Anda di halaman 1dari 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU 16109 PENGKALAN CHEPA KELANTAN

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3105) JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

pismp pj/PKE/PSK AMBILAN JANUARI 2010


NAMA FATIM NUR AIN BINTI SANUSI NO KAD PENGENALAN 900411115720

PENSYARAH:EN HASHIN BIN MOHAMMAD TARIKH HANTAR:

TAJUK: KEMAHIRAN TENDANGAN LERET (BOLA SEPAK) NAMA: FATIM NUR AIN BINTI SANUSI NO K/P: 900411-11-5720

KERJA KURSUS INI DISEDIAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT KURSUS EDU 3105.

HALAMAN PENGAKUAN

KERJA KURSUS TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. (EDU 3105) PISMP PJ SEMESTER 4 AMBILAN JANUARI 2010

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Nama Penulis :

NO I/C

Tanda Tangan

FATIM NUR AIN BT. SANUSI

90041111572

Tarikh Hantar :

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN
1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN PRINSIP MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DALAM PNP CIRI-CIRI TEKNOLOGI YANG BAIK PENGENALAN TENDANGAN LERET TEKNIK TENDANGAN LERET RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN STORY BOARD

2.0

MODEL ASSURE
2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 ANALISIS PELAJAR NYATAKAN OBJEKTIF PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN PENGLIBATAN PELAJAR NILAI DAN SEMAK

3.0 4.0 5.0

RUMUSAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya melaksanakan tugasan kerja kursus EDU 3105 dengan sempurna. Dalam menyampaikan penghargaan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah EDU 3105 saya kerana memberi penerangan dan tunjuk ajar yang tanpa jemu kepada saya semasa proses menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidkan Jasmani yang sama-sama bersama saya memberi bimbingan untuk melaksanakan tugasan ini.

Selain dari itu,dalam memberikan penghargaan ini,jutaan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan sama;sama menyumbang idea jika saya memerlukan bantuan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. saya juga ingin menyusun sepuluh jari di tangan andai kata saya ada melakukan kesilapan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Sekian.

1.0 PENGENALAN

Mengikut Galbraith (1967) technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu total system pengajaran-pembelajaran. Application of scientific knowledge bermaksud

teknik harus menggunakan ide (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian. Kerangka atau templat yang dihasilkan

melalui ujian perlu distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang kali. Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud: Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji. Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan filem, (perisian) adalah hasil teknologi.

Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti

yang

dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks

menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.1 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell (1971):Encyclopedia of education) "Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan

menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran" (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology) Teknologi dalam pendidikan mencakup setiap kemungkinan sarana (alat) yang dapat digunakan untuk menyajikan informasi dalam pendidikan dan latihan. Ellington (1989) menyatakan bahawa teknologi dalam pendidikan pada dasarnya adalah apa yang oleh teknologi pendidikan dipopularkan dengan nama alat bantu pandang dengar (audiovisual aid). Selanjutnya dikembangkan dalam pembelajaran untuk pencapaian tujuan pembelajaran tertentu. Teknologi dalam pendidikan merupakan perpaduan Aspek Teoritis Dalam Pendidikan, Aspek Perangkat Keras (komponen yang saling bergantung tetapi tidak berbeda satu sama lainnya) dan Aspek Perangakat Lunak (berkenaan dengan benda yang dipakai pada perangkat keras). Pengguanaan teknologi telah berjalan lama sesuai perkembangan dan aspeknya. Eric Hasby membagi revolusi dalam pendidikan menjadi 4, iaitu: Pertama, saat masyarakat mendiferensiasikan peranan orang dewasa, Kedua,

digunakannya tulisan sebagai sarana pendidikan, Ketiga, ditemukannya mesin cetak dan Keempat, penggunaan teknologi canggih sebagai perkembangan bidang elektronik. Dari apa yang dialami ternyata bahawa terdapat hubungan timbal balik antara teknologi dan pendidikan, hal ini lebih terkhusus lagi dengan teknologi komunikasi.

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

1.2 KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PNP Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi- isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Menjimatkan masa, tenaga dan wang. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

Memperkayakan

pengalaman

pelajar.

Cth:

media

bergerak

boleh

memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seolah-olah mereka mengalaminya.

1.3 PRINSIP MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PNP Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa. Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu: sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian. Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah. Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada: - pengenalan topik - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep - penutup dan kesimpulan topik pelajaran - penilaian kefahaman terhadap topik Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran

Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuknunjuk sahaja. Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya. Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas. 1.4 CIRI-CIRI DAN JENIS TEKNOLOGI YANG BAIK Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran. Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan Alat

yang

besar

dan

jelas

untuk

dilihat

oleh

semua

pelajar.

Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.

Tulisan

dan

gambar

perlu

dipelbagaikan

warnanya.

Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar. Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.

Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

1.5 PENGENALAN TENDANGAN LERET DALAM BOLA SEPAK

Tendangan yang baik dapat dihasilkan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti. Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.

1.6 TEKNIK MELAKUKAN TENDANGAN LERET Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola.

Ayunkan kaki menendang kebelakang, badan di bongkokkan sedikit ke hadapan dan kaki penyokong si bengkokkan sedikit.

Tendang di bahagian tengah bola.

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

1.7 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 6 SEROJA SEKOLAH KEBANGSAAN GIGIH Mata pelajaran Tahun Bilangan murid: Masa Tarikh Tunjang Tajuk Sub tajuk Objektif: : Pendidikan Jasmani : 4 Seroja :21 orang : 7.45-8.15 pagi (30 minit) : 29 Mei 2011 : Kemahiran : Permainan bola sepak : Tendangan leret : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: i) Psikomotor -menendang bola sepak dengan cara yang betul.

ii) iii) Pengalaman sedia ada Bahan bantu mengajar

Kognitif-menyatakan kesalahan semasa menendang bola. Afektif-bekerjasama dalam melakukan aktiviti.

: murid pernah mewakili sekolah dalam permainan bola sepak. : bola sepak Kon

PERKARA Set Induksi ( 5 minit)

AKTIVITI 1. Memanaskan badan dengan meniru pegerakan rakan yang dilantik. 2. Aktiviti regangan

CATATAN Aktiviti regangan mengunakan bola sepak.

Langkah 1 (3 minit)

Guru menunjukkan cara menendang bola sepak dengan cara tendangan leret menggunakan kaedah yang betul.

Langkah 2 (7 minit)

Aktiviti berpasangan Murid membuat tendangan leret . Tendangan dalam jarak 2 meter Tendangan dalam jarak 3 meter. Tendangan dalam jarak 4 meter.

Langkah 3 (10 minit)

Permainan kecil - permainan tuju kon.

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Penutup ( 5 minit)

cooling down gerak kendur perbincangan lembaran kerja

2.0 MODEL ASSURE Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan

mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model ini mempunyai 6 langkah (Heinich 1982) A Analyze learner (analisis pelajar) S State objective (nyatakan objektif) S Select method, media and materials (pilih kaedah, media & bahan U Utilize media and materials (gunakan media dan bahan) R Require learner participation (dorong penglibatan pelajar) E - Evaluate and revise (nilai dan semak)

2.1 ANALISIS PELAJAR Analisis pelajar merujuk kepada ciri-ciri umum, kompentasi khusus dan stail pembelajaran. Berdasarkan analisis yang telah di buat, kebanyakkan pelajar telah memahami teknik tendangan leret kerana mempunyai pengalaman sedia ada dalam permainan bola sepak. 2.2 NYATAKAN OBJEKTIF Dalam mempelajari tendangan leret ini, pelajar dapat mememahami dan pempelajari teknik tendangan leret yang betul. Di samping itu, pelajar dapat memperbaiki kesalahan yang pernah dilakukan semasa melakukan tendangan. Selain itu, dari aspek afektif, pelajar dapat bekerjasama dan seronok dalam bermain. 2.3 PILIH KAEDAH MEDIA DAN BAHAN.

Dalam proses ini saya melakukan kaedah pengajaran berasaskan ICT dan kaedah pembelajaran kendiri. Dalam melaksanakan pengajaran berasaskan ICT, saya menyediakan satu powerpoint untuk kefahaman pelajar saya. dan pembelajaran kendiri pula saya mengunakan alatan seperti kon dan bola sepak sebagai bahan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini. 2.4 MEREKA BENTUK MEDIA Media yang digunakan adalah perisian Office powerpoint. Saya telah menggunakan latar belakang yang ceria dan berwarna-warni beserta dengan animasi untuk menarik minat pelajar. Selain itu, video juga diletakkan untuk meningkatkan kefahaman murid.

2.5 GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik: (i) Pribiu bahan (ii) Sediakan bahan (iii) Sediakan persekitaran (iv) Sediakan pelajar (v) Sediakan pengalaman pembelajaran

2.6 NILAI DAN SEMAK Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu Perkara yang berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Oleh itu, pemerhatian dibuat untuk memastikan setiap pelajar memahami dan mengusai kemahiran tendangan leret.

2.7 MENILAI KAEDAH DAN MEDIA. menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap media dan kaedah juga boleh dilakukan melalui, Perbincangan dengan kelas,Temubual dengan setiap individu dan pemerhatian

3.0 RUMUSAN

Rumusan yang dapat dibuat adalah pelajar dapat memahami apa yang di ajari. Analisis dibuat daripada 21 orang pelajar hanya 3 orang yang tidak mampu untuk melakukan tendangan leret dengan baik. Selain dari itu, setiap pelajar memberikan refleksi positif semasa akhir pembelajaran.

Pelajar juga dapat

menyiapkan lembaran kerja dengan baik dan

kebanyakannya memahami subjek yang telak diajar. Pengunaan media yang menarik juga telah membuatkan pelajar seronok untuk mempelajari dan mencuba untuk melakukan yang terbaik dan bekerjasama untuk mempelajari tendangan ini.

Video yang diambil pula dapat merangsang pelajar untuk lebih memahami dengan lebih jelas situasi sebenar isi kandungan pelajaran yang di ajar. Selain daripada itu, penglibatan semua pelajar untuk mencuba dan memperbaiki kesalahan adalah amat memuaskan. Selain dari itu, pelajar sangat seronok ketika melakukan permainan kecil tuju kon.

4.0 REFLEKSI Alhmadullilah, akhirnya dapat saya menyiapkan kerja kursus untuk subjek ini. Dalam melaksanakan tugasan ini banyak yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari cara untuk mengambil video yang menarik dan cara untuk melakukan powerpoint yang baik. Teknologi dalam pendidikan membuatkan minda saya lebih terbuka tentang kepentingan teknologi dalam melaksanakan pendidikan dalam era globalisasi sekarang. Segala kemudahan yang di berikan harus digunakan dengan sebaiknya demi melahirkan modal insan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Bagi saya, teknologi masa kini mampu melahirkan pemimpin yang berwawasan pada masa hadapan. Selain dari itu, saya juga dapat memahami model assure dengan lebih mendalam dan memahami kehendak dan tujuan sebenar pelaksanaan dalam model assure. Harapan saya, tugasan saya ini diterima baik oleh pensyarah teknologi dalam pendidikan saya, En Hashin. Akhir kata dari saya, tugasan ini banyak memberikan pengetahuan baru kepada saya dan saya seronok menyiapkan tugasan ini.

5.0 BIBLIOGRAFI