Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Pengenalan
Setiap pelaksanaan aktiviti mempunyai tujuan yang dicadangkan. Secara am penyelidikan dikategorikan menjadi dua, iaitu penyelidikan asas dan gunaan. Penyelidikan asas bertujuan untuk meninjau keadaan tertentu, mengenal pasti pemboleh ubah-pemboleh ubah atau faktor-faktor yang terlibat untuk menerangkan suatu keadaan dan membentuk suatu teori atau model. Penyelidikan asas ini juga bertujuan mencari perhubungan diantara dua atau lebih pemboleh ubah. Sedangkan penyelidikan gunaan bertujuan untuk menguji sesuatu teori atau model yang dihasilkan dari penyelidikan asas, menggunakan teori atau model untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah, selain itu penyelidikan gunaan adalah mengkaji penggunaan sesuatu model untuk menilai keberkesanan penyelesaian suatu masalah (Ananda,2007). Dalam bahagian ini akan dihuraikan dan dibincangkan tentang aspek kaedah penyelidikan yang telah digunakan bagi memperolehi data kajian, iaitu reka bentuk kajian, prosedur penyelidikan dan kaedah analisis data.

2.0 definisi penyelidikan tindakan Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya. Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka dalam memahami sesuatu perkara atau topik yang diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan, guru akan beroleh maklumat bagi merangka suatu tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu penyemakan sama ada tindakan yang diambil itu berkesan atau tidak. Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru akan dikumpul bagi membuat tindakan susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya. Penyelidikan ini dijalankan secara berterusan sehinggalah penyelesaian ditemui untuk masalah yang dihadapi. Oleh itu, kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu penyelidikan dengan tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru adalah tindakan yang berasaskan fakta atau maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru sendiri sebagai pengamal.

3.0 konsep asas penyelidikan tindakan