Anda di halaman 1dari 24

BAHASA KEBANGSAAN

SHAHRUDDIN BIN ZANIEL ABILDIN BAC. SASTERA LINGUISTIK DAN BAHASA MELAYU UNI .PUTRA MALAYSIA 0197524255

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

RENUNGAN
Van Linschotten (sarjana Belanda yang banyak menulis hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18); Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.

Asal Usul Bahasa Melayu


-Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu iaitu orang Melayu. -Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) membuat teori.

Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria)


Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

GELOMBANG PERTAMA
MELAYU PROTO (2500 tahun sebelum Masihi)
-orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil

GELOMBANG KEDUA
MELAYU DEUTRO (1500 tahun sebelum Masihi)
-Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto berpindah ke dalam hutan dan kawasan pedalaman. -Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

ASAL USUL BAHASA MELAYU


AUSTRIS AUSTRONESIA AUSTRO ASIA TIBET CINA BAHASA MELAYU (NUSANTARA)

Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

a. Bahasa Melayu Kuno. b. Bahasa Melayu Klasik. c. Bahasa Melayu Moden.

BAHASA MELAYU KUNO


Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

BAHASA MELAYU KUNO


Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

BAHASA MELAYU KUNO Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:
a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, Hulu Jambi (686 M)

ISTILAH MELAYU
Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi.

Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China.
Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

Bahasa Melayu Kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;


a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit. b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan) d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

BAHASA MELAYU KLASIK


Abad ke 13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau.

BAHASA MELAYU KLASIK


Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan ideaidea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

BAHASA MELAYU KLASIK


a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar.

BAHASA MELAYU KLASIK


b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasabahasa negeri timur.

BAHASA MELAYU KLASIK


c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut : Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.

BAHASA MELAYU KLASIK


Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah : a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601) b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602) c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612) (Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :


a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin) b. Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin) c. Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab) d. Hamzah Fansuri (Syair Perahu)

Ciri-ciri Bahasa Melayu klasik:


1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif. 2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb. 3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) 4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. 5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat 6. Banyak menggunakan partikel ``pun' dan `lah'

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN


Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai

permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa

Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu


mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa

perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa


pengantar di pusat pendidikan Islam.

BAHASA MELAYU MODEN


Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undangundang Parlimen.

BAHASA MELAYU MODEN


-Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun). -Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

Anda mungkin juga menyukai