Anda di halaman 1dari 1

7.

Kesimpulan / Penutup Kemahiran Membaca itu merangkumi pelbagai aspek yqng terdiri daripada teori,

pendekatan, model, kaedah dan teknik yang telah dibincangkan di atas tadi. Sebelum dan semasa membuat perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, banyak perkara hendaklah dirujuk samada teori dan pendekatan, atau kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan mesti mempunyai perkaitan dan selaras dengan objektif kemahiran yang diajar itu. Ini bukan satu perkara yang senang dan perlu banyak membaca tentang kemahiran membaca yang hendak diajar itu. Penggunaan akpek teori, pendekatan, kaedah dan teori memang penting dalam melaksanakan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat membantu guru memahami teori dan pendekatan yang mana sesuai diserapkan di dalam pembelajaran, dan guru hendaklah memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan baik, lancar dan berkesan. Maka dalam penyediaan tugasan ini juga banyak membantu bukan sahaja menambahkan dan mengukuhkan pengetahuan dan pengalaman terhadap kemahiran membaca tetapi juga dapat meningkatkan tanggungjawab terhadap etika keguruan supaya meningkatkan lagi kualiti dan mutu guru terhadap anak murid kita.

Anda mungkin juga menyukai