Anda di halaman 1dari 29

PANDUAN ISI KANDUNGAN FILEM

Bil. 1. 2.

Perkara Bahagian I - Pengenalan Bahagian II - Penjelasan Istilah 1. Filem 2. Filem Iklan 3. Filem Treler 4. Bahan Publisiti Filem Bahagian III - Panduan Isi Kandungan Filem 2.1 Keselamatan dan Ketenteraman awam 2.2 Keagamaan 2.3 Sosiobudaya 2.4 Ketertiban dan Ketatasusilaan Bahagian IV Filem Iklan/Treler dan Bahan Publisiti Filem 1.2 Filem Iklan 1.3 Penempatan Barangan Dalam Filem Iklan 1.4 Filem Iklan Yang Tidak Dibenarkan 1.5 Filem Treler 1.6 Bahan Publisiti Filem Bahagian V - Perkataan Dan Frasa Yang Dilarang Bahagian VI - Filem Yang Tidak Diluluskan Untuk Tayangan

Muka Surat i - ii 1

3.

2-3 3-8 9 - 12 13 - 14

4.

15 - 16 17 17-18 18 18 19 - 21

5.

6.

22

7.

Bahagian VII - Proses Mendapatkan Kelulusan Filem Untuk Tayangan 1. Mengemukakan filem untuk penapisan 2. Keputusan Lembaga 3. Rayuan 23 23 23 24

8.

Bahagian VIII - Penutup

BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Garis Panduan Isi Kandungan Filem ini bertujuan membantu dan memudahkan para karyawan filem dan penyiaran memahami

dasar Kerajaan tentang syarat-syarat dan peraturan-peraturan pembikinan filem dan menjadi satu penanda aras untuk

menghasilkan filem yang sesuai untuk tontonan masyarakat. Walau bagaimanapun syarat-syarat dan peraturan-peraturan ini hendaklah dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan tidak menyekat kreativiti dan perlulah dibaca dalam konteks jalan cerita yang hendak disampaikan.

2.

Garis Panduan ini memberi fokus kepada empat aspek penting yang harus diteliti dan diambil kira di dalam pembikinan filem iaitu, ideologi dan politik, keagamaan, sosiobudaya dan ketertiban dan ketatasusilaan. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian serius dan tidak dieksploitasi untuk agenda sempit dan tersendiri yang akan membawa akibat yang tidak diingini kepada masyarakat dan negara.

3.

Garis

Panduan

Isi

Kandungan

Filem

ini

juga

bertujuan

menggalakkan pembinaan jatidiri bangsa di mana nilai-nilai murni dan amalan-amalan baik masyarakat dapat dipaparkan melalui filem. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang terkandung dalam buku ini adalah amat penting memandangkan pengaruh

dan impak filem begitu besar ke atas pemikiran dan perlakuan masyarakat, terutamanya kanak-kanak dan remaja. 4. Garis panduan ini hendaklah digunapakai seiring dengan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620), serta lain-lain undang-undang, peraturan-peraturan dan dasar-dasar yang sedang berkuatkuasa pada masa ini.

BAHAGIAN II PENJELASAN ISTILAH 1. FILEM 1.1 Mengikut Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) filem ditafsirkan sebagai keseluruhan atau apa-apa bahagian: (i) (ii) sesuatu filem sinematografi; dan sesuatu pita video, disket, cakera laser, cakera padat, cakera keras dan rekod lain; yang asal atau pendua bagi suatu urutan imej gambar tampak, yang merupakan suatu rekod yang dapat digunakan sebagai suatu cara untuk menunjukkan urutan itu sebagai suatu gambar bergerak, sama ada atau tidak diiringi dengan bunyi. 2. FILEM IKLAN 2.1 Filem iklan bermaksud sebuah filem komersial yang mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan dan juga sebarang bentuk pengumuman.

3.

FILEM TRELER 3.1 Filem treler bermaksud apa-apa bahan atau sedutan filem yang mempromosikan sesebuah filem secara visual atau grafik sama ada diiringi dengan bunyi atau pun tidak.

4.

BAHAN PUBLISITI FILEM 4.1 Bahan publisiti filem termasuklah keseluruhan atau apa-apa bahagian sesuatu gambar, fotograf, poster, rajah, surat sebaran, slaid, iklan surat khabar dan apa-apa bentuk iklan lain yang asal atau pendua yang dicetak atau dirakamkan pada apa-apa bahan dan yang dimaksudkan untuk mempromosikan sesebuah filem.

BAHAGIAN III

PANDUAN ISI KANDUNGAN FILEM 1. Adalah menjadi hasrat dan aspirasi kerajaan dan negara untuk menjaga hubungan harmonis antara kaum dan mengekang perkembangan perkara-perkara negatif daripada menular dalam masyarakat. Filem membawa pengaruh dan kesan kepada masyarakat dan negara. Mesej yang tersurat dan tersirat disampaikan dengan cara kreatif, dapat menghibur dan mendidik masyarakat, di samping menjamin kejayaan matlamat di atas. Secara amnya, isi kandungan filem berkisar kepada empat aspek utama seperti berikut : 2.1 Keselamatan dan Ketenteraman awam 2.1.1 Filem yang mengandungi tema, jalan cerita, adegan atau dialog yang menyentuh keselamatan dan ketenteraman awam adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun perkara-perkara di bawah ini perlu diberi perhatian dan diteliti secara mendalam, supaya tidak menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan masyarakat. Di antaranya ialah: (i) Perkara-perkara yang bertentangan prinsip-prinsip Rukun Negara; keganasan undang; dan anarki mengatasi dengan

2.

(ii)

undang-

(iii)

merosakkan kepentingan Kerajaan di dalam dan luar Negara; memburuk-burukkan sesuatu Kerajaan berdaulat yang memerintah atau mempersenda dan mengaibkan sesebuah negara asing; menyindir dan mempersendakan pemimpin atau Kerajaan yang memerintah sehingga dapat

(iv)

(v)

merangsang ketegangan sosial dalam negara; dan (vi) membuat fitnah, menghasut atau mengadu domba yang boleh menimbulkan keraguan dan keresahan di kalangan rakyat dan akhirnya menggugat keselamatan dan ketahanan nasional.

2.2

Keagamaan 2.2.1 Filem yang mengandungi tema, jalan cerita, adegan atau dialog yang menyentuh hal-hal agama adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun perkara-perkara di bawah ini perlu diberi perhatian dan diteliti secara mendalam supaya tidak menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan masyarakat. Di antaranya ialah: (i) pengajaran anti-Tuhan, anti-agama, kepercayaan fanatik, mengkritik atau mencela mana-mana agama. sikap tidak hormat terhadap agama dan adeganadegan dalam filem berkenaan mengandungi unsur-unsur kontroversi. mesej dan tafsiran yang mengelirukan tentang jihad dan menyamaertikannya dengan keganasan. bagi filem yang menyentuh agama Islam, perkara-perkara di bawah ini perlu diberi perhatian dan diteliti secara mendalam, supaya tidak menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan masyarakat: (a) mempersoal, mempersenda memperkecilkan kesucian Islam; dan

(ii)

(iii)

(iv)

(b)

bercanggah dengan akidah, hukum dan ajaran Islam;

(c)

bercanggah dengan pegangan mazhabmazhab yang muktabar; bertentangan dengan pendapat jumhur ulama; unsur khurafat; menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam; menyalahi fakta-fakta sejarah, umpamanya Sirah Rasul; penulisan ayat-ayat Al Quran dalam bentuk tulisan selain daripada Bahasa Arab; mempersoalkan kewibawaan sumbersumber hukum ulama yang telah diterima umum iaitu Al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias; mempertikaikan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, dan Fatwa Negeri; unsur-unsur mempersendakan kewibawaan pandangan mana-mana Mazhab yang empat iaitu Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; merendah-rendah dan mempersendakan kewibawaan serta maruah ulama Muttabar khususnya para Mufti; menggunakan isu-isu Islam bagi tujuan memecah belahkan umat Islam di negara ini; hujah atau kenyataan berupa pengisytiharan keluar dari agama Islam;

(d)

(e) (f)

(g)

(h)

(i)

(j)

(k)

(l)

(m)

(n)

(o)

orang Islam memegang peranan sebagai sami, padri, biarawati dan lain-lain serta melakukan ibadat di kuil, gereja dan sebagainya; orang Islam meminum minuman keras, berjudi, melakukan maksiat, kecuali bertujuan mengisahkan penghijrahan daripada kejahatan kepada kebaikan; filem tidak wajar menggambarkan secara grafik perlakuan membunuh diri. filem yang mengandungi adegan dan dialog yang berunsur syirik dan menyentuh akidah hendaklah diteliti secara mendalam supaya tidak menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan masyarakat. Paparannya dibenarkan sekiranya mempunyai tujuan untuk memperbetulkan akidah dan mengelakkan terjerumus kepada syirik. Diantaranya ialah: i. guru atau murid satu-satu ajaran atau amalan atau tarikat membuat pengakuan menerima wahyu; guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga; mengamal zikir dengan suara yang kuat, berzikir dalam kelambu, tempat gelap yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan wanita; mengaku gurunya sebagai bertaraf Nabi atau Malaikat; mempercayai penjelmaan semula roh orang yang telah mati ke dalam jasad orang yang masih hidup;

(p)

(q)

(r)

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

memberitahu orang lain bahawa dia seorang wali; mempercayai zikir seorang guru boleh menghindarkan hari kiamat; gurunya boleh memberi syufaat di akhirat; pengikut tarikat yang dianjur oleh sesuatu golongan dijamin masuk syurga; mempercayai guru boleh menebus dosa dengan wang; mempercayai bahawa semua agama adalah sama; mempercayai bahawa ada Nabi lain selepas Nabi Muhammad s.a.w.;

vii.

viii.

ix.

x.

xi.

xii.

xiii.

mempercayai istighashah (seruan terhadap orang mati) boleh memberi pertolongan dan berkat kepada mereka; memohon pertolongan guru atau orang lain atau benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya sebagai wasilah untuk sampai kepada Tuhan; menyampai atau mengajar sesuatu ilmu secara rahsia; mendakwa bahawa sesuatu ilmu yang diajar tidak boleh dipelajari oleh orang lain;

xiv.

xv.

xvi.

xvii. bersumpah bahawa sesuatu ajaran itu tidak akan diberitahu kepada orang lain; xviii. menggambarkan wajah guru semasa beramal ibadat; xix. penyerahan rohani atau jasmani pada guru, sama ada melalui cara nikah batin atau zahir; mengakui dirinya atau sebagai Nabi atau Rasul; mengakui dirinya atau sebagai Imam Mahadi; gurunya

xx.

xxi.

gurunya

xxii. mengakui dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak memperolehi maunah iaitu pertolongan langsung dari Allah sedangkan orang lain tidak sama sekali layak untuk menerimanya; xxiii. mengaku Allah menjelma di dalam dirinya; xxiv. mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syufaat kepada muridnya; xxv. mempercayai wahyu masih lagi turun selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w; xxvi. mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamal sekarang adalah diambil terus dari Rasulullah s.a.w secara sedar; xxvii. mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula menjadi manusia istimewa

seperti Imam sebagainya;

Mahadi

dan

xxviii. mengaku dan mempercayai seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian mendakwa pasti masuk syurga; xxix. mempercayai dan mengaku adanya kemasukan roh orang yang telah mati ke dalam diri seseorang lain sebagaimana diamalkan di dalam amalan menurun oleh bomoh atau pun tukang sihir; xxx. disyaratkan minum air yang disediakan oleh guru sebagai salah satu upacara bagi menyertai sesuatu ajaran;

xxxi. memansuhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru; xxxii. meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk; xxxiii. mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah tetapi boleh ditunaikan di tempattempat yang lain; xxxiv. menyalahgunakan ayat-ayat AlQuran bagi tujuan menarik perhatian orang ramai; xxxv. mempercayai bahawa bacaanbacaan seseorang guru ke atas satusatu benda seperti batu, gunung,

bukit, kayu boleh memberi kesan baik atau buruk kepada mereka;

xxxvi. mengkafirkan orang Islam dengan sewenang-wenangnya.

lain

2.3

Sosiobudaya 2.3.1 Filem yang mengandungi tema, jalan cerita, adegan atau dialog yang menyentuh hal-hal sosiobudaya adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun perkaraperkara di bawah ini perlu diberi perhatian dan diteliti secara mendalam, supaya tidak menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan masyarakat. Di antaranya ialah: (i) memaparkan kandungan negatif yang mempersendakan, merendah-rendah dan mempertikaikan adat istiadat Negara dan kedaulatan Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri-negeri dan isu-isu kenegaraan; yang tidak sejajar dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan dasar-dasar semasa Kerajaan; cara hidup liar, tidak berpedoman dan bertentangan dengan budaya yang boleh merosakkan nilai-nilai murni masyarakat. filem yang memaparkan jarak dekat adegan cara pengambilan dadah. dalam filem bercorak muzikal, artis berpakaian jelik dan tidak senonoh atau yang mendedahkan aurat secara keterlaluan. memaparkan bahan-bahan kesenian seperti seni tari, teater, muzik dan seni tampak yang dianggap kurang sopan dan bertentangan dengan nilai kesenian masyarakat Malaysia;

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii) filem khayalan yang mengandungi unsur seks dan keganasan yang keterlaluan. (viii) filem bertema hantu yang terlampau menyeramkan, yang melakukan keganasan terhadap manusia dan alam.

(ix)

pemujaan kuasa hantu sebagai melebihi kuasa Tuhan. memperlekeh dan mempersenda gaya hidup orang kurang upaya, atau golongan kurang bernasib baik atau golongan terpinggir; dialog, adegan atau babak perbuatan keji, tingkah laku biadab, perbuatan tercela dan perlakuan kurang sopan digambarkan sebagai satu amalan biasa atau bahan ketawa;

(x)

(xi)

(xii) bahasa kesat, lucah, bahasa bercampur aduk (rojak), ungkapan bernada kebencian atau ejaan yang tidak sempurna seperti bahasa SMS; (xiii) ejekan atau momokan yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap adat resam dan adat istiadat di Malaysia; (xiv) boleh mempengaruhi simpati penonton ke arah melakukan perbuatan yang tidak bermoral, songsang dan jahat; (xv) filem yang jalan ceritanya bertujuan merendahrendahkan martabat wanita atau merelakan penderaan kanak-kanak atau sesama manusia; (xvi) adegan-adegan yang memaparkan penyeksaan dan penganiayaan terhadap haiwan. (xvii) adegan penindasan sesuatu kaum ke atas sesuatu kaum yang lain; (xviii) dialog atau perbuatan menghasut yang boleh menjejaskan ketenteraman awam; (xix) mengagung-agungkan sesuatu kaum atau suku bangsa sehingga menyinggung perasaan kaum yang lain.

(xx) semua perlakuan, gerak geri dan perkataan yang merangsang seks atau menjurus kepada hubungan seks. (xxi) adegan seks di antara lelaki dengan wanita. (xxii) adegan hubungan seks sejenis dan seks luar tabii. (xxiii) wanita berpakaian mandi atau bikini yang terlalu kecil, ketat dan lebih banyak menunjukkan bahagian susuk tubuh badan. (xxiv) wanita memakai baju jarang atau nipis tanpa coli dan jelas terbayang bentuk payu dara. (xxv) lelaki atau wanita yang berbogel; (xxvi) memfokuskan haiwan mengawan; (xxvii) lelaki yang memakai kancut atau cawat yang menyerlah/menonjolkan bonjolan kemaluannya; (xxviii) mengandungi aksi meraba-raba tubuh badan secara mengghairahkan; (xxix) semua adegan bercium mulut secara berahi; (xxx) ciuman sama ada oleh lelaki atau wanita pada bahagian- bahagian anggota atau tubuh yang boleh merangsang seks, misalnya leher tengkuk, dada, telinga dan lain lain,umpamanya yang dalam adegan tarian/nyanyian; (xxxi) semua adegan berpeluk-pelukan diantara lelaki dan wanita secara mengghairahkan; (xxxii) semua isyarat lucah sama ada dengan jari, tangan, lain-lain bahagian tubuh badan atau dengan menggunakan alat; (xxxiii) suara erotik;

(xxxiv)adegan yang memaparkan dari jarak dekat watak membuang air kecil dan besar; (xxxv) perlakuan sumbang mahram; (xxxvi) memaparkan adegan perlakuan seks secara berkelompok; (xxxvii) lukisan, gambar, poster, patung dan lain-lain yang memaparkan adegan perlakuan seks; (xxxviii) filem yang memaparkan jarak dekat adegan lelaki Islam memakai anting-anting dan badan bertatu; (xxxix) filem yang memaparkan adegan kanak-kanak merokok atau minum minuman keras; (xl) kelakuan biadab/kurang ajar atau yang melampau terhadap ibu/bapa, orang tua, wanita dan kanak-kanak; adegan nyanyian dan tarian yang memaparkan masjid sebagai latar belakang, kecuali persembahan lagu berunsur agama.

(xli)

2.3.2 Filem digalakkan supaya mengandungi isi kandungan yang mencerminkan budaya dan kesenian kebangsaan. 2.3.3 Filem tempatan yang berasaskan cerita-cerita dongeng, mitos, penglipur lara dan cerita-cerita rakyat Melayu purba adalah dibenarkan selagi ia tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.

2.4

Ketertiban Dan Ketatasusilaan 2.4.1 Filem yang mengandungi tema, jalan cerita, adegan atau dialog yang menyentuh hal-hal ketertiban dan ketatasusilaan adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun perkara-perkara di bawah perlu diberi perhatian dan diteliti secara mendalam supaya tidak menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan masyarakat. Di antaranya ialah: (i) modus operandi kejahatan secara terperinci dan mudah menimbulkan rangsangan untuk menirunya; dorongan kepada penonton untuk bersimpati terhadap pelaku kejahatan dan perbuatan jahat itu sendiri; kejahatan ke atas keadilan dan

(ii)

(iii) kemenangan kebenaran;

(iv) menimbulkan sentimen kesukuan agama, etnik dan kelas masyarakat; (v) cara-cara terperinci menyedia dan menggunakan bahan-bahan letupan atau senjata merbahaya;

(vi) cara-cara atau perancangan terperinci merompak dan mencuri; (vii) gambaran dan fahaman bahawa perbuatan jenayah mendatangkan keuntungan atau berfaedah; (viii) pihak berkuasa undang undang bersekongkol dengan penjenayah atau tidak mengambil tindakan terhadap mereka; (ix) perlakuan yang menyebabkan kecederaan fizikal, kematian atau gangguan mental yang keterlaluan ke atas individu atau kumpulan individu serta pemusnahan harta benda; (x) penggunaan senjata pemusnah secara kejam dan mengerikan;

(xi) adegan manusia ditembak, diletup, ditikam, ditetak, dipukul, ditendang, ditumbuk dan dihempas bertubitubi dari jarak dekat; (xii) adegan penyiksaan manusia atau haiwan. 2.4.2 Filem yang mengandungi adegan-adegan seni mempertahankan diri dan peperangan bersejarah adalah dibenarkan asalkan tidak memaparkan adegan kengerian dan kekejaman yang keterlaluan. 2.4.3 Filem yang padat dengan hasil teknologi computer generated images dan kesan khas serta kesan bunyi adalah dibenarkan asalkan tidak keterlaluan. 2.4.4 Filem yang mempromosikan nilai-nilai murni sejagat adalah digalakkan. Contoh nilai-nilai murni adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Kepercayaan Kepada Tuhan Hormat menghormati Kasih Sayang Baik Hati Berdikari Hemah Tinggi

(vii) Keadilan (viii) Kebebasan (ix) (x) (xi) Keberanian Kebersihan Fizikal dan Mental Kejujuran

(xii) Kerajinan (xiii) Kerjasama (xiv) Kesederhanaan (xv) Kesyukuran (xvi) Rasional

(xvii) Semangat Bermasyarakat (xviii) Bersemangat Kewarganegaraan

BAHAGIAN IV

FILEM IKLAN / TRELER DAN BAHAN PUBLISITI FILEM 1. Tujuan utama bahagian ini ialah untuk menggariskan tahap piawaian dan amalan baik dalam pembikinan filem iklan, filem treler dan bahan-bahan publisiti filem. 1.2 Filem Iklan: 1.2.1 mestilah sah di sisi undang-undang, sopan, jujur dan benar. 1.2.2 mestilah disediakan dengan penuh tanggungjawab terhadap pengguna dan masyarakat. 1.2.3 hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur yang menyinggung masyarakat, terutama yang berkaitan dengan kaum, agama, jantina, kecenderungan seksual dan juga kecacatan fizikal dan mental. 1.2.4 mestilah tidak mengandungi kenyataan, mahupun paparan audio atau visual yang bertentangan dengan kesopanan umum. 1.2.5 tidak seharusnya mengelirukan dengan sesuatu yang tidak tepat, kabur, ditokok tambah, ditinggalkan sesuatu atau sebaliknya. 1.2.6 mestilah tidak menunjukkan atau menggalakkan amalan yang tidak selamat, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak dan remaja. 1.2.7 mestilah tidak mengandungi apa-apa yang menghalalkan atau menggalakkan keganasan atau kelakuan yang anti sosial. 1.2.8 mestilah tidak menunjukkan wanita sebagai objek seks atau digambarkan sebagai pemuas nafsu lelaki semata-mata.

1.2.9 penggunaan kanak-kanak adalah tidak digalakkan melainkan bagi produk yang diiklankan itu relevan kepada mereka atau iklan yang bertujuan mempromosikan keselamatan untuk kanak-kanak. 1.2.10 iklan yang ditujukan kepada kanak-kanak dan remaja mestilah tidak mengandungi bahan sama ada ilustrasi atau sebagainya, yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada mereka secara fizikal, mental atau moral dan mengeksploitasi sikap mudah percaya mereka, kekurangan pengalaman atau sifat semula jadi kesetiaan mereka. 1.2.11 dalam sebarang keadaan di mana kanak-kanak digambarkan, pertimbangan teliti haruslah diberikan kepada keselamatan mereka. 1.2.12 iklan ubat, rawatan perubatan, kemudahan perubatan, kepakaran dan perkhidmatan berkaitan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengiklanan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Medicines (Advertisment and Sales) Act 1956 (Rev. 1983) dan Advertisment Board Regulations, 1976. 1.2.13 iklan berkaitan racun serangga hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Lembaga Pengiklanan Pemusnah Serangga, Kementerian Pertanian Malaysia di bawah Peraturan-peraturan Racun Makhluk Perosak 1996. 1.2.14 iklan makanan dan minuman mestilah mematuhi ketetapan di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. 1.2.15 iklan produk perlindungan kesihatan, tuala wanita dan inkontinens untuk dewasa mestilah tidak melanggar adab atau kesopanan.

1.3

Penempatan Barangan Dalam Filem Iklan 1.3.1 Penempatan barangan yang relevan dalam konteks sesuatu keadaan adalah dibenarkan kecuali barangan atau perkhidmatan yang secara khususnya dilarang.

1.4

Filem Iklan Yang Tidak Dibenarkan: 1.4.1 Produk dan perkhidmatan yang dikaitkan perkara-perkara berikut: (i) (ii) (iii) minuman keras dan alkohol; rokok, tembakau dan pelengkapnya; sebarang barangan bagi tujuan menipu atau mengelirukan yang ditegah dibawah Akta Perkhidmatan Pos, 1991 (Akta 465); ilmu ghaib dan penilikan; agensi perkahwinan persahabatan; dan kelab-kelab dengan

(iv) (v)

(vi)

agensi pekerjaan tanpa lesen;

(vii) sebarang bentuk perjudian termasuk petunjukpetunjuk pertaruhan dan perjudian; (viii) pakaian yang dicetak dengan perkataan atau lambang mengandungi mesej yang bertentangan dengan agama, undang-undang atau yang tidak sopan; (ix) adegan-adegan yang bercorak sosial atau tidak sopan termasuk cumbuan antara lelaki dan perempuan atau sesama kaum sejenis; adegan-adegan yang menunjukkan seks;

(x)

(xi)

pornografi;

(xii) khinzir, produk-produk daging khinzir; (xiii) pertaruhan dan perjudian;

dan

terbitan-terbitan

(xiv) bunga api (kecuali iklan yang menggunakan adegan-adegan bunga api yang mempromosikan produk dan perkhidmatan yang lain); (xv) sebarang bentuk spekulasi kewangan bertujuan mempromosi atau menarik minat dalam stok dan syer [kecuali iklan tawaran awam permulaan (IPO)]; (xvi) kenyataan tentang kematian, kenyataan upacara pengkebumian dan simbol pengkebumian; (xvii) disko dan pusat karaoke; (xviii) produk-produk melangsingkan badan sama ada dimakan mahupun disapukan. 1.5 Filem Treler 1.5.1 sedutan adegan filem asal mempromosikan filem berkenaan. yang bertujuan

1.5.2 keputusan ke atas sesebuah treler tidak semestinya sama dengan keputusan ke atas filem induk. 1.6 Bahan Publisiti Filem 1.6.1 bahan publisiti filem hendaklah mematuhi peraturan yang disyaratkan untuk filem.

BAHAGIAN V
PERKATAAN DAN FRASA YANG DILARANG 1. Filem yang mengandungi dialog atau frasa yang lucah atau menjurus kepada kelucahan dan bahasa kasar dalam apa jua bahasa adalah dilarang. Namun begitu, penggunaannya harus diteliti kesesuaiannya dalam konteks filem tersebut.

2.

Di antara perkataan dan frasa yang dilarang, mengikut bahasa, adalah seperti mana disenaraikan di bawah: BAHASA MELAYU 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Puki Mak Anak Haram Haram Jadah Butuh Anak Sundal Celaka Mampus Perempuan Jalang Betina Jalang Kepala Bapak Kafir.

BAHASA INGGERIS 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Fuck Fucker Fucking Mother Fucker Cunt Arsehole Bloody Arse Hand Job Blow Job Whore Son of a Bitch Bastard

13.

Jerk-off.

BAHASA TAMIL DAN HINDI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. Mayiru / Mayir Oru Appanukku Piranthirunthal Puddunggu Thevadia Theri Ma Ki Theri Bahen Ki Kuthe Ki Aulad Chutiya Rendi Haram Zada / Haram Zade Harami Ki Aulaad Harami ka bacha Kanjar/kanjari Delah Kuti Luchi Lucha Kotawali Bhenchot

BAHASA CINA

1.

TIU (FUCK) TIU NIA MA (FUCK YOUR MOTHER) TING NI KO FAI (FUCK YOU) POK / KOK / TOK YEH (FUCK) NI MA TE PA TZE (MAND) (KEMALUAN MAK ENGKAU) CHAU (MAND) (FUCK) CHAU NI LIANG (MAND) (FUCK YOUR MOTHER) KAN (HOKK) (FUCK) KAN NI NYA (HOKK) (FUCK YOUR MOTHER) KAN NI LAU MU (HOKK) (FUCK YOUR MOTHER) PU BOR (TEOCHEW) (FUCK YOUR MOTHER) PU NYA BOR (TEOCHEW) (FUCK YOUR MOTHER) HAM KAH CHAN (SEMUA AHLI KELUARGA MATI TANPA KETURUNAN) HAMKAH LNG (SEMUA AHLI KELUARGA MATI TANPA KETURUNAN)

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

BAHAGIAN VI

1.

FILEM YANG TIDAK DILULUSKAN UNTUK TAYANGAN 1.1 Filem yang mengandungi tema, jalan cerita atau plot yang bertentangan dengan sosiobudaya, nilai-nilai murni, hasutan, anti-agama, penghinaan terhadap kepercayaan atau adat resam kaum atau kumpulan tertentu, unsur-unsur yang bertentangan dengan dasar Kerajaan; unsur-unsur keganasan dan kekejaman secara keterlaluan, tidak akan diluluskan untuk tayangan.

BAHAGIAN VII

PROSES MENDAPATKAN KELULUSAN FILEM UNTUK TAYANGAN

1.

Mengemukakan filem untuk penapisan Pemunya sesebuah filem hendaklah mengemukakannya

kepada Lembaga Penapis Filem untuk penapisan dan mendapatkan kelulusan sebelum filem ditayangkan kepada umum. itu diedar atau

2.

Keputusan Lembaga Lembaga akan memberikan keputusan terhadap sesebuah filem yang dikemukakan kepadanya.

3.

Rayuan Sekiranya pemunya tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga, mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa Rayuan Filem.

BAHAGIAN VIII

PENUTUP

1.

Adalah menjadi harapan, isi kandungan Buku Garis Panduan ini dapat membantu semua pihak yang terlibat dalam industri perfileman dan penyiaran, untuk menghasilkan filem yang sesuai bagi tontonan masyarakat. Sayugia diingat filem boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan negara di mana keselamatan negara, keadilan sosial, perpaduan kaum dan perilaku masyarakat sentiasa terpelihara bersesuaian dengan keperibadian bangsa dan nilainilai murni sejagat. Pihak Kementerian sentiasa bersedia menerima segala maklumbalas daripada mana-mana pihak demi kebaikan bersama. Bersama-sama juga kita dapat menjana industri perfileman yang rancak dan berpandangan kehadapan di dalam sebuah negara yang aman, adil dan berdaulat.

2.

3.

Anda mungkin juga menyukai