Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN KETUA PENGAWAS. Terima kasih pengerusi majlis.

Yang saya hormati, Guru Besar Sk asyakirin, cikgu sanusi b hj shahrani, guru-guru dan rakanrakan yang saya hormati sekalian. Selamat pagi dan salam satu malaysia. Saya __________________ selaku ketua pengawas sk asyakirin tahun 2013 ingin mengambil kesempatan di hari yang berbahagia ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha keras mendidik dan membimbing kami agar kami menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti. Harapan saya kepada rakan-rakan sekalian, hormatilah dan dengarlah nasihat nasihat daripada guru agar kita akan terus Berjaya. Hargailah jasa dan sumbangan guru kita dengan menghadiahkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Rakan-rakan sekalian. Sebagai ketua pengawas dan telah menghabiskan 6 tahun menuntut ilmu di SK asyakirin yang tercinta ini, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian agar tingkatkan usaha rakan-rakan semua untuk menaikkan dan mengharumkan nama sekolah kita yang tercinta ini di peringkat daerah, bahagiaan, negeri dan kebangsaan. SK asyakirin yang tercinta ini masih lagi banyak ruang untuk dipertingkatkan prestasinya sama ada dalam bidang akademik mahupun Ko-kurikulum. Tidak mustahil kita boleh lakukan sekiranya kita semua meletakkan kepentingan sekolah sebagai tanggungjawab kita bersama. Akhir sekali, saya menyeru kepada rakan-rakan tahun 6, jangan terus lupakan sekolah kita yang tercinta ini. Ingatlah jasa guru-guru kita sepanjang 6 tahun kita menuntut ilmu di sini. Buat adik-adik sekalian, perjuangan tugas untuk menggalas nama baik sekolah terletak di bahu bahu adik-adik sekalian. Junjunglah nama baik sekolah kita. Berusahalah untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah kita. Khas buat guru-guru, Kami memohon maaf andainya banyak salah dan silap kami pelajar tahun 6 sepanjang guru mendidik kami. Budi guru akan kami sematkan sampai bila-bila. Terima kasih kerana guruguru sekalian telah mencoretkan warna-warna hidup kami.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai