Anda di halaman 1dari 31

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM

GERKO PERMAINAN

BOLA BALING

NAMA : SIVANESAN A/L BALASUBRAMANIAM

()

KPLSPM PJ / BI /BT

&

NAMA : SIVACHANDRAN A/L MANIKAM

()

KPLSPM PK(BT) PS / PJ

AMBILAN JULAI 2007

TARIKH HANTAR - 23.07.2008

\
ISI KANDUNGAN M/S

Penghargaan 3

Sejarah Permainan Bola Baling di Malaysia 4-5

Objektif Am Bola Baling 6

Peraturan dan Undang-Undang


Permainan Bola Baling 7 - 17

Koleksi Gambar 18 - 19

Teknik Asas Permainan Bola Baling 20 - 26

Kemahiran 27

Objektif 28

Rumusan 29

2
PENGHARGAAN
Dengan ini, kami berasa sangat gembira dan berbangga hati kerana
berjaya menyiapkan tugasan gerko permainan bola baling. Kami ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah-pensyarah gerko bola baling tahun 2008 kerana memberi peluang
kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan juga kami tidak lupakan.Mereka


banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kami. Penglibatan mereka
dalam mencari maklumat, membuat perbincangan, berkongsi pandangan dan
ulasan, mengatasi masalah bersama-sama dan sebagainya, jasa dan budi ini
akan dikenang selalu.

Akhirnya ,kami ingin merakamkan terima kasih kepada pihak


Perpustakaan IPTI kerana banyak membantu memberi peluang kepada kami
berdua untuk mencari maklumat membuat kerja kursus ini. Melalui pusat
sumber kami dapat mencari buku-buku yang berkaitan dengan tugasan ini. kami
juga menggunakan kemudahan IT di pusat sumber secara percuma untuk
mencari maklumat malalui internet.

Sekian terima kasih.....

3
1.1 Sejarah Permainan Bola Baling di Malaysia

Bola baling mempunyai asal usul sampai sejauh zaman kuno:


urania dalam Yunani kuno, harpaston dalam Rom kuno, fangballspiel
dalam zaman pertengahan Jerman, dan sebagainya. Terdapat juga
merakamkan bola baling seperti permainan-permainan dalam zaman
pertengahan Perancis, dan di kalangan Inuit dalam Greenland, dalam
Zaman Pertengahan, dan dalam Ancient Africa, terutamanya Mesir.
Ketika abad ke-19, di sana wujud permainan-permainan serupa
haandbold daripada Denmark, hazena dalam Bohemia dan Slovakia,
gandbol dalam Ukraine, torball dalam Jerman, serta versi-versi dalam
Ireland dan Uruguay.

Bola baling pasukan permainan yang kita tahu masa kini telah
dibentuk pada akhir abad ke-19 di utara Eropah, terutamanya
Denmark, Jerman, Norway dan Sweden. Orang Denmark Holger
Nielsen tiba peraturan-peraturan untuk bola baling moden (håndbold)
dalam 1898 (dan bercetak mereka dalam 1906), dan RN Ernst adakah
sesuatu yang serupa dalam 1897.

Kumpulan pasukan bagi peraturan-peraturan bola baling adalah


diterbitkan tentang 29 Oktober 1917 Max Yang Dekat Heiser, Karl
Schelenz Dan Erich Konigh Daripada Jerman. Selepas 1919
peraturan-peraturan ini telah selanjutnya diperbaiki oleh Karl Schelenz.
Permainan-permainan antarabangsa pertama adalah dimainkan di
bawah peraturan ini, antara Jerman dan Belgium untuk lelaki dalam
1925 dan antara Jerman dan Austria untuk wanita dalam 1930.

4
Pada 1926, Congress International Amateur Athletics Federation
dicadangkan sebuah jawatankuasa bagi berhenti untuk lapangan
peraturan antarabangsa bola baling. International Amateur Handball
Federation adalah dibentuk dalam 1928. International Handball
Federation telah dibentuk kemudian dalam 1946.

Men membariskan bola baling adalah main-main 1936 Summer


Olimpik dalam Berlin di permohonan khas Adolf Hitler. Ia telah
dipindahkan daripada senarai sukan, untuk kembali sebagai bola
baling pasukan dalam 1972 untuk 1972 Summer Olimpik dalam
Munich. Wanita berpasukan bola baling telah ditambah serupa satu
Olympic mentertibkan di 1976 Summer Olimpik.

Persekutuan Bola Baling Antarabangsa terancang Kejohanan


Dunia Men dalam 1938 dan setiap empat (atau kadangkala tiga tahun)
daripada Perang Dunia Kedua UNTUK 1995. Sejak 1995 kejohanan
dunia dalam Iceland, pertandingan itu telah diputuskan setiap dua
tahun. Kejohanan Dunia Women telah bermain semenjak 1957. IHF
juga menganjurkan Women dan Men Junior World Championships.

Sehingga bulan Februari 2007, senarai-senarai IHF 159 orang ahli


persekutuan yang mewakili kira-kira 1,130,000 buah pasukan dan satu
jumlah 31 juta orang pemain, jurulatih, pegawai dan mengadili.

5
1.2 Objektif Am Bola Baling

Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti


daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan,
kelenturan, kuasa, dan kelajuan;

Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk


membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;

Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga,


gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik
pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;

Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua


aktiviti bagi menjaga keselamatan;

Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik;

Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis


alatan sukan; dan

Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti


dalam suasana yang riang dan menggembirakan.

6
1.3 Peraturan dan Undang-Undang Permainan Bola Baling

Kawasan Permainan

7
2. Bola

Bola baling hendaklah berbentuk bulat keseluruhannya dan hendaklah


tidak terlalu keras, dan bahagian kulitnya hendaklah berwarna putih. Berat bola
yang diukur pada permulaan permainan, untuk bahagian lelaki dan belia lelaki
hendaklah tidak melebihi 475gram dan tidak kurang daripada 425 gram. Lilitan
bulatan bola hendaklah tidak melebihi 60 cm dan tidak kurang daripada 58cm.

8
Untuk wanita dan ramaja lelaki, berat bola hendaklah tidak melebihi 400 gram
dan tidak kurang daripada 325 gram. Lilitan bulatannya tidak melebihi 56cm dan
tidak kurang daripada 54cm. Hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF
sahaja boleh digunakan untuk pertandingan-pertandingan di peringkat
antarabangsa.

3. Pemain-pemain

Sesebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain yang terdiri daripada


10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Maksimum 7 orang
pemain yang dibenarkan berada di dalam gelanggang, yang terdiri daripada 6
pemain gelanggang dan seorang penjaga gol. Jika seseorang pemain didapati
semasa dalam permainan menyeberangi atau melangkah salah satu daripada
garisan-garisan sempadan atau kawasan, tetapi dengan serta merta memasuki
semula ke dalam gelenggang maka, dia tidak dianggap sebagai neninggalkan
gelanggang. Pemain pengganti dibenarkan meneruskan permainan tanpa
memberitahu penjaga masa. Pemain yang digantikan hendaklah meninggalkan
gelanggang dahulu sebelum penggantinya masuk. Kesalahan penggantian
pemain akan digantung selama dua minit dan dihukum dengan bilangan
percuma dan bilangan ini diambil dari tempat pemain itu melakukan kesalahan.
Jika kesalahan penggantian berlaku pada masa permainan berhenti, pemain
berkenaan akan digantung selama dua minit dan permainan akan dimulakan
dengan balingan percuma.

4. Masa Permainan

Untuk lelaki, dua tempoh dengan 30 minit setiap tempoh dan 10 minit
masa rehat di antaranya. Sebagai peraturan, dalam pertandingan bola baling, 15
minit setiap separuh masa tanpa masa rehat diberikan. Untuk remaja lelaki,
masa terdiri daripada dua tempoh dengan 25 minit setiap tempoh dan 10 minit

9
rehat di antaranya. Dalam pertandingan, 10 minit dalam setiap separuh masa
tanpa rehat.

Untuk peringkat lain, masa permainan terdiri daripada dua tempoh dengan
20 minit setiap tempoh dan 10 minit rehat di antaranya. Dalam pertandingan, 10
minit dalam setiap separuh masa tanpa masa rehat. Di hadapan kedua-dua
ketua pasukan, pengadil akan melakukan undian dengan menggunakan duit
syiling bagi menentukan pasukan yang akan memulakan permainan atau
memilih gelanggang. Balingan mula hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga saat
di tengah-tengah gelanggang apabila pengadil memulakan permainan dengan
meniupkan wisel.

5. Memainkan bola

Pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun atau


memukul bola dengan apa cara sahaja dengan tangan, lengan, kepala, paha dan
lutut. Pemian dibenarkan memegang bola selama tiga saat sahaja, termasuk
ketika bola berada di atas tanah. Pemain dibenarkan mengambil tiga langkah
maksimum sewaktu memegang bola. Pemain dibenarkan menahan bola dengan
kedudukan berlutut, duduk atau berbaring di tanah.

Pemain dibenarkan menepis bola ke tanah dan menyambutnya balik


dengan sebelah atau dua belah tangan. Pemain tidak dibenarkan menyentuh
bola lebih daripada sekali kecuali bola telah terkena tanah, pemain atau kedua-
duanya.Pemain tidak dibenarkan menggerak bola dengan bahagian kaki di
bawah lutut atau dengan kaki. Pemain tidak dibenarkan senjaga melintas garisan

10
tepi atau garisan gol di luar gol dengan bola. Pemain tidak dibenarkan
menjatuhkan diri untuk menangkap bola yang sedang bergolek atau berada di
tanah, kecuali penjaga gol di kawasan gol sendiri.

6. Menentang pemain lawan

Pemain menggunakan tangan dan lengan untuk mendapatkan bola. Untuk


memainkan bola daripada pemain lawan diri semua arah hendaklah
menggunakan tapak tangan. Pemain dibenarkan menghalang pihak lawan
dengan badan. Pemain tidak dibenarkan sama ada sebelah atau dua belah
tangan meragut atau memukul bola daripada tangan pemain lawan. Pemain
tidak dibenarkan menghalang pemain lawan dengan tangan, lengan atau kaki
tanpa bola. Pemain tidak dibenarkan membaling bola dengan sengaja kepada
pemian lawan atau mengacah bola dengan keadaan berbahaya. Untuk
kesalahan-kesalahan berat dalam peraturan-peraturan dilakukan di mana-mana
bahagian gelanggang dengan peluang menjaringkan gol yang baik
dimusnahkan, balingan penalti diberikan. Jika seorang pemain terjatuh dengan
keadaan bola terperangkap di bawah badannya, dan ini akan melambatkan
permainan. Pengadil akan memberhetikan permainan dam memulakan semula
dengan balingan pengadil, kecuali menghukum salah satu daripada pasukan itu.
Tindakan yang membahayakan penjaga gol tidak dibenarkan.

7. Kawasan gol

Hanya penjaga gol dibenarkan memasuki atau berada di dalam kawasan


gol. Hukuman kerana memasuki kawasan gol adalah seperti berikut:

11
1. Bilangan percuma jika pemain gelanggang memasuki kawasan gol
dengan bola.
2. Bilangan percuma jika pemain gelanggang memasuki kawasan gol tanpa
bola tetapi mendapatkan kelebihan dengan memasuki kawasan gol.
3. Balingan penalti jika pemain gelanggang dari pihak pertahanan dengan
senjaga memasuki kawasan gol, walaupun bertujuan untuk
mempertahankan pasukannya.

Seorang pemain gelanggang memasuki kawasan gol sesudah


memainkan bola tidak akan dihukum, kecuali merugikan lawan.

Jika pemain dengan sengaja memainkan bola ke kawasan golnya sendiri


dan bola itu tidak keluar, hukuman berikut dikenakan:

1. Dikira gol, jika bola telah memasuki gol.


2. Balingan penalti, jika penjaga gol Manahan dan bola tidak dapat
memasuki gol.
3. Balingan percuma dalam keadaan yang lain.

8. Penjaga gol

Penjaga gol dibenar menggunakan sebarang cara menjaga pintu golnya,


menggunakan kaki dan bestinya. Penjaga gol boleh bergerak ke mana-mana

12
arah dengan bola tanpa mengira langkah dan had masa di dalam kawasan gol.
Penjaga gol dibenarkan meninggalkan kawasan gol tanpa bola. Di dalam
gelanggang dia harus mematuhi peraturan sebagai pemain gelanggang yang
lain, kecuali jika memasuki kawasan gol. Penjaga gol tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan gol bersama bola. Apabila penjaga gol telah
membalingkan bola ke gelanggang permainan, dari kawasan gol, dia tidak boleh
memegang bola itu lagi, kecuali telah dimainkan atau terkena salah seorang
pemain lain. Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola sama ada bola itu
bergolek atau terletak di kawasan gelanggang permainan di luar garisan
kawasan gol.Penjaga gol tidak dibenarkan menyentuh bola dengan tapak kaki
atau bawah lutut masa bola itu sedang mara ke kawasan permainan atau apabila
terhenti di dalam kawasan gol.

9. Menjaringkan gol

Jaringan gol dilakukan apabila seluruh bola telah melepasi garisan gol
lawan di antara kedua-dua tiang dan di bawah palangan gol. Selepas jaringan
dibuat, permainan hendaklah dimulakan dengan balingan dari tengah
gelanggang oleh pemain daripada pasukan yang menerima gol. Jika pengadil
atau penjaga masa telah meniup wisel sebelum keseluruhan bola melintas
garisan gol, jaringan itu tidak dikira.

10. Balingan ke dalam

Jika seluruh bahagian bola melepas garisan tepi di atas tanah atau di
udara permainan hendaklah dimulakan dengan balingan ke dalam.Balingan ke

13
dalam hendaklah dibuat di tempat bola keluar dari garisan tepi oleh pemain
daripada pasukan lawan.Balingan ke dalam diberikan jika pemain gelanggang
daripada pasukan bertahan terakhir menyentuh bola sebelum bola itu melintasi
garisan gol di luar pintu gol. Jika penjaga gol merupakan pemain terakhir
menyentuh bola sebelum bola itu melainatsi garisan gol di luar pintu gol,
balingan gol diberi kepada pihak bertahan dan bukan balingan ke dalam.Semasa
balingan ke dalam diambil, pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya
tiga meter dari pembaling.

11. Balingan permulaan

Balingan permulaan diambil oleh pasukan yang menang dalam undian


dan telan memilih untuk memulakan permainan atau pasukan lain setelah
pasukan yang menang itu memilih tempat. Selepas menjaringkan gol, permainan
dimulakan dengan balingan permulaan daripada pasukan yang menjaringkan
gol. Balingan permulaan diambil dari tengah kawasan permainan ke mana-mana
arah yang dikehandaki. Semua pemain hendaklah berada di kawasan permianan
masing-masing semasa balingan permulaan dilakukan dan pemian lawan mesti
berdiri tidak kurang tiga meter dari pembaling.

12. Balingan gol

Balingan gol akan diberi jika seluruh bahagian bola melepasi garisan gol
di sebelah luar gol sama ada do udara atau di atas tanah, telah disentuh kali

14
terakhir oleh pemain penyerang atau penjaga gol bertahan di kawasan golnya.
Balingan gol hendaklah dibuat oleh penjaga gol dari kawasan golnya ke dalam
gelanggang. Balingan gol boleh dibuat dengan apa-apa cara sekali pun oleh
penjaga gol asalkan bola dilepaskan setelah melinatsi garisan kawasan gol.
Penjaga gol tidak menyentuh bola selepas melakukan balinan gol sehingga bola
disentuh oleh seorang pemain lain.

Pemain-pemain daripada pasukan lawan tidak dibenarkan memasuki


kawasn di antara garisan balingan percuma dengan garisan kawasan gol, serta
tidak menyentuh garisan kawasan balingan percuma sebelum gol dibuat oleh
penjaga gol.

13. Balingan pecuma

Balingan percuma diberi kepada pasukan yang tidak melakukan


kesalahan. Balingan percuma hendaklah dibuat serta-merta tanpa pengadil
meniupkan wisel, di tempat berlakunya kesalahan itu. Bola mesti diletakkan
dengan serta-merta oleh pemain yang memegang bola sekiranya balingan
percuma diberi terhadap pasukannya.

14. Balingan penalti

Balingan penalty diberi kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan


yang serius. Pemain yang akan membuat penalty mestilah tidak menyentuh atau

15
melintasi garisan balingan penalty sebelum bola dilepaskan. Sekiranya semasa
balingan penalty dibuat, penjaga gol melintasi garisan gol sebelum bola
dilepaskan oleh pembaling, balingan penalty akan dibuat sekali lagi sekiranya
bola tidak dijaringkan.

15. Baling pengadil

Permainan bola baling biasanya bermula dengan balingan pengadil.


Pengadil gelanggang akan membaling bola menegak ke atas, tanpa tiupan wisel
di tempat bola berada semasa permianan terganggu. Apabila pengadil
membaling bola, semua pemain kecuali seorang daripada tiap-tiap pasukan
mestilah berada tiga meter dari pengadil.

16. Pencatat dan penjaga masa

Pencatat hendaklah menyimpan rekod permainann dan bersama-


sama dengan penjaga masa mengawal pemain-pemain yang memasuki
gelanggang.

17. Pengadil

Sesuatu permainan hendaklah dikendalikan oleh dua orang pengadil,


serta seorang penjaga masa dan seorang pencatat mata. Pengadil

16
bertanggungjawab mengelolakan permainan daripada pemain-pemain mula
memasuki gelanggang hingga mereka meninggalkan gelanggang.

Pengadil akan meniup wisel dalam keadaan berikut:

a. Memulakan permainan (tiupan pendek tetapi terang)


b. Apabila jaringan telah dibuat (tiupan panjang)
c. Apabila sesuatu kesalahan dilakukan
d. Apabila bola telah melintasi garisan-garisan sempadan.
e. Memulakan semula permainan, atau untuk balingan penalty.
f. Apabila balingan percuma diberi
g. Apabila gangguan melambatkan permainan dengan sengaja.
h. Sebelum balingan pengadil
i. Apabila permainan tamat
j. Apabila permainan dilambat-lambatkan dengan sengaja.
k. Apabila balingan permulaan dibuat
l. Apabila bilangan penalty dibuat
m. Apabila semua balingan lain dibuat.
n. Selepas gangguan masa permainan.

18. Hukuman-hukuman

Apabila pemain atau pegawai diberikan amaran, pengadil akan


memberitahu dengan cara menunjukkan kad kuning.

17
Hukuman dengan penggantungan boleh diberikan pada keadaan berikut:

1. Sekiranya bola diletak dengan serta-merta oleh pemain yang memegang


bola apabila balingan persuma diberi terhadap pasukannya.
2. Untuk kesalahan penggantinya.
3. Untuk kesalahan yang berulang-ulang semasa lawan membuat balingan.
4. Unruk kesalahan yang berulang-ulang bersabit dengan menentang lawan.
5. Sikap tidak kesukanan berkali-kali.

Kesalahan dan sikap tidak sopan yang serius akan dihukum dengan
penggantungan walaupun pemain itu tidak diberi amaran terdahulunya.

Penyingkiran akan dilakukan dalam keadaan berikut:

a. Untuk kesalahan serius bersabit dengan menentang lawan.


b. Jika pemain yang tidak berhak bermain memasuki gelanggang.
c. Jika pe,aim diberikan hukuman penggantungan dua minit kali
ketiga.
d. Bagi kelakuan tidak bersikap kesukanan yang berat, malah ke atas
pengawai pasukan juga.
e. Berlakunya kekasaran di luar gelanggang permainan
f. Semasa rehat saparuh masa, amaran atau penyingkiran. Jumlah
bilangan pemain berkurangan.
g. Selepas permainan, dikenakan laporan bertulis.

1.3.1 Koleksi Gambar

18
19
1.4 Teknik Asas Permainan Bola Baling

20
Bola baling juga dikenali oleh orang-orang Eropah, adalah satu sukan
berpasukan di mana dua buah pasukan tujuh pemain setiap (enam pemain dan
seorang penjaga gol) melalui dan melantun satu biji bola menyusahkan untuk
membuangnya dalam matlamat kumpulan bertentangan. Permainannya sama
seperti bola sepak dan bola keranjang namun permainana bola baling ini lebih
kepada penggunaan tangan kerana ia melibatkan balingan.Permainan bola
baling ini juga terkanaldi seluruh dunia sejak separuh pertama abad ke-20.

21
Mengelecek

22
23
24
25
26
1.4.1 Kemahiran

Aktiviti-Aktiviti Dalam Bola Baling


1.Permainan

27
a) Bola baling

(i) Kemahiran :
Hantaran
Menangkap
Menggelecek
Melantun
Mengacan
Menghadang
Menjaring
Menjaga gol
Undang-undang dan peraturan

(ii) Aspek-Aspek Keselamatan :


Latihan yang bersistematik
Mengenal pasti kemampuan tahap dan kecergasan murid semasa
melakukan aktiviti
Kesesuaian pakaian
Persekitaran atau tempat beraktiviti
Penyelia, arahan dan bimbingan
Perlakuan aktiviti
Disiplin murid

1.4.2 Objektif

28
Aras 1
Melakuan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti
kemahiran bola baling.
Melakukan sekurang-kurangnya enam kemahiran asas dalam
permainan bola baling.

Aras 2
Mengaplikasi undang-undang dan peraturan asas dalam permainan
bola baling.
Mengenal pasti otot utama yang digunakan dalam permainan bola
baling.
Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan
dalam permainan bola baling.

Aras 3
Mengenal pasti tindakan berbahaya dalam situasi permainan.
Merancang strategi asas dalam permainan bola baling.
Melakukan kemahiran dan strategi asas dalam permainan bola baling.
Membincangkan undang-undang dan peraturan asas dalam
permainan bola baling.
Membincangkan kesalahan-kesalahan teknik lakuan dalam permainan
bola baling.
Membincangkan tindakan berbahaya dalam situasi permainan.
Menamakan otot utama yang digunakan dalam permainan bola baling.

29
RUMUSAN
Seperti mana yang kami katakan pada ruang penghargaan, kami berdua
sangat bersyukhur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Di
samping itu, kami juga dapat belajar sedikit-sebanyak tentang bola baling yang
merupakan suatu permainan yang kami belum mahir lagi.

Pada akhir tugasan ini, kami dapat memperolehi banyak ilmu tentang bola
baling, sejarah perkembangan bola baling, peraturan dan undang-undang bola
baling secara lebih mendalam lagi. Tugasan ini juga telah menjadi jambatan
penghubung di antara kami berdua. Hal ini kerana, sepanjang tugasan ini
semangat kerjasama dan tolong-menolong dapat dikongsi oleh kami berdua.

Selain itu, kami juga percaya bahawa tugasan yang kami siapkan ini akan
membantu sedikit sebanyak kepada sesiapa yang ingin membelajar tentang bola
baling pada masa hadapan. Kami juga berharap bahawa tugasan kami ini akan
dijadikan sebagai bahan rujukan kepada sesiapa yang perlukan.

Akhir kata, harap semua pihak akan mendapat ataupun memperolehi


manfaat daripada tugasan ini sepertimana kami berdua perolehi.Sekian......

30
1.6 Sumber Rujukan

MELAYARI INTERNET :

(a) http://www.google.com

( b) http://www.yahoo.com

(c) http://msn.com

BAHAN BACAAN
(a) Siri Kegiatan Sukan Bola Baling (2005).Buku Must
Sdn.Bhd.,Kuala Lumpur, Malaysia.

(b) Ahmad Wati,Siri Ke Arah Bintang Sukan Bola Baling


(1995).Goodmark Enterprise,Kuala Lumpur, Malaysia.

(c) Buku Teks Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 2


(2003).

(d) Buku Teks Tahun 4

31