Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL KUANTAN BILANGAN 3 TAHUN

2013

Tarikh Masa Tempat

: : :

11 Oktober 2013 (Jumaat ) 3.00 petang Bilik Guru, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang.

KEHADIRAN: 1. Pn Ainon Bt Mohd Dom 2. Maizatul Farhana Bt Rosli 3. Pn Fazilah Bt Hasyim 4. Cik Solehah Ismail TIDAK HADIR BERSEBAB 1. Pn Khairany Nur Erma AGENDA: 1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1. Mesyuarat dipengerusi oleh Pn Maizatul Farhana , selaku Ketua Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan. 1.2. Pengerusi menerangkan sedikit sebanyak tentang pengurusan panitia dan mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah kerana sudi hadir. 1.3. Pengerusi mengharapkan mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang dalam agenda mesyuarat. Tindakan: Makluman 2. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN 2.1. Pengerusi memaklumkan bahawa peperiksaan akhir tahun akan bermula pada 21 Oktober 2013 dan berakhir pada 30 Oktober 2013. 2.2. Pengerusi menyatakan semua kertas soalan peperiksaan PSK telah disiapkan, disemak dan telah dihantar ke pejabat untuk difotostat. . . Tindakan: Makluman Cuti Bersalin - Ketua Bidang Kemanusiaan /guru PSK Ting 4 - Pengerusi (Ketua Panitia PSK) -Guru PSK - Guru PSK

3. PERLAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BAGI TINGKATAN 4 DAN PROGRAM GOTONG ROYONG BAGI MURID TAHUN 1 DAN 2 3.1. Pengerusi menerangkan bahawa program khidmat masyarakat bagi tingkatan 4 telah berjalan dan agak lambat sikit perlaksanaan dari tarikh yang ditetapkan adalah kerana kekangan waktu.Pengerusi mencadangkan, agar tahun 2014, program khidmat masyarakat perlu di adakan lebih awal perlaksanaanya.

3.2.

Selain itu, pengerusi memaklumkan program gotong royong iaitu program sekolahku sayang tidak dapat dilaksanakan ekoran daripada kekangan waktu dan bertindih dengan program sekolah. Pengerusi juga mencadangkan program ini di bawa ke tahun hadapan dan memerlukan perancangan yang yang lebih awal Tindakan: ketua Panitia

4. PCG 4.1 Pengerusi membentangkan baki PCG semasa iaitu sebanyak RM 666.00 Tindakan: Makluman 4.2 Puan Ainon mencadangkan untuk paniti membeli kertas A4 ekoran daripada penggunaan kertas yang tinggi bagi aktiviti murid didalam kelas. Tindakan: Ketua Panitia

4.3 Cik Solehah Mencadangkan untuk membeli bahan BBM iaitu Carta Adab yang mana boleh membantu guru dalam proses PdP. Tindakan: Ketua Panitia

5. HAL-HAL LAIN 5.1 Puan Fazilah mencadangkan pada sesi PdP tahun 2014 harus memperbanyakkan penggunaan slaid power point dan tayangan video bagi menarik minat murid yang tidak berminat semasa didalam proses PdP. Tindakan: Makluman

6. RUMUSAN/PENUTUP 6.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir kerana telah memberikan komitmen yang baik sepanjang mesyuarat berlangsung. 6.2. Pengerusi mengharapkan pengurusan panitia dapat dijalankan dengan lancar untuk tahun 2013 yang msih berbaki beberapa bulan. Oleh yang demikian, semua pihak perlulah bekerjasama dan berusaha dengan gigih demi menjayakan pengurusan panitia PSK Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.

5.3. Pengerusi mengucap terima kasih sekali lagi kepada yang hadir dan menutup Mesyuarat Pengurusan Panitia PSK, Bil. 3/2013 dengan surah Al-Asr. 5.4. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

________________________________ (MAIZATUL FARHANA ROSLI) Ketua Panitia PSK , Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.

_______________________________ (AINON BINTI MOHD DOM) Ketua Bidang Kemanusiaan, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.

Anda mungkin juga menyukai