Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

NO 01 02 03

KANDUNGAN PENGENALAN DIORAMA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI SEGI KOGNITIF, AFEKTIF, SOSIAL, KOMUNIKASI

MUKA SURAT 2 3 4

DAN PSIKOMOTOR 04 05 05 06 RINGKASAN PENGAJARAN HARIAN LAKARAN IDEA KESIMPULAN RUJUKAN 5 9 11

PENGENALAN Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000), Pendidikan Seni Visual KBSR telah digubal bagi menggantikan matapelajaran Pendidikan Seni yang terkandung dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Pendidikan Seni Visual kini lebih khusus kerana memperincikan perkaitan seni tampak atau visual, dan tidak mempunyai campuraduk dengan seni muzik, seni sastera dan seni-seni lain. Pendidikan Seni Visual digarapkan supaya memberikan peluang kepada murid menyemai minat, memperkembang jati diri, memberi kesedaran dan cakna terhadap unsur-unsur kesenian dan alam sekitar. Kanak-kanak yang mendiami sistem persekolahan peringkat rendah pada umumnya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. PSV menjadi suatu wadah dalam meningkatkan lagi sifat di atas melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan merekabentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membuatkan mereka dapat meluahkan idea dan ekspresi diri. Ianya penting bagi membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. PSV di peringkat rendah ini juga menyarankan kepada guru untuk menjalankan konsep pengabungjalinan diantara PSV dan juga matapelajaran lain seperti sejarah, sains dan sebagainya. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Kanak-kanak yang lahir secara fitrahnya mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Seni merupakan suatu bidang yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Tanpa seni, maka kehidupan manusia tidak mungkin akan berseri dan menyeronokkan. Menurut Dudi (2011), seni banyak membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan pengalaman manusia. Kemahiran berfikir secara abstrak berseni akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas

pada seni tarian atau visual sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain. Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru untuk memahami sesuatu masyarakat, harus difahami dahulu bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat. Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat seni mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. Seni banyak membantu dari sudut kerjasama dan kasih sayang, merancang dan melaksanakan, meningkatkan kemahiran berfikir, berkebolehan dalam mengadaptasi diri dengan orang lain, mengembangkan bakat, berani mengambil risiko dan membuat keputusan, meningkatkan harga diri dan keyakinan diri dan sebagainya. Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalu banyak maklumat. Amat mustahil untuk memperolehi dan menyimpan semua info atau maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Dengan melihat karya seni sahaja kadangkadang akan berasa tenang. Jelas sekali bahawa seni sebagai ekspresi diri. Proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam seni melalui pembentukan dasar kearah melahirkan masyarakat cinta akan kesenian bermula seawal pendidikan rendah lagi. DIORAMA Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan ataupun sisi. Manakala objek yang hendak disusun pula boleh diletakkan dengan cara apa sekalipun seperti digantung, berdiri, atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak atau bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang yang bersesuaian untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Seterusnya, bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Terdapat pelbagai jenis diorama. Bagi penggemar diorama, kategori skala dibahagikan kepada tiga iaitu 1/35, 1/48 dan 1/24. Manakala dua jenis diorama ialah full size diorama dan miniature diorama. Full size diorama ialah diorama yang dicipta dalam satu ruangan yang besar seperti muzium dan sebagainya. Manakala miniature diorama pula seperti model kereta, rumah dan sebagainya. Diorama biasanya digunakan bagi tujuan pameran dalam muzium. Binaan yang dibuat berdasarkan sejarah atau peristiwa penting. Sebagai contoh, binaan diorama di rumah Makam Mahsuri, Langkawi. Terdapat beberapa patung manusia yang menyerupai mahsuri dan juga penduduk kampung disusun secara menarik di penjuru bilik. Namun ada juga yang membina diorama sebagai salah satu hobi yang berkaitan dengan pemodelan kenderaan tentera, kereta motosikal, atau pesawat tempur. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI SEGI KOGNITIF, AFEKTIF, SOSIAL, KOMUNIKASI DAN PSIKOMOTOR Aspek peubahan kognitif kanak-kanak yang dapat dilihat pada kanak-kanak adalah akan berlaku dari segi kebolehan kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif dan kritis. Berasaskan kepada pedagogi pengajaran menurut Piaget (1962), keupayaan adaptasi psikologikal akan memastikan perkembangan struktur kognitif yang dipanggil sebagai skema. Teori kognitif Piaget meliputi dua proses iaitu proses asimilasi ialah mengadaptasikan kemahiran baru untuk menyesuaikan dengan kemahiran yang telah sedia ada dalam struktur kognitifnya dan proses akomandasi ialah mengubahsuaikan kemahiran baru dalam struktur kognitifnya. Dalam aktiviti diorama yang merupakan proses asimilasi yang utama kerana kemahiran asas telah sedia ada dalam struktur kognitifnya. Secara holistiknya, aspek perubahan psikomotor yang jelas berlaku dalam diri kanak-kanak berdasarkan pedagogi penyampaian pendidikan awal yang dilaksanakan ialah melibatkan kemahiran menggunakan anggota badan, misalnya seseorang bayi bermula dengan kebolehan memusingkan badan, duduk, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Respondan menyatakan perkembangan ini dapat dipupuk melalui penggunaan objek. Menurut Piaget ( 1962), aktiviti ini berlaku apabila kanak-kanak yang berkenaan mula menguasai kemahiran memegang bahan seperti mainan. Oleh itu, bermain dengan objek biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak
4

berumur 5 bulan. Semasa kemahiran sensorimotor kanak-kanak bertambah maju mengikut kadar pertumbuhannya, bahan-bahan mainan menjadi lebih canggih, mainan yang boleh bergerak dan sebagainya. Oleh itu, aktiviti membina sebuah diorama juga akan merangsang kemahiran psikomotor kanak-kanak kerana proses pembinaannya memerlukan pelbagai pergerakan. Manakala aspek perubahan afektif yang ketara berlaku dalam diri kanak-kanak setelah melalui pengalaman pembelajaran pendidikan awal ialah melibatkan perkembangan sosioemosi kanakkanak yang akan dapat membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dalam alam persekolahan kelak. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh beberapa orang penyelidik, salah satu pembelajaran yang dipercayai dapat memupuk perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti koperatif. Aktiviti pembelajaran ini melibatkan kanak-kanak berumur dalam 3-4 tahun yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti permainan yang mempunyai matlamat tertentu. RINGKASAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran Kelas Bidang Masa Tema dan Tajuk Standard Pembelajaran 3.1 Estetik 3.1.1 Unsur Seni 3.1.1.1, 3.1.1.2 3.1.2 Rekaan 3.1.2.1,
5

: Pendidikan Seni Visual : 4 Rajin : Membentuk dan Membuat Binaan Diorama : 60 minit : Objek Buatan Manusia Akuarium Persepsi 3.2 Seni 3.2.1 3.2.1.1, 3.2.1.2 Prinsip 3.2.2 3.2.2.1, Aplikasi 3.3 Kreatif 3.3.1 3.3.2 3.3.3 Ekspresi 3.4 Seni 3.4.1 3.4.2 3.4.3 Apresiasi

3.1.2.2 Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid akan dapat : 1. Mengenal, memahami dan menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam membuat diorama. 2. Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari. Aktiviti P&P 1. Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab mengenai bahasa seni visual (EK1) 2. Guru menunjuk cara menghasilkan diorama dengan penggunaan pelbagai media 3. Guru mengaplikasikan kepelbagaian teknik ( stabail, mobail, lukisan, catan ) (EK2) 4. Murid menghasilkan diorama menggunakan kepelbagaian teknik yang telah dipelajari. (EK3) (EK4) 5. Murid mempamer dan menceritakan karya seni yang telah dihasilkan (EK5). EMK Media Keusahawanan, kreativiti dan inovasi, TMK dan nilai murni Gunting, kotak, gam, pencungkil gigi, gambar-gambar daripada majalah, cat poster, plastik pembalut buku, polisterin, plastesin dan bahan lain yang sesuai Bahan Belajar Penilaian P&P 1. Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat diorama berdasarkan 4 Standard Kandungan Bantu Contoh Diorama

Refleksi

Pada akhir pengajaran : 38 orang murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 2 murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembentangan pada masa akan datang.

LAKARAN IDEA Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objekobjek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkaraperkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama antaranya ialah menentukan subjek atau tema, menentukan alat dan media, membuat thumbnail-print (lakaranlakaran kecil), memilih satu lakaran terbaik, memperinci lakaran dan membuat karya atau diorama. Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan diorama.

Sketsa 1: Hal subjek ditentukan


7

Sketsa 2: Hal subjek dilengkapi dengan latar belakang

Sketsa 3: Hal subjek, latar belakang dan kotak diorama

Sketsa 4: Diorama yang lengkap untuk peragaan KESIMPULAN Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache. Antara tujuan membentuk dan membina binaan ialah meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak. Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang
9

yang kreatif. (Herbert Read (1958). Manakala June King Mc Fee pula menyatakan bahawa kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada. Sementara itu, Carl Rogers berpendapat kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi merangsang pemikiran kanak-kanak ialah dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto, lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan, beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan, beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan, jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka dan banyak lagi. Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dindingdinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama. Aktiviti seni seperti diorama dapat mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Ini kerana penghasilan dan pembinaan diorama memerlukan tujuan dan imaginasi yang tinggi. Sebagai contoh, sebelum memulakan pembinaan diorama, murid-murid harus mempunyai lakaran awal yang akan menerangkan tentang idea kepada penghasilan seni yang akan dilakukan. Untuk mendapatkan lakaran awal, mereka haruslah mempunyai imaginasi. Imaginasi akan memberikan mereka gambaran bagaimanakah bentuk diorama yang akan dihasilkan. Pada peringkat ini, murid bukan sahaja dapat mengembangkan tahap kreativiti mereka, tetapi juga dapat menggalakkan penggunaan kemahiran kognitif mereka.

10

Seterusnya, murid-murid haruslah memilih peralatan yang sesuai untuk digunakan semasa proses pembinaan diorama. Semasa proses ini, murid-murid dikehendaki melakukan pergerakan fizikal. Hal ini pula akan menambahbaikkan kemahiran psikomotor mereka. Seterusnya, murid-murid akan memulakan proses pembinaan dari satu fasa ke satu fasa. Hal ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi serta penumpuan yang jitu. Oleh yang demikian, ini akan dapat menanamkan kemahiran afektif mereka. Kesimpulannya, aktiviti diorama ini mampu untuk mengembangkan tahap kreativiti kanakkanak. Ia membawa kesan yang positif terhadap kognitif, psikomotor, komunikasi, afektif dan sebagainya pada diri seorang kanak-kanak. Senario ini merupakan sesuatu yang positif dan bak kata pepatah, Melentur buluh biar dari rebungnya. (2508 patah perkataan) RUJUKAN Edward de Bon (1994). (1992). Serious Creativity : Using the Power of Lateral Thinking to Create New Ideas. New York:Harper-Collins Gruber, H.E. (1981). Darwin on Man: A Psychological Study of Scientific Creativity. 2nd Ed, Chicago: University of Chicago Press. Harvey, O.J., Hoffmeister, J.K., Coates, C and White, J.B. (1979). A Partial Evaluation of Torrance's Tests of Creativity. American Educational Research Journal, Vol. 7(3) , pp. 359-372. James M. Higgins.101 Creative Problem Solving Techniques: The Handbook of New Ideas for Business. New Management Publishing Company. Paul E. Plsek. (1997). Creativity, Innovations and Quality. ASQC Quality Press. Rothenberg, A & Hausmen, C. (1976). The Creativity Question. Durham:Duke University Press Sternberg, R.J., Kaufmann, J.C. and Pretz, J.E. (2002).The Creativity Conundrum. New York. Psychology Press

11

Torrance, E.P. (1989). Scientific views of creativity and factors affecting its Growth. In J.Kagan, ed., Creativity and Learning. Boston: Houghton Miffli

12

13

PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK (Abd Rahim,1999) Kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza . Kreativiti mereka juga berbeza maka sangat penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak kanak sebelum didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti kreativiti dapat menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan tanpa bahasa. Ia mampu membantu memberi rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Tahap kreativiti dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Sebenarnya disiplin kreativiti telah berkembang lebih satu abad. Oleh yang

demikian telah banyak perkembangan yang berlaku khususnya terhadap konsep dan teori kreativiti. Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Dalam mencipta dan mengembangkan kreativiti kanak-kanak, kita harus mengenalpasti ciri-ciri utama kreativiti. Pertama sekali, kreativiti seseorang haruslah dipandu dengan tujuan. Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa
14

kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Sebagai contoh, dalam diorama, satu binaan haruslah dimulakan dengan imaginasi. Menerusi imaginasi, maka akan terciptalah satu tujuan. Barulah binaan diorama boleh dimulakan. Dalam proses ini, kreativiti kanak-kanak akan berkembang. Diorama bersifat imaginatif dan ianya satu proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Selain itu, ia juga boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubunganyang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat. Seterusnya, hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.

15