Anda di halaman 1dari 4

Engkeromong istilah tempatan bagi alat daripada keluarga knobedgong atau 'gong berbusut'.

Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada perunggu. Alat ini dikatakan alat ash bagi masyarakat di rantau Asia Tenggara. Engkeromong begitu terkenal di kalangan suku kaum Iban dan sering digunakan dalam ensemble untuk mengiringi tarian 'Ngajat'. Dalam konteks persembahan, engkeromong telah diatur di atas para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk menghasilkan pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu in step wise, menaik dan menurun. Di bawah sistem idiofon terdapat juga alat dari keluarga knobedgong yang berukuran besar iaitu dikenali sebagai 'bandai'. Alat ini menyerupai alat 'tetawak' yang terdapat di negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan lambang kuasa dan kekayaan bagi masyarakat Iban. Alat Muzik Sarawak

ENGKERURAI /EROFON Secara am, masyarakat Iban lebih dikenali dengan tarian ngajat namun tidak ramai yang mengenali corak atau jenis alat muzik komuniti ini. Engkerurai merupakan salah satu daripada jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika ini, baik di pertunjukan umum mahupun dipamerkandalam bahan cetak. Kewujudannya seolah-olah tidak diketahui umum. Buluh yang terpanjang dikenali sebagai indu. Berada dalam keadaan bertentangan dengan leher labu. lndu berperanan mengeluarkan bunyi dengungan. Buluh yang bertentangan dengan indu ialah pemanchor. Di sebelah kanan indu ialah ngingit. Ngingit menghasilkan nada bunyi yang paling tinggi dan seperti indu bunyi ngingit dihalusi oleh timbal ngingit terletak di sebelah kiri indu Batang yang menghasilkan bunyi perantaraan di antara indu dan ngingit ialah ranggong. Buluh yang menghalusi nadanya ialah timbal ranggong. Engkerurai mempunyai sebelas buah repertoir atau lagu seperti di bawah : 1. Tebah Lantang 2. Kenjan Keterubah 3. Kenjan Kadua 4. Saka Dua 5. Baling 6. Alun Panjai

7. Entak Kepayang 8. Seri Dayong 9. Kenyah 10. Keliute 11. Indu Gu

Cara Bermain- Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. SAPE/SAPEH KORDOFON Sape merupakan sejenis alat tali daripada keluarga lute yang berleher pendek dan talinya dipetik. Badanny a diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya meranti yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan sebagai ruang gema. Bentukny a kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering di sebut sebagai the boat lute oleh para sarjana dari barat. Sape cukup terkenla bagi suku kaum kayan dan kenyah. Iany a dimainkan untuk muzik hiburan serta mngiringi tarian seperti Datun Julud dan Ngajat, sejenis tarian pahlawan yang sering dikaitkan dengan gead hunting mengilut lagenda mereka dan kini tidak lagi diamalkan. Alat sape ini telah dicipta dalam berbagai-bagai ukuran dan mempuny ai bulangan talu yang juga berbeza-beza iaitu sama ada dua, tiga atau pun empat tali. Kini, tali sape telah diganti dengan tali dawai yang mana pada peringkat awal mereka menggunakan tali sabut dari Sago. Dalam konteks persembahan talinya dilaras mengikut system muzik barat. Salah satu dari system berkenaan adalah seperti Tali satu : dilaras bersama middle c pada alat piano. Tali dua : dilaras bersama dengan nada c satu oktaf rendah dari middle c Tali tiga : dilaras bersama dengan nada A yang terletak pada minor third dibawah middle c Tali empat : dilaras bersama dengan nada F iaitu perfect fourth diatas middle c.
Tali-tali dipetik dengan menggunakan ibu jari pemain dan penghasilkan melodi hanya berlaku pada tali satu sahaja. Tali selebihnya berfungsi sebagai drone yang dimainkan dalam keadaan terbuka(in open string) pada derap terakhir bagi setiap keratin frasa lagu. Tali bagi alat sape telah dipasang merintangi badanya dengan sokongan oleh penugkat tali (brige) yang bersifat moveable

untuk tujuan penalaannya mengikut konteks lagu yang ingin dipersembahkan

ENGKEROMONG/ IDIOFON Engkeromong istilah tempatan bagi alatan daripada keluarga gangsa knobed-gong atau gong berbusut. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada tembaga . alat ini dikatakan alat asli bagi masayarakat di rantau Asia Tenggara . Engkeromong begitu terkenal dikalangan suku kaum iban dan sering digunakan dalam ensamble untuk mengiringi tarian ngajat. Dalam konteks persembahan , engkeromong ini diaturkan diatas para dalam satu barisan yang mnegandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk menghasilkan ,pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu in step wise , menaik dan menurun. Di bawah sistem idiofon terdapat juga dari keluarga knobed- gong yang berukuran besar iaitu dikenlai sebagai badai . Alat ini menyerupai alat tetawak yang terdapat di negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan kuasa dan kekayaan bagi masyarakat iban.

GENDANG WANITA/ BERMUKUM MEMBRANOFON Merupakan sejenis gendang satu muka yang menyerupai renaba. Ianya bebentuk seperti pasu dan baluhnya diperbuat daripada jenis kayu kertas dan lazimnya daripada batang kelapa ataupun sago. Pada permukaannya telah direngang dengan belulang daripada kulit kambing dan disirat dengan tali rotan . Gendang ini sering dimainkan oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai kumpulan gendang melayu untuk mengiringi sejenis persembahan nyanyian rakyat yang dikenali sebagai bermukum di kalangan masyarakat melayu disarawak . Kesenian ini hampir serupa dengan dondang sayang dari segi gaya dan bentuk persembahannya. Dalam persembahan bermukum ketua kumpulan gendang wanita akan bermainkan rebana juga ditakrifkan sebagai gendang wanita dan yang lain memainkan dalam bentuk bertingkah . pemain gendang ditempatkan dibelakng bersama sekumpulan anak dara yang di suntingan teruna melalui jual pantun sambil berjoget. Selain daripada itu terdapat dua jenis gendang satu muka dikenali sebagai benduk dan dumbak sering digunakan di masjid atau di surau untuk keupacaraan orang islam. Manakala di kalangan suku kaum kenyah terdapat sejenis gendang satu muka dikenlai sebgaui tuhu bentuknya seperti kun yang tinggi hampir 4 meter. Pada permukaanya mempunyai 90 cm lebar dan dipasang dengan belulang kambing. Kaum kenyah yang berada di Kalimantan timur Indonesia, dikalangan kaum bidayuh di Sarawak terdapat gendang satu muka yang dikenali sebagai dombak dan diguna pakai oleh masayarakat melayu.

Anda mungkin juga menyukai