Anda di halaman 1dari 4

7.

RUMUSAN Dalam kajian yang saya jalankan ini, saya telah memfokuskan kepada bidang

membentuk dan membuat binaan yang mana murid-murid tidak berjaya menghasilkan arca mobail yang sempurna di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Permasalahan yang saya dapati semasa menjalani praktikum, adalah masalah kesukaran murid dalam mengikat tali pada sesuatu objek yang mana mereka perlu mengikat arca mobail yang mereka telah hasilkan untuk proses menggantung karya. Berikutan hal ini, objektif kajian saya adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran mengikat tali mereka dengan baik. Antara maklumat latar belakang responden yang terdapat dalam kajian ini dalam adalah jantina, umur serta dokumen-dokumen dan dapatan-dapatan ujian yang berjaya dihasilkan semasa kajian tindakan dijalankan. Pengkaji telah menjalankan sebanyak dua ujian dan tiga intervensi yang mana ianya terdiri daripada ujian pra, ujian pasca dan intervensi satu hingga tiga. Setiap ujian yang dijalankan beserta tahap kemahiran yang diperoleh empat orang responden dan juga hasil pemerhatian yang dijalankan. Apabila dibandingkan kedua-dua ujian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji, pengkaji mendapati terdapat perbezaan yang ketara dari segi kemahiran responden dalam mengikat tali. Kajian ini menunjukkan permasalahan responden berjaya diatasi dengan kaedah baru yang pengkaji wujudkan.

41

8.0

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN Pengetahuan dan kemahiran murid terutamanya dalam kemahiran motor

halus hendaklah diatasi dengan segera bagi memastikan kelancaran murid dalam melakukan kemahiran mengikat tali. Implikasi yang diperoleh kesan daripada dapatan kajian yang dijalankan ini menunjukkan guru boleh mengaplikasikan kaedah ini bagi murid tahun 1 dan 2 dimana mereka dapat menguasai kemahiran motor halus mereka dengan baik. Guru berperanan penting dalam membantu murid menguasai ikatan tali yang mudah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru perlu lebih kreatif dalam mempelbagaikan kaedah dan pendekatan yang menarik bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta kondusif supaya murid akan belajar dengan seronok. Guru perlu menggunakan konsep ansur maju dalam pengajaran bagi meningkatkan kemahiran murid dalam mengikat tali. Pendedahan awal mengenai kemahiran motor halus hendaklah diajar kepada murid sejak dari awal supaya kemahiran motor halus mereka dapat diasah serta diseimbangkan disamping mereka dapat menghasilkan karya mobail yang sempurna.

42

9.0

CADANGAN KAJIAN LANJUT Kajian penyelidikan yang saya telah jalankan adalah Kaedah DUCO yang

diperkenalkan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengikat tali yang mudah sewaktu menghasilkan arca mobail. Segala perancangan yang dirancang telah berjaya dilaksanakan mengikut pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini berkait rapat dengan penggunaan kemahiran motor halus yang mana pengkaji meletakkan ransangan kepada warna supaya murid dapat menguasai kemahiran mengikat tali. Cadangan kajian seterusnya, saya mencadangkan supaya ikatan yang lebih kompleks dapat diajar kepada murid supaya mereka mendapat ransangan yang kreatif dalam menghasilkan ikatan yang pelbagai sewaktu menjalankan aktiviti seni di masa akan datang. Kajian yang dijalankan ini juga boleh melibatkan murid tahap 1 dan tahap 2. Cadangan yang lebih baik, murid-murid perlu didedahkan dengan latih tubi kemahiran yang awal supaya pengetahuan sedia ada mereka dapat terbina untuk tujuan akan datang. Kajian ini menggunakan pemerhatian sebagai instrumen kajian yang mana pengkaji di masa akan datang dapat menggunakan instrumen yang berlainan supaya mendapat dapatan kajian yang lebih menyeluruh dan lebih tepat.

43

10.0 a)

SENARAI RUJUKAN Buku

Akhiar Pardi dan Shamsina Bt. Shamsudin (2011). Pengantar Penyelidikan Dalam Tindakan. Puchong. Penerbitan Mulimedia Sdn. Bhd.

Mohd Johari Ab. Hamid et al. (2006). Metodologi Pendidikan Seni Visual. Tanjung Malim: Ampang Press Sdn. Bhd.

Ting Len Siong, Ahmad Sabry bin Othman dan Ting Hun Yong. (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan : Perancangan dan pelaksanaan penyelidikan tindakan. Perak : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

b)

Laman Web

Perkembangan Motor Halus. Diperoleh pada 17 Julai 2013 daripada : http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/perkembangan-motor-halus.html

Pengenalan dan Konsep Penyelidikan. Diperoleh pada 3 Mac 2013 daripada: http://tajulariff60.blogspot.com/2011/06/pengenalan-dan-konsep-penyelidikan.html

Panduan Penyediaan Laporan Penyelidikan. Diperoleh pada 5 Mac 2013 daripada: http://chedinpjk.blogspot.com/2012/08/panduan-penyediaan-laporan penyelidikan.html

Penilaian di PraSekolah. Diperoleh pada 10 Februari 2013 daripada: http://inspirasiku11.blogspot.com/2011/06/penilaian-di-prasekolah.html

44