Anda di halaman 1dari 3

Menopos

Apa itu menopos? Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur-ansur atau tidak tetap Bila menopos berlaku? Menopos berlaku di kalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun. Bolehkah menopos berlaku sebelum usia 40 tahun? Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopos awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopos yang mungkin disebabkan oleh : Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari Penyakit penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease Penyakit keturunan, contoh,: Familial ovarian failure dan galactosaemia Jangkitan viral Kebanyakan sebab-sebab masih belum diketahui. Apakah tanda-tanda menopos? Tanda-tanda menopos terbahagi kepada: Gejala vasomotor Panas dan kemerahan di muka Berpeluh Denyutan jantung yang laju Serangan kegugupan (panik) Susah tidur Gejala mental Emosi yang berubah-ubah Suasana perasaan yang berubah-ubah Keletihan Kurang daya ingatan Mudah tersinggung Kurang daya seks Gejala saluran kencing/Urogenital Kekeringan faraj Kerap kencing Kencing tidak terkawal Penyakit tulang Tulang menipis (osteoporosis) Ketinggian badan mengurang Kepatahan tulang Lain-lain gejala Kulit menipis ( atrophy ) Kehilangan anjalan kulit Kulit kering Rambut bertambah gugur Mudah mendapat ruam

Apa itu keadaan panas dan kemerahan di muka? 85% wanita yang menopos mengalami keadaan panas dan kemerahan di muka: Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular ke leher serta lain lain bahagian badan Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh Boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam. Apakah komplikasi-komplikasi menopos? Penyakit jantung Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh ) Angin ahmar ( strok ) Adakah rawatan untuk tanda-tanda menopos Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopos yang tidak disenangi. Ini termasuk: Makanan berkhasiat Elakkan merokok Selalu bersenam Berfikir secara positif Melakukan pemeriksaan Pap Smear Melakukan pemeriksaan payu dara Rawatan hormon gantian ( HRT ), boleh mengurangkan simptom menopos dengan berkesan terutama keadaan panas dan kemerahan di muka ( hot flushes ), kekeringan faraj, masalah kerap kencing, kencing tidak terkawal. Ini melibatkan pengambilan ubatan oestrogen sahaja atau oestrogen dan progestin. Hormon-hormon ini boleh didapati dalam bentuk: Krim faraj Menanam Pil Suntikan Tampalan Memasukan alat vaginal ring

Apakah yang perlu saya buat sebelum mengambil HRT? Melakukan penilaian sebelum memulakan rawatan HRT, ini mungkin termasuk: Pemeriksaan menyeluruh termasuk payudara dan pemeriksaan pelvis Papanicolaou smear Mammogram Fasting lipid profile Fasting glucose level Liver function test

Bolehkah HRT menyebabkan barah payudara? Risiko barah payudara bertambah jika mengambil HRT lebih dari 5 tahun Apakah kesan sampingan HRT? Kesan sampingannya termasuk: Kesan sampingan ringan: Payu dara sakit bila disentuh Kekejangan Membengkak Murung Loya dan muntah Sakit kepala Pendarahan dari faraj Kesan sampingan berat: Barah payu dara Serangan sakit jantung Angin ahmar (strok) Barah rahim bagi pengambilan ubatan ubatan oestrogen yang banyak

Oleh sebab itu pesakit yang mengambil rawatan HRT perlu dipantau rapi oleh kakitangan kesihatan yang profesional untuk membolehkan mereka mendapat faedah yang maksima. Bilakah HRT tidak sesuai digunakan? HRT tidak sesuai digunakan: Mengandung Penyakit hati yang aktif Disyaki barah payu dara atau rahim Thrombophlebitis (pembekuan pembuluh darah)

Di mana untuk mendapatkan bantuan? Minta bantuan dari klinik kesihatan yang berdekatan. Bahan Rujukan Better Health Channel Feb 2004 menopose Better Health Channel Nov 2004 Premature menopose Women's Health Community Dec 2004 menopose Family doctor org. Sept 2004 menopose; What to expect when your body is changing