Anda di halaman 1dari 12

Bab Solat

Takrif solat:
Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Syarat wajib solat: 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal

Syarat sah solat: 1. Suci badan dari dua hadas. 2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya. 3. Menutup aurat. 4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya) 5. Yakin masuk waktu solat. (nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)

Perkara-perkara yang membatalkan solat: 1. Keluar/kedatangan hadas. 2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa. 3. Makan/minum walau sedikit. 4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat). 5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah). 6. Terkena najis yang tidak dimaafkan. 7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja. 8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup. 9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain. 10. Meninggalkan rukun solat.

Waktu-waktu Solat Fardhu: Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut: 1. Solat Subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. 2. Solat Zuhur - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. 3. Solat Asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. 4. Solat Maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. 5. Solat Isya' - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya.

Perbuatan sunat sebelum solat: 1. Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu. 2. Iqamah. 3. Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.

Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab: 1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari. 2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah. 3. Ketika matahari di tengah-tengah langit. 4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam. 5. Ketika masuk matahari.

Rukun Solat

Rukun solat ada 13: 1. Niat. 2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama). 3. Berdiri bagi yang mampu. 4. Membaca surah Al-fatihah. 5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru). 6. Iktidal dengan tama'ninah. 7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah. 8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. 9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud. 10. Duduk dalam Tasyahhud akhir. 11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir. 12. Membaca salam 13. Tertib.

1. Niat: niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya berkata: Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkaraperkara yang dituntut dalam perbuatan niat. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad ("Sahaja aku solat"), Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur, sebagainya). Oleh itu, niat "Sahaja aku solat Fardhu Zuhur" sudah mencukupi syarat sebagai niat. Niat "Empat Rakaat", "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati. Adapun niat menjadi imam ("Imaman") atau makmum ("Makmuman/Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya. Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.

Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk. Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum. Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya. Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar." Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad ("Sahaja aku sembahyang") dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya). Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya' sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur." Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana keduadua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar). Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: "Sahaja aku sembahyang".

Anda mungkin juga menyukai