Anda di halaman 1dari 26

1.

PENYELIDIKAN: 1.1 Pendidikan muzik dikalangan kanak-kanak sering-kali menjadi bualan pelbagai pihak.Hal ini kerana pendidikan muzik senantiasa menjadi bahagian penting dalam pembelajaran kanak-kanak.Contoh yang paling mudah apabila seorang ibu saban hari mendodoikan anaknya ketika hendak tidur. 1.2 Kajian membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.Menurut Dr. Lihanna Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik begitu berguna untuk masa depan bayi kerana ia dilihat mampu memupuk kemahiran menulis,kemahiran membaca dan perbahasan.Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. 1.3 Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa : 1.3.1 1.3.2 Muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia Meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada 1.3.3 1.3.4 Mempunyai faedah kognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan Keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil yang mengambil pelajaran komputer

pelajaran muzik, termasuk mereka dalam tempoh yang sama.

1.3.5

Peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori.Contoh terbaik adalah lagu huruf.Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

1.3.6

Berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baik dan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.

1.3.7

Merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. ia menjadi faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

1.4

Daripada hasil kajian yang telah diperoleh telah menyebabkan pihak kami(Syarikat Nazzaria Group) begitu berminat untuk melakukan bengkel sehari untuk menceritakan dengan lebih mendalam kepada para ibu bapa mengenai pendidikan muzik kepada kanak-kanak dimana pendidikan muzik dikalangan kanak-kanak mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis.Program ini dilihat mampu menarik minat masyarakat dan kami pasti bengkel yang bakal kami laksanakan ini akan berjaya serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

1.5

Selain itu, pihak kami juga melihat bahawa kurangnya bengkel-bengkel atau program-program seperti ini diluar sana dan menjadi satu tanggungjawab kepada syarikat kami untuk mempromosi pendidikan muzik secara meluas.

1.6

Peralatan muzik yang bakal kami gunakan di dalam bengkel ini adalah genderang yang mempunyai beberapa lagi peralatan muzik dibawahnya iaitu drum tenor, tamborin, kayu tik tok, kerincing, drum samping, melodian, kastenet dan loceng.

1.7

Sebagai permulaan, pihak kami memfokuskan 22 buah tabika perpaduan di sekitar Sungai Petani sebagai kumpulan pertama bagi melihat keberkesanannya dan projek-projek susulan akan diteruskan jika mencapai objektifnya.

2.0

PENGENALAN: Kertas cadangan ini merupakan sebagai satu garis panduan untuk melaksanakan Bengkel Pendidikan Muzik dalam konteks pendedahan ilmu kepada ibu bapa dan kanak-kanak dengan kerjasama Syarikat Nazzaria Group yang membekalkan perkakasan muzik, Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional, Negeri Kedah serta Jabatan Pendidikan, Negeri Kedah.Projek ini dikenali sebagai Bengkel Pendidikan Muzik: Muzik Menjana Pemikiran Kreatif & Kritis. Bengkel Pendidikan Muzik: Muzik Menjana Pemikiran Kreatif & Kritis merupakan satu program yang mampu mengubah persepsi ibu bapa mengenai pendidikan muzik dikalangan anak-anak serta memberikan kebaikan yang maksimum kepada anak-anak untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif.Ia secara tidak langsung memberikan pendidikan kepada ibu bapa serta anak-anak mereka.Antara program yang bakal dilakukan dapat dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama adalah ceramah dari pakar perkembangan kanak-kanak Dr. Lihanna Borhan dari Universiti Malaya manakala fasa kedua adalah aktiviti ibu bapa bersama anak-anak

mengenai alat muzik genderang.Selain itu juga terdapat pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, pameran Jabatan dan Agensi Kerajaan dan selera kota. Bengkel ini akan dirasmikan penutupannya oleh Yang Berbahagia Tn Hj Shahidan bin Abd Rahman, Pengarah Pelajaran Kedah pada 12 Jun 2010 (Sabtu) bertempat di Perkarangan Lobi Village Mall, Sungai Petani, Kedah. Kumpulan sasaran bagi Bengkel Pendidikan Muzik: Muzik Menjana Pemikiran Kreatif & Kritis ini adalah golongan ibu bapa bagi kumpulan pertama,kanak-kanak dari 22 tabika perpaduan seluruh Sungai Petani, dan guru-guru tabika.

3.0

TUJUAN: Kertas kerja ini disediakan dengan tujuan: 3.1 Bengkel yang dirancang akan dapat dilaksanakan sebagai satu pendadahan kepada ibu bapa tentang pentingnya pendidikan muzik dalam menjana pemikiran kreatif dan kritis. 3.2 Mendedahkan kepada ibu bapa bahawa pendidikan muzik dilihat sebagai faktor yang mampu mempengaruhi anak-anak di dalam pendidikan. 3.3 Memberikan ilmu pengetahuan kepada para ibu bapa, para guru, serta golongan kanak-kanak melalui ceramah serta aktiviti bersama yang bakal dijalankan. 3.4 Mengubah persepsi masyarakat bahawa muzik merupakan pekara yang melalaikan.

4.0

OBJEKTIF: Di akhir bengkel ini, ibu bapa,kanak kanak dan para guru boleh: 4.1 Ibu bapa serta para guru dapat membantu kanak-kanak dalam setiap pendidikan yang berasaskan muzik supaya kanak-kanak merasa diri mereka dihargai. 4.2 Melibatkan diri secara aktif dan gembira dalam nyanyian, muzik dengan gerakan dalam permainan alat muzik tidak bermelodi. 4.3 Dapat bersama kanak-kanak dalam setiap pekara yang berkaitan dengan pembelajaran muzik seperti mendengar secara aktif, mengecam bunyi, mengenal bunyi, berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan, guru, dan ahli keluarga melalui kegiatan muzik serta mengamalkan semangat usahasama, disiplin diri dan yakin diri melalui kegiatan muzik amal.

5.0

MATLAMAT: Bengkel Pendidikan Muzik :Muzik Menjana pemikiran Kreatif & Kritis ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri: 5.1 Matlamat Umum: 5.1.1 Mengubah persepsi masyarakat yang memandang pendidikan muzik hanya melalaikan kanak-kanak. 5.1.2 Memberikan pendidikan secara beterusan kepada masyarakat supaya persepsi tersebut dapat diubah.

5.2

Matlamat Perlaksanaan: 5.2.1 Berusaha untuk memperkenalkan pendidikan ini secara meluas kepada masyarakat secara keseluruhan.

5.2.2

Sebagai satu motivasi dalaman kepada kanak-kanak supaya berani menempuh dunia mendatang.

5.3

Matlamat Ekonomi: 5.3.1 Dapat menggunakan peralatan serta bahan sedia ada ditempat projek tesebut. 5.3.2 Menjimatkan wang ibu bapa kerana program yang dianjurkan adalah percuma manakala hadiah untuk cabutan bertuah merupakan sumbangan dari penaja. 5.3.3 Dapat menambahkan sumber pendapatan masyarakat sekeliling kerana mereka bebas berniaga pada hari berlangsungnya bengkel.

6.0

MESEJ & TEMA: Terdapat beberapa mesej yang diharapkan pihak kami apabila menganjurkan bengkel sehari ini.Antara mesej tersebut adalah:

6.1

Mesej: Terdapat beberapa mesej yang diharapkan pihak kami apabila menganjurkan bengkel sehari ini.Antara mesej tersebut adalah: 6.1.1 Kepada kanak-kanak: Moga setiap daripada mereka mendapat manfaatnya kerana kami percaya kanak-kanak jika diasuh dengan baik mampu berjaya dalam kehidupan.Di sini kami melihat bahawa cara untuk menjana pemikiran kreatif dan kritis adalah dengan pembelajaran muzik diperingkat kecil lagi.

6.1.2

Kepada Ibu Bapa: Moga ibu bapa dapat memberi galakan dan sokongan yang tinggi serta yakin bahawa pendidikan muzik mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis kanak-kanak.Bagi kumpulan pertama ini sudah tentu mereka akan menjadi perhatian kerana kejayaan kumpulan pertama mampu

mengembangkan pendidikan muzik ini diseluruh negara.

6.1.3

Kepada para guru: Para guru sememangnya memainkan peranan dalam melaksanakan pendidikan muzik ini.Kejayaan mereka dalam mendidik kanak-kanak khususnya mereka yang berada di dalam kumpulan pertama mampu mengembangkan pendidikan muzik diperingkat prasekolah secara lebih luas lagi.Diharapkan mereka akan melipat gandakan usaha agar projek kumpulan pertama berjaya.Disini, kanak-kanak akan dipantau oleh pihak kami dari masa ke semasa bagi melihat keberkesanan bengkel pendidikan muzik serta pendidikan muzik diperingkat prasekolah.

6.1.4

Kepada penaja: Mudah-mudahan penaja yang menaja program yang kami anjurkan akan terus bersama kami dalam berusaha untuk memartabatkan pendidikan muzik ini.Jika projek pertama ini berjaya, kami percaya bahawa akan ada projek susulan yang akan kami rencanakan.Pada ketika itu, kami dapat melihat bahawa pihak penaja akan mempunyai jalinan usahasama dalam perniagaan jika projek ini berjaya dilakukan diperingkat kebangsaan

6.1.5

Kepada Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional: Sesungguhnya, pihak Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional, Kedah merupakan tulang belakang di dalam projek ini.Selain memberi peluang pihak kami untuk menggunakan 22 buah tabika di sekitar Sungai Petani, mereka juga membantu dalam melihat perkembangan kanak-kanak ini.

6.1.6

Kepada Jabatan Pendidikan: Selain dari Jabatan Perpaduan, Jabatan Pendidikan sememangnya telah banyak membantu pihak kami dalam aspek nasihat.Diharapkan, hubungan baik yang terjalin akan mampu diterjemahkan didalam beberapa lagi projek pada masa hadapan.

6.1.7

Kepada Agensi kerajaan: Setiap agensi kerajaan yang membuat pameran pada hari tersebut sememangnya mereka-mereka yang penting di dalam memeriahkan program yang kami rencanakan.Masyarakat bukan sahaja mendapat ilmu baru semasa bengkel dijalankan bahkan mendapat pembelajaran lain seperti pameran yang diadakan.Mudah-mudahan hubungan yang terjalin akan sentiasa terus mekar kerana program-program seperti ini dilihat mampu mendekatkan agensi-agensi kerajaan ini dengan masyarakat.

6.1.8

Kepada masyarakat setempat: Pihak kami berharap agar pada masa akan datang projek-projek seperti ini mampu melibatkan mereka.Memang bagi projek kumpulan pertama hanya kelompok tertentu yang menjadi perhatian kami namun pada masa akan datang dan jika projek ini berjaya sudah pasti kami akan melibatkan

semua masyarakat setempat.Itu janji kami jika projek kumpulan pertama berjaya.

6.2

Tema: Bagi menunjukan kami komited dalam melaksanakan program ini, kami mempunyai tema yang mudah dan mampu merealisasikan cita-cita kami.Tema yang dipilih adalah Bengkel Pendidikan Muzik: Muzik Menjana Pemikiran Kreatif & Kritis.

7.0

SALURAN: Terdapat beberapa saluran yang dikenalpasti bagi menyampaikan maklumat kepada publik.Antara saluran yang dimaksudkan adalah: 7.1 Bersemuka: Bagi projek untuk kumpulan pertama, kami telah bermesyuarat dan meminta bantuan para guru untuk menyampaikan surat jemputan kepada ibu bapa untuk hadir pada hari tersebut.Pertemuan diantara pihak kami dan juga para guru dilihat telah membentuk satu pemuafakatan yang kuat dan para guru sepakat untuk mewajibkan ibu bapa untuk hadir pada hari tersebut kerana melihat bengkel pendidikan muzik ini mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis anakanak.Bengkel yang tidak memerlukan ibu bapa mengeluarkan duit dilihat mampu menarik minat mereka untuk hadir pada hari tersebut.

7.2

Melalui Media Massa: Walaupun kami melihat projek bagi kumpulan pertama hanya untuk kelompok tertentu namun kami juga memahami bertapa perlunya masyarakat sekeliling untuk turut serta.Hal ini kerana kami juga turut membuat persiapan jika masyarakat sekeliling turut serta dan secara tidak langsung menyemarakkan

program pada hari tersebut.Bagi tujuan itu, kami juga menggunakan radio sebagai alat saluran kami.Hal ini kerana radio merupakan saluran yang mudah bagi menghebahkan mengenai program kami.Kami memilih radio RTM Kedah bagi menghebahkan maklumat mengenai program yang kami rencanakan.Hal ini kerana sasaran kami adalah publik disekitar Kedah.

7.3

Lain-lain: Selain daripada saluran-saluran yang dinyatakan, kami melihat bahawa perlunya poster-poster serta kain rentang bagi menarik minat publik.Walaupun kumpulan sasaran adalah ibu-bapa,guru-guru dan kanak-kanak dari 22 tabika perpaduan di Sungai Petani, namun kami dapat meramalkan bahawa masyarakat sekeliling juga akan turut serta bagi menjayakan program.Justeru itu, kami melihat perlunya poster-poster serta kain rentang dipasang 2 minggu sebelum bengkel tersebut diadakan.Hal ini supaya bagi menarik perhatian masyarakat di sekitar kawasan tersebut.

8.0

TAJAAN: Sesuatu program yang berjaya juga bukan sahaja diukur dari kejayaan program pada hari tersebut tetapi juga diukur dari nilai tajaan yang berjaya diperolehi.Semakin banyak tajaan yang diterima maka program tersebut akan selangkah untuk berjaya.Dibawah ini, kami menyenaraikan penaja-penaja yang berpotensi dalam memberikan tajaan.Mereka merupakan watak penting dalam program bakal kami laksanakan dan harapan kami supaya mereka akan bersama-sama kami dalam menjayakan program ini:

8.1

Syarikat Nazzaria Group: Bagi pihak Syarikat Nazzaria Group, kami melihat program ini sebagai satu tanggungjawab sosial kerana kami melihat bahawa pentingnya kanak-kanak untuk diterapkan dengan minda yang kritis & kreatif dan dari hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa muzik mampu menjana pemikiran kritis dan kreatif.Selain menaja alat-alat genderang yang bakal digunakan pada hari tersebut, pihak syarikat juga berbesar hati untuk menyumbang RM 5000.00 bagi menjayakan bengkel pendidikan muzik ini.

8.2

Yamaha Music Malaysia: Pihak kami memikirkan bahawa perlunya sumbangan dari penaja seperti Yamaha Music Malayasia kerana mereka merupakan sebuah tempat pembelajaran muzik yang cukup terkenal.Disini,kami begitu mengharapkan tajaan kewangan berjumlah RM 2000.00 dari pihak Yamaha.Kami melihat bahawa jika bengkel sehari ini berjaya, Yamaha akan turut terkena tempiasnya.Sudah pasti ibu bapa akan menjadikan Yamaha Music sebagai tempat pembelajaran lanjutan dan imej Yamaha Music sebagai tempat pembelajaran muzik akan meningkat dikalangan masyarakat.Walaupun lokasi cawangan Yamaha Music di Langkawi,Kedah namun usaha seperti membawa para guru dari Yamaha secara tidak langsung mampu meningkatkan nama dan pengaruh Yamaha Music Malaysia.

8.3

Nestle Products Sdn. Bhd: Nestle merupakan jenama yang sudah terkenal dikalangan pengguna.Justeru itu, kami melihat Nestle mampu memberikan impak di dalam program

tersebut.Melalui pemberian milo percuma pada hari tersebut, kami mengharapkan pihak Nestle boleh memberikan sumbangan sebanyak RM 2000.00 kepada program ini.Nestle sudah pasti akan mendapat keuntungan disebalik kejayaan projek ini.Selain daripada jenama mereka semakin disukai, kami melihat bahawa hubungan Nestle dengan publik akan semakin dekat.

8.4

Anmum/Fonterra Malaysia: Kami melihat, program bengkel yang bakal kami laksanakan adalah lebih kepada kekeluargaan.Jadi kami melihat bahawa Anmum merupakan penaja yang sesuai dengan program kami.Kami mengharapkan sumbangan sebanyak RM 2000.00 dari pihak Anmum/Fonterra Malaysia.Kami juga prihatin dengan kempen-kempen yang dijalankan Anmum dan kami mengharapkan melalui pameran yang bakal dijalankan nanti mampu mendekatkan Anmum dengan sasaran mereka.

8.5

Kraft Malaysia Sdn Bhd: Pemikiran yang kritis dan kreatif sering kali melibatkan pemakanan yang sihat dan seimbang.Disini, kami melihat bahawa Kraft Malaysia merupakan penaa yang tepat apabila bercakap mengenai pemakanan yang sihat kerana produkproduk yang dikeluarkan Kraft Malaysia semamangnya berkualiti tinggi.Justeru itu, kami mengharapkan sumbangan sebanyak RM 2000.00 daripada pihak Kraft Malaysia bagi menjayakan bengkel sehari ini.Melalui penglibatan Kraft Malaysia melalui pameran yang bakal dijalankan mampu menguatkan imej Kraft Malaysia sebagai jenama produk makanan yang sihat.

8.6

Unilever Malaysia Holding Sdn Bhd: Unilever Malaysia sememangnya syarikat yang begitu peka dalam aspek kebersihan diri.Buktinya dengan produk seperti Lifebuoy dan beberapa produk mandian yang lain.Justeru kami menginginkan pihak Unilever Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan sebanyak RM 2000.00 bagi membantu pihak kami untuk melaksanakan projek bengkel sehari ini.Diharapkan dengan pameran yang bakal dilaksanakan mampu meningkatkan imej Unilever Malaysia sebagai syarikat yang peka dengan kebersihan.Diharapkan juga produk Lifebuoy mampu menjadi produk yang mampu menarik minat masyarakat pada hari tersebut.

8.7

Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional: Pihak kami melihat bahawa tulang belakang bagi projek ini adalah Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional. Kedah.Justeru,kami mengharapkan khidmat nasihat serta pandangan dalam beberapa aspek.Kami juga berharap bahawa pihak jabatan memberi sedikit sumbangan sebanyak RM 1000.00 bagi memantapkan dana bagi projek ini.Imej Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional akan menjadi perhatian dengan adanya pameran dan masyarakat akan lebih mengetahui peranan dan tanggungjawap jabatan dengan lebih teperinci lagi.

8.8

Jabatan Pendidikan, Kedah: Selain daripada Jabatan Perpaduan, pihak kami juga melihat Jabatan Pendidikan sebagai tulang belakang yang begitu penting dalam program ini.Selain daripada nasihat yang diberikan, pihak kami juga begitu mengharapkan sumbangan dari pihak jabatan pendidikan sebanyak RM 1000.00 bagi memantapkan program yang

bakal kami laksanakan.Perasmian penutupan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, merupakan simbolik bagi pengakhiran pogram dengan jayanya.

8.9

Lain-lain: Selain daripada senarai penaja yang bakal memberi tajaan bagi Bengkel Pendidikan Muzik: Muzik Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif pihak kami juga melihat betapa perlunya tajaan bagi sektor kerajaan dan swasta yang lain kerana kami percaya bahawa program yang bakal kami laksanakan akan berjaya dan beberapa lagi program susulan akan kami rancangkan bagi memartabatkan pendidikan muzik.Disini, setiap penaja yang terlibat bakal memperolehi manfaatnya kerana dapat mendekatkan diri dengan golongan masyarakat dan secara tidak langsung mempromosi jenama mereka.

9.0

SKOP: Bidang Tumpuan Projek ini adalah: 9.1 Fokus utama adalah mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan muzik pada peringkat prasekolah. 9.2 Memberi pendedahan kepada ibu bapa dan guru-guru bahawa perlunya pendidikan muzik dikembangkan secara menyeluruh. 9.3 Merupakan satu motivasi dalaman kepada kanak-kanak apabila melihat ibu bapa mereka datang untuk bersama mereka dalam setiap aktiviti yang dilakukan. 9.4 Perlaksanaan bengkel ini sebenarnya memberi satu pendedahan awal, kemahiran, keyakinan serta pengalaman yang beharga kepada ibu bapa, guru-guru serta kanak-kanak.

10.0

PUNCA MAKLUMAT: Terdapat beberapa punca yang dikaji oleh pihak kami sebelum membuat perancangan projek ini termasuklah:

10.1

Punca utamanya adalah bertanyakan kepada pakar kanak-kanak bahawa adakah wajar jika kami melaksanakan bengkel sedemikian rupa disamping melihat bahawa masih kurang pendidikan muzik ini diperkatakan secara meluas terutamanya penggunaan alat genderang.

10.2

Punca kedua adalah perbincangan bersama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Kedah serta Jabatan Pendidikan Kedah.

11.0

SITUASI MASA: 11.1 Keadaan semasa jawatankuasa program: 11.1.1 13 Febuari 2010(sabtu)-Perbincangan diantara jawatankuasa program bagi mengenalpasti program yang bakal dijalankan.Setiap unit perlu membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai bentuk program yang bakal dilaksanakan.Mereka juga perlu berusaha mencari serta mengenalpasti sumber-sumber baru serta memikirkan program yang jarang dilakukan oleh organisasi lain.Akhirnya jawatankuasa program bersetuju bagi melaksanakan bengkel seharian sebagai satu

tanggungjawab sosial syarikat dalam mengangkat pendidikan muzik dikalangan masyarakat. 11.1.2 Perbincangan mesyuarat seterusnya akan sentiasa diadakan dari masa ke semasa bagi menyusun dengan teliti sehingga pada hari program dilaksanakan.

11.2

Keadaan semasa tempat projek: 11.2.1 Berdasarkan kepada perbincangan dengan mereka yang terlibat, pihak kami mengenalpasti sebuah kawasan yang paling sesuai untuk bengkel tersebut.Kawasan yang dimaksudkan adalah perkarangan lobi Village Mall, Sungai Petani.Hal ini kerana kawasan tersebut sentiasa menjadi tumpuan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Kedah cawangan Sungai Petani dalam melaksanakan beberapa aktiviti jabatan.

12.0

KEPERLUAN UNTUK PERUBAHAN: 12.1 Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, Bengkel Pendidikan Muzik: Muzik Menjana Pemikiran Kreatif dan Kritis, amat sesuai diadakan dikawasan tersebut kerana selain ibu bapa,guru-guru,dan kanak-kanak yang dijemput, masyarakat sekeliling juga dapat bersama-sama mendengar serta melihat program dan secara tidak langsung mereka juga akan menerapkan kaedah yang sama terhadap anak-anak mereka. 12.2 Pihak kami akan menyediakan kelengkapan muzik yang akan digunakan pada hari tersebut.Kelengkapan muzik yang dimaksudkan adalah alat-alat genderang untuk digunakan di dalam beberapa aktiviti. 12.3 Kami juga akan berusaha untuk mencari dana bagi membantu menjayakan program ini.Kami akui program seperti ini memerlukan belanja yang besar dan justeru itu kami hanya menyasarkan kumpulan pertama dahulu sebelum meluaskan program seperti di setiap pelusuk negara. 12.4 Memberi pendedahan kepada setiap lapisan masyarakat bahawa bagaimana pendidikan muzik mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis.

13.0

PENYELESAIAN: 13.1 Kaedah yang digunakan: 13.1.1 Ceramah: Ceramah akan diberikan secara percuma kepada ibu bapa dan para guru dalam kumpulan pertama ini yang mana penceramah dijemput khas dari Universiti Malaya

13.1.2 Pengajaran genderang: Semasa ibu bapa sibuk dengan ceramah, satu aktiviti khas akan diajar oleh guru muzik dari Yamaha Music Malaysia bagi menunjukan cara bermain dengan betul alat muzik genderang.

13.1.3 Ikatan Kasih: Pada fasa kedua iaitu selepas makan tengahari, para ibu bapa, guru-guru serta kanak-kanak akan melibatkan diri dan melihat dengan lebih dekat keghairahan anak-anak bermain genderang.

13.1.4 Pameriksaan Kesihatan Percuma: Pemeriksaan kesihatan percuma akan diberikan pada hari itu sebagai acara sampingan bagi memeriahkan bengkel.

13.1.5 Gerai Pameran & Jualan Ibu bapa, guru-guru, kanak-kanak dan masyarakat sekeliling akan didedahkan dengan pameran dari agensi-agensi kerajaan dan

swasta.Antaranya adalah pameran Anti Dadah, pameran Pemakanan Secara Sihat oleh Jabatan Kesihatan, pameran alat-alat muzik oleh Syarikat Nazzaria Group, pameran dari Yamaha Music Group, pameran dari Nestle dan sebagainya.Gerai-gerai jualan turut disertakan kerana kami

menjangkakan selain daripada ibu bapa dalam kumpulan pertama, masyarakat sekeliling juga akan sama-sama berada pada hari tersebut.

13.2

Tenaga pengajar & Sumber: 13.2.1 Ceramah: Ceramah akan disampaikan oleh Dr Lihanna Borhan, Pensyarah Kanan perkembangan kanak-kanak, Universiti Malaya.

13.2.2 Pengajaran Genderang: Aktiviti pengajaran genderang ini akan diajar oleh guru muzik dari Yamaha music Group.Aktiviti ini akan dilakukan bersama kanak-kanak dari 22 tabika perpaduan seluruh Sungai Petani.

13.2.3 Ikatan Kasih: Ikatan kasih ini akan melibatkan kanak-kanak dari 22 tabika tersebut bersama ibu bapa dan guru mereka.Guru muzik dari Yamaha Music Group akan sekali lagi melakukan aktiviti tersebut bersama ibu bapa serta para guru.

13.2.4 Pameran Kesihatan percuma: Ia akan disediakan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan.

13.2.5 Gerai Pameran & Jualan: Setiap agensi yang terlibat akan membawa bahan-bahan pameran sendiri.

13.3

Peralatan dan kemudahan: 13.3.1 Ceramah: Tempat adalah dilobi Village Mall, Sungai Petani.Kerusi dan meja akan disediakan oleh pihak penganjur.

13.3.2 Pengajaran Gendang: Alat-alat genderang akan disediakan oleh syarikat kami iaitu Syarikat Nazzaria Group yang membekalkan alat-alat muzik.

13.3.3 Ikatan Kasih: Untuk aktiviti bersama ini juga alat-alat genderang akan disediakan oleh Syarikat Nazzaria Group.

13.3.4 Pameran Kesihatan percuma: Pameran kesihatan ini akan berlangsung disekitar kawasan lobi Village Mall.Kerusi dan meja akan disediakan oleh pihak penganjur.

13.3.5 Gerai Pameran & Jualan: Meja dan kerusi untuk anggota akan disediakan oleh pihak penganjur.

14.0

JADUAL AKTIVITI: PELAKSANAAN: Tarikh: 12 Jun 2010 Hari: Tempat: Perasmian: Sabtu Perkarangan Lobi Village Mall, Sungai Petani Tn Hj Shahidan B. Abd Rahman

Tarikh: 12 Jun 2010 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi-9.30 pagi

9.30 pagi-9.55 pagi 10.00 pagi-12.30 tengahari 12.30 tengahari-2.30 petang

2.30 petang-4.00 petang 4.00 petang-5.30 petang

Perkara: a)Pendaftaran peserta b)Pendaftaran gerai pameran c)Pendaftaran cabutan nombor bertuah Sarapan pagi a)Ceramah b)Pengajaran genderang a)Selera kota b)Pemeriksaan kesihatan percuma c)Pameran Aktiviti bersamaIkatan Kasih a)Perasmian penutupan oleh Pengarah Pelajaran Kedah. b)Penyampaian hadiah cabutan bertuah c)Penyampaian cenderahati d)Bergambar beramai-ramai e)Bersurai

Tindakan: AJK yang berkaitan akan aktiviti dinyatakan ini. mengendalikan yang

15.0

JAWATAN KUASA KERJA: 15.1 Jawatan Kuasa Induk: Penaung i : Tn Hj Shahidan B.Abd Rahman Pengarah Pelajaran Kedah Penaung ii : En Saidi B. Midin Pengarah Perpaduan & Integrasi Nasional Kedah

Penasihat

Tn Hj Yaakob B. Ahmad Pengerusi Nazzaria Group

Pengerusi Projek

En Azhar B. Ibrahim Puan Hanita B. Ahmad En Ammar Afandi B. Abd Mutalib Puan Noor Azima Bt. Ramli Cik Nazirah Bt Hashim Cik Nadia Nudziah Bt. Hj Nayan

Timbalan Pengerusi : Setiausaha :

Penolong Setiausaha : Bendahari Pegawai Publisiti : :

15.2

Jawatan Kuasa Kecil: Penaung i :

Tn Hj Shahidan B.Abd Rahman Pengarah Pelajaran Kedah

Penaung ii

: Pengarah Perpaduan & Integrasi Kedah

Penasihat

Tn Hj Yaakob B. Ahmad Pengerusi Nazzaria Group En Azhar B. Ibrahim Puan Hanita B. Ahmad En Ammar Afandi B. Abd Mutalib Puan Noor Azima Bt. Ramli Cik Nazirah Bt Hashim Cik Nadia Nudziah Bt. Hj Nayan Cik Noor Aniza Bt. Ahmad En Mohd Firdaus B. Ahmad Sabry En. Muhammad Shahril B. Sabu Cik Roszaida binti Hussin En. Hariz Faizal B. Abdul Halim

Pengerusi Projek

Timbalan Pengerusi : Setiausaha :

Penolong Setiausaha : Bendahari Pegawai Publisiti : :

Jemputan/Sambutan : Persiapan Tempat Selera Kota : :

Hadiah/Cenderamata : Alat Siaraya :

Ceramah

Puan Hanita Bt. Ahmad Puan Noor Azima Bt. Ramli Cik Nazirah Bt. Hashim En Ammar Afandi B. Abd Mutalib

Pemeriksaan Kesihatan: Pameran Kebersihan : :

16.0

ANGARAN BELANJAWAN: 16.1 Pendapatan: Bil: 1. 2. 3. Perkara: Sumbangan Nazzaria Group Sumbangan Penaja Sumbangan Jabatan Kerajaan Harga seunit: RM5000.00 x 1 RM2000.00 x 5 RM1000.00 x 2 JUMLAH: Jumlah(RM) RM5000.00 RM10000.00 RM2000.00 RM17000.00

16.2 Bil: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Perbelanjaan: Perkara: Sewa khemah canopy Makan/Minum Bayar Penceramah Sewa alat siaraya Saguhati Petugas kesihatan/pameran Bayar Guru Muzik Hadiah/Cnederahati Harga Seunit: RM 250 x 10 RM 10.00 x 1000 RM2000.00 x 1 RM500.00 x 1 RM25.00 x 20 RM500.00 x 1 100 x 10 JUMLAH Jumlah(RM) RM2500.00 RM10000.00 RM2000.00 RM500.00 RM500.00 RM500.00 RM1000.00 RM17000.00

17.0

PENILAIAN: Bengkel Pendidikan Muzik: Muzik Menjana Pemikiran Kreatif & Kritis merupakan program yang dianjurkan oleh syarikat kami iaitu Syarikat Nazzaria Group sebagai satu tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat.Hal ini kerana kami menyedari bahawa sememangnya pendidikan muzik mampu menjana serta melahirkan pemikiran kreatif dan kritis kepada kanak-kanak.

17.1

Penilaian beterusan: Seperti yang kami nyatakan pada mula lagi bahawa projek ini dikhususkan kepada kempulan pertama dan juga masyarakat sekitar tempat berlangsungnya program.Bagi projek kumpulan pertama, setiap kanak-kanak dari 22 buah tabika diseluruh Sungai Petani akan dipantau perkembangan mereka bagi melihat bahawa adakah pendidikan muzik mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis.Alat muzik yang kami gunakan adalah genderang.Justeru itu, setiap perjalanan mereka akan dilihat oleh pegawai kami dengan bantuan pegawai pendidikan serta pegawai perpaduan. Kami percaya bahawa bengkel ini akan berjaya dengan cemerlangnya kerana melihat bahawa bengkel pendidikan muzik masih lagi diperingkat pemulaan dan program-program seperti ini akan beterusan dan tidak terhenti disini sahaja.Disebabkan kurangnya program-program seperti ini telah menguatkan semangat kami untuk terus memartabatkan pendidikan muzik kerana percaya muzik mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis kanak-kanak. Namun begitu jika projek ini berjaya, kami akan memberikan fokus kepada kepada keseluruhan negeri Kedah dan seterusnya ke peringkat

kebangsaan.Diharapkan, program yang kami laksanakan akan mnjadi ikutan syarikat lain bagi memartabatkan pendidikan muzik diperingkat yang lebih tinggi lagi. 17.2 Penilaian keseluruhan: 17.2.1 Manfaat kepada kanak-kanak: Bengkel pendidikan muzik sememangnya mampu memberikan kebaikan kepada kanak-kanak kerana hasil kajian yang kami perolehi

memperlihatkan kepada kita bahawa pendidikan muzik mampu menjana

pemikiran kreatif dan kritis kanak-kanak.Sejajar dengan hasrat Kerajaan Malaysia yang ingin melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, kami melihat jika pendidikan muzik diterapkan, hasil pembelajaran kanakkanak akan menjadi lebih cepat. 17.2.2 Manfaat kepada ibu bapa/guru Selain memberi sokongan moral kepada kanak-kanak, ibu bapa secara tidak langsung dapat mempelajari ilmu baru iaitu pendidikan muzik.Hai ini kerana mungkin pada suatu ketika dahulu, pendidikan muzik kurang diterapkan dan bengkel-bengkel seperti ini dilihat dapat memberi ilmu baru kepada mereka.

Para guru dilihat antara watak penting bagi pembelajaran kanak-kanak kerana tanpa mereka sudah pasti pendidikan muzik tidak mampu berjalan dengan lancarnya.Melalui bengkel-bengkel seperti ini secara tidak langsung dapat memantapkan skil-skil mereka yang sedia ada.

17.2.3 Manfaat kepada masyarakat setempat: Memang menjadi keinginan kami ingin melibatkan kesemua lapisan masyarakat.Namun begitu, dengan projek yang masih dikhaskan kepada kumpulan pertama, pihak kami tidak dapat melibatkan masyarakat secara keseluruhan.Walau bagaimanapun, pihak kami tetap melibatkan

masyarakat yang berada dikawasan sekitar.Melalui pameran yang dilaksanakan sedikit sebanyak mampu menarik minat mereka untuk datang memeriahkan majlis.

17.2.4 Manfaat kepada penaja:

Penaja sememangnya watak penting dan mereka dilihat sebagai tulang belakang kepada program yang kami jayakan.Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana bersama-sama kami dalam menjayakan bengkel tersebut.Kami dapat melihat bahawa imej koporat mereka akan menjadi lebih kukuh apabila bersama-sama kami menjayakan program ini.Imej mereka akan sentiasa menjadi siulan dan kami mengharapkan agar mereka akan tetap menjadi penaja kami jika kami melaksanakan lagi pada masa hadapan.

17.2.5 Manfaat kepada agensi kerajan: Bengkel-bengkel seperti ini dilihat mampu memberi banyak manfaat kepada agensi kerajaan.Antaranya adalah hubungan diantara agensi kerajaan dan masyarakat akan menjadi lebih utuh.Bengkel pendidikan muzik ini dilihat sebagai orang tengah yang menghubungkan mereka bersama masyarakat.

17.2.6 Manfaat kepada pengendali program: Syarikat Nazzaria Group mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menjayakannya kerana selain melihat program yang dilaksanakan sebagai satu tanggungjawab sosial, pihak kami melihat bahawa betapa pentingnya kerjasama yang berjaya dijalinkan bersama agensi kerajaan serta pihak penaja sebagai satu ikatan yang akan mampu mengukuhkan jenama serta hubungan perniagaan pada masa akan datang.

Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih bagi mereka yang menjayakannya secara langsung dan tidak langsung karana setiap seorang dari mereka merupakan tulang belakang bagi projek ini. Kejayaan Bengkel Pendidikan Muzik: Muzik Menjana Pemikiran Kreatif & Kritis akan terus disusuli beberapa program lagi diperingkat negeri dan kebangsaan kerana pihak kami menyedari bahawa perlunya ia dimartabatkan untuk kejayaan masa depan anak-anak.

18.0

PENUTUP: Adalah menjadi harapan semoga Bengkel Pendidikan Muzik: Muzik Menjana Pemikiran Kreatif & Kritis dapat memberikan manfaat kepada bukan sahaja kelompok kumpulan pertama bahkan masyarakat setempat.Aktiviti berbentuk tanggungjawab sosial yang berkonsepkan pendidikan muzik diyakini mampu untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritis.Akhir sekali diharapkan bengkel seharian ini mampu mengubah persepsi ibu bapa mengenai pendidikan muzik kerana melalui hasil kajian yang diperolehi menunjukkan muzik sememangnya mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis kanak-kanak Sekian. Terima kasih Salam hormat dari saya

(AZHAR B. IBRAHIM) Pengerusi Projek, Bengkel Pendidikan Muzik Syarikat Nazzaria Group.

Anda mungkin juga menyukai