Anda di halaman 1dari 19

1.

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

1. INISIATIF DAN BERTANGGUNGAWAB

Dengan memiliki kompetensi ini usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra permulaan sesuatu perniagaan, sikap inisiatif membolehkan usahawan berusaha mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang mungkin belum diterokai lagi. Usahawan adalah pemimpin. Mereka bertangungjawab dan bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya.

Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya. Malah, bersedia menerima tanggungjawab sebagai pengusaha perniagaan, melaksanakanya sepenuh hati dan dengan penuh integriti. Malah, sedia bertanggungjawab ke atas setiap hasil daripada keputusan yang telah diambil atau dilaksanakan. Seseorang yang berinisiatif dan bertangunggjawab adalah individu yang :

i) ii) iii)

membuat sesuatu kerja atau tugas tanpa diarah atau dipaksa. mempunyai sikap proaktif giat berusaha untuk membangun dan menjayakan perniagaannya.

2. KOMITMEN YANG TINGGI

Sikap usahawan yang mempunyai komitmen yang tinggi ini dapat dilihat dengan kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Serta mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Malah dalam kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Usahawan juga perlu menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan dan sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui. Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan. Sikap ini akan membolehkan orang lain percayakannya dan ini membantu meningkatkan imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan, pembekal, pihak institusi kewangan adalah kunci kepada kestabilan dan kemajuan perniagaan.

3. ORIENTASI PELUANG

Fokus utama usahawan ialah merebut peluang dan tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Faktor penting untuk kejayaan dan daya tahan perniagaan. Kemampuan ini akan membantu usahawan di peringkat memulakan perniagaan dan membolehkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut. perniagaan Sentiasa dan mengambil kualiti peluang program untuk atau

mengembangkan

memperbaiki

perkhidmatan perniagaan. Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang :

i)

mempunyai

kecekapan

mencari

dan

mengenal

pasti

peluang

perniagaan yang wujud ii) berkemampuan untuk merebut peluang samada untuk memperluaskan pasaran, mendapatkan lain-lain bantuan bagi kepentingan perniagaan dan

4. MENGAMBIL RISIKO SECARA SEDERHANA

Untuk mengekalkan aliran tunai yang positif untuk sekurang-kurangnya tahun pertama perniagaan menggunakan modal sendiri dan dibuat secara kecil-kecilan ini untuk mengelak risiko yang besar menimpa perniagaan. Dalam sesi masa depan, cuba belajar bagaimana untuk meramal keperluan tunai masa depan melalui kawalan aliran tunai. Banyak perniagaan boleh ditubuhkan pada skala yang sangat kecil dengan pelaburan yang kecil. Kemudian, setelah perniagaan berkembang dan anda memperoleh

pengalaman, aliran tunai dari perniagaan dan boleh digunakan untuk pertumbuhan.

Dalam sesetengah keadaan, tidak perlu modal permulaan untuk mengupah orang lain kerana perniagaan itu mungkin boelh mula dengan melakukan segala-galanya sendiri. Strategi "Melakukannya sendiri" adalah cara yang baik untuk belajar segala-galanya tentang perniagaan anda dan juga ia membuat anda lebih layak untuk mewakilkan kerja kepada orang lain kemudian. Seterusnya, boleh mengawal risiko anda dengan meletakkan had kepada berapa banyak anda ingin melabur dalam perniagaan anda. Usahawan adalah seorang yang sanggup mengambil risiko tetapi bukanlah sehingga boleh mendatangkan keburukan kepada perniagaannya. Boleh dilihat apabila seorang usahawan melibatkan diri di dalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.

5. KEYAKINAN DAN OPTIMISTIK

Sikap usahawan yang yakin terhadap keupayaan diri dan optimistik akan membantu kejayaan perniagaan kerana sikap ini akan mewujudkan keyakinan orang lain kepada usahawan dan perniagaan. Individu ini mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mendapat apa yang dihajati. Mah individu ini dapat melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikana sesuatu tugas atau menyahut sesuatu cabaran. Dengan keyakinan yang ada menjadikan usahawan membuat keputusan tanpa ragu-ragu. Seorang usahawan memerlukan banyak pembacaanbaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang-bidang di luar bidang pengkhususan. Malah, tidak akan perah takut mencuba dan tidak takut untuk jatuh dan gagal.

6. KREATIF DAN INOVATIF

Seorang usahawan sentiasa peka dengan perubahan trend yang terkini dan cuba membuat perubahan secara kreatif. Bersedia dalam menempuh segala cabaran dan mengambil peluang dan kesempatan yang diberi dan cuba lakukan yang terbaik. Sikap individu yang mempunyai kemampuan

menyelesaikan masalah adalah : i) mencari langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin ii) mencari dan melahirkan idea-idea baru atau cara penyelesaian secara inovatif

Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari. Seseorang usahawan sentiasa

berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian yang mungkin mendatangkan masalah kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Semua masalah ini perlu ditangani secara kreatif. Sebagai contoh, usahawan yang sedang

berhadapan dengan kadar pusing ganti pekerja yang tinggi perlu mampu menangani masalah ini dengan sebaik mungkin sekiranya punca masalah itu diketahui seperti masalah gaji pekerja, hal kebajikan pekerja, dan lain-lain. Tindakan yang diambil akan dapat menyelesaikan masalah dan mampu mewujudkan kesetiaan pekerja kepada perniagaan

7. MENCARI MAKLUMBALAS

Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan. Sikap individu yang mampu mencari maklumat adalah :

i)

melakukan penyelidikan atau tinjauan sendiri untuk mendapat maklumat dan maklum balas bagi menyediakan barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan

ii) iii)

mendapatkan khidmat pakar untuk kemajuan perniagaan membuat kajian pasaran dan membuat analisisnya

Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. Selain itu, Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka berkembang dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.

8. MENUJU KE ARAH KEJAYAAN

Antara kaedah untuk menuju ke arah kemajuan adalah seperti cuba berhubung dan mempunyai hubungan mesra dengan pengusaha lain sebagai sahabat dan sentiasa memperbaiki kecemerlangan perkhidmatan tanpa menjatuhkan orang lain. Seterusnya, sentiasa berfikiran positif dan elakkan diri daripada membuat bandingan dengan orang lain tetapi bandingkan prestasi pencapaian diri dari semasa ke semasa dan perbaiki prestasi diri dan perniagaan. Selain itu, Sikap individu yang menuju kea rah kejayan adalah :

i)

sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya

ii)

sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan.

iii)

Menggunakan

maklumat-maklumat

perniagaan

atau

kaedah

pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan. Kecekapan perniagaan akan dapat meningkatkan keuntungan dan mengurangkan pembaziran dan kos. Ini akan membantu kejayaan perniagaan

9. KEBOLEHAN MENENTUKAN VISI

Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, organisasi, serta mendorong pekerja dan mengawal perniagaan. Usahawan akan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Mereka akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi.

10. KEMAHIRAN MENGATUR

Usahawan yang membuat perancangan yang sistematik akan dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamatnya dalam perniagaan yang dilakukannya. Setiap oganisasi termasuk perniagaan memerlukan seorang ketua yang mempunyai sikap kepimpinan untuk mengurus dan memulakan langkah pertama bagi menggerakkan sebuah organisasi atau perniagaan. Peranan ketua adalah bagi memastikan keselesaan pekerja dan memastikan perniagaan memperoleh keuntungan. Begitu juga, sikap individu yang membuat perancangan yang sistematik :

i)

membuat

perancangan

dan

mengatur

langkah-langkah

dan

membahagikan tugas-tugas yang besar kepada yang lebih kecil dan mudah ii) iii) membuat rancangan untuk mengatasi halangan yang dijangkakan membuat penilaian dan memilih alternatif-alternatif terbaik untuk sesuatu tindakan iv) mengambil pendekatan yang sistematik dan logikal untuk mencapai matlamat

11. KAWALAN FOKUS DALAMAN

Berusaha mencapai objektif walaupun terpaksa mengharungi rintangan. Sediakan perancangan awal bagi memudahkan pekerjaan. Seterusnya, Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

12. TOLERANSI TERHADAP KEGAGALAN

Bersedia mengambil risiko dan tidak takut kepada perubahan baru yang akan dihadapinya. Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah. Sikap cekal dan tabah dapat dilihat melalui tindakan usahawan seperti berikut :

i)

tidak merasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah.

ii)

Sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamat

Usahawan

sentiasa

berhadapan

dengan

pelbagai

risiko

dan

permasalahan. Contohnya harga bahan mentah meningkat dengan tiba-tiba, pekerja tidak amanah, permintaan barang yang menurun dan lain-lain lagi. Orang yang cekal tidak jemu berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang dihadapinya dan sanggup bangun semula walaupun pernah mengalami kegagalan.

13. LEBIH BERTENAGA

Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan mempunyai tenaga dan bertenaga untuk melkukan sesuatu kerja yang membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan. Hasil kerja yang bermutu tinggi dapat menjamin kepuasan pelanggan dan ini akan dapat meluaskan pasaran serta meningkatkan imej usahawan dan perniagaan. Dengan ini, usahawan berpeluang untuk berjaya.

Faktor utama untuk membolehkan usahawan memulakan perniagaan ialah bertenaga. Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun. Sikap individu yang bertenaga dan menitik beratkan mutu kerja sangat penting bagi sesebuah organisasi :

i)

Cenderung untuk menghasilkan atau menjual barangan yang bermutu tinggi

ii)

Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja yang dihasilkan dengan mutu kerja orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.

iii)

Tidak semata-mata ingin menyelesaikan sesuatu tugas sahaja tetapi akan menyelesaikan tugas itu dengan cemerlang dan bermutu.

14. SEMANGAT BERPASUKAN

Semangat berpasukan

merupakan satu elemen penting yang amat

dititikberatkan demi mencapai misi dan visi sesebuah organisasi. Semangat berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen dan penyertaan kakitangan secara menyeluruh di dalam program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh jabatan. Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.

Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada kakitangan secara individu. Ini kerana masalah-masalah dalam proses kerja adalah bersifat komplek, melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam keadaan yang demikian setiap pihak dalam jabatan perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang ada dalam jabatan dapat digemblengkan sepenuhnya. Manfaat yang akan diperolehi oleh jabatan dengan bertindak secara berpasukan ini ialah :

i)

Berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan.

ii)

Bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti jabatan.

iii)

Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan.

iv)

Cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan, cadangan-cadangan yang dibuat oleh individu.

Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukukuhkan tiga aspek yang penting kepada

proses peningkatan kualiti. Aspek-aspek tersebut ditunjukkan di dalam Rajah 9 yang meliputi :

i) ii) iii)

Pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas. Semangat saling percaya-mempercayai di kalangan kakitangan. Komunikasi yang lancar di dalam organisasi.

Melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti berpasukan, kakitangankakitangan akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja. Pekerja ini akan meningkatkan kebolehan seseorang kakitangan untuk mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan.

Dalam suasana kerja berpasukan, kakitangan mudah menjalankan perasaaan percaya-mempercayai sesama mereka. Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusan-keputusan dengan cepat, menggunakan budibicara dengan sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi menggerakkan proses peningkatan kualiti.

15. BERDIKARI

Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan

(pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan.

Selain itu, seorang usahawan juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi. Selain dari pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang dipilih, usahawan juga perlu mempunyai beberapa ciri peribadi yang merupakan ciri-ciri utama keusahawanan seperti berikut :

i) ii) iii) iv) v) vi)

Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat. Jujur dan ikhlas. Berdaya kreatif. Mahir berkomunikasi. Berani menanggung risiko. Bijak membuat penilaian dan keputusan.

16. FLEKSIBAL

Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan. Dalam perniagaan, perlulah flexible. Berubah dan sesuaikan perniagaan dengan keadaan. Jangan constant (sama sahaja) apabila dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza. Berubah untuk kebaikan. Mulakan dengan perniagaan kecil-kecilan mempunyai satu kelebihan yang hebat, iaitu mudah untuk berubah dan mudah untuk lebih fleksible berbanding perniagaan besar-besaran.

Berani merujuk kepada naluri keusahawanan, yang merupakan keinginan yang amat kuat untuk mempunyai perniagaan sendiri. Usahawan yang flesksibal mesti mempunyai keberanian dan dedikasi yang benar-benar akan ditumpukan kepada matlamat. Secara kebetulan, kesetiaan kepada matlamat bererti seseorang usahawan itu mempunyai kecenderungan yang amat kuat untuk perniagaan yang dimaksudkan. Hidup ini terlalu pendek untuk memulakan perniagaan yang tidak memberi kepuasan dan

kegembiraan kepada diri.

2.0

RUMUSAN Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak

keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu, ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan

perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.

3.0

BIBLIOGRAFI Norin Hassan 2008, membina perniagaan taska, tadika dan pusat jagaan, utusan publications & distributors sdn bhd, tmn. Sg. besi industrial park, 57100 kuala lumpur http://itsferd.com/lima-ciri-ciri-usahawan-berjaya/ http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/berubah-dan-menyesuaikan-dirihttp://usahawanbistari.blogspot.com/2008/08/ciri-ciri-usahawan

Anda mungkin juga menyukai