Anda di halaman 1dari 79

BAB 1

PENGENALAN

1.1

PENDAHULUAN Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan wajib

diajar oleh para guru dan dipelajari oleh semua murid di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh Malaysia. Bahasa Melayu selain daripada bahasa rasmi negara adalah juga merupakan mata pelajaran yang diwajibkan lulus bagi syarat utama untuk seseorang pelajar itu mendapatkan sijil atau pengiktirafan. Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk menyediakan minda murid supaya dapat menguasai kecekapan bertatabahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul sebagai alat komunikasi seharian. Kemahiran yang ditekankan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah kemahiran menulis. Menurut S. Nathesan (2010), kemahiran menulis merupakan kemahiran yang agak kompleks dan mencabar. Kemahiran ini juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran lain. Oleh itu, pelajar perlulah menguasai kemahiran menulis. Menurut Dr. Ali Mahmood (2007), kemahiran menulis adalah merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dialami. Senario daripada ini menyebabkan para guru perlu berusaha bagi menyediakan strategi-strategi yang berkesan bagi menangani masalah ini demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam 1

peperiksaan penulisan karangan khususnya dan memartabatkan Bahasa Melayu umumnya. Kemahiran menulis karangan adalah merupakan kemahiran paling tinggi dalam kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Proses menghasilkan sesebuah karangan adalah memerlukan kemahiran yang kompleks dan mencabar kebolehan murid-murid berbanding kemahiran-kemahiran bahasa yang lain. Kepentingan penulisan karangan telah tergambar dalam kurikulum Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran tersendiri (Roslan Baki, 2003). Kebanyakan individu adalah kurang untuk menguasai kemahiran ini. Proses penulisan karangan memerlukan seseorang murid itu berfikir semasa merancang penulisan, semasa menulis dan seterusnya selepas penulisan itu dihasilkan (Rothstein & Lauber, 2007). Oleh sebab itu, penulisan karangan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara bersistematik. Seandainya seseorang individu atau murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis karangan tersebut sejak dari awal lagi, besar kemungkinan adalah sukar baginya untuk memperolehi pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Oleh yang demikian proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu itu hendaklah mengutamakan tiga aspek penting yang perlu diberikan penekanan iaitu membaca, menulis dan bertutur. Bagi penulisan karangan, guru perlulah membuat perancangan yang teliti dan berkesan bagi merealisasikan impiannya menjadikan murid menguasai kemahiran yang telah diajarnya. Seseorang guru haruslah berusaha merancang, membimbing, mengasah dan mengukuhkan keupayaan murid supaya dapat menghasilkan satu penulisan karangan yang benarbenar berkualiti dan bersemangat.

1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN Sejak akhir-akhir ini, ramai guru bahasa telah mula menyedari akan

kepentingan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Pakar bahasa dan ahli penyelidik mengakui bahawa kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling sukar untuk diajarkan dan dikuasai oleh seseorang murid (Mohzan, 2008). Dalam kemahiran menulis perlu diberi penekanan yang sewajarnya di sekolah untuk melahirkan murid-murid yang berkemampuan dalam menyampaikan buah fikiran dan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam masyarakat. Kelemahan pencapaian murid di sekolah rendah dan menengah dan kemahiran penulisan karangan banyak dilaporkan dalam dapatan pada pengkaji bahasa dan keputusan peperiksaan awam di negara ini (Awang, 2001). Penekanan yang mendalam dalam sistem pendidikan di negara kita kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis seharusnya menjadikan suatu cabaran yang harus diatasi. Guru hendaklah mempelbagaikan kaedah dan lain-lain lagi. Jika guru-guru dapat mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, ini sudah tentu dapat membantu para pelajar menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan. Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling berkait rapat dan melengkapi antara kemahiran membaca. Keupayaan menulis oleh murid-murid merupakan satu proses penyatuan maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem. Sehubungan dengan itu, keupayaan menulis merupakan satu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran yang berkesan dalam pelbagai aktiviti disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian kebolehan serta mempunyai asas kemahiran berfikir yang tinggi pasti mempunyai idea yang banyak

untuk menulis bagi meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. Murid sekolah rendah secara umumnya masih perlu banyak meneroka cara dan bagaimana membina ayat yang ringkas tetapi berkesan. Aras ayat yang dihadapi oleh murid akan lebih mendalam iaitu bermula dari aras rendah kepada aras yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, seseorang murid itu perlu ada kemahiran berfikir yang lebih baik agar pasti dapat mengukuhkan kemahiran mengolah dan membina ayat sebelum naik kelas yang lebih tinggi.

1.3

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN Berdasarkan keputusan analisis ujian Bahasa Melayu semester pertama 2012,

di sekolah kajian iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian, Lahad Datu, didapati bahawa ramai murid Tahun 4 mendapat markah yang rendah dalam kertas Bahasa Melayu penulisan. Kegagalan ini mungkin disebabkan oleh murid Tahun 4 baru mengalami suasana pembelajaran di Tahap Dua. Lebih ketara sekali murid-murid gagal untuk membina ayat yang baik dan betul pengolahannya dalam penulisan karangan. Ini bermakna mungkin pelajar tidak dapat memikirkan idea untuk membina ayat berdasarkan konteks dan soalan yang diberikan walaupun disertakan dengan bantuan gambar. Diagnosis yang telah dijalankan, kemerosotan prestasi murid-murid banyak disebabkan oleh kurangnya kemahiran mencari isi kandungan,` pengolahan ayat yang membina, perbendaharaan kata serta kesalahan dari segi struktur ayat. Masalah ini memerlukan program sokongan yang dapat membantu dan menarik minat muridmurid bagi memperkayakan perbendaharaan kata dan kosa kata. Kajian Nor Hashimah (2010) mendapati persepsi dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran 4

Bahasa Melayu adalah sukar (32.4% berpendapat kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu adalah terlalu luas dan sukar untuk dipelajari terutamanya penulisan karanagan ). Kelemahan yang ketara ialah murid tidak dapat memahami dan mahir dengan pemilihan kata, penguasaan tatabahasa dan tidak menguasai perkara serta topik yang ingin ditulis. Kelemahan untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk juga sebagai suatu ayat yang mudah menunjukkan bahawa murid mempunyai asas pemikiran yang rendah. Ini mungkin murid tidak dapat memikirkan idea untuk membina sesuatu ayat yang bermutu dan teratur. Selain itu, murid lemah untuk menyusun ayat dan buah fikiran mengikut wajaran fikiran mereka serta ketidakcekapan murid menguasai kemahiran menulis menjadikan murid tidak berminat untuk belajar dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dijalan adalah untuk membuktikan keberkesanan kaedah latih tubi dalam pengajaran

kemahiran menulis perenggan dalam karangan. Di samping itu dapat meninjau sikat murid sendiri adakah mampu untuk menambahbaikan kualiti penguasaan mereka dalam penulisan perenggan. Menurut Abdul Rashid dan Zulkifli (2008), bagi masalah menguasai kemahiran menulis boleh menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Walau bagaimanapun guru akan cuba untuk mengatasi masalah ini bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik minat murid dengan bantuan bahan-bahan rangsangan dan menggunakan kaedah latih tubi yang berterusan. Pelbagai usaha serta bantuan daripada kerajaan dan KPM seharusnya menjadikan pemangkin serta dorongan bagi guru dan sekolah agar terus berusaha membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran. 5

1.4

PERSOALAN KAJIAN

Berikut adalah merupakan persoalan-persoalan yang menjadi pertanyaan dalam kajian ini. 1.4.1 Adakah kaedah latih tubi dapat meningkatkan kemahiran penulisan ayat yang betul dalam satu perenggan? 1.4.2 Adakah kaedah latih tubi dapat menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran menulis perenggan karangan? 1.4.3 Adakah kaedah latih tubi mampu mengurangkan kesilapan dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca dan frasa ayat murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu? 1.4.4 Adakah pelajar dapat mengolah ayat yang gramatis dalam penulisan perenggan melalui kaedah latih tubi?

1.5

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1.5.1 Bagi mengenal pasti keberkesanan kaedah latih tubi dapat meningkatkan kemahiran penulisan perenggan yang bermutu dalam satu karangan. 1.5.2 Bagi mengenal pasti sama ada dengan menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan perenggan dapat membantu murid bagi

meningkatkan pencapaian akademik dalam peperiksaan Bahasa Melayu penulisan. 1.5.3 Bagi mengenal pasti sejauh manakah murid-murid berminat dan cenderung dengan penggunaan kaedah latih tubi dalam menguasai kemahiran penulisan perenggan karangan. 6

1.6

BATASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian, Lahad Datu,

Sabah. Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar berhampiran dengan kawasan perladangan FELDA SAHABAT. Kajian melibatkan pelajar Tahun 4 yang terdiri daripada 20 pelajar yang mempunyai pelbagai asas kebolehan kognitif. Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kajian (eksperimen 10 orang) dan kumpulan kawalan (10 orang). Kumpulan eksperimen terdiri daripada 10 orang pelajar yang menggunakan kaedah latih tubi secara intensif dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan perenggan dalam karangan. Manakala 10 orang pelajar lagi dalam kumpulan kawalan akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Murid-murid ini akan diuji dengan ujian pasca dan sumatif selepas proses pembelajaran untuk mengesan tahap pencapaian mereka dalam bidang penulisan karangan.

1.8

DEFINISI / ISTILAH

Berikut adalah definisi kepada istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. 1.8.1 Latih Tubi Latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta, bahan-bahan rangsangan atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin keberkesanannya. Cara ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayatayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui cara latih tubi ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat,

memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tahu tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan tersebut.

1.8.2

Meningkatkan Meningkatkan bermaksud peninggian kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran atau lebih besar lagi (Kamus Dewan, 2005).

1.8.3

Penulisan Penulisan bermaksud pengarangan ayat-ayat supaya menjadi sebuah sttruktur ayat yang gramatis dari segi tatabahasa, penggunaan wacana dan suku kata.

1.8.4

Perenggan Batas, bahagian daripada muka atau bab dalam buku yang terdiri daripada beberapa baris ayat.

1.8.5

Karangan Penulisan karangan adalah salah satu soalan Bahasa Melayu penulisan dalam Bahagian B. Murid adalah diwajibkan untuk menulis bahagian tersebut dengan memilih satu daripada tiga tajuk karangan yang diberikan dalam kertas tersebut.

1.8.6

Bahasa Melayu Mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan bagi melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan 8

peranannya sebagai bahasa ilmu (Kam, 2003). Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa Melayu adalah merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada masa berkenaan.

1.9

KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian ini dapat memberi manfaat kepada tiga pihak iaitu murid-

murid, guru-guru dan sekolah.

1.9.1

Murid-murid. i. Murid-murid akan dapat mengingati setiap format penulisan karangan dan berkeyakinan untuk membina ayat setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah latih tubi. ii. Murid-murid akan dapat menulis perkataan, membina ayat dan menjadikan ia satu perenggan melalui kaedah latih tubi. Murid-murid seronok untuk menulis dengan menggunakan kaedah ini dan secara tidak langsung mereka berminat untuk mencuba membina ayat dan menjadikan satu wacana. iii. Murid-murid dengan menggunakan kaedah ini dapat

menghasilkan penulisan yang kemas dan teratur. Melalui kaedah ini juga tulisan murid akan bertambah cantik, kemas dan dapat mematuhi disiplin-disiplin lain yang diperlukan dalam penulisan perenggan dalam karangan. 9

1.9.2

Guru-guru i. Kaedah latih tubi yang digunakan oleh guru dapat mengukuhkan ingatan murid dalam menggunakann

perbendaharaan kata dan pengolahan ayat tentang isi. Ini akan menghasilkan penulisan perenggan yang kreatif dan kritis dalam karangan. ii. Golongan guru yang mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai hasil yang berkesan jika selalu menggunakan kaedah latih tubi. iii. Menyedarkan guru-guru tentang kelebihan penggunaan kaedah latih-tubi dalam proses pembelajaran dan pengajaran khususnya dalam proses penilaian. Selain itu, sedia memberi rangsangan, motivasi dan minat untuk murid menggunakan proses penilaian yang berterusan sebagai suatu proses pembelajaran kendiri.

1.9.3

Sekolah i. Pihak sekolah lebih menyedari bahawa guru yang mengajar Bahasa Melayu mempunyai inisiatif untuk meningkatkan kualiti pengajaran bagi menghasilkan pelajar yang

berkebolehan dalam penulisan karangan. ii. Pihak sekolah boleh mencadangkan kaedah latih-tubi ini digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu sebagai pendekatan yang mudah diaplikasikan oleh murid. 10

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

PENDAHULUAN Dalam bab ini, pengkaji akan mengemukakan pendapat dan hasil dapatan

kajian oleh pengkaji tempatan dan luar negara berkaitan dengan aspek dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, kualiti sesuatu pengajaran dan pembelajaran diukur melalui objektif pengajaran yang murid dapat capai sewaktu sesi pembelajaran itu dilakukan di dalam kelas. Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, antara objektif yang hendak dicapai pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah termasuklah membolehkan murid dan mengenal dan menghasilkan satu penulisan kreatif yang berunsurkan pengetahuan sesuai dan betul. Satu daripada aktiviti penulisan yang kerap dikendalikan dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah oleh guru ialah penulisan karangan. Kemahiran penulisan karangan merupakan tingkat tertinggi kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penulisan karangan adalah keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Di peringkat sekolah rendah, kelemahan begitu ketara sekali dapat dilihat dalam penulisan karangan kerana murid-murid tidak berupaya menghasilkan karangan yang

11

kreatif menggunakan ayat yang gramatis dan penyampaian idea yang tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Oleh itu, pengkaji akan menghasilkan proses pengajaran dan pembelajarab dengan menggunakan kaedah latih tubi bagi memperbaiki dan mengatasi masalah kelemahan murid dalam penulisan karangan terutamanya sekali membina wacana yang berkesan. Setelah sesi pengajaran dan pembelajaran ini, pengkaji akan melakukan proses penilaian bagi mengesan keberkesanannya kaedah ini. Pendapat dan hasil kajian dari pengkaji-pengkaji sebelum ini dijadikan bahan rujukan dan panduan bagi melaksanakan kajian ini.

2.2

KAJIAN LEPAS DALAM NEGARA Mengajar menggunakan kaedah yang betul dan berkesan menjadi faktor bagi

peningkatan pencapaian murid dalam penulisan wacana karangan. Dalam kajian Noor Aainah Ag. Jaafar (2007) yang menggunakan kaedah Salin dan Jalin dalam penulisan karangan telah dilaksanakan kepada pelajar tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangasaan Majakir mendapati murid menunjukkan keupayaan mereka menulis karangan dalam jumlah perkataan yang sepatutnya. Meskipun masih ada sebilangan kecil yang kurang menyerlah tetapi usaha yang dibuat melalui kajian tindakan ini telah membuahkan hasil. Dapatan kajian selama beberapa minggu, ternyata aktiviti yang dilaksanakan telah dapat membantu murid untuk menulis karangan dengan menggunakan jumlah perkataan yang sepatutnya. Keputusan kajian menunjukkan bilangan murid yang menulis lebih daripada 450 patah perkataan olah 10 orang (markah lebih 60%), 350-450 patah perkataan ialah 15 orang (markah 5559%), 320 patah perkataan tiga orang (markah 50-54%), 300 patah perkataan dua orang ( markah 35-49%). Ahmad Khair Mohd. Nor (2005) menyatakan penguasaan 12

kemahiran menulis bukan bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruh juga oleh pengajaran penulisan yang bersistem dan berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami maksudnya. Bagi Madinah (2005) mendapati bahawa melalui kaedah latih tubi, prestasi murid-murid membina ayat boleh ditingkatkan lagi dengan kemahiran menulis dan kemahiran berfikir dalam menulis karangan akan melahirkan murid yang mempunyai kecerdasan liguistik. Hasil dapatan kajian menunjukkan seramai 15 orang responden kajian daripada 50 orang responden masih belum dapat menghasilkan struktur tatabahasa dan wacana yang baik sebelum kaedah latih-tubi diaplikasikan oleh guru. Ujian Pasca menunjukkan peningkatan sebanyak 70% di dalam penulisan karangan selepas menggunakan kaedah latih-tubi. Markah maksimum yang diperolehi oleh responden di dalam Ujian Pra ialah sebanyak 50% sahaja manakala di dalam Ujian Pasca ialah sebanyak 80%. Oleh itu jelas sekali menggunakan kaedah latih-tubi dapat memberikan impak positif dalam meningkatkan kemahiran menulis di kalangan pelajar. Kajian yang dilakukan oleh Abdul Rasid (2008) menyentuh mengenai kemahiran menulis karangan dalam membina ayat di kalangan pelajar sekolah rendah di sebuah sekolah luar bandar di Kuala Lumpur. Kajian beliau telah menunjukkan sebilangan pelajar masih lagi belum dapat menguasai membina struktur ayat karangan disebabkan oleh masalah-masalah seperti berikut: a. Tidak dapat membezakan huruf kecil dan huruf besar. b. Tidak dapat mengecam abjad. c. Tidak faham tentang maklumat yang ditulis. 13

d. Tidak pasti tanda baca. e. Tidak dapat menulis dengan baik. f. Tidak tahu menulis karangan yang bermakna. g. Berasa penat dan letih semasa menulis. h. Mengeja untuk menulis. Hasil dpatan kajian mendapati wujudnya permasalahan dalam kalangan murid sekolah rendah. Ini ditunjukkan melalui hasil kajian mendapati bahawa masalah utama murid dalam kemahiran menulis ialah tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil dalam penulisan, iaitu min=3.62, sp=0.62. Pengkaji bersetuju bahawa permasalahan membezakan huruf kecil dan huruf besar adalah berpunca daripada masalah mengecam abjad dengan keputusan. Masalah kedua tertinggi dengan min=3.57, sp=0.90. Ini disokong dengan tidak memahami maklumat yang ditulis iaitu min=3.56, sp=0.75. Seterusnya responden juga bersetuju terdapat masalah untuk mengenal pasti tanda baca dengan betul semasa menghasilkan penulisan min=3.42, sp=0.80. Manakala kegagalan responden menguasa kemahiran mekanikal menulis menyebabkan murid tidak dapat menulis sesuatu latihan penulisan dengan baik iaitu min=3.40, sp=0.83. Ini sudah pasti menjejaskan penghasilan karangan murid yang tidak menguasai kemahiran asas dalam penulisan. Kajian juga mendapati bahawa responden bersetuju jika tidak menguasai kemahiran asas menulis menjadikan mereka tidak dapat memahami serta menghasilkan penulisan karangan yang bermakna dengan min=3.21, sp=0.85. Permasalahan kelemahan menguasai kemahiran membaca dengan baik menyebabkan responden mengeja perkataan yang hendak dihasilkan semasa menulis min=2.52, sp=0.80, seterusnya menyebabkan murid berasa cepat letih semasa melakukan latihan menulis dengan min=2.67, sp=0.96. Kajian juga telah menunjukkan bahawa 14

dengan menggunakan kaedah latih-tubi dapat meningkatkan kemahiran menulis di kalangan pelajar itu kerana aktiviti tersebut dapat merangsang pemikiran pelajar di dalam membina ayat karangan yang lebih baik.

2.3

KAJIAN LEPAS LUAR NEGARA Salah satu daripada proses penulisan ialah penulisan semula atau dikenali

sebagai kaedah latih-tubi. Terdapat kajian yang mendapati bahawa penulisan semula yang berulang-ulang sangat penting bagi memperbaiki penulisan seseorang. Philips (1990) yang telah menjalankan kajian ke atas Program Penulisan kepada pelajarpelajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pertama telah mendapati bahawa penulisan semula adalah sangat penting. Kajian beliau dijalankan ke atas satu program penulisan yang dibahagikan kepada lima buah draf. Pada mulanya penulis menyuruh pelajarnya menulis draf pertma dan kemudian menyuruh pelajar menulis draf kedua. Draf kedua kemudiannya disemak dan draf ketiga ditulis semula. Begitulah berlakunya proses penulisan semula hinggalah draf kelima yang merupakan draf terakhir. Hasil kajian beliau mendapati proses penulisan semula sangat baik kerana proses ini menghasilkan penulisan karangan yang berkualiti. Kajian oleh Flower, L.S. dan J.R Hayes (1988) berkaitan dengan kesilapan ejaan, menyatakan bahwa kesilapan ejaan murid gred 4 dan 5 ialah 10%, murid gred 10 dan 12 melakukan 12% kesilapan ejaan dalam membina karangan. Kesilapan ejaan adalah lebih kerap bagi murid gred 6 di Nothern California, menurut mereka lagi murid-murid gred 6 melakukan sekurang-kurangnya satu kesilapan ejaan daripada 60% perkataan yang dieja. Kesalahan ejaan dan penyusunan struktur ayat dalam penulisan juga dipengaruhi oleh bahasa ibunda pelajar-pelajar. Hal ini dinyatakan oleh Graves, DH (1981) dan Mischel T. (1974) mendapati bahawa 15

kesalahan bahasa yang dilakukan pelajar-pelajar disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda. Hasil dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa pengaruh daripada televisyen dan dialek yang digunakan dalam masyarakat merupakan faktor utama pelajar tidak dapat menghasilkan struktur ayat yang lebih baik. Perkara ini menunjukkan 80% daripada responden kajian bersetuju ke atas faktor-faktor di atas telah mempengaruhi mereka di dalam aspek penulisan karangan. Oleh yang demikian guru sangat memainkan peranan di dalam bilik darjah untuk membimbing pelajar dengan menggunakan bermacam-maca cara kaedah latih-tubi. Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike merupakan ahli psikologi bagi Teori Behaviorisme yang berpendapat bahawa untuk menguasai bahasa sama ada dalam pertuturan atau penulisan dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian, proses pengajaran bahasa haruslah menekankan tentang latihan dan pengulangan yang banyak iaitu dengan menggunakan kaedah latih-tubi. Dengan kata lain, proses penguasaan bahasa melalui latihan memerlukan mekanisme yang bersistem. Menurut Ann Raimes dalam bukunya Techniques in Teaching Writing berpendapat bahawa terdapat empat pendekatan-pendekatan boleh digunakan untuk pengajaran penulisan karangan. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola perenggan dan pendekatan komunikatif. Pendekatan ini boleh digabungkan dengan kaedah latih-tubi.

2.4

KESIMPULAN Oleh itu, kemahiran menulis karangan ini hendaklah dipupuk sejak murid itu

berada di bangku sekolah lagi. Ini bertujuan supaya mereka akan dapat menguasai kemahiran mengingati format yang betul dan disiplin penulisan perenggan dalam karangan. Kemahiran menulis karangan bukan sahaja bermaksud keupayaan murid 16

untuk membina perkataan dan ayat yang gramatis malahan harus berusaha untuk menulis beberapa perenggan dalam pelbagai penulisan karangan. Bagi merealisasikan matlamat untuk meningkatkan kemahiran menulis perenggan karangan ini, guru perlu memikirkan kaedah yang sesuai untuk memainkan peranan pentingnya. Salah satu kaedah yang boleh diterima pakai ialah kaedah latih-tubi. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan faktor minat, jantina dan kaedah yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara yang telah dihasilkan di dalam bab ini telah menerangkan tentang kepentingan kemahiran menulis dan keberkesanan kaedah yang digunakan untuk murid-murid. Kepelbagaian pendekatan dan strategik yang sesuai akan menjamin keberkesanan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran secara optimum. Pemilihan kaedah dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian juga akan menyumbang kepada tahap penguasaan dan minat seseorang murid untuk belajar dengan lebih berkesan.

17

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENDAHULUAN Kajian yang dijalankan ini adalah untuk meninjau dan menguji semasa kaedah

latih-tubi dapat menunjukkan keberkesanannnya atau menjejaskan pencapaian murid dalam penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, beberapa aspek akan diguna pakai dan diambil kira dalam kajian ini seperti membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, subjek kajian, prosedur kajian, instrumen kajian, tatacara pengutipan data dan penganalisis data.

3.2

REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini bermatlamatkan untuk mengenalpasti pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan perenggan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Prosedur kajian ini dijalankan adalah berdasarkan Kitaran Model Spiral Kemmis & McTaggard (1988) dalam kajian Rosinah Edinin (2011). Model ini terdiri daripada dua kitaran iaitu Kitaran Pertama dan Kitaran Kedua untuk menyelesaikan masalah dalam kajian ini. Setiap Kitaran Model Stephen Kemmis terdiri daripada empat peringkat iaitu: i. ii. iii. iv. Peringkat Perancangan (Plan) Peringkat Tindakan (Action) Peringkat Pemerhatian (Obey) Peringkat Refleksi (Reflect) 18

Pengkaji telah menggunakan langkah pelaksanaan menggunakan Kitaran Pertama dan sekiranya masalah kajian tidak dapat diselesaikan, proses Kitaran Kedua akan diamalkan. Reka bentuk kajian ini menggunakan kelas-kelas sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

RAJAH 3.1: KITARAN MODEL SPIRAL KEMMIS & MC TAGGARD (1988)

Kajian ini melibatkan subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak. Satu kumpulan diberikan rawatan kawalan (kumpulan kawalan) sementara satu kumpulan lagi (kumpulan eksperimen) diberikan rawatan sebenar. Seramai 20 orang murid digunakan sebagai sampel kajian iaitu 10 orang untuk setiap kumpulan. Setiap sampel kumpulan terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai keupayaan membaca dan menulis dengan baik. Kedua-dua kumpulan adalah dianggap sama dari segi pencapaian akademik di peringkat awal kajian ini. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dengan berpandukan Model Spiral Kemmis & Mc Taggart (1988) dan Rosinah Edinin (2011).

19

3.2.1 PERANCANGAN (PLANNING) Pada peringkat perancangan, pengkaji telah meneliti masalah kajian yang dihadapi oleh pelajar bagi mengatur langkah-langkah yang perlu diambil untuk dijadikan garis panduan dalam kajian ini. Bagi memilih tajuk-tajuk yang sesuai juga untuk dijadikan bahan kajian pengkaji telah mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan perenggan dalam karangan. Berdasarkan daripada ujian semester dan ujian pos, pengkaji mendapati murid masih lagi menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran menulis perenggan dalam karangan. Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih responden secara persampelan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan teknik latihtubi meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan perenggan karangan. Sebelum membuat perancangan, pengkaji telah terlebih dahulu membuat penyelidikan berkaitan dengan pencapaian murid dalam penulisan karangan semester kedua di tahun 3 dan semester pertama di tahun 4. Selepas mengetahui masalah yang diperoleh oleh pelajar dari peperiksaan semester, ujian pos, maka pengkaji perlukan perancangan yang rapi bagi mengatasi masalah ini. Pengkaji akan menggunakan kaedah latih-tubi dalam semua aspek pembelajaran dan pengajaran yang mungkin dapat memberikan perubahan kepada markah-markah yang dicapai oleh murid-murid nanti. Perancangan yang rapi dari segi mengatur langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran, pemilihan instrumen kajian dan cara menganalisis data agar pelaksanaan kajian ini dapat dijalankan dengan lancar.

3.2.2 BERTINDAK (ACTING) Bagi merealisasikan kajian ini, pengkaji pada awalnya telah memberikan Ujian Pra yang telah dijalankan seminggu sebelum pendekatan pengajaran dan 20

pembelajaran dengan menggunakan kaedah latih-tubi. Ini penting supaya muridmurid tidak dapat mengecam sepenuhnya soalan-soalan yang sama dalam ujian dan ujian pasca. Lembaran kerja digunakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam pengajaran dan pembelajaran pengkaji menggunakan kaedah tradisional dan keputusannya murid-murid masih tidak dapat memberikan kepuasan kepada pengkaji dari segi masalah dan hasil karangan yang baik. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah latih-tubi untuk menulis perenggan di dalam penulisan karangan setelah selesai pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tujuan kaedah ini dijalankan bagi membantu murid menguasai format-format yang diperlukan dalam penulisan karangan. Murid juga dapat mengingati ayat-ayat, isi-isi yang berkaitan dan penggunaan huruf besar di tempat yang sesuai. Selain itu, kaedah ini dapat membantu murid-murid membina ayat yang baik pengolahannya dan memikirkan idea yang patut mengikut tajuk. Sekurang-kurangnya kaedah ini dapat memberikan idea membina untuk murid-murid dalam membina ayat bermutu dan teratur.

3.2.3 MEMERHATI (OBSERVING) Dalam peringkat ini, pengkaji telah membuat pemerhatian sepanjang pembelajaran berlaku. Pengkaji telah membuat pemantauan dan menilai perubahan yang dilakukan sama ada minat dan kesungguhan murid belajar itu ada perubahan. Perubahan tingkah laku akan diperhatikan dan direkod oleh pengkaji, sama ada terdapat perubahan yang ketara ataupun tidak selepas penggunaan kaedah tersebut. Hasil analisis akan menjawab persoalan kajian yang diketengahkan. Ujian pra dan ujian yang dijalankan ditambah dengan lembaran kerja dan ujian bagi mengukur peningkatan pencapaian akademik berdasarkan perbezaan pencapaian mereka. 21

Dari segi tanda baca dan huruf besar setelah menggunakan kaedah ini didapati murid sudah kurang membuat kesalahan dalam penggunaan huruf besar dan tatabahasa di tempat yang betul.

3.2.4 MEREFLEK (REFLECT) Hasil daripada pengumpulan data dan maklumat melalui ujian pra, ujian, ujian pasca, lembaran kerja dan senarai semak pemerhatian, pengkaji telah membuat refleksi tentang keberkesanan peratusan markah murid, peratus, purata min dan tahap minat murid jika tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang jelas maka kajian ini tidak berjaya dan tidak sesuai digunakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

3.3

POPULASI DAN PERSAMPELAN Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di Daerah Lahad Datu, Sabah.

Nama sekolah tersebut Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian yang terletak di kawasan pendalaman. Populasi kajian adalah terdiri daripada murid-murid yang sedang mengikuti pelajaran formal dalam kelas Tahun 4 Amanah. Saiz sampel melibatkan 20 orang murid dalam kelas Tahun 4 Amanah. Kelas Tahun 4 terbahagi kepada dua kelas iaitu kelas Tahun 4 Amanah dan kelas Tahun 4 Bijaksana. Kaedah pemilihan sampel adalah memilih dua kumpulan secara rawak. Kemudian mengambil semua ahli daripada kumpulan ini digunakan sebagai sampel kajian. Setiap satu sampel terdiri dari 10 orang sampel kumpulan eksperimen dan 10 orang sampel kumpulan kawalan. Pelajar terdiri dari murid lelaki dan perempuan dari kelas terpilih. Pemilihan sampel menggunakan kaedah persampelan kelompok. Pemilihan sampel terdiri dari kumpulan kelas cergas yang mempunyai pelbagai pencapaian 22

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan. Semua ahli dalam setiap kumpulan ini dipilih untuk dijadikan sampel kajian.

3.4

INSTRUMEN KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan pelbagai

instrumen kajian. Dalam instrumen ini terdiri daripada kertas ujian penulisan, lembaran kerja, skor ujian penulisan lepas, borang soal selidik. Ujian pra dan ujian pasca dijalankan bagi membuat perbandingan untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan penggunaan kaedah latih-tubi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua ujian yang dijalankan adalah menggunakan soalan yang sama dari segi karangan aras kesukarannya. Ujian ini diberikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Pada hari akhir kajian, semua murid dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan akan menduduki ujian pra dengan menggunakan set soalan yang diubah sedikit tetapi hampir sama dengan ujian pasca. Seterusnya pada awalnya bagi mendapatkan maklumat tentang minat dan perubahan tingkah laku, pengkaji telah menggunakan soalan soal selidik kepada semua murid yang terlibat dalam kajian. Tetapi bila diakhir kajian, soalan soal selidik akan diberikan kepada kumpulan eksperimen sahaja bagi mengetahui minat dan perubahan tingkah laku mereka mengenai penggunaan kaedah latih-tubi dalam penulisan perenggan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji akan mengumpul maklumat yang diperolehi bagi menganalisis sama ada kajian ini sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajarn.

23

3.5

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah mendapatkan maklumat dari Setiausaha

Peperiksaan Sekolah mengenai prestasi pencapaian sekolah dalam peperiksaan UPSR terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Pengkaji dimaklumkan bahawa pencapaian peperiksaan UPSR Bahasa Melayu Penulisan masih tidak melepasi tahap KPI negeri. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengambil keputusan untuk membuat kajian tindakan berasaskan penulisan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ini. Bagi menjayakan kajian ini, pengkaji telah terlebih dahulu memohon kebenaran lisan dan bertulis dari pihak pentadbir sekolah iaitu Guru Besar di mana kajian ini dijalankan. Guru Besar telah memberikan kebenaran sepenuhnya. Pengkaji telah memaklumkan kepada pihak pentadbir tentang tujuan kajian ini dijalankan, pengkaji juga memaklumkan tentang murid-murid yang terlibat sebagai sampel kajian serta tarikh dan masa kajian ini dijalankan. Pengkaji juga telah mengetahui tentang latar belakang kelas dan mengenal pasti sampel yang digunakan dalam kajian ini. Dalam pengumpulan data ini, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen iaitu borang soal selidik, lembaran kerja, skor peperiksaan, ujian pra dan ujian pasca. Terlebih dahulu kedua-dua kumpulan dikehendaki mengambil ujian pra. Setelah selesai ujian pra, pengkaji akan menyemak skor yang diperolehi oleh keduadua kelas. Kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah tradisional dan kumpulan eksperimen akan diajar menggunakan kaedah latih-tubi. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut tempoh yang telah dipersetujui oleh pihak pentadbir. Setelah selesai pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini, kumpulan eksperimen dan kumpulan rawatan akan menduduki ujian pasca. Hasil 24

skor ujian pasca akan dianalisis dan dikaji. Pengkaji telah membina soalan soal selidik bagi mengenal pasti tentang minat pelajar dan maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah latih-tubi dalam penulisan perenggan.

3.6

CARA PENGANALISAAN DATA Data-data yang telah dikutip dari peperiksaan Semester I, Ujian Pra, Ujian

Pasca dan soal selidik akan diproses dengan menggunakan perbandingan min, sisihan piawai dan kaedah analisis statistik yang terdapat di dalam Statistical Package Social Sciences (SPSS) perisian 20.0. Tujuannya adalah bagi menjawab semua soalan penyelidikan yang tekah dinyatakan di dalam Bab 1. Analisis kajian dari ujian pra dan ujian pasca, ujian-t telah digunakan bagi mendapatkan perbezaan di antara pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ujian-t ini digunakan juga bagi mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan hasil daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca antara kedua-dua kumpulan. Analisis soal selidik digunakan bagi membuat perbandingan tentang persepsi dan penerimaan pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diberikan. Analisis ini kemudian dikumpulkan berdasarkan kepada peratusan, min, sisihan piawai dan ujian-t bagi melihat tentang penerimaan persepsi minat pelajar.

3.7

KESIMPULAN Bab ini telah membincangkan secara keseluruhan metodologi kajian yang telah

dijalankan. Perbincangan telah merangkumi reka bentuk kajian, subjek kajian, instrumen dan prosedur. Analisis data dan cara penganalisa telah diperjelaskan secara terperinci bagi mendapatkan, mengumpul dan memproses datanya. 25

BAB 4

ANALISIS DATA KAJIAN

4.1

PENDAHULUAN Bab ini merupakan bab yang sangat penting kerana menjelaskan tentang data-

data yang diperolehi dari bahan mentah, soal selidik yang dianalisis bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 20.0. Penganalisisan data merupakan satu pengetahuan yang melibatkan aktiviti seperti mengatur, memilih, menggabung dan menjadualkan data yang telah dikumpulkan (Mohd Majid, 1994).

4.2

PROFIL RESPONDEN Bahagian Profil Responden merupakan maklumat berkaitan demografi

responden yang akan mengenalpasti jantina responden. Berikut merupakan jadual analisis mengikut jantina responden; Jadual 4.1: Taburan Jantina Responden (Kumpulan Eksperimen) Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan 4 6 10 Peratus 40.0 60.0 100.0 Peratus Kumulatif 40.0 60.0 100.0

26

Jadual 4.2: Taburan Jantina Responden (Kumpulan Kawalan) Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan 6 4 10 Peratus 60.0 40.0 100.0 Peratus Kumulatif 60.0 40.0 100.0

Kajian ini melibatkan seramai 20 orang pelajar Tahun 4 Amanah di sebuah sekolah luar bandar. Mereka terdiri daripada pelajar suku kaum Bajau kesemuanya. Majoriti pelajar adalah beragama Islam kesemuanya.

Rajah 4.1: Carta Pai Peratusan Responden Kajian Kumpulan Eksperimen ANALISA JANTINA MENGIKUT RESPONDEN

Lelaki 40% Perempuan 60%

Jadual dan rajah di atas menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina. Seramai 10 orang responden kumpulan eksperimen yang terlibat (n=10). 6 responden (n=6) adalah terdiri daripada murid perempuan dan 4 responden (n=4) adalah terdiri daripada murid lelaki. Ini membawa kepada peratusan sebanyak 60% responden perempuan dan selebihnya 40% adalah merupakan responden lelaki. Bagi responden kumpulan kawalan pula terdiri daripada 10 orang juga (n=10) iaitu 6 responden (n=6) adalah terdiri daripada murid lelaki dan 4 responden (n=4)

27

adalah terdiri daripada murid perempuan. Peratusan menunjukkan sebanyak 60% responden lelaki dan 40% adalah responden perempuan.

4.3

LAPORAN DAPATAN KAJIAN 4.3.1 Persoalan Kajian Dapatan kajian akan dibincangkan berdasarkan persoalan dan objektif kajian iaitu: i. Adakah dengan menggunakan kaedah latih tubi dapat

meningkatkan kemahiran penulisan perenggan karangan dan pencapaian akademik pelajar dalam Bahasa Melayu? (Ujian, Ujian Pra, Ujian Pasca) ii. Adakah kaedah latih tubi dapat menarik minat dan kecenderungan murid untuk menguasai kemahiran penulisan perenggan karangan? (Soal Selidik) iii. Adakah kaedah latih tubi mampu mengurangkan kesilapan dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca dan frasa ayat murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu Penulisan? (Pemerhatian) iv. Adakah pelajar dapat mengolah ayat yang gramatis dalam penulisan perenggan melalui kaedah latih tubi? (Pemerhatian)

Persoalan Pertama Persoalan kajian ini adalah bagi mengenalpasti sama ada dengan menggunakan kemahiran penulisan perenggan dan pencapaian akademik pelajar dalam Bahasa Melayu Penulisan. Pengkaji telah membuat beberapa ujian bagi menjawab persoalan

28

kajian dengan menggunakan kaedah latih tubi dan beberapa instrumen seperti ujian pra, ujian pasca dan ujian-t.

Jadual 4.3 : Taburan Analisis Pencapaian Murid Kumpulan Eksperimen Ujian Pra dan Ujian Pasca. Murid Markah Gred Ujian Markah Gred Peningkatan Ujian Ujian Markah (%) Pra Pasca U1 U2 U3 U4 U5 R1 (P) 78 B 80 88 82 80 84 85 A 7 *R2 (P) 77 B 60 68 70 74 70 75 B -2 R3 (P) 68 B 68 80 84 80 86 88 A +20 R4 (P) 63 B 64 62 60 64 62 65 B +2 R5 (L) 58 C 50 68 54 56 68 60 B +2 *R6 (L) 52 C 50 60 54 58 68 58 C +2 R7 (P) 47 C 52 64 60 68 60 63 B +16 R8 (P) 42 C 56 54 64 58 54 60 B +18 *R9 (L) 42 C 52 62 56 54 56 58 C +16 *R10 (L) 40 C 46 42 46 54 50 56 C +16 Petunjuk R: Murid P: Perempuan L: Lelaki *: Masalah Tulisan

Jadual 4.4 : Taburan Analisis Pencapaian Murid Kumpulan Kawalan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Murid Markah Gred Ujian Markah Gred Peningkatan Ujian Ujian Markah (%) Pra Pasca U1 U2 U3 U4 U5 R1 (L) 83 A 86 84 88 80 85 86 A +3 R2 (L) 65 B 54 62 58 75 54 60 B -5 R3 (P) 65 B 60 68 58 72 64 70 B +5 R4 (P) 60 B 54 56 64 66 68 78 B +18 R5 (P) 58 C 60 64 58 56 70 78 B +20 *R6 (P) 48 C 40 46 42 46 48 45 C -3 R7 (L) 45 C 42 40 46 50 42 40 C -5 *R8 (P) 43 C 46 40 48 46 44 40 C -3 *R9 (L) 40 C 48 46 58 62 54 65 B +25 *R10 (L) 40 C 48 42 52 46 46 56 C +16 Petunjuk R: Murid P: Perempuan L: Lelaki *: Masalah Tulisan 29

Jadual 4.5 : Taburan Markah Penulisan Karangan Kumpulan Eksperimen (KE) dan Kumpulan Kawalan (KK) dalam Ujian Pra. Markah Gred Kaedah Latih Tubi Tradisional (KK) (%) (KE) N % N % 80-100 A 0 0 1 10 60-79 B 4 40 3 30 40-59 C 6 60 6 60 20-39 D 0 0 0 0 0-19 E 0 0 0 0 Jumlah 10 100 10 100 Jadual 4.6 : Taburan Markah Penulisan Karangan Kumpulan Eksperimen (KE) dan Kumpulan Kawalan (KK) dalam Ujian Pasca. Markah Gred Kaedah Latih Tubi Tradisional (KK) (%) (KE) N % N % 80-100 A 2 20 1 10 60-79 B 5 50 5 50 40-59 C 3 30 4 40 20-39 D 0 0 0 0 0-19 E 0 0 0 0 Jumlah 10 100 10 100

Jadual 4.7 : Perbandingan Min Prestasi Penulisan Karangan Kumpulan Eksperimen (KE) dengan Kumpulan Kawalan (KK) dalam Ujian Pra Kumpulan Min SP Nilai t dk p KE (n=10) 56.70 14.30 12.465 9 .000 KK (n=10) 54.70 13.98 12.369 9 .000

Berdasarkan daripada Jadual 4.3, menunjukkan taburan markah bagi keseluruhan ujian yang telah dilakukan oleh pengkaji untuk kumpulan eksperimen. Secara keseluruhannya, peningkatan yang ditunjukkan adalah memuaskan pengkaji. Melalui jadual analisis ini juga dapatlah dinyatakan bahawa ada peningkatan berlaku selepas ujian pasca dijalankan setelah penggunaan kaedah latih tubi. Jadual berikut juga dapat menunjukkan bahawa murid-murid perempuan menunjukkan peningkatan yang positif berbanding murid-murid lelaki. Didapati peratus peningkatan markah yang ditunjukkan pada murid R3 dengan peningkatan

30

markah sebanyak +20%, R7 dengan peningkatan +16% dan R8 yang peningkatannya 18%. Perubahan juga berlaku pada murid R9 dengan mendapat peningkatan +16% dan murid R10 sama juga dengan mendapat peratus peningkatan markah sebanyak +16%. Keadaan peratus peningkatan markah murid R9 dan R10 tidak dapat memberikan perubahan dari segi grednya.

Jadual 4.8 : Ujian-t Kesan Penggunaan Kaedah Latih Tubi Terhadap Pencapaian Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan Ujian N Min SP t Sig. Kumpulan 10 66.800 16.5247 18.826 .000 Eksperimen Kumpulan 10 61.800 11.6885 11.072 .000 Kawalan *Signifikan pada aras p<0.05 Jadual 4.5 dan 4.7 menunjukkan perbezaan keputusan ujian antara kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah latih tubi dan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian skor responden kumpulan eksperimen dalam ujian pasca penulisan karangan adalah lebih tinggi (Min=66.80, sp=11.68) berbanding dengan pencapaian kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional (min=61.80, sp=16.52). Ujian ini juga menunjukkan terdapatnya perbezaan signifikan antara skor kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Jika dibandingkan sisihan piawai, menunjukkan sisihan piawai bagi kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan sistem piawaian kumpulan kawalan. Ini dapat dilihat sisihan piawai kumpulan eksperimen mendapat sp=16.5247 manakala kumpulan kawalan sp=11.6885.

31

Jadual 4.9 : Ujian-t Sampel Berpasangan bagi Peperiksaan Semester 1 dan Pra Ujian. Mean N Standard Std. Error Deviation Mean Sem I 53.10 10 11.36 3.72 Pair I Pra 56.70 10 14.38 4.54 Ujian Jadual 4.9 (i): Statistik Asas N 10 Correlation .962 Sig. .000

Pair I

Sem I Pra Ujian

Jadual 4.9 (ii): Statistik Korelasi

Paired Differences Mean Std. Deviation Std. Error Mean 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper -.41508

df

Sig. (2-tailed)

Pair 1

Sem I Pra ujian

-3.6000

4.4522

1.4079 -6.7849

-2.557

.031

Jadual 4.9 (iii): Statistik Ujian-t

Pada mulanya sebelum pengkaji menggunakan kaedah terpilih, Ujian-T dilakukan bagi mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min bagi dua kumpulan ujian. Berdasarkan Jadual 4.9 (i), statistik asas menunjukkan min pencapaian murid pada Peperiksaan Semester I ialah 53.10, manakala min pencapaian murid pada pra ujian ialah 56.70. Perbezaan min antara Peperiksaan Semester I dan Pra Ujian ialah -3.600 [Jadual 4.9 (iii)]. Korelasi antara Peperiksaan Semester I dan Pra Ujian ialah 0.962. [Jadual 4.9 (ii)] dan statistik korelasi adalah signifikan (p<0.05). Korelasi yang positif dan keefisian yang tinggi (r=0.962). Ini menunjukkan murid yang memperolehi markah yang tinggi atau lulus pada peperiksaan Semester I berkecenderungan untuk memperolehi markah yang tinggi pada pra ujian dan sebaliknya. Berdasarkan Jadual 4.9 (iii), statistik ujian-t adalah 32

signifikan (t=-2.557; df=9; p<0.031). Ini bermakna latihan dan pengajaran yang diberikan oleh guru di dalam kelas sebelum dan selepas murid menjalani Peperiksaan Semester I telah memberikan impak pencapaian murid lebih baik walaupun sebelum kajian menggunakan kaedah latih tubi dijalankan. Jadual 4.10 : Ujian t Sampel Berpasangan Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca. (Kumpulan Eksperimen) Mean N Std. Deviation Std. Error Mean 56.70 10 14.3840 4.548 Pair I Ujian Pra Ujian Pasca 66.80 10 11.6885 3.696 Jadual 4.10 (i): Statistik Asas N 10 Correlation .834 Sig. .003

Pair I

Ujian Pra Ujian Pasca

Jadual 4.10 (ii): Statistik Korelasi

Mean

Paired Differences Std. Std. 95% Confidence Deviation Error Interval of the Mean Difference Lower Upper 7.9505 2.5141 -15.7874

df

Sig. (2-tailed)

Pair 1

Ujian Pra Ujian Pasca

-10.100

-4.4125 -4.017

.003

Jadual 4.10 (iii) Statistik Ujian T

Sekali lagi, pengkaji menggunakan Ujian t Sampel Berpasangan bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Eksperimen bagi mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min bagi dua kumpulan sampel iaitu antara keputusan ujian pra dengan keputusan ujian pasca. Berdasarkan Jadual 4.10 (i), statistik asas menunjukkan min pencapaian murid pada ujian pra ialah 56.70 manakala min pencapaian murid pada ujian pasca 66.80. Ini menunjukkan perbezaan

33

min antara perbezaan ujian pra dan ujian pasca ialah -10.100 [Jadual 4.10 (iii)]. Ini menjadikan kolerasi antara ujian pra dan ujian pasca ialah 0.834 dan statistik kolerasi adalah signifikan (p<0.05) iaitu korelasi yang positif dan dengan koefisien yang tinggi (r=0.834). Ini menunjukkan murid memperolehi markah yang tinggi atau lulus pada Peperiksaan Semester I dan ujian pra berkecenderungan untuk memperolehi markah yang tinggi pada ujian pasca dan sebaliknya. Berdasarkan Jadual 4.10 (iii) , statistik ujian t adalah signifikan (t=4.017; df=9; p<0.05). Ini bermakna latihan, pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan perenggan demi perenggan menggunakan kaedah latih tubi telah mengakibatkan pencapaian akademik murid bertambah lebih baik. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pengajaran guru di dalam kelas menggunakan kaedah latih tubi telah memberikan impak positif terhadap pencapaian murid selepas inovasi atau tindakan kajian dijalankan.

Jadual 4.11 : Ujian-t Sampel Berpasangan Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca. (Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan) Mean N Std. Deviation 13.98452 Std. Error Mean 4.42229 4.54863 3.69624 5.22558

markah ujian pra 54.7000 10 kumpulan kawalan Pair 1 markah ujian pra 56.7000 10 14.38402 kumpulan eksperimen markah ujian pasca 61.8000 10 11.68855 kumpulan kawalan Pair 2 markah ujian pasca 66.8000 10 16.52473 kumpulan eksperimen Jadual 4.11 (i): Statistik Asas N 10 Pair 1 markah ujian pra kumpulan kawalan & markah ujian pra kumpulan eksperimen markah ujian pasca kumpulan kawalan & 10 markah ujian pasca kumpulan rawatan Jadual 4.11 (ii): Statistik Kolerasi 34

Correlation .953

Sig. .000

.503

.139

Pair 2

Mean

Paired Differences Std. Std. Error 95% Confidence Deviation Mean Interval of the Difference Lower Upper

df

Sig. (2tailed)

Pair 1

Pair 2

markah ujian pra kumpulan kawalan markah ujian pra kumpulan eksperimen markah ujian pasca kumpulan kawalan markah ujian pasca kumpulan eksperimen

-2.00000

4.37163

1.38243

-5.12727

1.12727

-1.447

.182

-5.00000

14.68181

4.64280

-15.50273

5.50273

-1.077

.310

Jadual 4.11 (iii): Statistik Ujian T Dalam jadual 4.11 (i), purata markah ujian pra bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen adalah hampir sama, selepas kaedah latih tubi dilaksanakan bagi kumpulan eksperimen terdapat peningkatan purata markah ujian pasca bagi kumpulan eksperimen. Jadual 4.11 (ii) telah menunjukkan bahawa korelasi yang tinggi, 0.953 pada pasangan pertama iaitu markah ujian pra kumpulan kawalan dan eksperimen manakala korelasi yang rendah, 0.503, pasangan kedua iaitu markah ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Ini kerana, peningkatan signifikan dalam markah purata ujian pasca bagi kumpulan eksperimen adalah tinggi. Nilai perbezaan signifikan yang tinggi berdasarkan jadual 4.11 (iii) bagi pasangan kedua iaitu markah ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen telah menunjukkan bahawa dalam ujian pasca, kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan markah purata yang tinggi berbanding kumpulan kawalan. 35

Persoalan Kedua Adakah kaedah latih tubi dapat menarik minat dan kecenderungan murid untuk menguasai kemahiran penulisan perenggan karangan? Persoalan kajian akan dijawab dengan menggunakan beberapa instrumen bagi mengumpulkan maklumat dalam penyelidikan ini. Satu daripada instrumen yang mempunyai kaitan dengan kaedah kuantitatif ini adalah menggunakan inventori dan soal selidik.

Jadual 4.12 : Item Sikap dan Persepsi Murid Terhadap Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dalam Pengajaran Penulisan Perenggan Karangan (Kumpulan Eksperimen) Bil. 01. 02. 03. 04. 05. 06. 07. 08. 09. 10. Item Adakah anda suka belajar Bahasa Melayu? Adakah anda suka belajar penulisan karangan? Adakah anda suka menulis karangan? Adakah anda seronok bila dapat menulis karangan yang baik? Adakah anda susah untuk menulis karangan yang baik? Adakah anda susah untuk membina ayat tanpa menggunakan gambar? Adakah anda seronok bila guru menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan karangan Adakah dengan menggunakan kaedah latih tubi dapat membantu anda menulis karangan? Adakah pembelajaran penulisan karangan masih lagi menjadi pembelajaran yang sukar bagi kamu? Adakah anda yakin sudah boleh menulis karangan perenggan demi perenggan dengan baik? Keseluruhan Min Min 3.80 3.80 4.00 4.40 4.20 4.00 4.30 3.80 4.30 4.30 4.09 s.p 0.422 0.422 0.667 0.516 0.632 0.471 0.483 0.422 0.483 0.483 0.500

Bil. 01. 02. 03.

Jadual 4.13 : Maklum Balas Kekerapan dan Peratus Borang Soal Selidik Responden Kumpulan Eksperimen Pernyataan Skala 1 2 3 4 5 Adakah anda suka belajar Bahasa 1 10% 9 90% Melayu? Adakah anda suka belajar 2 20% 8 80% penulisan karangan? Adakah anda suka menulis 2 20% 6 60% 2 20% karangan? 36

04. 05. 06.

07.

08.

09.

10.

Adakah anda seronok bila dapat menulis karangan yang baik? Adakah anda susah untuk menulis karangan yang baik? Adakah anda susah untuk membina ayat tanpa menggunakan gambar? Adakah anda seronok bila guru menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan karangan Adakah dengan menggunakan kaedah latih tubi dapat membantu anda menulis karangan? Adakah pembelajaran penulisan karangan masih lagi menjadi pembelajaran yang sukar bagi kamu? Adakah anda yakin sudah boleh menulis karangan perenggan demi perenggan dengan baik?

6 1 1 10% 6 10% 8

60% 4 60% 3 80% 1

40% 30% 10%

70% 3

30%

20% 8

80%

70% 3

30%

70% 3

30%

Reponden dari kumpulan Eksperimen ternyata lebih seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan perenggan dalam karangan kerana 100% (10 orang) menyatakan bersetuju yang mereka seronok mengikuti pengajaran ini. Item yang menunjukkan skala tidak setuju terendah ialah item skala 2 yang mendapat 10% (tidak suka belajar Bahasa Melayu) ialah seorang murid lelaki. Responden ini sememangnya dari segi tingkah laku adalah seorang murid yang malas dan kurang memberi tumpuan dalam pengajaran guru. Responden ini juga tidak mengambil berat tentang tulisannya, tulisan responden ini tidak kemas tetapi setelah mengikuti pengajaran menggunakan kaedah latih tubi dapat meningkatkan pencapaian markahnya. Item no. 8 menunjukkan min 3.80 dengan dua responden memilih skala 3 kurang setuju dengan menggunakan kaedah latih tubi dapat membantu mereka dalam menulis karangan. Ternyata responden ini adalah murid lelaki juga dan 37

mereka tidak bersetuju mengatakan kaedah yang digunakan adalah berkesan untuk mereka. Pada umumnya, min keseluruhan sikap terhadap pembelajaran yang menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan karangan adalah tinggi iaitu (min=4.09, sp=0.5001). Keadaan ini jelas menunjukkan responden positif terhadap pelaksanaan kaedah latih tubi dalam pembelajaran penulisan perenggan dalam karangan.

Persoalan Ketiga Persoalan kajian ini adalah bagi mengetahui sama ada kaedah latih tubi mampu mengurangkan kesilapan dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca dan frasa ayat murid dalam penulisan perenggan karangan. Bagi persoalan ini, pengkaji telah membuat pemerhatian tentang tingkah laku pelajar sebelum dan semasa pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah latih tubi. Didapati bahawa pelajar telah mengalami perubahan selepas menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan perenggan karangan. Ternyata semua murid dalam kumpulan eksperimen bersetuju dan seronok dari segi minat mempelajari penulisan karangan. Sebelum kajian dijalankan, beberapa orang murid kurang memberi respon dan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh guru. Dapatan kajian selepas mengikuti kajian ini,ternyata responden seronok belajar menggunakan kaedah ini dengan min=4.30, sp=0.68. Ini disokong dengan analisis pemerhatian menggunakan senarai semak oleh guru semasa memeriksa jawapan murid menunjukkan prestasi masalah murid dalam penulisan sudah berkurangan dengan jumlah keseluruhan min=3.84, sp=0.9344. Item mengembangkan isi menjadi ayat bermakna menunjukkan murid sudah boleh menerima kaedah ini dengan min=4.10, sp=0.78. 38

Persoalan Keempat Persoalan yang terakhit ialah adakah pelajar dapat mengolah ayat yang gramatis dalam penulisan perenggan karangan menggunakan kaedah latih tubi (pemerhatian) Jadual 4.14: Taburan Analisis Pemerhatian Terhadap Prestasi Masalah Penulisan Karangan. (Kumpulan Eksperimen Ujian Pasca) Item (Pernyataan Masalah Murid) 1 2 3 4 5 Min SP Penggunaan huruf besar dan kecil di tempat - - 2 5 3 4.10 .738 yang sesuai Penggunaan tanda baca - - 3 4 2 4.00 .816 Pengolahan ayat yang lemah - - 4 3 3 3.00 .976 Mengembangkan isi menjadi ayat bermakna - - 2 5 3 4.10 .738 Ejaan terpengaruh dengan sebutan - - 3 4 3 4.00 .816 Kurang memahami kehendak soalan - - 2 4 4 4.20 .786 Kurang mahir mencari isi kandungan - 2 2 3 3 3.70 1.160 Struktur ayat tidak tersusun - 2 2 3 3 3.70 1.160 Penguasaan tatabahasa - 2 2 3 3 3.70 1.160 Tulisan kurang kemas - 1 2 4 3 3.90 0.994 Jumlah Min 3.84 0.934

Bil. 01. 02. 03. 04. 05. 06. 07. 08. 09. 10.

Jadual 4.15: Taburan Analisis Pemerhatian Terhadap Masalah Penulisan Karangan Responden (Kumpulan Eksperimen Ujian Pra) Bil. Item (Pernyataan Masalah Murid) 01. Penggunaan huruf besar dan kecil di tempat yang sesuai 02. Penggunaan tanda baca 03. Pengolahan ayat yang lemah 04. Mengembangkan isi menjadi ayat bermakna 05. Ejaan terpengaruh dengan sebutan 06. Kurang memahami kehendak soalan 07. Kurang mahir mencari isi kandungan 08. Struktur ayat tidak tersusun 09. Penguasaan tatabahasa 10. Tulisan kurang kemas Jumlah Min TAHAP NILAI Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang 39 1 3 3 1 1 2 2 1 1 2 4 2 3 5 2 2 2 2 2 3 3 2 3 3 3 3 3 3 3 2 3 4 1 2 2 2 3 2 3 2 3 2 5 Min SP - 2.10 .356 1 1 3 1 1 2 1 2.40 2.90 2.70 3.10 3.60 3.20 3.20 3.30 2.90 2.94 .426 .623 .246 .665 1.201 .526 .526 .423 .623 0.562

SKALA LIKERT 1 2 3 4 5

Berdasarkan prestasi markah murid kumpulan eksperimen dalam ujian pasca, dapatan kajian menunjukkan taburan markah yang memperolehi 80 hingga 100 peratus (Gred A) telah meningkat iaitu daripada 0 peratus kepada 20 peratus dan markah memperolehi 60 hingga 79 peratus (Gred B) dari 40 peratus kepada 50 peratus. (Rujuk Jadual 4.5 dan 4.6). Ini menunjukkan bahawa pelajar sudah mula dapat mengolah ayat yang baik dan gramatis. Berdasarkan jadual 4.14, pernyataan pengolahan ayat yang lemah sudah tidak ada yang lemah dan terdapat tiga orang pelajar yang cemerlang dalam pengolahan ayat dan tiga orang juga menghasilkan penulisan yang baik dengan min=3.00, sp=0.976. Pelajar dalam menjawab ujian pasca telah dapat mengembangkan isi karangan untuk menjadikan ayat tersebut menjadi lebih bermakna dengan keseluruhan murid dapat menguasainya, min=4.10, sp=0.738. Dalam penyusunan ayat menunjukkan 8 orang pelajar sudah dapat menguasainya dengan min=3.70, sp=1.160. Terdapat dua orang pelajar masih lemah lagi dalam penyusunan ayatnya tetapi boleh dibimbing kerana pelajar ini sudah boleh mengmebangkan isi menjadi ayat bermakna. Pengolahan ayat yang gramatis boleh dicapai dengan mengabungkan keempatempat penyataan tadi. Setelah langkah demi langkah dan perenggan demi perenggan pelajar mengikuti pembelajaran ini mereka telah dapat menguasainya tidak beberapa memuaskan. Tetapi ini telah menampakkan dari segi peningkatan dan kepuasan bagi guru cara pengolahan ayat pelajar. Pengolahan ayat yang gramatis perlukan latihan yang berterusan dan banyak membaca buku, risalah dan majalah ilmiah. Pada keseluruhannya bolehlah disimpulkan bahawa peningkatan pencapaian penulisan karangan pelajar adalah dipengaruhi oleh pengolahan ayat yang gramatis dan tersusun strukturnya.

40

4.4

KESIMPULAN Bab ini telah menjelaskan tentang profil responden kajian dan membentangkan

dapatan kajian berhubung dengan prestasi akademik dengan menggunakan kaedah latih tubi sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Daripada Ujian-t, analisis min, sisihan piawai, analisis borang soal selidik dan pemerhatian, menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dalam kumpulan eksperimen dari segi pencapaian murid dalam Bahasa Melayu penulisan setelah menggunakan kaedah latih tubi. Bab seterusnya akan membincangkan mengenai rumusan, cadangan dan kesimpulan daripada pengkaji mengenai kajian ini.

41

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

PENDAHULUAN Bab ini akan memuatkan perkara-perkara seperti rumusan, perbincangan dan

cadangan berdasarkan hasil dapatan kajian oleh pengkaji. Rumusan akan tertumpu kepada kesimpulan yang dapat dibuat oleh pengkaji secara menyeluruh. Seterusnya, segala perbincangan tentang hasi dapat kajian turut dikupas dan dikaitkan bersama serotan penulis terdahulu. Akhir sekali, beberapa cadangan untuk tindakan selanjutnya akan dibuat untuk maklumat pengkaji-pengkaji akan datang yang berminat dalam kajian ini.

5.2

RUMUSAN HASIL KAJIAN Kajian ini secara khususnya bertujuan untuk melihat keberkesanannya kaedah

latih-tubi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu penulisan perenggan karangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran dan pemahaman Bahasa Melayu dalam penulisan dari pengetahuan mereka. Pertamanya, pengkaji membuat perbandingan tentang tahap peperiksaan semester 1 dengan data ujian pra. Dari uijan yang dilakukan, pengkaji mendapati tahap pencapaian murid-murid pada ujian pra adalah sedikit lebih tinggi daripada tahap pencapaian mereka semasa peperiksaan semester 1. Ini kerana segelintir mereka mempunya sikap yang positif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu selepas peperiksaan tersebut.

42

Hasil kajian mendapati antara faktor yang menyumbang kepada hal ini adalah sikap dan pengetahuan murid terhadap mata pelajaran itu sendiri. Segelintir pelajar masih tidak berminat, malah mereka tidak merasa seronok untuk belajar Bahasa Melayu kerana kaedah, strategi dan bahan yang digunakan oleh guru kurang interaktif dan menjadikan mereka terbiasa. Pengajaran dan pembelajaran saharusnya menjadikan murid belajar untuk bertindak balas dan terlibat sacara aktif dalam aktiviti pembelajaran (Moktar Ahmad, 1999). Oleh itu, guru seharusnya menggunakan lebih banyak strategi pembelajaran yang lebih interaktif dan mudah digunakan serta ditadbir. Diharapkan selepas kajian ini dapat memberikan banyak peluang kepada murid bagi meningkatkan kemahiran menulis mereka dalam penulisan karangan. Pengetahuan yang diperoleh dengan menggunakan kaedah latih tubi ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid bagi menyelesaikan masalah mereka dalam penulisan karangan. Pengkaji telah memilih menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan perenggan supaya murid dapat memantapkan hasil penulisan mereka dari perenggan demi perenggan barulah kepada penulisan karangan yang lengkap. Iaitu menguasai kemahiran yang lebih kecil dahulu selepas itu barulah kepada kemahiran yang lebih luas. Barulah proses pengajaran dan pembelajaran itu akan menjadi lebih tersusun dan sistematik. Beberapa instrumen telah digunakan bagi menjayakan kajian ini, iaitu borang soal selidik, lembaran kerja, markah peperiksaan, ujian pra dan ujian pasca.Hasil sepanjang tempoh kajian dijalankan kesemua responden menunjukkan peningkatan positif dalam menguasai kemahiran penulisan karangan. Markah dan gred pencapaian responden ada peningkatan yang ketara. Sememangnya kita mengetahui murid- murid berbeza dari aspek fizikal, tahap kecerdasan, kestabilan emosi, minat 43

dan motivasi. Oleh yang demikian para pendidik hendak mengkaji dan memilih kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajarannya bagi meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Menurut Jubaidah Jakari (2007), murid-murid merupakan golongan yang menjadi harapan negara untuk meneruskan

kecemerlangan pada masa akan datang. Kecemerlangan hanaya akan dapat dicapai oleh para pelajar sekiranya mengamalkan pembelajaran yang bersesuain. Selepas menjalankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu penulisan selama 5 minggu menggunakan kaedah latih tubi didapati terdapat perubahan yang signifikan terhadap pencapaian ujian pasca dibandingkan dengan ujian pra, persepsi dan sikap murid terhadap subjek ini. Ini berlaku kerana murid semakin selesa dengan kaedah yang digunakan. Responden mampu menulis ayat dengan kesilapan yang sedikit. Pengulangan dan pengukuhan perenggan demi perenggan melalui kaedah latih tubi telah membantu murid untuk mengenali dan menghafal bentuk ayat, hukum serta disiplin menunjukkan sikap yang lebih positif di mana mereka lebih seronok balajar meggunakan kedah ini. Mereka merasakan bahawa walaupun subjek ini sukar tetapi mereka masih ingin mempelajari kerana sedar akan kepentingannya. Responden memberikan perhatian yang baik semasa guru menggunakan pelbagai strategi sebelum menggunakan kaedah latih tubi. Secara keseluruhannya, responden ingin terus belajar penulisan karangan, perenggan demi perenggan ini kerana ianya lebih mudah serta menyeronokkan disamping memberikan mereka pengalaman baru belajar menggunakan kaedah latih tubi. Secara umumnya tahap pencapaian murid yang rendah berjaya ditingkatkan ketahap yang optimus.

44

5.3

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Bahagian ini membincangkan secara terperinci berkaitan hasil dapatan kajian

yang telah diperolehi dari segi sokongannya terhadap dapatan kajian lepas dan juga menjelaska dapatan kajian ini. Beberapa dapatan kajian lepas, model, teori pengalaman dan rasional telah digunakan dalam kajian.

5.3.1

Hubungan Antara Pengetahuan Murid dan Masalah-masalah yang dihadapi Kaedah Latih Tubi Penulisan Perenggan Karangan Bahasa Melayu Kertas II

Berdasarkan kajian ini didapati hubungan signifikan dan positif antara pengetahuan murid dalam penggunaan kaedah latih tubi. Berdasarkan Ujian TBerpasangan bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Eksperimen, Ujian Pra (min=56.70, sp=14.3840), dan Ujian Pasca (min=66.80, sp=11.6885) dengan perbezaan minnya -10.100. Walaupun peningkatan secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana dan tidak seratus peratus memuaskan tetapi murid menunjukkan motivasi pembelajaran yang tinggi bagi memperbaiki pencapaian akedameik mereka. Bermakna seseorang murid yang mempunyai pengetahuan dan motivasi yang tinggi akan memdapat pencapaian yang lebih baik. Ini dapat diperhatikan dalam Ujian Pasca pelajar dari Kumpulan Eksperimen telah ada peningkatan dan perubahan dari segi gred dan markah iaitu yang mendapat gerd A telah meningkat kepada dua orang, Ujian Pra tiada seorang pun yang mendapat gred A. Bagi yang mendapat gred B juga meningkat dari empat orang kepada 5 orang. Bagi gred C pula jumlahnya sudah berkurangan dari enam orang kepada tiga orang. Ini menunjukkan bahawa peningkatan itu ada

45

walaupun dalam lingkungan masa yang singkat. Pengkaji berkeyakinan jika masa lebih diberikan adalah lebih panjang mungkin pelajar dapat menghasilkan keputusan yang lebih baik dan pengajaran boleh dilakukan dengan lebih teratur serta terancang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa masalah yang mesti ditangani oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah latih tubi. Bagaimanakah cara untuk menarik minat mereka. Pengkaji telah mengambil langkah menggunakan latihan mengikut aras kecerdasan mereka dan menggunakan pendekatan yang menyeronokkan mereka. Tetapi pelajar-pelajar ini tidak juga menunjukkan perubahan tentang sikap mereka. Oleh yang demikian, hasil ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan dari segi gred mereka. Perubahan ditunjukkan hanya kepada markah mereka sahaja. Setelah langkah demi langkah dan perenggan dari perenggan, pelajar mengikuti pembelajaran ini telah dapat menyesuaikannya dalam diperingkat sederhana. Ini telah dapat dilihat dari segi peningkatan dan kepuasan bagi pengkaji menggunakan kaedah latih tubi ini. Pengkaji mula dapat memenuhi kehendak soalan dan pengolahan ayat mereka sudah beransur baik.

5.3.2

Hubungan Antara Faktor-faktor Yang Menyebabkan Murid Dapat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Perenggan Karangan Menggunakan Kaedah Latih Tubi. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor mengapa pada mulanya murid-murid ini tidak dapat menguasai kemahiran penulisan perenggan dengan lebih baik. Tetapi apabila guru 46

menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan perenggan karangan ini sedikit sebanyak telah dapat membantu mereka. Faktor mengapa pada mulanya murid tidak atau kurang menguasai kemahiran penulisan karangan ialah faktor kaedah yang digunakan oleh guru. Guru yang mengajar pada mulanya menggunakan kaedah yang tidak digemari oleh murid. Guru selalu mengajar murid menggunakan kaedah tradisional iaitu Chalk and Talk. Hasil dapatan soal selidik mendapati guru ada menggunakan bahan bantu tetapi tidak selalu. Keadaan ini menyebabkan murid merasa bosan dengan tujuh orang menyatakan bosan dan tiga orang menyatakan tidak dalam hal ini. Sepatutnya guru hendakalah lebih kreatif dalam mempelbagaikan strategi kaedah dan penggunaan bahab bantu bagi merangsang pembelajaran murid agar lebih menyeronokkan dan perkara ini bertepatan dengan kajian Abdul Rasid Jamian (2001) iaitu faktor teknik guru menyumbang kepada kelemahan penguasaan kemahiran menulis. Faktor seterusnya ialah guru mengajar penulisan karangan tidak dari yang senang terlebih dahulu, selepas itu barulah kepada yang sukar. Guru selepas memberikan penerangan terus sahaja mengharapkan agar murid dapat menulis karangan tersebut. Murid-murid sebenarnya boleh menguasai kemahiran menulis karangan jika mereka diajar dan dibimbing dari aras kesukaran yang senang kepada yang sukar. Selain itu, guru juga selalu tidak memeriksa hasil kerja yang diberikan kepada murid. Keadaan ini menyukarkan murid bagi menentukan kesalahan atau kualiti kerja mereka. Pendapat Jamel (1982) yang mendapati bahwa penyemakan merupakan satu proses yang penting. Katanya guru-guru sepatutnya 47

berperanan untuk menerima maklum balas penulisan semasa proses penyemakan yang nanti akan membantu murid-murid membaiki karangan mereka. Terdapat seramai tujuh orang menyatakan Tidak bagi pernyataan Adakah guru selalu menyemak hasil kerja yang diberikan dan menyatakan Ya seramai tiga orang. Oleh yang demikian, semua yang dinyatakan ini adalah merupakan faktor-faktor mengapa murid kurang mendapat keputusan yang lebih baik pada awalnya. Tetapi setelah guru menggunakan kaedah latih tubi persepsi murid sudah berubah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa setelah menggunakan kaedah ini, pelajar lebih seronok kerana pengkaji telah membina pelbagai aktiviti menulis dalam yang menarik di dalam kelas. Selain itu, guru juga telah menggunakan bahan bantu sesuai mengikut atas kesukarannya telah merangsang minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah latih tubi ini. Bagi meneliti apakah faktor-faktor yang menyebabkan murid telah dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam penulisan perenggan karangan yang dikupaskan di sini. Pengkaji telah menggunakan kaedah latih tubi iaitu menulis atau menyalin berulang-ulang kali, ini secara tidak langsung akan melatih otak murid mengingati maklumat apabila melihat dan meneliti perkataan yang ditulis. Jika pelajar kerap menulis, secara tidak langsung pelajar akan terus membaca sesuatu perkataan atau ayat yang ditulis. Ini sudah tentu memudahkan pelajar mengingati perkataan, ayat dan bentuk sebuah karangan yang ditulis. Pengulangan latihan yang berterusan telah menjadikan murid berlumba-lumba untuk menyiapkan 48

kerja mereka. Pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen bagi menarik minat pelajar ini. Pengkaji telah menggunakan lembaran kerja sebagai latihan asas setelah habis setiap kali pengajaran. Ujian akan dijalankan setiap kali dalam seminggu mengenalpasti keberkesanan kaedah ini. Setiap hasil kerja murid, lima yang terbaik akan dipamerkan di sudut pembelajaran. Pengkaji juga telah menyemak dan

memperbetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Penggunaan latihan dan ujian yang berbagai jenis dilakukan oleh pengkaji bagi mengubah prestasi murid sedikit demi sedikit. Keputusan ujian menunjukkan terdapat peningkatan dalam prestasi pelajar selepas mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah latih tubi menulis perenggan karangan. Terdapat beberapa orang murid yang prestasinya berubah dengan baik dalam Ujian Pasca. Ini kerana mungkin berkaitan dengan sikap murid yang begitu komited menggunakan kaedah dan kesungguhan untuk memperbaiki kelemahan mereka. Terdapat pula tiga orang pelajar yang kurang meningkat terdiri daripada pelajar lelaki kesemuanya iaitu murid R6, R9 dan R10. Ini berkaitan dengan sikap pelajar lelaki ini yang kurang kesungguhan untuk memperbaiki kelemahan mereka. Berdasarkan Ujian Pasca, keputusan pelajar-pelajar ini menunjukkan peningkatan juga dari segi markah walaupun gred mereka tidak berubah. Tulisan mereka telah mempengaruhi keputusan markah yang diperolehi. Faktor yang terakhir ialah penggunaan bahan bantu digunakan oleh pengkaji. Bahan bantu yang digunakan oleh pengkaji dapat diterima oleh pelajar dan senang untuk difahami. Pelajar menyatakan bahawa mereka 49

akan mudah mengingati dan faham jika guru menggunakan bahan bantu yang sesuai. Penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan kebolehan dan penguasaan menulis dapat menjadikan aktiviti menulis menjadi berkesan dan bermakna kepada pelajar.

5.3.3

Keberkesanan Kaedah Latih Tubi Penulisan Perenggan Karangan Terhadap Perubahan Keputusan Akademik Pelajar. Pelaksanaan pembelajaran menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan perenggan karangan dapat menunjukkan kesan yang positif terhadap pencapaian penulisan karangan Ujian Pasca. Kajian mendapati bahawa pelaksanaan pembelajaran ini dibuktikan menerusi Ujian-T yang dijalankan menunjukkan perbezaan yang signifikan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca kumpulan eksperimen. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh latihan-latihan dan ujian-ujian yang berulang-ulang telah memberikan peningkatan terhadap pencapaian akademik pelajar. Peningkatan dari segi penulisan pelajar mengembangkan isi menjadi ayat bermakna dengan min= 4.10, sp= 0.738. Ini menunjukkan bahawa pelajar mulai faham tentang format dan cara pengolahan ayat dalam penulisan karangan. Hasil kajian mendapati juga bahawa pelajar ada perubahan dari segi struktur ayat yang dibina semakin tersusun pengolahannya. Jika dalam Ujian Pra, ramai pelajar yang kurang mahir dalam pengolahan ayat dengan min= 2.90, sp= 0.623, tetapi dalam Ujian Pasca peningkatan ditunjukkan dengan min= 3.00, sp= 0.976. Ini sudah tentu menunjukkan bahawa pelajar telah menerima pengajaran dan pembelajaran yang 50

digunakan oleh pengkaji. Ini disokong dengan pengetahuan pelajar sudah dapat memahami kehendak-kehendak soalan yang diberikan dalam latihan dan ujian. Ini disebabkan pendedahan yang diberikan kepada pelajar telah membantu memudahkan pemahaman pelajar terhadap hasil pembelajaran yang telah diajar. Hasil dari semakan prestasi yang terperinci terhadap latihan dan ujian yang diberikan menunjukkan tulisan pelajar sudah semakin kemas dan kurang sudah melakukan kesilapan. Ini kerana pengkaji telah dapat mengesan kesilapan dan kelemahan pelajar. Pengkaji telah menyemak hasil penulisan pelajar dengan secara umum terlebih dahulu, ini bagi memastikan jika terdapat kesilapan yang tidak disedari oleh pengkaji akan berlaku. Jika ini berlaku pelajar akan lambat untuk mengetahui kesilapan mereka. Pengkaji telah menyediakan latihan yang berbeza dan sesuai bagi setiap pelajar mengikut permasalahan yang dihadapi. Pengkaji juga telah menyediakan banyak latihan-latihan pendek bagi membentuk sebuah perenggan supaya dapat mengukuhkan pemahaman dan memudahkan mereka mengingati apa yang mereka pelajari termasuk menguasai kemahiran berkaitan. Selain itu pengkaji juga mendapati pelajar ada implikasi perubahan yang positif selepas kaedah latih tubi menulis perenggan ini dijalankan dari segi sikap dan minat pelajar. Serentak dengan perubahan sikap yang positif ini juga akan lebih meningkatkan prestasi pelajar dalam penguasaan penulisan karangan (Shaaban, 2006). Berdasarkan jadual 4.13 borang soal selidik menunjukkan pelajar seronok apabila guru menggunakan kaedah latih tubi dengan min= 4.30, sp= 0.483 dan 100 peratus menyatakan setuju dan sangat setuju. Ini disebabkan pelajar 51

sudah berminat dengan kaedah dipilih hasil dari bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pembelajaran yang menyeronokkan akan dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pelajar telah menunjukkan keyakinan

apabila menulis perenggan karangan dengan hasil kaedah yang diperkenalkan menyatakan 100 peratus bersetuju dan sangat setuju. Peningkatan pencapaian gred pelajar dari Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan bahawa kaedah latih tubi dapat diterima oleh pelajar. Tegasnya, penggunaan kaedah latih tubi penulisan perenggan karangan ini telah dapat membezakan corak penulisan pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Bagi kumpulan eksperimen, mreka mengharapkan agar guru memberikan banyak masa lagi untuk memahirkan diri dalam kaedah ini. Kumpulan eksperimen ini mengakui bahawa jika mereka diberikan masa yang lama mengikuti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini, mereka akan dapat membina pengalaman bagi menyelesaikan masalah penulisan dalam Bahasa Melayu. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar boleh dibantu untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam penulisan karangan. Sebenarnya bukannya mudah bagi seseorang guru untuk menggalakkan pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan bagi memberikan memberikan kefahaman kepada pelajar.

52

5.4

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan prestasi murid dalam kumpulan eksperimen

setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah latih tubi telah berjaya meningkatkan pencapaian akademik mereka. Meskipun masih ada sebilangan kecil murid kurang begitu meningkat pencapaiannya. Semua pengkaji akan menyatakan bahawa kajian yang mereka jalankan adalah yang terbaik dan sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu penulisan. Begitu juga tanggapan pengkaji dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu, menggunakan kaedah latih tubi adalah yang terbaik kerana dapat meningkatkan kemahiran penulisan perenggan khususnya dan umumnya penulisan karangan. Jelasnya kaedah manapun yang digunakan semuanya adalah sesuai dan baik tetapi penggunaan bahan rangsangan dan teknik yang berkesan serta kaedah yang sesuai merupakan kunci utama bagi meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan Bahasa Melayu. Antara implikasi kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu penulisan ini ialah perenggan.

5.4.1 IMPLIKASI TERHADAP MURID Kajian ini jelas telah menunjukkan bahawa murid yang mengikuti pelaksanaan perbelajaran menggunakan kaedah latih tubi mempunyai sikap yang positif kerana pengajaran ini telah memberikan impak yang positif kepada mereka. Murid akan dapat menggabungjalinkan apa yang telah mereka pelajari dari menggunakan kaedah latih tubi ini dengan idea-idea sampingan yang mereka fikirkan bagi menjadikannya ayat-ayat yang lebih gramatis. Dapatan kajian menunjukkan responden seronok belajar menggunakan kaedah ini kerana ia tidak terlalu membebankan mereka. Responden akan berhati-hati menulis tugasan bagi memperbaiki tulisan mereka. Penulisan yang berulang-ulang akan dapat mengasah kemahiran mengingat di 53

samping mengemaskan dan mencantikkan lagi tulisan mereka. Keadaan ini sekurang-kurangnya telah memberikan kebaikan kepada responden. Kesediaan responden jelas telah menggambarkan tentang sikap mereka untuk menerima pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan perenggan demi perenggan Bahasa Melayu penulisan. Ini dapat diperhatikan dalam ujian pasca di mana murid-murid mampu menjana idea mereka dengan baik walaupun masih terdapat kesalahan tatabahasa. Guru hanya perlu memberikan bimbingan berterusan dan bantuan kepada murid untuk lebih fokus.

5.4.2 IMPLIKASI TERHADAP GURU Guru-guru Bahasa Melayu perlulah berusaha bagi mengatasi kelemahan muridmurid dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penulisan karangan Bahasa Melayu. Guru perlulah lebih kreatif dalam mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas agar murid lebih seronok dan berkeyakinan. Ini bertujuan bagi murid agar dapat meningkatkan pencapaian mereka dari masa ke semasa. Pada awalnya pengkaji merasa kurang yakin untuk menggunakan kaedah latih tubi dalam penulisan perenggan demi perenggan bagi menghasilkan sebuah karangan yang bermutu. Tetapi memandangkan murid-murid ini sentiasa lupa apa yang diajar oleh guru maka pengkaji telah mengambil inisiatif untuk mencuba kaedah ini dalam kajian. Setelah menjalankan kajian ini peringkat demi peringkat, pengkaji mendapati murid kumpulan eksperimen ini boleh dibantu bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu penulisan. Melalui kaedah latih tubi ini guru dapat mengajar dengan mudah. Pengkaji telah menggunakan kaedah ini kepada kumpulan eksperimen pendedahan terlebih dahulu menggunakan bahan bantu sebelum menulis perenggan demi perenggan bagi 54

membantu mereka terhadap hasil pembelajaran yang diajar. Pengkaji juga mengajar responden daripada isi pelajaran yang mudah dahulu barulah berpindah kepada yang sukar memberikan input peningkatan pencapaian yang ada unsur majunya. Kreativiti seseorang guru amat memainkan peranan penting dalam kecekapan mengatur penggunaan pendekatan dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar secara berkesinambungan dan berterusan. Secara keseluruhannya, murid masih berada pada tahap sederhana antara pengetahuan murid dan tahap penggunaan kaedah latih tubi begitu juga dalam memahami pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu penulisan menggunakan kaedah ini. Faktor ini disebabkan oleh penggunaan kaedah ini masih terlalu baru dan dijalankan dalam lingkungan masa yang terhad. Pengkaji akan cuba untuk meneruskan kaedah ini kepada kumpulan pelajar lemah pula jika kaedah ini mungkin dapat memberikan peningkatan pencapaian yang memberangsangkan dalam peperiksaan UPSR akan datang. Guru yakin jika masa adalah lebih panjang, maka pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan dengan lebih teratur serta terancang. Diharapkan ada lagi guru yang menggunakan kaedah latih tubi ini dalam penulisan perenggan karangan dalam kajian mereka bagi memastikan apa yang diperkatakan ini adalah benar.

5.4.3 IMPLIKASI TERHADAP SEKOLAH Secara umumnya, penggunaan kaedah latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan perenggan karangan ini telah membawa implikasi perubahan yang positif terhadap peningkatan pencapaian dan sikap murid. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah perlulah memberi galakan dan sokongan dalam merealisasikan penggunaan kaedah ini. Kaedah ini boleh diajarkan kepada subjek Bahasa Inggeris 55

dengan bantuan pihak pentadbir sekolah. Pihak pentadbir boleh menyediakan ruangruang untuk pelajar membuat perbincangan dan kemudahan kepada panitia Bahasa Melayu. Panitia Bahasa Melayu berperanan untuk menyiapkan serta menyediakan bahan-bahan bantu mengajar dari segi pemilihan, kesesuaian dan penggunaannya. Oleh yang demikian, jika kajian ini mendatangkan kebaikan kepada peningkatan pencapaian murid dalam peperiksaan, kenapa tidak digunakan kaedah ini bagi melihat tahap pencapaiannya dalam UPSR tahun depan. Pengkaji akan menggunakan kaedah ini untuk murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSR Tahun 2013 bagi membantu guru Tahun 6 meningkatkan tahap pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR penulisan. Jika betul dapat memberikan peningkatan peratusan lulus kepada pihak sekolah maka pihak pentadbir sekolah hendaklah memainkan peranannya.

5.5

CADANGAN Hasil daripada dapatan analisis kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan

bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan. Kajian ini adalah berasaskan sekolah dan ia adalah satu bentuk kajian ilmiah yang sangat baik bagi memantapkan lagi bidang profesion perguruan. Banyak ilmu dan pengetahuan baru yang dapat diperolehi melalui kajian ini. Dalam kajian ini masih banyak perkara yang menjadi persoalan yang belum terurai. Oleh yang demikian pengkaji mencadangkan agar beberapa aspek perlu dipertimbangkan dan diberikan perhatian untuk dijadikan sebagai bahan rujukan kajian lanjutan pada masa akan datang. Berikut adalah cadangan kajian lanjutan tersebut.

56

5.5.1 Masa Kajian Lebih Panjang Masa kajian ini dijalankan hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja. Dalam tempoh singkat ini, peningkatan prestasi bagi setiap responden adalah tidak begitu memberangsangkan walaupun ada peningkatannya. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan agar kajian pada masa hadapan diberikan masa yang lebih panjang. Ini bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mendapat input yang lebih baik serta lancar selaras peningkatan prestasi pelajar.

5.5.2 Kaedah Diterapkan Dalam Matapelajaran Bahasa Inggeris Bagi merealisasikan kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran penulisan perenggan karangan dan pencapaian akademik pelajar dalam Bahasa Melayu menggunakan kaedah latih tubi. Maka bolehlah digunakan juga kaedah ini dalam matapelajaran Bahasa Inggeris penulisan. Mungkin dengan penggunaan kaedah ini dapat meningkatkan keputusan pelajar lulus dalam Bahasa Inggeris penulisan. Bahasa Inggeris penulisan juga merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar.

5.5.3 Kajian Terhadap Pelajar Yang Lebih Ramai Kajian yang berkaitan dengan kaedah latih tubi ini diharapkan disambung kepada pelajar yang lebih ramai lagi. Ini bertujuan bagi mengetahui keberkesanannya adalah dapat memperolehi data peningkatan yang lebih memberangsangkan dan dapatan yang lebih luas lagi. Memandangkan kajian ini dijalankan untuk muridmurid yang cergasdan sederhana maka boleh juga digunakan untuk pelajar-pelajar lemah dalam penulisan karangan. Jika pelajar yang lemah ini dapat mengikuti

57

pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini mungkin juga dapat meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR penulisan Bahasa Melayu.

5.5.4 Guru Kreatif Kunci utama dalam apa jua kaedah yang digunakan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran penulisan karangan ialah guru yang kreatif dan inovatif serta berusaha memberikan motivasi agar murid terus belajar. Dicadangkan agar guru lebih kreatif dan mestilah bijak mempelbagaikan bahan bantu mengajar, kaedah pengajaran yang lebih menarik dan mampu untuk memperkembangkan intelek serta keupayaan menulis pelajar. Guru hendaklah sentiasa memantau pemahaman dan pencapaian pelajar dari masa ke semasa. Oleh itu, tahap pencapaian pelajar perlu dinilai dengan tepat dan teliti serta direkod secara berterusan untuk membolehkan guru melihat perkembangan selanjutnya. Bagi meningkatkan prestasi pelajar, guru perlu juga mendekati pelajar-pelajarnya.

5.5.5 Penekanan Terhadap Cara Pembelajaran Pelajar Bagi cadangan seterusnya, pengkaji mencadangkan agar kajian ini dibuat berdasarkan penekanan terhadapat cara pembelajaran para pelajar itu sendiri. Bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar, Dunn (1980) menyatakan bahawa kegagalan pelajar bukan disebabkan oleh kurikulum sebaliknya mereka boleh belajar matapelajaran sekiranya pembelajaran itu menekankan kepada cara belajar yang mereka gemari. Apabila perbezaan di antara gaya belajar dan stail pengajaran berlaku, ini akan menyebabkan pelajar cepat merasa bosan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memahami gaya belajar anak-anak mereka. Ini supaya mereka dapat mengenal pasti 58

kecenderungan anak mereka untuk belajar. Ada di kalangan pelajar yang berminat dan cenderung untuk belajar sendiri sedangkan ada yang lebih cenderung untuk belajar dengan bantuan guru. Gaya belajar yang diamalkan oleh pelajar mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik mereka. (Keefe, 1989)

5.6

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, daripada kajian yang dilakukan, pengkaji telah

menjawab setiap persoalan dan menguji hipotesis-hipotesis yang telah dikemukakan. Secara umumnya, didapati bahawa kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi meningkatkan kemahiran dan pencapaian, murid-murid dalam Bahasa Melayu telah menunjukkan peningkatan yang positif walaupun dalam masa yang singkat. Hasil kajian menunjukkan peningkatan serta perbezaan yang signifikan selepas kaedah ini dijalankan oleh guru. Dalam hal ini, guru harus memainkan peranan yang lebih dalam merubah dan membantu mencipta satu kaedah pengajaran penulisan yang lebih berkesan dan efektif. Murid-murid mungkin berada pada tahap kesedaran yang tinggi jika guru diberikan masa pendekatan pembelajaran, kaedah dan strategi yang pelbagai dalam pembelajaran. Ini juga mungkin akan mampu membina keyakinan murid untuk belajar penulisan karangan. Hasil daripada penggunaan kaedah ini juga menyebabkan murid-murid lebih berminat dan seronok untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu penulisan. Ini kerana mereka mendapati kaedah ini mudah untuk dipelajari dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh guru ini dapat melatih murid berfikir secara kreatif dan kritis dan mampu mencantikkan tulisan murid yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid.

59

RUJUKAN Abd Aziz Abd Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu; Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur; Utusan Publication Sdn. Bhd

Abdul Rasid Jamian, Shamsuddin Othman & Humaizah Hashim (2012). Persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 129-140.

Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol 1, Bil 1: 1-12.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Yusfaiza Yusuff,

Mohd. Isha Awang (2012). Aplikasi Pembelajaran Jigsaw II

dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Bil. 2(2): 6272.

Che Zanariah Che Hassan, Fazilah Abd. Rahman (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1(1): 67-87.

Roselan Baki (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. 60

Noor Aainah Ag. Jaafar (2007). Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Sepanjang Sekurang-kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang Ditetapkan Menggunakan Kaedah Salin dan Jalin. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurnal Pendidikan. 2(2): 12-18.

Jeyagobi A/L Dhamodanem (2008). Persepsi dan Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah Kawasan PensianganSalinatan Daerah Nabawan, Sabah: Satu Analisis, Jurnal Penyelidikan Institut Perguruan Islam. Dipos ke Web pada 5 Mei 2010.

Madinah Musa (2005). Meningkatkan Kemahiran Murid-murid Tahun I dalam Membina Ayat Mudah dan Penggunaan Tanda Baca Yang Betul dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Tatabahasa. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA.

61

LAMPIRAN A

BORANG MAKLUMAT PELAJAR 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Nama Jantina Kelas Umur Bangsa / Suku Agama Alamat Tempat Tinggal Pekerjaan Ibu Bapa / Penjaga Cita-cita Kedudukan Dalam Kelas : : : : : : : : : :

62

LAMPIRAN B SENARAI NAMA MURID MENGIKUT KUMPULAN Bil. Kumpulan Eksperimen Nama Murid 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Abu Hurairah B. Mohd Salleh Fayyla Bt. Eddie Junaidah Bt. Bensali Mohd Idham B. Hisyamuddin Mohd. Hamsar B. Johan Mohd. Sukri B. Al Fatlan Naziatul Bt. Montaha Nor Hafidah Bt, Mehkail Nurul Shahirah Bt. Yahya Rasila Bt. Roslan L P P L L L P P P P Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau Islam Islam Islam Islam Islam Islam Islam Islam Islam Islam 10+ 1010+ 10+ 10101010+ 1010+ Jantina Bangsa Agama Umur

Bil.

Kumpulan Kawalan Nama Murid

Jantina

Bangsa

Agama

Umur

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Almina Bt. Abd. Sabal Ezanatul Shima Bt. Kaedah Johari B. Johan Maizura Bt. Ahmad Mohd. Nazan B. Farhan Mohd. Ridwan B.Mangguna Mohd. Zulhakim B. Jamal Nurul Izzah B. Rody Rasidin B. Mohd. Jani Siti Nurshuhadah Bt. Sabri

P P L P L L L P L P

Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau Bajau

Islam Islam Islam Islam Islam Islam Islam Islam Islam Islam

10+ 10+ 10+ 10101010+ 1010+ 10-

63

LAMPIRAN C SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG LABIAN LAHAD DATU, SABAH

KERTAS UJIAN BAHASA MELAYU UJIAN PRA KERTAS II KEMAHIRAN MENULIS TAHUN 4

NAMA :______________________________________________________ KELAS :_____________________________________________________

MASA: 1 JAM 15 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 64

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, Soalan 3 atau Soalan 4.

Bahagian A (10 Markah) (Masa dicadangkan: 15 minit)

Gambar di bawah menunjukkan suasana pada hari Sukan sekolah. Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang suasana hari Sukan tersebut.

65

Bahagian B (30 Markah) (Masa dicadangkan: 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Sekolah kamu telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tulis catatan tentang sambutan itu. ATAU 2. Kamu bercadang untuk membeli beberapa buah buku rujukan di sebuah syarikat penerbitan. Tulis surat kepada syarikat penerbitan tersebut. ATAU 3. Andaikan kamu ialah wartawan sebuah akhbar tempatan. Kamu diminta untuk menulis tentang kemalangan yang berlaku di tempat tinggal kamu. Tuliskan berita itu selengkapnya. ATAU 4. Sekolah kamu telah mengadakan Kem Kecemerlangan Pengawas. Selaku setiausaha, kamu diminta untuk menulis laporan tentang program tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya.

66

Bahagian C (20 markah) (Masa dicadangkan: 20 minit)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perenggan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Nazri berusia 11 tahun. Dia suka membuat perkata mengikut kehendak hatinya. Di sekolahnya, Cikgu Rahmat terkenal dengan ketegasannya sebagai guru disiplin. Suatu hari Nazril pergi ke tandas. Di dalam tandas dia keseorangan sahaja. Nazril menconteng dinding tandas menggunakan pen penanda. Pada masa yang sama Cikgu Rahmat sedang membuat rondaan di sekitar tandas. Tanpa Nazril sedari, segala perbuatannya telah dilihat oleh Cikgu Rahmat. Apabila Nazril keluar dari tandas, Cikgu Rahmat menangkapnya dan membawanya berjumpa dengan Guru Besar. Pada mulanya Nazril menafikan perbuatannya itu tetapi setelah didesak oleh Cikgu Rahmat dan Guru Besar, akhirnya dia mengaku bersalah. Nazril didenda oleh Guru Besar dan Cikgu Rahmat atas kesalahannya.

LAMPIRAN D 67

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG LABIAN LAHAD DATU, SABAH

KERTAS UJIAN BAHASA MELAYU UJIAN PASCA KERTAS II KEMAHIRAN MENULIS TAHUN 4

NAMA :______________________________________________________ KELAS :_____________________________________________________

MASA: 1 JAM 15 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

68

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, Soalan 3 atau Soalan 4.

Bahagian A (10 Markah) (Masa dicadangkan: 15 minit)

Gambar di bawah menunjukkan Hamizah dan keluarganya sedang membersihkan kawasan rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh keluarga tersebut.

69

Bahagian B (30 Markah) (Masa dicadangkan: 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Persatuan sekolah kamu ingin membuat lawatan sambil belajar ke sekolah kilang membuat minuman. Tulis surat kepada pengurus Syarikat berkenaan selengkapnya. ATAU 2. Sekolah kamu mengadakan Hari Keluarga. Guru kamu meminta kamu menulis laporan aktiviti tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. RANGKA JAWAPAN Pendahuluan -tarikh dan penganjur Isi-isi -tujuan majlis diadakan -masa-masa yang dijalankan -mendapat penyertaan yang begitu menggalakkan -acara yang menarik Penutup -berjaya mencapai matlamat ATAU 3. Kamu telah muncul sebagai murid terbaik sekolah berdasarkan pencapaian kamu dalam peperiksaan. Semasa majlis penyampaian hadiah, kamu diminta

70

untuk menyampaiakn ucapan dalam majlis tersebut. Sediakan teks ucapan kamu selengkapnya. ATAU 4. Sekolah kamu telah mengadakan Sukan Tahunan. Tulis catatan tentang hari sukan tersebut.

71

Bahagian C (20 markah) (Masa dicadangkan: 20 minit)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perenggan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Jeinnah bangun pada pukul 6.00 pagi. Selesai mandi, Jeinnah akan ke meja makan untuk bersarapan bersama-sama ayah dan kakaknya. Sebelum ke sekolah, dia bersalam sambil mencium tangan ibu dan ayahnya. Jeinnha juga membawa bekal yang disediakan oleh ibunya. Jeinnah dan kakaknya berjalan kaki ke sekolah. Jeinnah memandang ke kanan dan ke kiri sebelum melintas. Sekiranya sampai awal di sekolah, dia membaca buku di kantin

72

LAMPIRAN E

CONTOH KERTAS UJIAN Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Setiap bahagian pilih satu soalan sahaja yang perlu dijawab.

Bahagian A (20 markah) (Masa yang dicadangkan: 15 minit) 1. Bina perenggan pendahuluan dan perenggan penutup berdasarkan tajuk yang diberikan. 1. Syarahan: Kempen Keselamatan Jalan Raya Perlu Dilaksanakan a) Pendahuluan: Salam sejahtera kepada Pengerusi Majlis,

_______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ (10 markah) b) Penutup: Hadirin sekalian, Kesimpulannya, kempen keselamatan jalan raya

______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (10 markah)

73

Bahagian B (50 markah) (Masa yang dicadangkan: 40 minit) Pilih dari tajuk-tajuk yang diberikan satu karangan yang lengkap. Rangka isi karangan akan diberikan. Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Tulis sepucuk surat kepada seorang Guru Besar Cemerlang untuk meminta kebenaran menemu ramah beliau. Rangka Isi Pendahuluan: Alamat pengirim, nama dan alamat penerima serta tarikh. Isi-isi penting: Nyatakan tujuan menulis. Memohon kebenaran untuk menemu ramah Tujuan menemu ramah. Cara bagaimana dapat Anugerah Guru Besar Cemerlang. Penutup: Siapa yang terlibat. Berharap dapat berikan kerjasama Tandatangan, jawatan

2. Tuliskan sepucuk surat kepada datuk dan nenek kamu di kampung untuk memberitahu bahawa kamu akan pulang lewat ke sana pada musim cuti nanti. Rangka Isi Pendahuluan: Alamat pengirim dan tarikh. Isi-isi penting: Penutup: Bertanyakan khabar. Tujuan menulis surat lewat pulang ke kampung. Akan menyertai pertandingan bola sepak. Pulang bersama-sama emak sahaja kerana ayah bertugas. Berharap datuk dan nenek mendoakan kejayaan. Tandatangan.

74

BAHAGIAN C ( 30 markah) (Masa dicadangkan: 20 minit) Isikan ruang-ruang kosong dan susun isi-isi surat rasmi di bawah ini dengan membubuh nombor 1 hingga 6.

Pihak kami berharap agar permohonan ini mendapat persetujuan daripada


pihak tuan. Segala perhatian dan

_______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ ( Yang benar, ________________ (_______________) )

Setiausaha _______________
Sekolah _________________ ( )

Memohon Kebenaran Menjalankan Aktiviti Mengumpulkan Barangan Kitar Semula Berhubung dengan perkara di atas,

_______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________

Aktiviti ini merupakan antara aktiviti untuk menjayakan Kempen Kitar


Semula yang kami anjurkan. ( aktiviti ini diharapkan dapat memupuk )

3.

Di

samping

itu,

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ 75 ( )

Guru Besar, __________________________ __________________________ __________________________ ____________________

Tuan,

2. Keuntungan daripada aktiviti ini akan kami dermakan kepada


__________________________________________________________ __________________________________________________________ ( )

76

LAMPIRAN F

CONTOH LEMBARAN KERJA

NAMA KUMPULAN TARIKH TAHUN

: : : :

A. Salin semula petikan karangan berikut tanpa mengubah apa-apa perkataan, tanda baca dan penggunaan tanda bacanya

Soalan: 1. Tulis sepucuk surat kepada sepupu kamu untuk mengucapkan tahniah kerana berjaya menjadi juara dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan.

20, Jalan Berlian 16, Taman Berlian, 4300 Lahad Datu, Sabah. 20 Mei 2012.

Menemui sepupuku Nur Atikah, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Sepupuku yang dikasihi, Apa khabar Atikah dan keluarga di Tawau? Saya berharap semuanya berada dalam keadaan sihat. Saya meminta maaf kerana sudah lama tidak mengutus surat. Sebenarnya saya sibuk dengan kelas tambahan pada sebelah petang. Maklumlah peperiksaan UPSR sudah semakin hampir.

77

NAMA KUMPULAN TARIKH TAHUN

: : : :

ARAHAN

: Pilih dan lengkapkan syarahan di bawah ini dengan rangkai kata yang sesuai. Kemudian salin semula syarahan tersebut.

Banyak memakan nyawa Dilaksanakan pihak berkuasa Memandu melebihi had laju Pemandu yang melanggar peraturan Pengguna jalan raya yang lain juga

Perenggan Pertama: Pendahuluan: Kata-kata aluan.

Salam sejahtera Pengerusi Majlis, barisan panel hakim, guru-guru dan hadirin sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk Kempen Keselamatan Jalan Raya Wajar Dilaksanakan Secara Berterusan.

(Perenggan Kedua) Isi:

Hadirin sekalian, Jalan raya di negara kita _____________________________. Sehubung dengan itu, kempen keselamatan jalan raya dilancarkan oleh kerajaan. Kempen ini dipergiat apabila menjelang musim perayaan.

78

LAMPIRAN G

SOAL SELIDIK BERKAITAN DENGAN PENGAJARAN GURU JUMLAH RESPONDEN MENJAWAB YA ATAU TIDAK

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Soalan Adakah kamu sudah dapat menguasai penulisan karya? Adakah kamu seronok dengan pengajaran guru? Adakah guru ada menggunakan alat bantu untuk mengajar? Adakah guru selalu menggunakan alat bantu mengajar? Adakah kamu bosan dengan dengan pengajaran guru? Adakah guru mengajar dari senang ke susah? Adakah kamu terus disuruh menulis karangan selepas penerangan guru?

Ya 2 10 3 3 -

Tidak 10 8 10 7 7 10

8. 9. 10.

Adakah guru selalu memikirkan hasil karangan kamu? Adakah kamu selalu menyiapkan kerja yang diberikan guru? Adakah kamu merasa kaedah pengajaran guru tidak membantu kamu untuk memahami topik pembelajaran dalam penulisan karangan?

3 3 4

7 7 6

79