Anda di halaman 1dari 23

BANDING BEZA DI ANTARA KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING DARI PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM .

Perspektif barat Definisi Kaunseling didefinisikan sebagai satu proses apabila klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan permasalahan baginya.

Perspektif islam

Etika kaunseling

Panduan

Skop

Kaunseling didefinisikan jujur, nasihat yang baik dan penasihat yang jujur. Pengertian ini dipetik melalui istilah Nasuha dalam alQuran yang bermaksud memberi nasihat secara jujur, bertindak jujur dan berniat baik. Lebih menerapkan kearah Lebih menerapkan unsur kerjasama dan berunsurkan ajaran islam duniawi. Hanya berpandukan kepada Berpandukan al-quran dan kemahiran dan kebolehan al-hadis di samping bakat kaunselor semata-mata dan kemahiran kaunselor. dalam menangani masalah klien. Ia lebih bertumpu kepada Kaunseling Islam dilihat lebih perubahan tingkah laku klien memberi kesan yang ke arah lebih rasional dan menyeluruh bagi hidup mengikut garis normal hidup seseorang muslim sebagai manusia mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan

DAPATAN/HASIL LAWATAN TIDAK RASMI KE BILIK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KAMPUS

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim IPG KSAH Sungai Petani, Kedah merupakan sebuah jabatan yang menguruskan hal ehwal pelajar menghubungkan pelajar dengan pentadbir, menjaga kebajikan pelajar, menguatkuasa peraturan dan memainkan peranan sebagai nadi pelaksanaan pelbagai aktiviti bagi merealisasikan visi, visi dan objektif IPGKSAH. Visi unit bimbingan dan kaunseling ialah menjadikan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sebuah jabatan yang unggul bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia sementara misinya ialah Jabatan Hal Ehwal Pelajar beriltizam untuk melahirkan guru-guru yang berketrampilan, berfikiran reflektif, berakhlak mulia dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif penyediaan khidmat bimbingan dan kaunseling di IPG Kampus Sultan Abdul Halim ialah untuk Melaksanakan dan memantau program peningkatan dan pengembangan kendiri pelajar, mengumpul dan menyalur maklumat antara pihak pelajar, pensyarah dan pentadbir, menyediakan perkhidmatan nasihat dan kaunseling kepada pelajar secara berkesan, memberi latihan asas dalam hal kepimpinan dan pengurusan, mengurus hal-hal kebajikan, keselamatan pelajar dan disiplin pelajar, mengumpul dan menyediakan pengkalan data pelajar semasa, mengurus dan mentadbir hal-hal kediaman pelajar asrama dan luar asrama, menerapkan budaya institusi dan profesyen keguruan dan melaksanakan Minggu Pendaftaran Dan Pengurusan Pelajar Baru dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Antara piagam pelanggan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling pula ialah Kaunselor memberikan perkhidmatan secara professional dalam melaksanakan dasar pembangunan pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim seperti menentukan bahawa IPG adalah tapisan terakhir kelayakan pendaftaran guru, menyedia dan mengemas kini rekod dan data pelajar untuk rujukan pihak-pihak berkenaan, membantu kebajikan pelajar dari aspek caruman insuran, rawatan dan penempatan selepas tamat pengajian, memastikan disiplin dan tatalaku pelajar dapat mematuhi etika pelajar selaras dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia, menyediakan khidmat pengembangan dan peningkatan sahsiah, kepimpinan dan budaya ilmu kepada pelajar, menyediakan penginapan pelajar yang kondusif, selesa, bersih dan ceria serta menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan kepada pelajar.

CARTA ALIR LANGKAH-LANGKAH BAGAIMANA GURU BIASA BOLEH MENGENALPASTI MURID-MURID YANG BERMASALAH.

. Melalui pemerhatian terhadap: Psikomotor dan tingkahlaku negative. Kehadiran, prestasi dan kerja pelajar. Keadaan murid sedih, murung,bosan Cara murid berkomunikasi, diam, terlalu banyak cakap, kurang sopan Kesan di badan lebam, parut, tattoo,

Melalui laporan daripada:

Rakan sekelas
Pengakuan murid itu sendiri Daripada guru lain Daripada ibu bapa murid

Melalui ujian yang dijalankan:

Ujian pencapaian
Peperiksaan Ujian minat Ujian psikologi Ujian IQ

KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI RASIONAL EMOTIF BEHAVIORIS TERAPI.

KEKUATAN Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan itu perawatan juga dapat dilakukan dengan cepaT. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain. Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir. KELEMAHAN Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula yang tidak begitu geliga otaknya untuk dibantu dengan cara yang sedemikian yang berasaskan kepada logika Ada setengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai. Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik. Ada juga setengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka.

BAGAIMANA GURU BIASA MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mengenalpasti masalah atau tingkahlaku pelajar. Cth : Misalnya, masalah pelajar yang sering tidur di dalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai seorang guru bimbingan yang peka terhadap masalah pelajarnya, guru tersebut seharusnya mengenalpasti masalah dan tingkahlaku pelajar tersebut supaya masalah ini tidak berlanjutan dan dapat segera diatasi.

Kemahiran menyoal - untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih spesifik, mengenal diri murid - untuk menyoal murid / menggalakkan murid untuk bercakap dan juga cara untuk meneroka diri murid. - Guru boleh menggunakan soalan jenis tertutup dan soalan jenis terbuka Cth : Misalnya, dalam konteks pelajar tidur di dalam kelas. Guru seharusnya pandai memanipulasi keadaan dengan menggunakan kemahiran menyoal untuk mengetahui sebab dan perkara yang ingin disampaikan.

Contoh kemahiran menyoal Guru : FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke? Firdaus Guru Firdaus : Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu. : Kenapa pula, FIrdaus? Cuba terangkan pada cikgu. : Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu.

Kemahiran mendengar - membantu murid berasa lebih selesa dan berminat untuk menceritakan segala masalah ataupun perkara yang ingin dibincangkan

Mendengar dengan berkesan juga sangat membantu dalam mewujudkan hubungan rapport dan memberikan pemahaman yang tepat tentang perkara yang dibincangkan. Cth : Dalam konteks pelajar sering tidur di dalam kelas, guru sepatutnya menggalakkan pelajar tersebut menceritakan segala perkara yang ingin diceritakan oleh beliau dan guru hendaklah mendengar dengan aktif. Hal ini supaya guru dapat memahami segala penjelasan dan perkara yang diterangkan oleh pelajar tersebut.

Contoh kemahiran mendengar Guru Firdaus Guru Firdaus : Firdaus, jelaskan pada cikgu sekarang apa sebenarnya masalah kamu. : Sebenarnya, cikgu..erm..saya sebenarnya kurang tidur di rumah, cikgu. : (mendengar sambil menganggukkan kepala) : Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga pada setiap petang dan malam, cikgu.

kemahiran memberi perhatian - memberi peluang kpd muridd untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan. (merangkumi dgn kedudukan klien, relaks secara fizikal, posture kaunselor, perawakan muka, pertemuan mata dan ikuti setiap percakapan murid) Contoh kemahiran memberi perhatian Guru : FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke? (melihat ke arah mata dan perawakan muka Firdaus) Firdaus : Erm..tak ada apa-apa, cikgu. (menjawab dengan tidak melihat wajah dan mata guru beliau) Guru : Cikgu dengar kamu beritahu cikgu bahawa kamu tiada apa-apa masalah, tetapi cikgu rasa dalam hati kamu, kamu ingin menceritakan sesuatu. Firdaus Guru : Sebenarnya, cikgu..erm..saya sebenarnya kurang tidur di rumah, : (mendengar sambil menganggukkan kepala) cikgu.

Kemahiran dorongan minima. - tindak balas spontan (secara verbal atau non-verbal : seperti senyum, mengangguk kepala, memandang klien, kontak mata, kerutan di dahi, perkataan teruskan, perkataan ooo dan perkataan kemudian.

Contoh dorongan minima di dalam konteks pelajar yang tertidur di dalam kelas Guru : FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke? Firdaus Guru Firdaus : Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu. : Ooo..tak cukup tidur di rumah.. : Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam, cikgu Guru Firdaus : Teruskan, Firdaus. : Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu.

Kemahiran menguruskan kensenyapan - Kesenyapan membawa erti bahawa murid sedang mengalami kesulitan dalam meluahkan perasaannya mahupun menceritakan ideanya. - Dalam keadaan yang sedemikian, guru seharusnya membantu murid secara lisan. (sekiranya pelajar enggan menjelaskan atau menceritakan kepada gurunya) Contoh kemahiran menguruskan kesenyapan Guru : FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke? Firdaus Guru : (mendiamkan diri) : Firdaus, kamu ada masalah apa-apa yang nak dikongsi dengan cikgu, ke? Firdaus : (masih mendiamkan diri)

Guru

: Jangan risau, Firdaus. Cikgu hanya ingin membantu kamu. Kamu boleh jelaskan pada cikgu apa sebenarnya yang ingin kamu kongsikan bersama cikgu. Kamu ada masalah di rumah ke? : Erm.. Ya, cikgu. Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga setiap petang dan malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu

Firdaus

Kemahiran menyemak persepsi - membantu murid merasakan dirinya lebih difahami, memberi peluang kepada seseorang untuk membetulkan persepsinya serta memastikan guru bimbingan sedang berada di landasan yang benar ketika membimbing pelajar

Contoh kemahiran menyemak persepsi bagi masalah tidur di dalam kelas Guru : FIrdaus, kenapa dengan kamu? Kamu selalu tertidur di dalam kelas. Kamu ada masalah ke? : Maafkan saya, cikgu. Sebenarnya saya tak cukup tidur di rumah, cikgu. Saya terpaksa menolong ayah saya berniaga pada setiap petang dan malam, cikgu. Selepas habis menolong ayah saya, barulah saya berpeluang untuk menyiapkan kerja sekolah saya, cikgu. Setiap hari, saya terpaksa tidur pada pukul 2 pagi untuk memastikan semua kerja sekolah saya siap, cikgu. Maaf, cikgu. : Ooo..jadi kamu tertidur di dalam kelas disebabkan kamu kurang tidur di rumah dan kerana membantu ayah kamu berniaga sehingga malam. Betulkah begitu, Firdaus? : Betul, cikgu. : Selepas pula pulang dari membantu ayah kamu berniaga, kamu terpaksa siapkan kerja kamu sehingga lewat malam? Benarkah, Firdaus? : Benar, cikgu.

Firdaus

Guru

Firdaus Guru

Firdaus

CIRI-CIRI GURU YANG MESRA DAN FAKTOR-FAKTOR KEPADA SUASANA HUBUNGAN YANG SELESA (TERAPEUTIK).

Berdasarkan video yang ditonton, beberapa ciri guru yang mesra dapat dikenal pasti. Antara ciri yang dilihat ialah seperti kemahiran membina hubungan. Kemahiran ini bermaksud guru dilihat sering bertanyakan khabar kepada murid-murid sebelum memulakan sesi P&P. guru bertanyakan soalan-soalan seperti : Apa khabar murid-murid? adakah kamu sudah bersarapan? Siapakah yang menghantar kamu ke sekolah hari ini?

Selain itu, guru menunjukkan sifat mesra apabila kerap kali menyebut nama murid. Walaupun murid dalam bilangan yang ramai, guru dapat memberikan perhatian kepada murid-murid apabila sering memanggil nama mereka ketika mengajar. Hal ini sedikit sebanyak akan membangkitkan semangat untuk murid-murid lebih seronok untuk ke sekolah apabila merasakan bahawa mereka disayangi oleh guru dengan perhatian yang diberikan. Dalam pada itu, sifat mesra guru dapat dilihat melalui tindakan pandai memujuk. Dalam usia murid-murid pra sekolah sememangnya sifat semulajadinya sensitif dan manja. Sekiranya ada diantara mereka yang merajuk apabila ditegur, guru pandai untuk memujuk kembali hati mereka melalui sentuhan. Sebagai contoh, menggosok belakang, menggunakan kata-kata yang berunsur penyayang dan sebagainya. Seterusnya, prihatin dengan setiap murid merupakan satu lagi cirri-ciri guru yang mesra. Istilah prihatin yang dimaksudkan ialah guru mengetahui keadaan murid-muridnya. Sebagai contoh, apabila melihat keadaan murid yang kurang ceria guru mendekati dan bertanyakan masalah yang dihadapinya. Dalam masa yang sama, guru juga mempunyai sedikit sebanyak maklumat tentang latar belakang murid seperti keluarga, tahap kesihatan, dan minat mereka. Maklumat ini penting bagi guru untuk menyesuaikan dirinya dengan murid dalam membina hubungan baik. Sikap guru yang sering berkomunikasi dengan murid-murid juga menjadi faktor penyumbang kepada kemesraan yang dapat membina suasana yang selesa. Sebagai contoh, ketika murid-murid sedang menyelesaikan kerja yang diberi mahupun ketika waktu lapang, guru mengambil peluang untuk beramah mesra dengan bertanyakan sesuatu kepada murid-murid. Komunikasi dua hala ini akan memberikan kesan positif dalam mengukuhkan hubungan yang positif antara dua pihak. Berdasarkan ciri-ciri yang dikenal pasti, ia secara langsung akan mempengaruhi faktor-faktor suasana hubungan yang selesa antara guru dan murid. hubungan yang selesa akan menggalakkan pembelajaran suasana pembelajaran yang kondusif.

BAGAIMANA PEMUDAH CARA DALAM SESI KAUNSELING KELOMPOK BOLEH MEMBANTU AHLI-AHLI KELOMPOK.

Pemudahcaraan ialah proses yang memudahkan suatu tindakan. Oleh itu, pemudahcara ialah individu yang bertindak sebagai agen yang memudahkan sesuatu tindakan itu. Dalam kaunseling kelompok, guru kaunseling biasanya akan bertindak sebagai pemudahcara. Dalam proses kaunseling kelompok, pemudahcara boleh membantu kelancaran sesuatu perbincangan yang berlangsung. Sebagai contoh, pada permulaan sesuatu perbincangan pemudahcara boleh melakukan beberapa tindakan seperti berikut: Mengemukakan soalan perbincangan Menerangkan tujuan perbincangan yang akan dibuat Menghuraikan garis panduan perbincangan Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan.

Selain itu, semasa proses perbincangan pula pemudahcara perlu memainkan peranan sebagai penggerak untuk menggalakan ahli kumpulan mencadangkan idea-idea penyelesaian. Pemudahcara boleh mengemukakan atau mengajar beberapa teknik menyoal bagi membantu proses mencadangkan idea dilakukan dengan lebih berkesan. Dalam masa yang sama, seorang pelapor akan mencatat idea yang dikemukakan oleh ahliahli. Pemudahcara juga berperanan dalam sesi terakhir proses perbincangan yang dilaksanakan iaitu dalam proses penilaian dan rumusan. Pemudahcara akan membantu dalam menilai dan merumus idea yang dibentangkan oleh pelapor di hadapan kelas. Berdasarkan rumusan yang dibuat peserta boleh mencatat pendapat yang dipersetujui.

PERBINCANGAN MENGENAI INVENTORI PERSONALITI DENGAN MENEKANKAN KEPADA IMPLIKASI INVENTORI BERKENAAN KEPADA MURID-MURID SEKOLAH.

Terdapat dua jenis inventori personaliti iaitu Inventori Personaliti Sidek (IPS) dan Inventori Minat Kerjaya. Inventori yang kami fokuskan ialah Inventori Personaliti Sidek (IPS). Inventori ini menggunakan pendekatan yang rasional di mana bentuk soalan yang digunanakan hanyalah dengan menyatakan jawapan ya atau tidak sahaja. Inventori ini dibentuk oleh Dr. Sidek Mohd Noah. Berikut ialah contoh inventori senarai semak IPS:

Melalui bentuk inventori seperti ini, ia memberikan implikasi kepada murid-murid sekolah. Antara implikasinya ialah dapat mengenal pasti dengan lebih jelas sifat dan personaliti mereka yang sebenar. Hal ini apabila soalan-soalan yang disediakan adalah menyentuh

kepada gambaran tingkah laku individu. kepada apa yang mereka alami.

Jawapan yang diberikan oleh mereka merujuk

Selain itu, inventori ini juga secara tidak langsung akan dapat membantu murid untuk membuat perubahan ke arah personaliti yang lebih positif sekiranya terdapat perkaraperkara negatif yang dialami oleh mereka. Sebagai contoh, murid sedar yang mereka selalu mengelak dari bertanya kerana takut akan salah. Perkara ini boleh diatasi apabila guru menggunakan hasil inventori ini sebagai satu cara untuk memberi cadangan dan nasihat kepada mereka ke arah perubahan yang lebih baik. Seterusnya inventori ini dapat memberi bantuan dalam meningkatkan keyakinan murid terhadap kemampuan diri sendiri. Sebagai contoh, terdapat beberapa soalan yang boleh menggambarkan sifat atau keinginan diri seseorang individu iaitu seperti: Saya mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin. Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas. Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang amat berjaya.

Berdasarkan soalan-soalan ini, mereka yang memberikan jawapan ya akan meningkatkan potensi dan prestasi diri dengan melakukan usaha-usaha yang lebih baik bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Juga, inventori seperti ini akan membantu murid mengurangkan tekanan dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh apabila mereka diberikan sesuatu tugasan, mereka akan melakukan tugasan itu dengan tahap kemampuan mereka tanpa paksaan untuk mengikut cara orang lain. Hal ini kerana, mereka dapat mengenal pasti personaliti mereka melalui inventori yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, murid dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dengan sifat semulajadi mereka tanpa berpura-pura.

PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAYSIA. Seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang selepas mencapai kemerdekaan. Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan pesatnya. Proses urbanisasi dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan mahupun pertanian bertukar menjadi industri. Keperluan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabaran dalam Bimbingan dan Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini merupakan keperluan dan kemestian kepada negara. Sistem pendidikan juga turut terlibat dalam perkembangan bimbingan ini. Contohnya pada seawal tahun 60-an, banyak kelas-kelas bimbingan diwujudkan untuk membimbing pelajar-pelajar supaya berjaya di dalam pelajaran. Kegiatan panduan ini menjadi sangat penting bagaimana membantu pelajar-pelajar memilih kerja selepas persekolahan. Di peringkat Kementerian Pelajaran , pejabat pelajaran negeri, daerah dan sekolah sama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam perkhidmatan panduan ini. Seawal tahun 60-an UNESCO telah memperakukan terhadap perkhidmatan bimbingan ini di sekolah-sekolah di negara kita. Pada tahun 1962 1963 seorang pakar perunding dari Kanada telah datang ke Malaysia untuk memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kanan pelajaran. Pegawai-pegawai kanan ini pula memberikan kursuskursus kepada guru-guru untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru-guru yang mengikuti kursus ini akan menjadi kaunselor. Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan program pengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling ). Bimbingan dan Kaunseling kemudiannya terus berkembang sebagai satu bidang pengajian di universiti-universiti di Malaysia. Melalui pekeliling pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 ) Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / ( 78 ) pula menegaskan adanya bananda kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1996 diperuntukkan supaya di setiap sekolah menengah mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa. Manakala di sekolah rendah pula mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa bermula tahun 2002. Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah berkembang dengan pesatnya . Lahirnya kaunselor-kaunselor yang diiktiraf dan berkelayakan sehinggakan wujudnya Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang didaftarkan pada tahun 1989. Tujuan tujuan professional perkama ialah ;

Memajukan amalan kaunseling secara professional Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling. Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia. Memajukan perkembangan professional ahli-ahlinya.

Memperteguhkan identity, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.

Dengan adanya PERKAMA bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding dengan profesion-profesion yang lain. Akhirnya pada tahun 1998, Akta Kaunseling telah diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998. 6.0 PERKEMBANGAN SEMASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH. Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan Bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolahsekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 1979 yang berbunyi: Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja. Sekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menengah dan rendah di sekolah iaitu kaunselor. Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah. Di sekolah menengah dan rendah, Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dimainperanankan oleh seseorang kaunselor. Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkin akan menghadapi beberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang berterusan akan menolong pelajar meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan. Sebagai seorang kaunselor, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatat dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ada mengariskan beberapa prinsip. Anataranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya. Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya . Disamping menolong mereka memilih serta merancangkan

hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para guru, pihak sekolah, ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyak perlu disebarkan kepada pelajar. Juteru itu, kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu secara menyeluruh. Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal menghadapi tugas sebagai kaunselor di sekolah ialah seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia ada kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-masalah terdapat di sekolah, apakah peranan yang boleh dimainkan sebagai kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di sekolah tersebut. Dari segi populasi warga sekolah contohnya di sekolah menengah biasanya terdiri antara 800 hingga 2000 orang pelajar. Bagi sekolah menengah gred A mempunyai pelajar lebih 1200 orang, 80 orang guru dan 10 orang kakitangan. Manakala sekolah menengah gred B pula pelajar dalam lingkungan 800 orang hingga 1200 orang, guru 40 orang dan staf 6 orang. Pelajar sekolah menengah terdiri dari pelajar yang meningkat remaja dari umur 13 hingga 19 tahun. Sekolah harian biasa atau asrama penuh biasa mempunyai pelajar kedua jantina. Sekolah campuran satu jantina sahaja mempunyai permasalahan tersendiri yang perlu diselesaikan oleh seseorang kaunselor. Ini merupakan cabaran kepada kaunselor kerana pelajar sekolah menengah ini merupakan pelajar remaja yang mengalami perubahan psikologi yang mendadak menuju kedewasaan. Pelbagai masalah wujud di kalangan pelajar, guru dan staff di sekolah menjadikan kaunselor perlu berperanan sebagai orang tengah dan pencipta keharmonian sekolah. Berpandukan Perakuan di atas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Namun masih banyak kelemahan dan kekurangannya. Dengan wujudnya kaunselor sepenuhnya masa maka perkhidmatan berikut dapat dilaksanakan.Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Pelajar dididik atau dibimbing untuk memiliki pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat di Malaysia.Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan dan bimbingan mengikut keperluan mereka tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka secara optimum mengikut tahap perkembangan dirinya. Bimbingan dan Kaunseling berorientasi masa sekarang dan masa depan. Usahausaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya dalam jangkamasa pendek dan panjang.Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling semua pihak di sekolah dan pihak yang berkenaan patut bekerjasama dan saling berunding antara satu sama lain.Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling dengan

tujuan memelihara kebajikan pelajar. Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijadikan rangkaian perkhidmatan membantu bersama agensi-agensi luar dan badan sukarela sebagai satu usaha permuafakatan dalam mengwujudkan suasana harmonis dan penyayang

LAWATAN TIDAK RASMI KE UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

KAUNSELOR IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH DAN ASPEK-ASPEK YANG DOMINAN DALAM PERKHIDMATAN TERSEBUT.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan sejak 1969-an lagi. Namun begitu aspek yang ditekankan adalah bimbingan kerjaya dan pelajaran sahaja. Akhir-akhir ini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah mengorak langkah untuk memainkan peranan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan seterusnya menyahut cabaran Wawasan 2020. Antara berikut merupakan laman web yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah:-

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR Motivasi Dan Persiapan Menghadapi Peperiksaan Perkhidmatan ini lebih bersifat perkembangan dan pemulihan pada diri pelajar dalam menangani tekanan menghadapi peperiksaan, yang mana ia boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan. Program berasaskan sekolah ini menolong seseorang individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya (kegelisahan, tekanan, kesukaran, dll). SEKTOR PENGURUSAN KAUNSELING DAN DISIPLIN MURID KPM Meliputi bidang psikososial dan kesejahteraan mental, pendidikan pencegahan dadah, rook, HIV dan AIDS, keibubapaan dan juga pembangunan diri murid. Menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran berkenaan tetapi isi kandungannya dibina mengikut panduan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah dan menegah. Perkhidmatan lebih bersepadu dan pelbagai disiplin disebabkannya bersifat terbuka.

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Merangsangkan kewujudan penerokaan diri seseorang guru Bimbingan dan Kaunseling dengan penuh kejujuran dan menjalinkan hubungan bermakna dengan klien(pelajar). Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal dengan memberatkan pembinaan amalan nilai murni dalam perkhidmatan. Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan

HALA TUJU PROFESSION GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DARI PERSPEKTIF KPM Memastikan Jawatankuasa Pelaksana Program Mentor-Mentee dibentuk di sekolah berdasarkan keperluan pelajar dan sekolah. Menggerakkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) supaya memainkan peranan Bantu Diri Bantu Rakan Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling mengenalpasti masalah pelajar melalui analisis Borang Senarai Semak Masalah Pelajar Meningkatkan perkongsian ilmu antara Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling dengan menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling peringkat Daerah dan Negeri

TEMUBUAL SEORANG KAUNSELOR DI KAMPUS IPGM DAN DAPATKAN PANDANGAN BELIAU MENGENAI SATU TEORI KAUNSELING YANG BELIAU APLIKASIKAN.

Pandangan Mengenai Teori

Zainal Abidin Ahmad 2005 memberi fokus kepada kaunselor tentang apa yang dilakukannya terhadap klien. Frank ( 1971)Teori sangat penting dan dapat memberi panduan, keyakinan dan halatuju bagi mereka yang mengamalkannya. Jenis-jenis teori dalam kaunseling

Teori Psikoanalisis. Teori pemusatan klien Teori Gestalt provokasi Teori Terapi Rasional Emotif Teori Tingkah Laku (Behaviorisme) Teori Psikoanalisis. Dipelopori Sigmund Freus 1) Alam sedar 2) Alam pra sedar 3) Alam tidak sedar Teori pemusatan klien Dipelopori Carl Rogers 1) Reaksi kepada pendekatan tradisi yang terlalu mementingkan diagnosis, menyiasat dan mentafsir. 2) Percaya bahawa insan itu baik, boleh dipercayai berusaha kearah kesempurnaan diri. Teori Gestalt

Dipelopori Friedrich Solomon Perls Merupakan satu pola, bentuk atau konfigurasi yang diamati oleh seorang yang terdiri dari beberapa bahagaian yang dilihat sebagai satu keseluruhan yang menghasilkan makna yang tersendiri.

Teori terapi Rasional Emotif 1) Albert Ellis 2) Fokus kepada aspek kognitif, penilaian, penganalisisan, emosi, tingkahlaku dan membuat keputusan. 3) Menitik beratkan soal nilai dan kepercayaan yang tidak rasional yang dianut oleh kebanyakan insan yang akhirnya membawa kepada masalah. 4) Berorientasikan kepada pendidikan semula dan gantikan sistem kepercayaan klien. Teori Tingkah Laku (Behaviorisme) Berkembang dari 3 tahap

Tahap pertama- diasaskan oleh Pavlov 1960 dan hull 1943 yang menghasilkan pelaziman klasik. Tahap kedua diasas oleh skinner, lahirnya pelaziman operan (beri tumpuan kepada peneguhan, pelupusan dan hukuman) yang diasaskan oleh Skinner 1953- teknik modifikasi tingkahlaku. Tahap 3 - dikenali sebagai terapi tingahlaku kognitif yang menggabugkan aliran ketingkahlakuan dan kognitif. Kepentingan Teori kaunseling 1) Sebagai panduan untuk kaunselor memahami tingkahlaku manusia. 2) Sebagai rujukan untuk membantu kaunselor 3) Memberi kita rasional tentang apa yang dilakukan dan membimbing tindakan-tindakan kita. Model Nystul Menurut Nystul (2006), kombinasi seni dan sains kaunseling menekankan hubungan di antara teori, kajian dan amalan.

SESI PROSES KAUNSELING KELOMPOK

Peringkat-Peringkat Kaunseling Kelompok 1. Peringkat Permulaan Kenal-mengenal dengan maklumat yg selamat Ahli > nyatakan sifat-sifat positif sahaja Kaunselor galak penglibatan dgn ahli nyatakan harapan terhadap sesi kelompok Ahli masih ragu-ragu, diterima?diancam? Kesepaduan masih belum terbentuk Mungkin hampa seolah-olah tiada manfaat

2. Peringkat Konflik dan Pertentangan Ahli mungkin tidak puas hati dgn kaunselor yg seolah-olah sebg fasilitator dan bukannya penyelesai masalah Ahli mungkin lebih suka proses yg lebih berstruktur Masih belum jeleket & bersepadu Mudah menyerang, tuduh-menuduh @ diam diri Kaunselor perlu galak perbincangan lebih terbuka

3. Peringkat Perkembangan dan Kesepaduan Kepercayaan makin meningkat Lebih bersedia, berani dan terbuka untuk berkongsi pengalaman Kaunselor masih perlu memberi dorongan demi kelicinan sesi supaya tidak tersasar daripada matlamat asal

4. Peringkat Hasil Hubungan yg teguh dan padu Berani utk kritik dan sudi terima kritik

Cadangan-cadangan dikemukakan Kepimpinan boleh diambil alih oleh ahli, kaunselor hanya sebagai peserta/pemerhati

5. Peringkat Penamatan

Kelompok Tertutup: Bilangan sesi telah ditetapkan, ahli kena capai matlamat Masalah baru tidak diterima Ahli mungkin berasa sedih utk berpisah

Kelompok Terbuka: Ahli diberi kebebasan keluar, berhenti dan masuk semula bila-bila masa Tempat kosong boleh dipenuhi oleh ahli baru Kelompok begini tidak digalakkan Ch: > kelompok bimbingan

Anda mungkin juga menyukai