Anda di halaman 1dari 4

Sekalung apriasi kepada peneraju majlis, Puan Saharizan selau pensyarah pembimbing, rakan-rakan serta hadirin dan hadirat

yang dimuliakan. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera. ANAK KEDIDI TERBANG RENDAH, HINGGAP BERLABUH DI RANTING BIDARA; IZINKAN HAMBA MENYAMPAI WADAH, BERKONGSI ILMU DALAM BICARA. Guru Berkualiti Transformasi Direalisasi, demikianlah bunyi bicara ilmu yang akan saya kupas satu persatu pada pagi yang berbahagia ini. Sidang hadirin yang dimuliakan.

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Frasa transformasi pula menurut

kamus dewan adalah perubahan rupa, bentuk, dan sifat. Dalam erti kata yang lain ia merupakan satu proses peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain, lain daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna. Oleh itu, Guru berkualiti transformasi direalisasikan dapat dirumuskan sebagai guru yang bermutu dan mampu membawa perubahan dalam pendidikan.

Hadirin yang saya hormati sekalian, Indicator saya yang pertama adalah guru berkualiti haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengajaran dan pembelajaran. Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran berkata bahawa, Guru mesti melengkapkan diri dari sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini berkait dengan etika keguruan iaitu penampilan atau personaliti guru. Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.

Hadirin sekalian,

Indikato saya yang kedua adalah seorang guru berkualiti haruslah bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat

menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa Indikator saya yang terakhir adalah, guru haruslah bertindak sebagai pengamal ilmu iaitu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar

mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup. Tuan-tuan dan puan puan yang saya hormati sekalian, Nampaknya masa begitu cemburu dan berlalu pantas

meninggalkan kita. Tidak dapatlah saya berpidato dan mengulas dengan lebih panjang lebar lagi. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyeru kepada diri saya sendiri serta hadirin hadirat sekalian agar kita saling bantu-

membantu dalam membangunkan usaha untuk menjadi guru yang berkualiti agar kita dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan sistem pendidikan terbaik di negara-negara lain. Sesungguhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak Malaysia terletak di bahu kita semua maka kita haruslah memandang serius perkara kita. Marilah kita bersama-sama ke arah menjadi guru yang berkualiti supaya transformasi dapat direalisasikan. In sha allah.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai