Anda di halaman 1dari 12

TEMA Tema dalam novel Azfa Hanani ialah penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan

seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa kerana kehilangan anak kesayangannya dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani seorang anak yatim piatu sanggup menerima tawaran untuk menjadi Tengku Murni bagi memastikan Datin Maziah yang baru tersedar daripada koma tidak tertekan jika mendapat tahu bahawa anak kesayangannya telah meninggal dunia. PERSOALAN 1. Pengorbanan dalam menempuh kehidupan. a. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan. b. Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di kampung. c. Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu. 2. Berani mengambil risiko. a. Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni. b. Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah baharu dan kawan-kawan yang baharu. 3. Kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian. a. Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya. b. Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih bersikap optimis dan tidak berputus asa. 4. Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat. a. Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar kerana tamakkan harta. b. Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana Ekran berasal dari keluarga yang susah. c. Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang kaya.

5. Berpegang kepada janji. a. Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar upah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni. b. Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini. c. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16 tahun yang lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan mereka.

WATAK DAN PERWATAKAN Azfa Hanani / Aku a. Azfa Hanani ialah watak utama novel ini. b. Berumur 17 tahun. c. Secara fizikalnya Azfa Hanani gadis yang cantik, wajahnya lembut. d. Azfa Hanani kehilangan kedua ibu bapanya semasa dia masih bayi. e. Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga di SM Seri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SRP, kecuali subjek Bahasa Inggeris. f. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya dalam serba kekurangan. g. Gigih dalam menuntut ilmu. Buktinya setiap hari dia berulang-alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 km dengan menggunakan bas sekolah. h. Taat kepada pak long dan mak longnya. Dia meminta keizinan mereka terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur. i. Penyayang. Dia amat menyayangi anak-anak pak longnya. j. Bertanggungjawab. Dia tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang dipinjamnya itu kepada Cikgu Zamin. k. Taat pada perintah agama. Buktinya, dia rajin bersembahyang dan selalunya setiap malam Jumaat dia akan membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah ayah dan ibunya. l. Bijak bergaul. Dia tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar-pelajar di sekolah baharunya, iaitu SM Taman Sari. m. Cekal hati. Contohnya, Azfa Hanani berjaya mengharungi kehidupan seorang diri di tempat yang baharu. n. Pemaaf. Dia sudi memaafkan perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. o. Teguh jati diri. Buktinya, dia masih mahu mengekalkan identiti diri sebagai Azfa Hanani walaupun telah diterima baik oleh keluarga Datuk Tengku Makmur.

Datin Maziah a. Isteri Datuk Tengku Makmur. b. Ibu kepada Tengku Murshadad (anak sulung), Tengku Mirzan, Tengku Mazran, Tengku Muzaffar dan akhirnya Tengku Murni. c. Hidup bermadu setelah suaminya bernikah dengan seorang gadis muda. d. Ibu yang penyayang. Dia sangat menyayangi dan memanjakan Tengku Murni. e. Mengalami tekanan perasaan. Tengku Mazran terpaksa meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni bagi meredakan tekanan perasaan yang dialami oleh ibunya itu. Tengku Mazran / Abang Mazran a. Anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. b. Isterinya bernama Syafinaz. c. Anak yang bertanggungjawab. Buktinya, dia berusaha untuk menyembuhkan ibunya dengan mencari penawarnya, iaitu meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya Tengku Murni. d. Penyayang. Buktinya, atas dasar kasih kepada ibu, dia berusaha untuk menyembuhkan tekanan perasaan yang dihadapi ibunya. e. Mengambil berat. Buktinya dia sentiasa mengambil tahu akan keperluan Azfa Hanani. f. Berpegang teguh pada janji. Setiap janjinya dengan Azfa Hanani ditunaikan. g. Berpendirian terbuka. Contohnya, dia tidak begitu kisah dengan statusnya yang berketurunan bangsawan. Syafinaz/Kak Finaz a. Isteri Tengku Mazran. b. Kakak ipar yang baik hati. Buktinya banyak membantu AH sepanjang dia tinggal di rumah banglo Datin Maziah. c. Sanggup berkorban. Dia telah berhenti kerja kerana hendak mengurus keluarga mentuanya setelah Datin Maziah sakit. d. Bijak mengurus diri. Setelah AH dapat menyesuaikan dirinya, Kak Finaz menyambung tugasnya sebagai seorang arkitek. Ekran a. Ayah dan ibunya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang mengikuti kursus doktor falsafah di Amerika Syarikat. b. Ekran pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima di SM Taman Sari. c. Ingin menjadi akauntan. Buktinya, perniagaan burger diusahakannya

bagi mempraktikkan apa-apa yang dipelajarinya di sekolah. d. Cekap. Projek Hari Sumbangsih telah berjaya membuat kutipan yang tinggi hasil kecekapannya sebagai pengerusi. e. Merendah diri. Dia tidak berasa malu untuk berniaga burger sungguhpun dia berasal dari keluarga yang agak berada. f. Mempunyai hubungan yang istimewa dengan Tengku Murni. Diari Tengku Murni yang dibaca oleh AH mengesahkan hubungan mereka. Datuk Tengku Makmur a. Suami Datin Maziah. b. Mempunyai dua orang isteri. c. Angkuh. Dia menilai pertolongan yang diberikan oleh AH berdasarkan pertimbangan wang ringgit semata-mata. e. Berpegang teguh pada janji. Buktinya selama 16 tahun beliau dan Datin Maziah mencari AH namun tidak berjumpa. Tujuannya untuk menunaikan janji mereka untuk memelihara AH. LATAR Latar Tempat 1. Di makmal kimia. Di sinilah Azfa Hanani bimbang kerana mengesyaki perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakaan terbongkar. 2. Di bilik pengetua. Azfa Hanani bertemu buat kali yang pertama dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz. 3. Di rumah pak long. Tempat Azfa Hanani dibesarkan. 4. Di Hotek Universe. Azfa Hanani diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan lain-lain lagi. 5. Di banglo kepunyaan Datin Maziah. Tempat tinggal Azfa Hanani. 3. Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan yang diadakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih yang akan diadakan. 4. Di Institut Lingua Franca. Tempat di mana Azfa Hanani belajar bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun. 5. Di rumah Tengku Ellina. Azfa Hanani dan para pelajar yang lain berlatih dan berbincang tentang pertandingan Forum Remaja. 6. Di dusun Pak Haji Arshad. Datuk Tengku Makmur sekeluarga datang menemui Azfa Hanani. Latar Masa 1. Latar masa novel ini mengambil masa beberapa bulan sahaja iaitu semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari. 2. Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang, petang dan

malam. Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar pada waktu pagi . Waktu petang pula adalah ketika Datin Maziah mengadakan sambutan hari jadi Azfa Hanani yang ke-17. Latar malam ketika Azfa Hanani membaca dan mengkaji diari Tengku Murni. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang sanggup berkorban dengan tujuan membantu orang lain. Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni dengan tujuan untuk menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa. 2. Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Contohnya, sungguhpun kehidupan pak long sekeluarga susah, namun mereka kaya dengan kasih sayang. 3. Masyarakat yang bertanggungjawab.Contohnya, sikap Azfa Hanani yang melaksanakan tugas sebagai pengerusi Hari Sumbangsih yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang sekali. 4. Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin dengan mencampakkan wang ke atas katil sebagai upah menyamar. 5. Masyarakat pelajar. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajaran di Tingkatan 5 Kenanga. Selain itu, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang sibuk menjayakan Hari Sumbangsih. 6. Masyarakat yang berpegang kepada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia. NILAI 1. Hormat-menghormati Abang Mazran dan kak finaz menghormati pak long dan mak long walaupun mereka berketurunan bangsawan. 2. Kasih sayang Bapa saudara Azfa Hanani yang dipanggil pak long sanggup menjaganya dari kecil selepas kematian ayah dan ibu Azfa Hanani. 3. Tanggungjawab Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni demi memulihkan tekanan perasaan yang dihadapi oleh datin Maziah. 4. Kesyukuran walaupun sebelum ini Azfa Hanani tinggal di rumah mewah milik Datin Maziah, namun dia masih gembira walaupun kembali tinggal di rumah pak longnya. 5. Baik hati Azfa Hanani memaafkan kesalahan Syafikah dan Fuziana dan dia sedikit pun tidak mendendami mereka.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Azfa Hanani sanggup membantu Kak Finaz dan Abang Mazran dengan menyamar sebagai tengku Murni. 2. Kita hendaklah menerima takdir yang menimpa dengan reda. Azfa Hanani reda menerima takdir bahawa kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan disebabkan oleh Datuk Tengku Makmur. 3. Kita hendaklah bersikap rendah diri terhadap orang lain walaupun berasal daripada keluarga berada. Walaupun Tengku Murni anak orang kaya, tetapi dia tidak sombong dengan rakan-rakannya yang lain. 4. Seseorang yang pernah melakukan kesilapan mestilah mengakui kesilapannya. Datuk Tengku Makmur meminta maaf dan mengakui kesilapannya sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. 5. Kita hendaklah bersimpati terhadap kesusahan orang lain walaupun kita telah hidup senang. Azfa Hanani teringatkan keadaan pak long, mak long, dan sepupu-sepupunya semasa dia melihat lauk-pauk yang lazat dihidangkan kepadanya. 6. Kita perlu menjaga maruah diri setiap masa. Azfa Hanani menolak pelawaan lelaki yang tidak dikenalinya itu yang mahu menghantarnya pulang ke rumah.

(a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca. Salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah latar. Jika sesebuah novel itu menceritakan kisah masyarakat, sudah sememangnya latar masyarakat dalam novel itu lebih jelas. Terdapat beberapa latar masyarakat yang digambarkanoleh pengarang dalam novel Kembara Amira. Pembaca mendapat gambaran latar masyarakat Orang Asli dengan jelas apabila Amira berhubung dengan Itai dan Tau. Mereka tinggal di sebuah perkampungan di hutan Banjaran Titiwangsa. Ada di antara mereka masih bergegang kuat pada adat seperti Ludin. Mereka digambarkan sebagai mahir dalam ilmu tentang hutan seperti mengesan, menjejak, menangkap ikan dan berburu. Kecekapan ini ditunjukkan oleh Itai dan Tau semasa mereka menyelamatkan Amira, Jacinta dan juga Malique. Selain daripada itu, masyarakat ini juga digambarkan telah menerima arus kemajuan dan pemodenan. Itai seorang yang terpelajar dan belajar di bandar. Dia pulang ke perkampungan semasa cuti sekolah. Dia pernah menang tempat kedua dalam bahagian perubatan herba semasa Pameran Saintis Muda 2002. Selain daripada itu pembaca juga mendapat gambaran tentang masyarakat yang cinta akan alam semulajadi. Dia berusaha untuk menghalang hutan itu daripada dimusnahkan oleh pembalak. Dengan menggunakan kulit beruang yang dibunuhnya, dia telah menyamar sebagai makhluk berkaki dua dab berbulu lebat. Kemunculannya menjadi misteri kepada masyarakat Orang Asli di situ. Dia menggantung seorang daripada pekerja balak secara songsang menyebabkan pekerja lain takut dan meninggalkan hutan itu. Dia juga telah menangkap seorang daripada pekerja pengkaji kandungan emas dan mencederakannya. Tujuannya adalah untuk menghentikan kegiatan itu sebelum hutan itu diteroka untuk melombong emas. Watak Tau dan Itai pula digambarkan sebagai ahli

masyarakat yang baik hati dan suka menolong. Mereka menolong Amira yang hamper lemas dihanyutkan oleh arus deras di sungai. Kemudian mereka menolong mencari kawan Amira iaitu Jacinta yang hilang di hutan semasa memintas Amira yang dihanyutkan arus sungai dari darat. Tau telah menolong Prof. Zaidah untuk mendapatkan bahan sejarah tentang bukti kewujudan masyarakat prasejarah di Gunung Gua Gajah. Di situ terdapat lakaran lukisan prasejarah dan sebilah kapak batu dijumpai. Akhirnya Itai telah menolong Amira menari Malique yang telah hilang selepas kenderaannya jatuh ke dalam gaung. Mereka menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Kembara Amira dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembacA (b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut. Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri. Dalam novel Kembara Amira, peristiwa yang menjadi klimaks berlaku dalam masa yang juga agak singkat. Ia terjadi di dalam gua semasa mengesan tapak kaki yang tidak berkasut menuju lebih jauh ke dalam gua. Mereka akhirnya sampai ke puncak gunung. Di puncak gunung Itai dapat mengesan kehadiran manusia berdasarkan kesan ranting yang patah. Mereka menemui kawasan lapang dan sebuah pondok. Itai dan Amira masuk ke dalam pondok dan menemui satu pintu lagi di bahagian belakang pondok. Setelah memasuki lubang itu, mereka menemui Malique yang terbaring lemah. Mereka cuba mengeluarkan Malique.

Makhluk berbulu muncul dan terkejut melihat Itai dan Amira berada di situ. Mereka meminta agar Itai dan Amira menyerahkan Malique. Amira berasa hairan dengan makhluk itu yang menyembunyikan Malique di puncak gunung. Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, Rosdi dan Ludin sampai ke kaki gunung. Jennifer menegur Ludin dan mereka saling mengenali. Jennifer memberitahu Ludin bahawa Malique adalah anak kandungnya. Malique adalah Sabi. Ludin segera naik ke puncak gunung. Makhluk berbulu ingin menyerang Pak Lias. Dia meminta agar itai tidak masuk campur. Serangan itu ditangkis oleh Pak Lias. Ludin sampai dan memarahi Tau. Masing-masing kehairanan kerana Tau tidak ada di situ. Ludin memberitahu Tau bahawa anak-anak Tau sudah kembali. Tau meratap dan membuka kulit beruang. Ludin meminta Tau ke kaki gunung untuk menemui seseorang. Mereka menemui Malique disembunyikan oleh makhluk berkaki dua dan berbulu lebat. Mereka berusaha untuk membawa Malique turun dari gunung itu. Namun kemunculan makhluk berbulu lebat itu menyebabkan mereka berhadapan dengan halangan. Makhlum itu mahu Malique diserahkan kepadanya. Keenganan mereka untuk menyerahkan Malique menyebabkan makhluk itu mula menyerang Pak Lias. Namun Pak Lias berjaya menangkis serangan tersebut. Ludin sampai ke situ dan meminta Tau menghentikan perbuatan tersebut. Kata-kata Ludin telah mengejutkan mereka yang berada di puncak gunung itu.

(a) Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji. Novel Kembara Amira mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang yang dapat dikesan dalam novel ialah ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anakanak. Contoh yang paling Prof. Zaidah yang menyayangi anaknya Amira. Dia risau setiap kali Amira tidak ada di Desa Karpus. Malah dia sara menyesal dan menangis kerana dia merasakan dia tidak memberi perhatian yang secukupnya semasa Amira dihantar pulang selepas diselamatkan oleh Itai dan Tau di sungai. Jennifer juga memberian perhatian kepada Malique. Dia berkeras ingin membawa Maliaque keluar dari hutan itu supaya Malique mendapat rawatan yang sempurna. Pengajaran lain dalam novel ini ialah kita hendaklah bertanggungjawab dan menjaga alam semulajadi daripada dimusnahkan oleh golongan yang mementingkan keuntngan. Pembaca dapat mencontohi Tau yang bertindah berani dalam mempertahankan hutan itu daripada pencerobohan pembalak dan pelombong. Dia menakutkan pembalak dengan menyamar sebagai makhluk misteri berbulu dan menggantung seorang pekerja balak secara songsang. Dia juga menangkap dan memberlasah seorang daripada pekerja OHara yang begitu bersungguh-sungguh mencari emas di kawasan itu. Prof. Zaidah juga bersungguh-sungguh ingin membuktikan kewujudan manusia prasejarah di kawasan hutan itu agar ia dapat diisytiharkan sebagai kawasan simpanan kekal. Selain daripada itu, kita juga hendaklah menolong sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama. Itai dan Tau yang belum pernah mengenali Amira telah menolong Amira daripada lemas di sungai yang berarus deras. Selepas itu mereka menolong mencari Jacinta yang

didapai hilang semasa memintas Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai melalui darat. Itai pula telah menolong Amira mencari Malique yang hilang setelah kenderaannya jatuh ke dalam gaung. Itai menolong walaupun dia tidak mengenali Malique. Malah Tau juga menolong Prof. Zaidah dengan menunjukkan tempat terdapatnya artifak sejarah. Tau membawa Dr. Zawawi, Rosdi, Amira dan Jacinta ke sebuah gua di Gunung Gua Gajah. (b) Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut. Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel Kembara Amira ialah peristiwa Amira lepas di sungai. Amira terpijak batu yang licin dan terjatuh ke dalam air deras. Jacinta mengejar Amira melalui jalan hutan. Amira kemudian telah diselamatkan oleh Itai, remaja Orang Asli bersama bapa saudaranya Tau. Amira berehat. Itai menangkap ikan sementara Tau menghidupkan api. Mereka makan ikan yang dibakar. Atai dan Tau menghantar Amira pulang. Mereka mendapati Jacinta pula hilang. Gerakan mencari diketuai oleh Tau dan Itai dijalankan. Dengan pengalaman menjejak Tau dan Itai, mereka menemui Jacinta yang sedang pengsan di celah banir pokok. Mereka mengambil masa dua jam untuk membawa Jacinta pulang ke Desa Karpus. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia merupakan permulaan konflik dalam novel ini. Peristiwa kedua yang menari bagi saya ialah peristiwa Amira mengikut Itai meredah hutan dan denai untuk ke tempat yang dikatakan terdapat emas oleh Itai. Mereka sampai di sebatang sungai. Amira terkejut apabila mendapati kilauan emas di celahan batu. Itai mahu Amira memilih satu sahaja untuk Jacinta. Dia juga mahu Amira merahsiakan tentang emas tersebut. Ketika perjalan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berkaki dua dan berbulu sedang mengheret seorang pencari emas dengan marah. Makhluk itu terhidu bau

manusia lain. Itai menyedari keadaan itu dan mengajak Amira melarikan diri dengan sekuat hati. Semasa berlari mereka tiba-tiba disergah oleh Tau. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana ia membongkar rahsia hutan yang tidak diketahui oleh orang luar. Manakala peristiwa ketiga yang menarik bagisaya ialah peristiwa makhluk berbulu muncul ketika Itai, Amira dan Pak Lias berada di puncak gunung untuk mencari Malique. Mereka terkejut melihat Itai dan Amira berada di situ. Mereka meminta agar Itai dan Amira menyerahkan Malique. Amira berasa hairan dengan makhluk itu yang menyembunyikan Malique di puncak gunung. Makhluk berbulu ingin menyerang Pak Lias. Dia meminta agar itai tidak masuk campur. Serangan itu ditangkis oleh Pak Lias. Ludin sampai dan memarahi Tau. Masing-masing kehairanan kerana Tau tidak ada di situ. Tau meratap dan membuka kulit beruang. Ludin meminta Tau ke kaki gunung untuk menemui seseorang. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia membongkar rahsia yang menjadi persoalan kepada Itai dan Amira.

Anda mungkin juga menyukai