disamping menyemai emosi yang bersesuaian serta bertanggungjawab. Selain itu, ibubapa harus dapat membantu anak-anak mengawal diri dengan menetapkan batasan dan peraturan rumah.

Anda mungkin juga menyukai