Anda di halaman 1dari 14

1

1.0 Pendahuluan
Pendidikan Islam sebagai satu sistem atau mata pelajaran yang berakar umbi daripada
gagasan pemikiran falsafah. Gagasan pemikiran tersebut hakikatnya adalah pandangan hidup
atau world view yang telah digariskan dalam Islam. Tanpa world view tersebut, kehidupan tidak
terarah, pendidikan tiada hala tuju dan apa jua aktiviti tiada nilainya di sisi Allah SWT.
Walaupun terdapat usaha untuk melakukan transformasi terhadap Pendidikan Islam sesuai
dengan keperluan semasa, ia tidak wajar meminggirkan realiti keperluan untuk kembali kepada
world view tersebut atau secara khususnya transformasi tersebut perlu berpijak kepada
pemikiran falsafah. Tanpa pemikiran falsafah, apa jua bentuk kemajuan dan pemikiran futuristik
dalam pendidikan tidak akan tercapai sejajar dengan kehendak falsafah. Oleh yang demikian,
hala tuju Pendidikan Islam dulu, kini dan akan datang perlu kembali berlandaskan kepada
pemikiran falsafah. Segala cabaran dan halangan untuk merealisasikannya perlu ditangani
dengan bijak dan penuh hikmah.

2.0 Faktor-Faktor Yang Menentukan Kandungan, Matlamat dan Aspirasi Falsafah
Pendidikan Islam (FPI).
2.1 Definisi Falsafah Pendidikan Islam
Assyaibani mendefinisikan Falsafah Pendidikan Islam sebagai melaksanakan teori dan metod
falsafah di bidang pengalaman manusia yang dipanggil pendidikan. Oleh itu, falsafah
pendidikan berfungsi menilai pendidikan, menyelaras dan menganalisa permasalahan dan
isunya dalam kehidupan. Ia mencakupi pembahasan pemahaman yang berbeza dan
menjelaskan makna istilah yang digunakan dalam pendidikan. Ia juga menentukan perkara
pokok yang ada hubungan dengan lapangan lain dalam hidup manusia (Haron Din dan Sobri
Salomon, 1988). Turki Rabib (1982) menyatakan bahawa Falsafah Pendidikan Islam dibina
berasaskan empat rukun iaitu, iman yang teguh kepada Allah dan Rasul, malaikat, syurga,
neraka dan hari kebangkitan, akhlak yang baik dan mulia, berilmu dalam erti yang menyeluruh ,
dan amal soleh di dunia dan di akhirat.
Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi dalam pendidikan
kerana sikap manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung pada falsafah yang disalurkan
melalui pendidikan. Pendidikan diertikan oleh cendekiawan sebagai pemindahan nilai-nilai
daripada generasi kepada generasi berikutnya, sama ada ilmu atau kemahiran, sedangkan
2

nilai-nilai itu ditentukan oleh falsafah yang disogokkan melalui sistem pendidikan. Oleh itu,
falsafah yang berteraskan kebendaan akan melahirkan masyarakat yang bersikap kebendaan
yang mampu membangunkan kebendaan bagi keseronokan hidup di dunia. Bagi mereka, dunia
ini merupakan matlamat. ( Ahmad, 2011)

2.2 Faktor-faktor yang menentukan kandungan, matlamat dan aspirasi Falsafah
Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan Islam adalah bertitik tolak dari tasawwur Islam secara menyeluruh dan
berkisar di sekitar tiga faktor atau hakikat yang besar iaitu hakikat ketuhanan, hakikat alam dan
hakikat manusia.
2.2.1 Hakikat Ketuhanan
Nadiat Jamaluddin (1983) menyatakan bahawa hakikat ketuhanan merupakan konsep
rububiyyah dan uluhiyyah Allah, di mana segala urusan diserah kepada Allah SWT yang
mencipta manusia dan alam. Allah SWT merupakan punca dan sebab dalam urusannya
menyebabkan wujudnya kainat ini.
2.2.2 Hakikat Alam
Alam pula dijadikan antara satu tanda kebesaran Allah SWT. Manusia akan mendapat
tasawwur yang jelas tentang kewujudan Allah SWT melalui pemerhatiannya terhadap alam.
2.2.3 Hakikat Manusia
Manusia pula merupakan sebahagian daripada alam, tetapi alam dijadikan untuk kemudahan
manusia supaya manusia dapat menggunakannya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Hubungan manusia dengan alam adalah dalam bentuk manusia sebagai tuan, tetapi dalam
masa yang sama manusia mesti menunjukkan bahawa ia ialah hamba kepada Allah SWT.
Nadiat Jamaluddin seterusnya menyatakan bahawa Ikhwan as-Safa menegaskan
bahawa manusia ialah khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Maka matlamat manusia lebih jauh,
iaitu beribadat dan mengEsakan Allah SWT. Sekiranya manusia mengikuti jalan yang
digariskan dengan menjauhi diri daripada mengikuti pemikiran yang sesat dan suasana
persekitaran yang buruk, sesungguhnya ia telah mencapai ke tahap kebahagiaan yang tinggi.
3

Selepas berpisahnya roh dari jasad, ia akan ditempatkan ke alam akhirat yang dipenuhi dengan
nikmat yang berkekalan. (Ahmad, 1997)
Ketiga-tiga tasawwur ini amat penting dalam pembentukan manusia. Hal ini bermakna
bahawa proses pembentukan dan pendidikan itu tidak boleh terkeluar dari landasan ketiga-tiga
faktor di atas.
Litfi Barakat Ahmad (1983) menegaskan Falsafah Pendidikan Islam mengiktiraf perkara-
perkara yang berkaitan dengan pemikiran dan kebendaan. Kedua-duanya merupakan perkara
pokok dalam membentuk dan membangunkan alam ini. Tetapi, falsafah pendidikan kebendaan
menganggap kedua-dua perkara di atas sebagai kebendaan. Begitu juga falsafah pendidikan
mithaliah yang menganggap dengan pemikiran sahaja dapat membangunkan alam ini,
sesungguhnya Falsafah Pendidikan Islam tidak memisahkan antara pemikiran dengan
kebendaan bahkan ia bersepadu dan mengimbangkan antara kedua-duanya dalam usaha
membentuk dan membangunkan alam ini. Falsafah Pendidikan Islam mengiktiraf pemikiran
seseorang kerana manusia merupakan haiwan yang boleh berfikir. Inilah yang membezakan
manusia dengan makhluk lain. Malahan Allah SWT memuliakan manusia berdasarkan syariat
Islam.

Firman Allah:
;4 E4^`OE /j_4 4E1-47
_E4U4EO4 O) )OE^-
@O4l^-4 _E4^~Ee4O4 ;g)`
ge4lj1-C- _4LU_4 _O>4N
OOgV ;}Og)` E4^UE= 1E1_^> ^_
Maksudnya: Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, dan Kami telah beri
mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di daratan dan lautan, Kami beri mereka
rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas
kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (surah Al-Isra:70)



4

Seterusnya Assyaibani (1979) merumuskan bahawa Falsafah Pendidikan Islam berdiri atas
faktor dan ciri-ciri tertentu iaitu:
1. Falsafah Pendidikan Islam adalah sesuai dengan roh Islam, akidah dan undang-undang
Islam. Tanpanya, ia tidak dinamakan Pendidikan Islam.
2. Falsafah Pendidikan Islam adalah berkaitan dengan realiti masyarakat dalam hubungannya
dengan kebudayaan, sosial, ekonomi dan polotik.
3. Pembinaannya didasarkan kepada aspek kehidupan manusia yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan cabangnya serta pengalaman kemanusiaan.
4. Falsafah Pendidikan Islam adalah bersifat universal yang didasarkan kepada faktor sosial,
budaya, spiritual, ekonomi, politik, pendidikan, psikologi dan sebagainya.
5. Falsafah Pendidikan Islam adalah bersifat memilih supaya sesuai dengan roh Islam.
6. Falsafah Pendidikan Islam adalah bebas daripada pertentantangan dan percanggahan
antara prinsip dengan kepercayaan yang menjadi dasarnya dan antara prinsip ini dengan
pelaksanaan amalinya.
7. Falsafah Pendidikan Islam adalah didasarkan kepada contoh-contoh yang jelas.
8. Falsafah Pendidikan Islam adalah bersifat dinamik, berkembang, sesuai dengan
perkembangan penyelidikan dan kajian-kajian dalam pendidikan yang pelbagai.
Berdasarkan kepada unsur dan keterikatan falsafah pendidikan dalam Islam di atas, jelas
menunjukkan bahawa ia bersifat komprehensif, syumul, dinamik dan sejagat. Hal ini kerana
falsafah pendidikan Islam berteraskan kepada sumber Al-Quran dan sunnah yang lengkap dan
sempurna. Malah, falsafah pendidikan menurut kaca mata Islam tidak hanya berasaskan
kepada pemikiran manusia, bahkan ia berteraskan kepada firman Allah SWT. Falsafah yang
tidak berteraskan kepada ketuhanan dan ketauhidan kepada Allah SWT pastinya pastinya akan
pincang dan membawa kegagalan. (Asmawati, 2012)
Falsafah pendidikan dari kaca mata Islam mestilah berteraskan panduan yang dicipta oleh
Allah SWT. Manusia tidak boleh mencipta falsafahnya sendiri, sebaliknya falsafah itu mestilah
lahir dari tasawwur yang jelas bahawa manusia mesti dididik dengan dasar-dasar umum yang
telah ditentukan oleh Allah SWT. Menjurus dari tasawwur ini inilah bermulanya titik tolak
kehidupan kehidupan manusia dalam semua bidang. Oleh itu, falsafah yang tidak bertitik tolak
dari tasawwur ini tidak akan diterima oleh Islam. ( Ahmad, 2011)

5

Kesimpulannya, Pendidikan Islam mengandungi falsafah tertentu yang lahir dari pengertian
Islam. Setiap sistem pendidikan dan masyarakat Islam tidak harus disusun menurut falsafah
yang bertentangan dengan roh Islam. Sekiranya sistem pendidikan yang diamalkan dalam
masyarakat Islam tidak sesuai dengan falsafah Islam, maka sistem pendidikan itu akhirnya
akan menghakis identiti umat Islam dan menggugat masa hadapan mereka.

3.0 Sumbangan Falsafah Islam dalam Perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kandungan Falsafah Pendidikan Islam ialah Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan
untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-
Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan
negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Manakala kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirangka untuk menghasilkan warga Malaysia yang
berpengetahuan dan berkebolehan, mempunyai nilai moral yang tinggi dan boleh mencapai
kejayaan serta boleh menyumbang kepada masyarakat dan negara khususnya. Justeru itu,
nilai, konteks kebudayaan dan pengalaman praktikal daripada pelbagai falsafah Islam, Timur
dan Barat serta pandangan-pandangan intelek dan perancang kurikulum telah digabungkan
untuk membentuk intipati dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perbincangan ini adalah menjurus kepada sumbangan Falsafah Pendidikan Islam dalam
perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

6

Menurut Wan Bakar (1991), terdapat beberapa unsur dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan seperti :
1. Pendidikan seumur hidup.
2. Pembangunan seluruh potensi insan dari segi rohani, akal, emosi dan jasmani.
3. Pembentukan insan soleh yang tunduk dan patuh kepada tuhan iaitu Allah SWT.
4. Pembentukan insan dwifungsi iaitu sebagai abid dan khalifah.
5. Kesepaduan ilmu dan amal soleh untuk mencapai al-falah (kemenangan).
Dari perspektif matlamat pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Kebangsaan berteraskan
Islam (tauhid). Usaha mendidik dan melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada tuhan
(Allah) yang menjadi teras Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan cita-cita Pendidikan
Islam yang sentiasa membawa insan ke arah tersebut.
Matlamat Pendidikan Islam juga ke arah melahirkan insan kamil (seimbang) dan insan
yang berakhlak mulia (harmonis). Falsafah Pendidikan Kebangsaan bercita-cita untuk
mewujudkan insan yang seimbang atau insan yang sempurna dalam semua sifat/ fitrah
kejadian insan yang mempunyai akal (pemikiran), rohani (keimanan), hati (emosi) dan fizikal
(jasmani).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan mendukung cita-cita pendidikan seumur hidup. Usaha
mengembangkan potensi (fitrah) individu tidak terbatas semasa pelajar berada di dalam bilik
darjah sahaja, tetapi berlaku di luar bilik darjah, di rumah dan berlaku dalam kalangan
masyarakat juga.
Matlamat Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab dan dapat memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara memerlukan amalan pendidikan berterusan dan pencarian ilmu serta
pelbagai sumber pembelajaran, pemerhatian, pembacaan, dan pengalaman.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan membangunkan seluruh potensi insan
dari segi rohani, akal, emosi dan jasmani menjadi cita-cita dan matlamat Pendidikan Islam.
Pembentukan dan pembangunan insan soleh serta mempunyai ciri-ciri insan kamil merupakan
mercu akhir matlamat Pendidikan Islam.
7

Pendidikan Islam yang menyokong cita-cita pembangunan insan yang berilmu, beriman,
beramal soleh dan berakhlak mulia memerlukan kurikulum pendidikan yang mengimbangi
antara ilmu, keimanan dan kemahiran.
Dengan wujudnya keseimbangan antara ketiga-tiga faktor di atas, maka akan lahirlah insan
yang sempurna yang mampu mendukung cita-cita seorang hamba dan khalifah Allah di muka
bumi dan seterusnya mendapat keredhaan Allah serta kesejahteraan hidup di dunia dan juga di
akhirat. Kurikulum KBSR dan KBSM telah dibentuk bagi memenuhi cita-cita pembentukan insan
soleh atau insan yang patuh kepada ajaran agama.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan membentuk insan soleh yang tunduk dan
patuh kepada Allah. Usaha ini diterjemahkan dalam keseluruhan kurikulum KBSR dan KBSM
yang mana setiap mata pelajaran mempunyai matlamat yang berkaitan alam ciptaan Tuhan
(mata pelajaran Geografi, Sains) dan seterusnya percaya dan patuh kepada tuhan (mata
pelajaran Pendidikan Agama Islam).
Mata pelajaran seperti Sejarah, Moral, Sastera dan seumpamanya mempunyai matlamat
untuk melahirkan individu yang berakhlak dan bertatasusila yang baik. Oleh itu, jelas bahawa
falsafah dan matlamat pendidikan kebangsaan mendukung ke arah pembentukan insan yang
patuh dan percaya kepada Tuhan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatlamat membentuk insan sebagai abid dan
khalifah. Keadaan ini jelas wujud melalui kesepaduan kurikulum yang memberikan penekanan
pada pembentukan nilai murni dan pembentukan manusia yang berkemahiran dan
berketrampilan.
Dalam hal ini, kurikulum KBSR dan KBSM telah memberikan penekanan yang jelas dalam
dua aspek tersebut agar dapat melahirkan insan yang berkemahiran dan berakhlak mulia. Insan
yang berkemahiran dan berakhlak mulia ialah insan yang diharap mampu mengeksploitasikan
alam ciptaan Allah untuk kepentingan manusia sejagat.
Menurut Rosnani Hashim (2011), falsafah dalam pengajaran subjek Pendidikan Islam di
sekolah rendah dan menengah perlu mempunyai perbezaan bagi memastikan pembelajaran
yang lebih fokus mengikut kumpulan sasar. Di peringkat sekolah rendah lebih baik diterapkan
tentang asas bacaan Al-Quran, pembentukan akhlak, karakter, sahsiah dan perkara-perkara
asas berkaitan, bagi pelajar sekolah menengah, mereka perlu dididik menghadapi cabaran
dunia hari ini melalui subjek pendidikan seks yang wajar diajar di sekolah menengah termasuk
8

cara menggunakan internet agar tidak terpengaruh dengan elemen negatif. Ini menunjukkan
bidang pendidikan peringkat kebangsaan memandang serius dalam merealisasikan matlamat
dalam Falsafah Pendidikan Islam. (Ahmad, 2011)
Salah seorang pelopor falsafah Islam yang penting ialah Al-Ghazali. Beliau telah
menekankan cara-cara hidup seorang Islam yang baik sebagai seorang insan yang sentiasa
mementingkan Al-Quran dan Hadith. Dia juga memfokus kepada cara-cara untuk menembusi
Al-Quran dan memahaminya secara mendalam serta untuk setia kepada tuhan dan mengelak
daripada membuat dosa.
Mengikut seorang lagi ahli falsafah Islam, Mohd Oatb, pendidikan Islam merujuk kepada
proses-proses menghasilkan manusia yang seimbang yang dapat mengembangkan potensi
untuk mencapai tahap kesempurnaan.
Dalam pada itu, seorang lagi ahli falsafah Islam iaitu Muhammad Atthiyah al Abrashi,
menyarankan bahawa pendidikan Islam harus merujuk kepada hasrat mengajar penganut-
penganutnya mengamalkan kehidupan yang seimbang dengan mempraktikkan amalan-amalan
yang murni dalam kehidupan mereka.
Manakala menurut seorang lagi ahli falsafah Islam, Al-Attas, ilmu yang memberi makna
kepada sesuatu jiwa. Manusia harus melaksanakan kehidupan mereka dengan menumpukan
kepada agama dengan sentiasa mempersoalkan mengenai tingkah laku mereka di dunia nyata
dan akhirat. Semua kualiti ini menolong mereka membina personaliti manusia yang seimbang
dan harmonis. (Ragbir, 2012)
Hasil penekanan terhadap pendidikan Islam dalam kurikulum menyaksikan pelbagai
perkembangan pendidikan Islam kini iaitu subjek pendidikan Islam yang diwajibkan dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Penubuhan sekolah-sekolah agama iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama pula menjadi tempat penghayatan nilai Islam bagi murid-murid
Islam dan mereka didedahkan lebih banyak ilmu-ilmu berkaitan agama Islam berbanding
sekolah menengah lain. Sistem ini juga menampakkan keberhasilannya dengan lahirnya ramai
tokoh ulama di negara ini. Sehingga kini, terdapat 57 buah Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama di seluruh Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

9

Selain itu, kursus Tamadun Islam ( kini Tamadun Islam Tamadun Asia) telah diperkenalkan
di Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab Perguruan ( kini Institut Pendidikan Guru ) sejak 1983
sehingga sekarang. Tujuan kursus ini didedahkan ialah untuk memperkenalkan falsafah
pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar. Dengan wujudnya golongan muda yang mendalami
agama, maka secara tidak langsung falsafah pendidikan Islam yang mahu melahirkan insan
berilmu dan beragama dapat dicapai. (Syafawani, 2013)

Justeru itu, implikasi ajaran fasafah-falsafah Islam direfleksikan dengan nyata dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana hasrat utamanya ialah untuk membangunkan rakyat
jelata yang mempunyai cita-cita dan aspirasi tinggi serta yang taat kepada agama, raja dan
negara.

4.0 Implikasi setiap elemen Falsafah Pendidikan Islam terhadap seorang guru.

Pendidikan Islam yang diperkenalkan kepada rakyat tempatan sebelum zaman kolonialisme
British diajar oleh guru-guru yang dikenali sebagai ulama di rumah-rumah mereka. Apabila
bilangan pelajar bertambah, para ulama mula mengajar di masjid, surau dan madrasah.
Kemudian, setelah institusi agama iaitu sekolah pondok ditubuhkan, pengajar di institusi ini
ialah Tok Guru. Kebanyakan tenaga pengajar bagi subjek pendidikan Islam ini menimba ilmu
dengan cara melanjutkan pelajaran ke timur tengah atau berguru dengan ustaz-ustaz.

Sehingga kini, sistem pendidikan terus berkembang dan melalui pelbagai
penambahbaikan terutamanya bidang pendidikan Islam. Pendidikan Islam merupakan satu
usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan
Al-Quran dan sunnah bagi membentuk sikap,kemahiran,keperibadian dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat,
alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan didunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.
Kandungan dan elemen Falsafah Pendidikan Islam dapat dijelaskan seperti berikut:
Usaha berterusan : semua pihak dan lapisan masyarakat perlu melibatkan diri secara
berterusan dan bersepadu untuk membimbing, mendidik, dan
10

menyampaikan ilmu pengetahuan serta kemahiran kepada murid.
Menyampaikan Ilmu :ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan meliputi ilmu naqli (Al-
Quran dan sunnah) dan ilmu aqli secara sepadu.
Kemahiran : Seluruh aspek pertumbuhan diri murid perlu dipupuk, dibelai, dan diasuh
bagi mengembangkan secara positif tentang kemahiran:
1. Belajar dan mengkaji
2. Berfiikir dan bertaakul
3. Amalan ibadat khusus
4. Anggota fizikal dalam melakukan sesuatu
5. Berkomunikasi dan berinteraksi
6. Bermuamalat dan menunaikan tanggungjawab
Penghayatan Islam : memastikan apa yang dipelajari dan difahami, diamalkan dalam
kehidupan seharian serta disusuli dengan muhasabah dan tindakan
susulan yang lebih berkesan.
Membentuk sikap : memastikan sikap murid dibentuk berteraskan ajaran Al-Quran dan
sunnah untuk menjadi seorang mukmin yang sejati, beradab dan
berakhlak mulia, sentiasa berfikir dan berzikir.
Membentuk pandangan : Pandangan hidup sebagai insan yang bertanggungjawab membangun
diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mardhatillah perlu dipupuk dan dibentuk dalam kalangan murid sejak
kecil lagi.
Mencapai kebaikan : murid-murid sejak kecil lagi perlu ditanamkan semangat inginkan
Kecemerlangan dari segi pemikiran, ilmu dan kemahiran dengan
sebaik-baiknya. Begitu juga kesedaran terhadap mencintai kebaikan
dan kedamaian di dunia serta kesejahteraan di akhirat.
11


Melalui elemen dalam Falsafah Pendidikan Islam di atas, ia memberi aspirasi dan impak
kepada seorang guru di mana nilai-nilai Islam perlu diberi perhatian sewajarnya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru pendidikan Islam, haruslah
mengaplikasikan setiap aspek yang tekandung dalam Falsafah Pendidikan Islam. (Ahmad,
1997)
Antara pembelajaran yang sangat berkait dengan Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri
adalah asas fardu ain. Ianya perlu diberi perhatian sewajarnya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Keadaan ini bagi menentukan semua murid secara adil mengetahui, memahami
dapat mengamalkan dengan betul, sedar dan terus menghayati dalam kehidupan harian. Guru
juga perlu menggabung jalinkan perkara-perkara seperti hadis-hadis Rasulullah, akidah, ibadah,
akhlak, sirah nabawiyyah dan tamadun Islam.
Selain itu dalam aspek perkembangan potensi murid dari segi akal (intelek), jasmani,
emosi dan rohani, guru perlu merancang aktiviti yang bersesuaian berteraskan kandungan
sukatan pelajaran secara bersepadu dan menyeluruh serta positif dalam konteks pembangunan
ummah. Perancangan ini perlu supaya murid yang dididik itu faham ilmu yang dipelajari, mahir
berfikir dalam mengamalkan, pantas melakukan sesuatu yang dipertanggungjawabkan,
mempunyai perasaan yang positif kepada kebaikan dan memiliki pengetahuan agama yang
mendalam serta menghayatinya dalam kehidupan harian.
Di samping itu, elemen-elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Islam berkait
rapat dengan hubungan bilik darjah dengan masyarakat. Perkara-perkara asas fardu ain dan
fardu kifayah yang diajar dalam bilik darjah hendaklah dihubungkan dengan apa yang berlaku
dalam masyarakat untuk membolehkan murid berfikir dan meluaskan pandangan mereka
dengan melihat apa yang dipelajari sebagai asas atau persediaan diri menjadi anggota
masyarakat yang berketerampilan baik dalam soal-soal umum atau yang berkaitan dengan
agama.
Kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) dapat memupuk dan melatih
murid menghayati nilai-nilai murni dan serentak, dengan itu aspek JERI murid dapat
dikembangkan bersepadu dan seimbang. Antara aktiviti yang sesuai untuk murid sekolah
rendah adalah syarahan, bercerita, simulasi, lakonan/drama, lawatan, gotong royong, melukis,
nasyid, talaqqi musyafahah, dialog dan lain-lain.
12

Budaya sekolah meliputi aspek fizikal, sosial, budaya ilmu dan penggunaan bahasa
yang baik dan betul yang memperlihatkan budaya tersebut. Ciri-ciri kebersihan, keselamatan,
penggunaan kemudahan dengan baik secara inovatif dan kreatif, keselesaan dan keindahan
berkekalan. Ciri-ciri sosial sekolah yang meliputi penghayatan nilai-nilai murni oleh seluruh
anggota sekolah terserlah dihayati. Semangat mahu belajar serta rangsangan ke arah meminati
pelajaran tersedia. Penggunaan bahasa yang baik dan betul dimanifestasikan dalam pergaulan
harian. Segala aktiviti dirancang oleh guru perlu mengambil kira bagaimana hendak menarik
minat murid kepada apa yang dipelajari, bagaimana untuk memperkaya ilmu seterusnya.
Peranan ilmu dalam kehidupan serta kepentingannya hendaklah ditonjolkan mengikut
kesesuaian dengan umur murid. Sifat kasih sayang guru kepada murid merupakan satu faktor
yang amat besar dalam menarik minat murid mencintai ilmu pengetahuan dan menjaga
keharmonian budaya sekolah. (Ahmad, 2011)
Kesimpulannya kandungan Falsafah Pendidikan Islam memberi implikasi berkesan
terhadap seorang guru bagi melahirkan murid yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal
soleh dan berakhlak. Setiap guru memainkan peranan bagi memastikan murid memahami nilai-
nilai Islam seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian serta menjadi bekalan
menuju akhirat.

5.0 Sejauh manakah sekolah telah berjaya merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam.
Sejarah Pendidikan Islam secara formal di sekolah bermula pada tahun 1962, apabila mata
pelajaran Agama Islam atau Pengetahuan Agama Islam dimasukkan ke dalam jadual rasmi
sekolah.
Berdasarkan matlamat dan kandungan kurikulum yang lebih menumpukan pengetahuan
tentang agama Islam kepada pelajar-pelajar, maka penumpuan pengajaran dan pembelajaran
lebih terarah kepada penyampaian maklumat dan ilmu tentang agama Islam daripada
pencapaiannya dalam aspek amalan dan penghayatan Islam dalam kalangan pelajar. Guru-
guru juga menumpukan peranan mereka untuk mengajar dan memberikan ilmu pengetahuan
tentang Islam seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran yang ditentukan. Demikian juga
para pelajar, mereka lebih banyak menghafal fakta daripada menghubungkan fakta-fakta
tersebut dengan amalan dan penghayatan Islam sebenarnya. Kesimpulannya mereka
13

mempelajari mata pelajaran Agama Islam hanya sekadar tahu tentang agama Islam dan untuk
lulus dalam peperiksaan.
Perubahan sentiasa berlaku dalam sistem pendidikan negara selaras dengan
perubahan-perubahan dalam kehidupan masyarakat. Justeru muncul cabaran-cabaran baru
yang perlu ditangani secara berkesan,terutama cabaran-cabaran yang berkaitan dengan
kerohanian dan akhlak. Kurikulum Pendidikan Islam telah disemak semula supaya dapat
memenuhi tuntutan-tuntutan masa kini dan masa hadapan.
Menurut pengamatan saya, sepanjang berada di sekolah, penekanan mengenai
Falsafah Pendidikan Islam agak baik. Ini kerana kebanyakan guru dan murid di sekolah adalah
beragama Islam dan guru-guru Pendidikan Islam serta guru j-QAF mencukupi bagi setiap
pelajar. Kami guru-guru bidang agama Islam sentiasa melakukan penambahbaikan bagi
memastikan pelajar mendapat pengetahuan agama Islam dengan sempurna.
Guru-guru bidang agama Islam di sekolah saya sentiasa memainkan peranan agar
tanggungjawab terlaksana bagi memenuhi tuntutan ukhrawi setiap pelajar. Kami sedar bahawa
keperibadian dan akhlak guru agama dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling dan kami
berusaha untuk tidak mencemarkan imej dan kesucian agama Islam agar menjadi ikutan dan
contoh teladan bagi murid-murid sama ada dari segi perkataan, perbuatan dan gerak geri.
Walaupun guru besar sekolah saya bukan beragama Islam, namun beliau tidak
menghalang kami guru-guru bidang agama Islam menjalankan pelbagai aktiviti atau program
bagi menarik minat pelajar mendalami agama Islam. Beliau juga sentiasa menyokong dan
memberi kerjasama yang baik bagi setiap program yang kami jalankan. Ini menunjukkan
bahawa Falsafah Pendidikan Islam bukan sahaja difahami oleh warga yang beragama Islam,
malah yang bukan beragama Islam juga memahami dan memberi kerjasama yang baik. Ini
melancarkan lagi segala peranan guru-guru pendidikan agama Islam sepanjang berada di
sekolah.
Saya juga menyedari bahawa masyarakat di kawasan sekolah saya masih kurang
pendedahan tentang nilai-nilai Islam walaupun kebanyakannya adalah beragama Islam. Mereka
kurang didedahkan tentang aktiviti-aktiviti atau ceramah tentang Islam memandangkan surau
atau masjid kurang diimarahkan. Ini sangat berbeza dengan tempat di semenanjung di mana
surau-surau dan masjid sentiasa penuh dengan segala program dan ceramah bagi memenuhi
pengisian rohani masyarakat. Ini memerlukan pengorbanan dan tanggungjawab yang besar
14

bagi kami guru-guru bidang agama Islam untuk merancang dan merangka program yang
melibatkan pelajar dan ibu-bapa serta masyarakat sekeliling di sekolah.
Dengan penambahbaikan sistem pembelajaran dan pengajaran masa kini seperti kssr
sangat membantu guru-guru dalam memastikan setiap pelajar mendalami pengetahuan agama
Islam dengan baik. Kami dapat memantau prestasi setiap pelajar dan berusaha membantu
pelajar yang ketinggalan dan lemah dalam pelajaran. Dengan doa yang sentiasa diamalkan
oleh setiap pelajar yang dibaca pada setiap kali perhimpunan, mudah-mudahan Allah
membantu segala usaha guru-guru bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam di sekolah.
Saya berharap segala usaha guru-guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Islam terlaksana dan sentiasa disemai dalam setiap warga sekolah termasuk guru-guru yang
lain. Dengan kefahaman yang jelas tentang matlamat Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri
akan memberi kesan dan membentuk peribadi dan pembinaan sahsiah setiap pelajar mahupun
masyarakat sekeliling.

6.0 Kesimpulan
Agenda membangunkan gagasan pemikiran falsafah adalah satu agenda penting bagi
menentukan visi, misi dan hala tuju Pendidikan Islam. Walaupun Falsafah Pendidikan Islam
telah diungkap secara rasmi dalam sistem pendidikan di Malaysia, namun usaha yang proaktif
perlu disusun dan dilaksanakan agar gagasan falsafah tercerna dalam setiap proses penentuan
hasil pembelajaran, pengisian serta kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Ia perlu
direalisasikan dengan efektif agar matlamat yang diharapkan dapat dicapai secara holistik.

Anda mungkin juga menyukai