Anda di halaman 1dari 6

TERMOKIMIA Termokimia merupakan suatu kajian tentang perubahan tenaga yang terlibat dalam suatu tindak balas kimia.

Tindak balas kimia berlaku dalam keadaan sama ada tenaga diserap atau dibebaskan. Apabila suatu sistem melakukan kerja atau membebaskan haba, tenaga sistem tersebut akan berkurangan. Tenaga pula didefinisikan sebagai kapasiti atau kebolehan melakukan kerja atau memindahkan haba. Tenaga juga boleh digunakan untuk melakukan dua jenis fungsi iaitu: i) ii) Kerja - menggerakkan suatu objek berjisim Haba - meningkatkan suhu sesuatu objek

Terdapat pelbagai jenis tenaga antaranya ialah tenaga elektrik, tenaga haba, tenaga bunyi, tenaga cahaya, tenaga nuklear, tenaga kinetik dan tenaga keupayaan. Tenaga kinetik adalah tenaga yang dihasilkan oleh sesuatu objek disebabkan oleh pergerakannya. Manakala tenaga keupayaan pula adalah tenaga yang terdapat pada sesuatu objek disebabkan kedudukannya. Setiap zarah dalam suatu system mempunyai tenaga kinetik dan tenaga keupayaan. Kedua-dua tenaga ini dinamakan sebagai tenaga dalam, E.

Ekinetik

Ekeupayaan

Dalam tindak balas kimia, E adalah perubahan tenaga dalam.

= =

Eakhir - Eawal Ehasil tindak balas -

Ebahan tindak balas

Perubahan Tenaga Setiap bahan kimia mengandungi tenaga dalam bentuk tenaga kimia yang disimpan dalam molekul hasil tarikan antara electron dengan nucleus atom. Kedudukan atom akan berubah dan tenaga akan diserap atau dibebaskan apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia. Perubahan bentuk tenaga akan berlaku semasa tindak balas kimia contohnya ditukar kepada tenaga haba, tenaga bunyi dan tenaga elektrik. Terdapat beberapa perubahan tenaga dalam tindak balas kimia yang berlaku misalnya: i) ii) iii) Pembakaran bahan api fosil (Tenaga Kimia Tindak balas sel kimia (Tenaga Kimia Proses fotosintesis (Tenaga Cahaya Tenaga Haba) Tenaga Elektrik) Tenaga Kimia)

Pemindahan Tenaga Sistem merupakan bahagian dalam alam semesta dan persekitaran yang dikaji. Contohnya dalam sebuah bikar, terdapat bahan dan hasil tindak balas yang merupakan suatu sistem. Manakala persekitaran contohnya makmal adalah sekitar. Sistem terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

i)

Sistem Terbuka Jirim dan tenaga dapat dipindahkan dari suatu system kepada sekitarnya. Contohnya bubur panas dalam mangkuk. Haba akan dihilangkan kepada sekitarnya manakala wap (jirim) juga turut meruap ke sekitarnya.

ii)

Sistem Tertutup Hanya tenaga sahaja dapat dipindahkan kepada sekitarnya. Contohnya air milo panas dalam cawan yang tertutup rapat.

iii)

Sistem Terpencil Tiada tenaga atau jirim yang dapat dipindahkan.

Pemindahan tenaga berlaku dalam bentuk haba, q atau kerja, w. Pemindahan tenaga ini akan menjejaskan keseluruhan jumlah tenaga iaitu tenaga dalam, E yang terdapat dalam sistem tersebut. Jumlah tenaga dalam, E adalah terdiri daripada semua tenaga terma dan tenaga kimia untuk setiap molekul atau ion dalam sesuatu sistem. 1. 2. 3. 4. Hukum Pertama Termodinamik Pemuliharaan Tenaga Tenaga Dalam Konsep Tenaga Dalam Dari Hukum Pertama Termodinamik

Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan sebaliknya tenaga hanya boleh berubah bentuk. Dalam tindak balas kimia, sistem adalah bahan tindak balas dan persekitaran adalah sesuatu yang mendapat kesan daripada perubahan. Sistem boleh mendapat tenaga dari persekitaran atau kehilangan haba ke persekitaran. Berdasarkan Hukum Pertama Termodinamik, jumlah tenaga adalah tetap.

Ejumlah

Esistem +
atau

Epersekitaran

= Pemalar

Esistem

Epersekitaran Esistem

= = = =

- Epersekitaran - (Epersekitaran haba + Epersekitaran mekanikal) q+w

Oleh itu, perubahan tenaga yang berlaku dalam sesuatu sistem boleh dikaitkan dengan haba, q dan kerja w. Haba, q merupakan tenaga yang dipindahkan yang disebabkan oleh perbezaan suhu antara sistem dengan persekitaran. q bernilai positif apabila sistem mendapat haba daripada persekitaran. Manakala kerja, w adalah tenaga yang hilang atau diperolehi oleh sistem melalui kaedah mekanikal. w bernilai positif apabila kerja dilakukan terhadap sistem oleh persekitaran.

Kita boleh mengukur perubahan tenaga yang berlaku yang mana dinamakan perubahan tenaga dalam, E di mana;

Efinal -

Einitial

Efinal merupakan tenaga dalam keadaanakhir sistem, manakala Einitial merupakan


tenaga dalam keadaan awal sistem. Sebarang tenaga yang mengalir keluar daripada system kepada sekitar mempunyai tanda negatif (-) kerana sistem tersebut kehilangan haba manakala tenaga yang mengalir masuk ke dalam sistem dari sekitar mempunyai tanda positif (+) kerana mengalami pertambahan haba. Tindak Balas Endotermik

Kandungan Haba, H

H2O(g) H = + 44 kJ mol-1 (haba diserap) H2O (l) haluan tindak balas Profil Tenaga Tindak Balas Endotermik

Semasa tindak balas endotermik, persekitaran menjadi sejuk. Haba dibebaskan semasa tindak balas kimia disebabkan oleh pengurangan tenaga keupayaan di mana bahan tindak balas bertukar menjadi hasil tindak balas. Ini bermaksud haba dipindahkan dari sekitar ke sistem. Contohnya ialah pencairan ais dan pendidihan air.

Tindak Balas Eksotermik

Kandungan Haba , H

H2O (g) bahan H = - 44 kJ mol-1 (haba dibebaskan) H2O (l) hasil haluan tindak balas Profil Tenaga Tindak Balas Eksotermik

Tindak balas eksotermik adalah tindak balas kimia yang membebaskan haba kepada persekitaran. Contohnya pembakaran kayu dan hidrogen. Semasa tindak balas eksotermik persekitaran menjadi panas. Haba dibebaskan semasa tindak balas kimia disebabkan oleh pengurangan tenaga keupayaan. Oleh itu jumlah kimia bagi hasil tindak balas adalah kurang daripada jumlah tenaga kimia bahan tindak balas.

KeupayaanHaba Keupayaan Haba Spesifik dan Keupayaan Haba Molar Keupayaan Haba adalah jumlah haba, q yang diperlukan untuk meningkatkan suhu suatu bahan sebanyak 1OC dan dikenali sebagai keupayaan haba, c.

haba yang diperlukan perubahan suhu(akhir awal) q t joule


O

JOC-1

Keupayaan Haba Spesifik, s ialah jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu bagi 1 gram bahan sebanyak 1OC.

q m X T

joule g OC

J g-1 OC1

Jika kita merujuk kepada 1 mol bahan, Keupayaan Haba Spesifik akan menjadi Keupayaan Haba Molar. Entalpi Entalpi, H ialah haba yang dipindahkan antara sistem dengan persekitaran semasa tindak balas kimia yang berlaku pada tekanan tetap. Pada tekanan tetap, perubahan entalpi adalah haba yang diperolehi atau haba yang dibebaskan.

Perubahan Entalpi, H

Hakhir -

Hawal =

Haba yang dipindahkan dari persekitaran kepada sistem adalah positif (+) yang mana bagi tindak balas endotermik, H > . Manakala haba yang dipindahkan dari sistem ke perkitaran adalah negatif (-) yang mana bagi tindak balas eksotermik, H < . Entalpi Tindak Balas (Ht/b) Contoh Kiraan Berangka : CH4(g) H = - 890kJ 2H2O(l) + 2O2(g) H = + 890kJ

CO2(g) 1) CH4(g) 2) CO2(g) + + 2O2(g) 2H2O(l)

CO2(g) + 2H2O(l); H = - 890kJ CH4(g) + 2O2(g; H = + 890kJ

Tindak balas (1) lebih berkemungkinan berlaku kerana nilai entalpi yang negatif(-) mewakili kespontanan tindak balas.

Berapa banyakkah haba dibebaskan apabila 4.5g gas metana dibakar dalam sistem bertekanan tetap? CH4(g) 2H2O(l) H = - 890kJ

2O2(g)

CO2(g)

JMR CH4 Mol CH4

= 16 g/mol = 4.5g 16 g/mol = 0.28125 mol = - 890kJ X 0.28125 mol = - 250.3125kJ

H 0.28125 mol CH4 Haba Peneutralan

Peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan bes (alkali) untuk menghasilkan garam dan air sahaja. Semua tindak balas haba peneutralan merupakan tindak balas eksotermik kerana haba dibebaskan dan H bertanda negatif(-). Haba peneutralan ialah haba yang dibebaskan apabila 1 mol ion H+ bertindak balas dengan satu mol ion OH- untuk menghasilkan 1 mol air pada keadaan piawai. Unit bagi haba peneutralan ialah kJmol-1 Contoh : H+(ak) + OH-(ak) H2O(ce) H = negatif

Haba Pembakaran Pembakaran ialah tindak balas antara satu bahan api dengan oksigen untuk menghasilkan tenaga dan ianya dsertai dengan cahaya atau nyalaan api. Semua tindak balas pembakaran adalah tindak balas eksotermik. Haba pembakaran merupakan haba yang dibebaskan apabila 1 mol bahan api terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan pada keadaan piawai. Contoh : C(p) + O2(g) CO2(g) H = negatif

Haba Pemendakan Haba pemendakan ialah perubahan tenaga haba apabila satu mol mendakan terbentuk daripada ion-ionnya. Contoh : Pb2+(ak) + SO42-(ak) PbSO4(p) H = negatif

Haba Penyesaran Haba penyesaran ialah haba yang dibebaskan apabila 1 mol logam disesarkan daripada larutan garamnya pada keadaan piawai. Logam yang reaktif akan menyesarkan logam yang kurang reaktif daripada larutannya.

Contoh :

Mg(p) + FeCl2(ak)

MgCl2(ak) + Fe(p)

H = negatif

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Gambarajah Tahap Tenaga Definisi Haba Pembentukan Kiraan Perubahan Haba T/balas Ramalan Kstabilan Relatif Sst Sebatian Definisi Hukum Hess Kiraan Berangka Hukum Hess Makanan dan Perubahan Kimia Dalam Penghasilannya Bahan api dan Perubahan Kimia Dalam Penghasilannya Tenaga Solar dan Kegunaan

ELEKTROKIMIA 10. Pengoksidaan 11. Penurunan 12. Redoks 13. Nombor Pegoksidaan 14. Agen Pengoksidaan 15. Agen Penurunan 16. Mengimbangkan Persamaan Redoks 17. T/balas Redoks Untuk Menghasilkan Elektrik Dalam Sel Volta 18. Pandangan Molekular Proses Elektrod 19. Bateri Sebagai Sel Volta 20. Daya Gerak Elektrik Sel Volta 21. Definisi Keupayaan Penurunan Piawai 22. Penetuan Keupayaan Sel Piawai dan Kegunaan Menentukan Voltan 23. Perubahan T/balas Redoks Spontan 24. Persamaan Nernst 25. Penggunaan Persamaan Nernst Untuk Menentukan Pemalar Keseimbangan T/balas Redoks 26. Penggunaan Elektrokimia 27. Bateri 28. Kakisan Besi dan Pencegahan 29. Elektrolisis 30. Faktor Yang Mempengaruhi Hasil Yang Terbentuk Semasa Elektrolisis 31. Sel Elektrolisis 32. Aspek Kuantitatif Elektrolisis 33. Hukum Pertama Faraday 34. Hukum Faraday Kedua 35. Penggunaan Komersial Elektrolisis 36. Kerja Elektrik 37. Definisi Radioaktiviti 38. Persamaan T/balas Nuklear 39. Pereputan 40. Pola Kestabilan Nuklear 41. Transmutasi Nuklear 42. Menggunakan Zarah Bercas 43. Menggunakan Neutron 44. Setengah Hayat Sst Bahan Radioaktif 45. Hubungan Antara Pemalar Pereputan 46. Tindak/balas Pembelahan Nuklear dan Pelakuran Nuklear 47. Pengesan Radioaktiviti 48. Kesan Biologi Radiasi dan Penggunaan Kimia Nuklear