Anda di halaman 1dari 2

BISKUT GERMAN @ DEUTSHE KEKSE Sumber : Rima Melalui : Mat Gebu Melalui:MamaFami BAHAN-BAHANNYA : 125 gram mentega berkualiti

tinggi (mama guna majerin Planta) 125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking) 80 gram tepung halus (superfined/hong kong) 40 gram gula aising, diayak KAEDAH PENYEDIAAN : 1. Satukan tepung kentang dan tepung halus, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. 2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Tekankan hujung garfu di atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap. 3. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). 4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

MamaFami buat comel2 jek..Aku buat versi besar gedabak sket laa...kes nak cepat habiskan doh.hahaha..paham2 aje ler ada handbag bernyawa nih.. <-alasan leh pakai tak?:D