Anda di halaman 1dari 19

SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG PATAH JKR4490 JALAN TERUNG 81550 GELANG PATAH JOHOR BAHRU

KEM SUKAN SEKOLAH

TARIKH 13,14 & 28 (SEPTEMBER) 2013

TEMPAT

SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG PATAH

1.0

PENGENALAN
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan adalah penting di semua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah mengatakan bahawa aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara murid-murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza.

2.0

LATAR BELAKANG KEM SUKAN SEKOLAH


2.1 Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ad-Hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB sendiri. 2.2 Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan yang akan dilaksanakan mulai tahun 2011. 2.3 Dasar 1MURID 1SUKAN ini merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan murid yang sihat dari segi fizikal dan mental. 2.4 Dasar 1MURID 1SUKAN ini juga akan mengenengahkan murid yang aktif dalam sukan agar dapat memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah kecemerlangan sukan.

2.5

Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:i. ii. iii. iv. Elemen keseronokan. Dapat memberi pendedahan kemahiran asas permainan. Sebagai elemen untuk mempertingkatkan sosialisasi. Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam pengurusan sukan.

2.6

Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

3.0

MATLAMAT KEM SUKAN SEKOLAH.


3.1 Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah. 3.2 Melalui rangsangan/tugasan murid dapat: i. ii. iii. 3.2 Membantu menubuh dan menguruskan kelab sukan. Membantu merancang dan mengurus aktiviti kelab. Membantu dalam penganjuran pertandingan.

Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang melibatkan ramai ahli kelab.

3.3

Bersukan melalui aktiviti yang diubah suai (modified games).

4.0

OBJEKTIF KEM SUKAN SEKOLAH


4.1 Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan. 4.2 Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. 4.3 4.4 4.5 Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan. Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

5.0

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN KEM SUKAN SEKOLAH


5.1 Pelaksanaan dasar ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh YAB sendiri. 5.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/005/01/Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010. 5.3 Dasar 1MURID 1SUKAN mempunyai lima (5) objektif utama bagi memenuhi pembentukan insan yang syumul dalam akademik dan pembentukan kecergasan individu iaitu:i. ii. iii. iv. v. Meningkatkan kecergasan jasmani. Membentuk sahsiah. Membina jati diri. Meningkatkan disiplin. Dapat membentuk nilai murni serta memupuk perpaduan antara kaum.

5.4

Lima strategi telah dirangka bagi melaksanakan Dasar 1MURID 1SUKAN :i. ii. iii. Membezakan aktiviti sukan dengan kokurikulum. Memperkasakan penilaian dalam sukan. Mewajibkan pelaksanaan aktiviti sukan sepanjang tahun persekolahan. iv. Memberi penekanan kepada pendidikan jasmani waktu persekolahan. v. Mengadakan aktiviti asas sukan di sekolah melalui kelab sukan.

5.5

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/005/01/Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010.

5.6

Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN mewajibkan penyertaan murid dalam sekurangkurangnya satu sukan telah dilaksanakan mulai tahun 2011. Dalam aspek penilaian 2012, perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 berdasarkan aplikasi Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

5.7

Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

5.8

Dalam jangka masa panjang, Dasar 1MURID 1SUKAN ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Di samping memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas, cerdas serta berdaya saing tinggi.

5.9

Memberi peluang kepada semua murid yang kurang aktif, berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

5.10

Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Penekanan juga diberi dalam membangunkan murid dari aspek domain psikomotor, kognitif dan afektif.

5.11

Kem Sukan Sekolah merupakan alat perantaraan yang amat penting untuk menjana dan mewujudkan perpaduan antara kaum dalam masyarakat.

6.0

KUMPULAN SASARAN KEM SUKAN SEKOLAH


SEKOLAH RENDAH: - Tahun 5. - AJK induk kelab sukan. - Bilangan minimum peserta setiap kem 40 orang. - Bagi sekolah kurang murid, boleh bergabung dengan beberapa buah sekolah.

7.0

IMPAK / HASIL KEM SUKAN SEKOLAH.


7.1 Membina satu kumpulan penggerak sukan atau penggiat sukan sekolah dalam kalangan murid. 7.2 Murid yang kreatif dan inovatif dalam mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan. 7.3 Meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. 7.4 Menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas sukan serta mengamalkan gaya hidup sihat.

8.0

JAWATANKUASA KEM SUKAN SEKOLAH


Pengerusi : Tn. Hj. Sungkono bin A. Hamid Naib Pengerusi 1 : Pn. Pauziah bt. Md. Taib Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj. Jamil bin Masrom Naib Pengerusi 3 : En. Amriruden bin Mohd Ali Setiausaha : En. Khairurrazaq bin Mohd Fadilah (Kem Komandan) Bendahari : Pn. Ruslina bt Jais Ahli jawatankuasa : AJK Latihan/Bengkel En. Khairurrazaq Bin Mohd Fadilah En. Raja Mohd Arif Bin Raja Mamat Pn Norfazlin Bt Hassan Pn Mazuin Bt Sabirin Pn Rosalita Bt Abd Hir AJK Pendaftaran Pn. Fazlina Bt Mokhtar Pn. Haslinda Bt Sairan Pn Sharon Pn Rohani Bt Tambi Adam Pn Norhidayah Bt Mohd Bohari Pn Janaki A/P Sainnanaidu AJK Buku Program Pn. Norma Bt. Ahmad Pn. Shuhaila Bt Salaton AJK Siar Raya En. Raja Mohd Arif Bin Raja Mamat AJK Makanan/Jamuan Pn Habibah Bt Abd Halim Pn Naimah Bt Husin Pn Norashikin Bt Nasir AJK Peralatan Ahmad Faiz Bin Ashari AJK Persiapan tempat Pn Shamsiah Bt Ahmad Pn Norzilawani Bt Ahmad Pn Nurul Almas Bt Samad AJK Keselamatan Pn Isfariza Bt Ismail Pn Rohaiza Bt Harun Pn Hafiza Bt Abd Hamid AJK Publisiti/Dokumentasi Cik Hazwani Md Dah Pn Bayani Bt Mahfuz

Pn Azlin Azwa Bt Shukor Pn Azilah Bt Abdullah Pn Hjh Zaleha Bt Razak

9.0

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA


9.1 TUGAS KEM KOMANDAN: i. ii. iii. Bertanggungjawab sebagai jawatankuasa latihan/bengkel. Menyelaras dan memantau semua elemen di bawah pimpinannya. Menyelaras dan memantau secara terus dengan AJK - AJK di bawah pimpinannya. iv. Bertanggungjawab melaksanakan semua dasar yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

9.1.1

Sebelum kem i. Membantu merancang, menyelaras dan menyelia aktiviti program. ii. Menyediakan jadual tentatif. iii. Menyelia urusan logistik. iv. Membantu mengurus: a. Surat-menyurat, sijil, pelantikan. b. Menyenaraikan nombor talian kecemasan (Polis, Hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan). c. Memberi taklimat setiap sesi aktiviti. d. Melantik ketua peserta lelaki dan perempuan . Menjalankan aktiviti aktiviti pagi iaitu nyanyian lagu patriotik dan senaman pagi. v. Menyediakan carta analisis kehadiran. vi. Menjadi AJK perhubungan kecemasan. vii. Menyediakan semua nombor talian bagi tujuan kecemasan. viii.Mencatat segala keputusan mesyuarat.

9.1.2

Semasa kem i. Mengadakan Program Suai Kenal bagi peserta. ii. Membantu melaksana dan memantau aktiviti. iii. Melaporkan segala aktiviti yang telah dijalankan. iv. Bertanggungjawab ke atas kebajikan setiap peserta. v. Membantu menguruskan sijil. vi. Menjadi sumber rujukan setiap masa. vii. Memantau dan menjaga tatatertib serta disiplin peserta dan AJK. viii.Membantu menguruskan pendaftaran AJK dan peserta. ix. Memastikan keadaan kem sentiasa terkawal. x. Membuat penilaian aktiviti pada setiap hari. xi. Menyediakan laporan harian aktiviti kem dan murid. xii. Menguruskan segala kes kecemasan semasa kem dijalankan.

9.1.3

Selepas kem i. Menyediakan laporan bertulis dan cadangan penambahbaikan

9.2

JAWATANKUASA PERTANDINGAN/LATIHAN/BENGKEL 9.2.1 Sebelum Kem i. Menyediakan bahan-bahan program mengikut slot yang diperlukan. ii. Menyediakan borang-borang yang diperlukan. iii. Memberikan taklimat dan pelarasan tugas kerja kepada Jawatankuasa Aktviti/Bengkel. iv. Memproses menyemak dan mengasingkan borang-borang pendaftaran yang diterima daripada sekolah mengikut permainan dan peringkat umur.

v. Menentukan tempat, cara, menyediakan bahan-bahan dan butiran serta alatan yang diperlukan untuk tujuan tersebut yang akan dibuat 10 hari sebelum kem. vi. Menyediakan buku rasmi format pertandingan antara kumpulan dan mengemaskini borang-borang yang berkaitan. vii. Membuat taklimat penyelarasan tugas dengan Jawatankuasa Kecil yang lain seperti Jawatankuasa Alatan. viii.Menentukan tempat, masa dan bahan-bahan mengenai program kem untuk peserta dan guru pengiring. ix. Menyenaraikan cadangan pegawai-pegawai latihan/bengkel yang bertauliah untuk lantikan sebagai pegawai kem. x. Menentukan bilangan pegawai yang cukup untuk kem berkenaan. xi. Menghantar surat lantikan dan mendapatkan pengesahan bertulis untuk bertugas daripada pegawai-pegawai yang dicadangkan. xii. Menghubungi Jawatankuasa Penginapan bagi mencadangkan tempat penginapan pegawai yang memerlukannya. 9.2.2 Semasa kem i. Menentukan bahan-bahan yang telah lengkap disediakan mengikut slot. ii. Mengumpul dan mengeluarkan setiap keputusan pertandingan. iii. Mengedarkan satu naskhah laporan kepada JK Hadiah dan cenderamata. iv. Menentukan ketua kumpulan, jadual dan giliran tugas. v. Menentukan pegawai simpanan bagi menggantikan pegawai-pegawai yang tidak hadir. vi. Menyediakan jadual kedatangan pegawai-pegawai bertugas. vii. Membuat pendaftaran kedatangan pegawai-pegawai dan menjaga kebajikan mereka di tempat penginapan serta merekodkan jumlah sebenar hari bertugas setiap pegawai. viii.Memastikan pegawai-pegawai bertugas memakai pakaian yang sesuai.

9.2.3

Selepas kem i. Mengumpulkan keputusan-keputusan lengkap dan diserahkan kepada Urusetia Induk bagi penyediaan laporan tidak lewat daripada 1 minggu selepas kem. ii. Mengemas dan memulangkan peralatan yang berkenaan seperti sediakala kepada urus setia pengelola. iii. Tugas-tugas lain yang difikirkan perlu.

9.3

JAWATANKUASA PERALATAN 9.3.1 Sebelum kem i. Menyemak, menentukan peralatan yang akan digunakan dalam keadaan baik, selamat digunakan dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. ii. Menyenarai dan mendapatkan peralatan sekiranya berlaku kekurangan. iii. Menyusun, menempatkan dan menyenaraikan peralatan yang akan digunakan mengikut susunan acara tiga hari sebelum kem dijalankan. iv. Memberikan nasihat dan bekerjasama dengan jawatankuasa latihan. 9.3.2 Semasa Kem i. Mengeluarkan, menyediakan peralatan dan gelanggang yang akan digunakan mengikut permainan dan menyimpan balik peralatan. ii. Berhubung rapat dengan Jawatankuasa Aktiviti/Bengkel, bagi menentukan semua tempat aktiviti disediakan dengan baik. iii. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu. 9.3.3 Selepas Kem i. Memastikan semua alatan yang digunakan sama ada dipinjam telah diurus pemulangannya. ii. Memastikan kawasan aktiviti bersih seperti sebelum kem dilaksanakan. iii. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

9.4

JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUP i. ii. Mengatur dan menentukan masa serta susunan acara majlis penutup. Bekerjasama dengan Urus setia/Latihan/Alatan/Keselamatan, Sambutan dan Jemputan, Hadiah dan Cenderamata, Teknik, Pertandingan, Jamuan dan siar raya dalam menentukan kelengkapan dan penyelarasan perjalanan upacara perasmian dan penutupan majlis. iii. iv. Melantik juruacara bagi majlis penutup. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

9.5

JAWATANKUASA PENDAFTARAN/ PENGINAPAN/ MAKANAN/ JAMUAN 9.5.1 Sebelum Kem i. Mengeluarkan, menyediakan peralatan dan gelanggang yang akan digunakan mengikut permainan dan menyimpan balik peralatan. ii. Berhubung rapat dengan Jawatankuasa Aktiviti/Bengkel, bagi menentukan semua tempat aktiviti disediakan dengan baik. iii. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu. iv. Memastikan semua alatan yang digunakan sama ada dipinjam telah diurus pemulangannya. v. Memastikan kawasan aktiviti bersih seperti sebelum kem dilaksanakan. vi. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu. vii. Berhubung dan membuat tinjauan terhadap tempat penginapan yang dicadangkan bagi menentukan kesesuaian. viii.Menyediakan tatacara pendaftaran penginapan dan peraturanperaturan penginapan (jika bermalam).

ix. Menyediakan papan kenyataan untuk dirujuk oleh jawatankuasa berikut: a. Pendaftaran. b. Kawalan/Keselamatan. c. Urusetia Induk. d. Perhubungan dan Kebajikan peserta. e. Perubatan/Kecemasan. f. Lain-lain bahagian yang difikirkan perlu. x. Menempatkan peserta berdasarkan jumlah peserta. xi. Melabelkan bilik-bilik penginapan, bilik air, bilik perubatan dan menentukan tempat letak kereta/bas. xii. Merekod dan mengemaskinikan jumlah sebenar pegawai, peserta yang menginap di tempat penginapan . xiii.Mendapatkan jumlah sebenar peserta dan pegawai kem untuk tujuan tempahan makanan. xiv.Menentukan menu makanan peserta dan pegawai. xv. Membuat tempahan makanan dan minuman untuk peserta dan pegawai. 9.5.2 Semasa Kem i. Memastikan semua bilik yang digunakan bersih. ii. Membuat penyeliaan dan melaporkan sebarang kerosakan semasa peserta menginap di tempat penginapan kepada jawatankuasa berkenaan. iii. Menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh peserta semasa menginap di tempat penginapan. iv. Mengelola, menguruskan makanan dan minuman untuk pegawai/peserta sepanjang berlangsungnya kem. v. Memastikan makanan yang disediakan dalam keadaan baik dan mencukupi. vi. Menguruskan dan memastikan agar tempat jamuan diuruskan dengan sempurna.

9.5.3

Selepas Kem i. Melaporkan sebarang kerosakan jika ada kepada urus setia. ii. Memastikan semua alatan dan kemudahan yang digunakan diserah kembali kepada yang berkenaan. iii. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

9.6

JAWATANKUASA HADIAH/CENDERAMATA/SIJIL i. Menyediakan sijil/hadiah-hadiah/menyemak/mengasingkan mengikut susunan acara pertandingan. ii. iii. iv. Menyediakan peralatan penyampaian hadiah. Taklimat kepada penerima-penerima hadiah. Mendapatkan sijil-sijil daripada urus setia untuk disampaikan kepada peserta kem semasa majlis perasmian penutup. v. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

9.7

JAWATANKUASA JEMPUTAN/SAMBUTAN/BUKU PROGRAM i. Menyediakan dan mengedarkan surat jemputan kepada : a) Semua Pengetua sekolah berkenaan. b) Semua Guru Besar sekolah berkenaan. Merangka, mencadang bentuk sambutan yang akan dibuat semasa ketibaan tetamu khas semasa perasmian penutup. Menyediakan dan mengedarkan buku program semasa menyambut tetamu. Menyedia dan mencetak buku program: a) Menyelaraskan dengan jawatankuasa kecil hadiah/ sijil dan cenderamata. b) isi kandungan Buku Program. c) Kata alu-aluan. d) Senarai nama ahli jawatankuasa pengelola dan senarai nama jawatankuasa kecil. e) Atur cara Majlis Perasmian Penutup. f) Senarai nama pegawai kem. g) Jadual kem. h) Penghargaan.

ii. iii. iv. v.

vi.

vii. viii.

Menyerahkan buku program sebelum kem bermula kepada: a) Semua ahli jawatankuasa kecil mengikut bilangan. b) Urus setia kem. c) Guru Pengiring/Setiausaha Sukan. d) Pegawai Kem. e) Para jemputan majlis perasmian. Menentukan bilangan buku program yang hendak dicetak. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

9.8

JAWATANKUASA PERUBATAN/KESELAMATAN/PERTOLONGAN CEMAS i. ii. iii. iv. v. Mendapatkan kerjasama daripada klinik kesihatan berhampiran. Menyediakan perkhidmatan pertolongan cemas sepanjang kem dijalankan. Menyediakan bilik rawatan dan kelengkapannya di kawasan kem. Memastikan kawasan untuk aktiviti kem selamat. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

9.9

JAWATANKUASA SIAR RAYA, PUBLISITI DAN DOKUMENTASI i. ii. iii. Mendokumentasikan semua peristiwa. Menyediakan alat siar raya. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

9.10

JAWATANKUASA URUS SETIA i. ii. iii. iv. Menyediakan tempat pendaftaran. Menjadi penyelaras bagi semua jawatankuasa kecil kem. Menyediakan anggaran perbelanjaan. Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

10.0 JADUAL KEM SULAN SEKOLAH

Hari Tarikh

: Jumaat : 13 September 2013

Masa 2.30 3.00 petang 3.00 3.45 petang 3.45 4.30 petang 4.30 5.00 petang Tindakan Pendaftaran peserta

Aktiviti

Tempat Dewan sekolah

Penerangan mengenai latar belakang dan undang-undang sukan bola sepak. Penerangan mengenai latar belakang dan undang-undang sukan bola sepak. Solat Asar. Bersurai. : En. Khairurrazaq Bin Mohd Fadilah En. Ahmad Faiz Bin Ashari En. Raja Mohd Arif Bin Raja Mamat Pn Norfazlin Bt Hassan Pn Mazuin Bt Sabirin Pn Rosalita Bt Abd Hir

Dewan sekolah

Dewan sekolah

Surau sekolah

Hari Tarikh

: Sabtu : 14 September 2013

Masa 7.30 8.30 pagi 8.30 11.30 pagi Pendaftaran peserta. Sarapan pagi.

Aktiviti

Tempat Dewan sekolah

Bola sepak : melakukan teknik hantaran leret, hantaran jauh, menahan dan menanduk. Bola jaring : melakukan teknik hantaran dada, hantaran bahu, hantaran lob, hantaran lantun dan hantaran bawah tangan.

Padang sekolah Gelanggang

11.30 12.00 tengah hari Tindakan

Makan tengah hari.

Kantin sekolah

: En. Khairurrazaq Bin Mohd Fadilah En. Ahmad Faiz Bin Ashari En. Raja Mohd Arif Bin Raja Mamat Pn Norfazlin Bt Hassan Pn Mazuin Bt Sabirin Pn Rosalita Bt Abd Hir

Hari Tarikh

: Sabtu : 28 September 2013

Masa 7.30 8.30 pagi 8.00 11.30 pagi Pendaftaran peserta. Sarapan pagi.

Aktiviti

Tempat Dewan sekolah

Amali. Bola sepak : mengelecek, menjaring dan menjaga gol. Bola jaring : pergerakan kaki, menjaring, mengadang dan mengacah.

Padang sekolah Gelanggang

11.30 12.30 pagi Tindakan

Majlis penutup dan jamuan tengah hari.

Kantin sekolah

: En. Khairurrazaq Bin Mohd Fadilah En. Ahmad Faiz Bin Ashari En. Raja Mohd Arif Bin Raja Mamat Pn Norfazlin Bt Hassan Pn Mazuin Bt Sabirin Pn Rosalita Bt Abd Hir

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN KEM SUKAN SEKOLAH

Sabtu 14/9/2013 Sarapan pagi 40 (murid) x RM 1.75 = RM 70.00 Makan tengah hari 40 (murid) x RM 4.50 = RM 180.00 Jumlah RM 250.00

Sabtu 28/9/2013 Sarapan pagi 40 (murid) x RM 1.75 = RM 70.00 Makan tengah hari 40 (murid) x RM 4.50 = RM 180.00 Jumlah = RM 250.00

JUMLAH BESAR RM 500.00

Di sediakan oleh, (EN. KHAIRURRAZAQ BIN MOHD FADILAH) Setiausaha Sukan Sekolah SK Gelang Patah JKR 4490 Jln. Terong 81550 Johor Bahru

Di semak oleh, . (PN. PAUZIAH BT MD. TAIB) GPK Kokurikulum SK Gelang Patah JKR 4490 Jln. Terong 81550 Johor Bahru

Di luluskan oleh, . (TN. HJ. SUNGKONO BIN A. HAMID) Guru Besar SK Gelang Patah JKR 4490 Jln. Terong 81550 Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai