Anda di halaman 1dari 2

Sharif Masahor

Pengenalan Pemimpin Melayu yang disegani oleh masyarakat kaum Iban dan Melanau. Dilantik oleh sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sg. Rajang. Pengenalan pentadbiran baru oleh James Brooke telah ditentang oleh pembesar-pembesar Sarawak. Hal ini demikian kerana hak memungut cukai telah diambil alih oleh James Brooke. Adat resam seperti amalan hamba hutang dan amalan pemburuan kepala telah dihapuskan oleh James Brooke. Kawasan Sg.Rajang yang diambil alih oleh James Brooke serta pembinaan kubu di Kanowit telah menggugat kedudukan Syarif Masahor. Pembatasan kuasa dan hak sebagai seorang pembesar turut menyebabkan Syarif Masahor semakin tidak berpuas hati dengan Brooke. Keinginan untuk mengembalikan kekuasaan Sultan Brunei yang semakin kehilangan wilayah di Sarawak kepada keluarga Brooke. Atas rasa tidak puas hati, Syarif Masahor telah menentang kerajaan Brooke. Proses penentangan Syarif Masahor telah berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Gapur untuk mengusir Brooke dari Sarawak. Pada 1859, mereka telah menyerang kubu British di Kanowit. Dua pegawai British iaitu Henry Steel dan Charles Fox telah terbunuh. James Brooke melancarkan serangan balas ke Kanowit dengan segera. Orang Melayu dan Dayak yang terlibat dalam pembunuhan dua pegawai British itu dihukum mati.

Pada tahun 1860, Syarif Masahor membuat persiapan menyerang Kuching dari laut. Serangan ini telah dipatahkan oleh James Brooke dan kapal-kapal perang Syarif Masahor ditenggelamkan. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei dan dihantar ke Singapura oleh Sultan Brunei atas desakan Brooke. Faktor kegagalan penentangan Syarif Masahor. Tidak wujud perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak. Tidak dibantu oleh bangsawan Melayu kerana mereka lebih setia kepada Raja Brooke.

Anda mungkin juga menyukai