Anda di halaman 1dari 1

FAKTA TOKOH

Dilahirkan pada 1 Julai 1918 di daerah Surat di India. Antara karya beliau dalam buku The Choice: Dialog Islam-Kristian. Debat Kontemporari Ahmed Deedat vs Dr Anis Shorrosh. Pita kaset rakaman ini diambil dari satu sesi perdebatan berprestij antara Ahmed Deedat(sebagai pendebat Islam) dan Dr Anis Shorrosh (sebagai pendebat Kristian) pada tahun 1985. Hasil perdebatan, ramai yang terbuka hati untuk memeluk agama Islam.

INSPIRATOR
G R U P P E N G K A J I T A M A D U N D U N I A | B I L A N G A N 1 2 M E N J E J A K . M E N E L A D A N I . M E M I M P I N | 1 2 N O V 2 0 1 3

Oleh Muhammad Fakhrul Amiruddin B Hamdan

AHMAD HOOSEN DEEDAT


Sumbangan
Sepanjang hayat dakwah beliau, Syeikh Deedat telah menghasilkan 20 buah buku yang telah diterjemahkan ke ratusan bahasa. Syarahan pertama beliau diberi tajuk Muhammad (pbuh):

inspirator.blogspot.com

Biografi

Ahmad Hoosen Deedat atau lebih dikenali sebagai Syeikh Ahmad Deedat ataupun Syeikh Deedat dilahirkan pada 1 Julai 1918 di daerah Surat di India. Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindari dari kemiskinan yang amat larat, Ahmed Deedat telah pergi ke Afrika Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan kemudian (dari tarikh penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan). Beliau mendirikan institut pengajian Islam pertama di Afrika Selatan. Beliau juga telah memegang jawatan presiden bagi IPCI (Islamic Propagation Centre International) yang meletakkan misi untuk menyebarluaskan mesej Islam ke seluruh dunia sebagai matlamat utama.

hadirin.Beliau juga merupakan seorang pengarang, pensyarah, dan juga pemidato. Beliau dikenali dunia sebagai salah seorang pakar pembicara yang amat handal khususnya dalam sesi perdebatan umum yang memerihalkan tentang masalah keagamaan Islam bersama agamaagama lain. Pada 3 Mei 1996, Syeikh Deedat telah diuji Allah s.w.t dengan penyakit lumpuh. Oleh yang demikian, Syeikh Deedat telah hilang kemampuan untuk bergerak dan bercakap. Dengan hanya berbekalkan keupayaannya untuk menggerak mata, Syeikh Deedat meneruskan hayatnya sehinggalah Tuhan menjemputnya pada 8 Ogos 2005. Saatsaat hidupnya digunakan hanya-sanya untuk dakwah Islam. Usaha Syeikh Deedat ini tetap berterusan walaupun beliau hanya mampu terbaring di atas katil. Mesej Islam semasa sakitnya tetap sama dengan mesejnya semasa sihat. Hujjahnya tetap kuat dan teguh dalam berhadapan dengan

Ilustrasi wajah Ibn Battutah dalam pengembaraan ke seluruh dunia

Messenger of Peace. Dari syarahan yang hanya sekadar didengari oleh 15 orang, pengikut Syeikh Deedat bertambah dan semakin bertambah mencapai angka jutaan. Syekh Deedat paling dikenali melalui sesi debat beliau dengan seorang paderi terkemuka Amerika, Jimmy Swaggart. Debat bertajuk Is The Bible the Word of God ini berlangsung di hadapan 8000 orang

gptdunisel.blogspot.com

Gptd Unisel

+6013.391.7122

#gptdunisel