Anda di halaman 1dari 12

Khutbah Aidil Adha

) 2 ( ) 3 ( ) 3 (

. .





...... .
!

: 3-1


Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi
Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan
muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari
raya korban yang juga dipanggil Aidil Akbar bermakna hari raya besar. Sepatutnya hari raya
korban lebih dirasai kemeriahan sambutannya berbanding hari raya puasa yang juga dipanggil
Aidil Asghor iaitu hari raya kecil. Sesungguhnya Aidil Adha mengingatkan kita kepada
Saiyidina Omar bin Al-Khattab yang memberikan ucapan beliau ;

Sesungguhnya Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, lalu ia disambut dengan Aidil
Fitri. Manakala hari penurunan terakhir Al-Quran pula ialah pada bulan Zulhijjah ketika
Rasulullah s.a.w. menunaikan ibadah haji yang terakhir (Haji Wada), maka ia disambut
dengan Aidil Adha .
Maka jelaslah Aidil Adha adalah hari merayakan kesyumulan Islam sebagai satu-satunya cara
hidup yang lengkap dan sempurna, yang mengatur, menyusun segala aspek kehidupan
manusia, akidah, syariat, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak
dan sebagainya. Sempena berada pada hari yang mulia ini marilah kita sama merebut
kelebihan yang dijanjikan oleh Allah sebagaimana yang disebut oleh Allah pada awal surah
al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang
dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis
yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:

Maksudnya : Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai
oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah!
Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)?
Rasulullah SAW bersabda, Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad
dengan diri dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Bulan Zulhijjah mempunyai kelebihan tersendiri di mana al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan
sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul
ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah, ibadat korban dan haji yang mana halhal itu kesemuanya tidak terdapat secara serentak pada bulan-bulan lain. Rasulullah s.a.w

sendiri begitu gemar untuk berpuasa sunat pada 9 awal bulan Zulhijjah terutama pada hari
Arafah. Kita juga disunatkan untuk bertakbir bermula dari waktu subuh hari Arafah iaitu 9
Zulhijjah dan berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah yang menunjukkan
bagaimana besarnya kelebihan dan sambutan hari raya korban berbanding hari raya puasa
tetapi kita di sebelah Asia Tenggara adalah sebaliknya di mana lebih meriah menyambut Aidil
Fitri daripada Aidil Adha. Ketika kemeriahan menyambut Aidil Adha marilah kita sama-sama
menghayati isi penting yang pernah disampaikan oleh junjungan besar nabi Muhamamd s.a.w
dalam khutbah haji wada atau perpisahan antaranya
[1] pengharaman riba yang menindas manusia di mana Islam sentiasa menanamkan kasih
sayang dalam setiap aspek kehidupan agar tidak wujudnya sikap suka mengambil kesempatan
di atas kesusahan orang lain. Riba telah menghancurkan ekonomi dunia dan membawa kepada
penderitaan seperti keganasan terhadap peminjam sehingga ada yang dibunuh dan tidak
kurang yang membunuh diri sendiri. Takutilah amaran Allah melalui ayat 278 -279 surah alBaqarah :



Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang
berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga
melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya
peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika
kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan
yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh
sesiapa

! !
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 179 :






Maksudnya : Dan di dalam hukuman Qisas (balasan yang seimbang) itu ada jaminan hidup
bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

Perkara ke-[2] yang disentuh dalam khutbah wada iaitu Islam sentiasa menjamin
perlindungan jiwa manusia daripada diceroboh samada dengan pembunuhan langsung atau
tidak langsung. Kes bunuh yang terus meningkat tanpa mengira usia dan pangkat bagaikan
tiada penyudahan. Begitu juga masalah kemalangan maut yang berlaku silih berganti di mana
disarankan agar Kerajaan melaksanakan hukum Islam dalam menanganinya sebagai contoh
kes jika seseorang melanggar orang hingga mati maka dia kena bayar diyat kepada keluarga si
mati berbanding undang-undang hari ini di mana pesalah hanya dikenakan bayaran kompaun
kepada kerajaan sedangkan keluarga mangsa hanya menerima kematian dan kesedihan tanpa
pembelaan atau pun pampasan sewajarnya

Perkara ke-[3] Rasulullah s.a.w turut menekankan agar menghindari peperangan kerana Islam
adalah agama yang sejahtera yang membenci perang kecuali setelah terpaksa bagi
mempertahankan agama, negara dan diri. Pelbagai cara dilakukan oleh musuh Islam dalam
menuduh Islam sebagai agama pengganas disamping sekatan demi sekatan termasuk
pembinaan masjid, pakaian purdah bagi menghalang kebangkitan Islam namun usaha mereka
tetap digagalkan oleh Allah. Kewajipan kita umat Islam ialah menerangkan tentang keindahan
Islam melalui kefahaman terhadap agama kita sendiri dan pengamalan dalam kehidupan
seharian

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,


Firman Allah dalam ayat 59 surah al-Ahzab:




Maksudnya : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh
tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
Sesuai dengan kedatangan nabi Muhamamd s.a.w pembawa rahmat kepada sekalian alam
maka jasa baginda terhadap golongan wanita begitu banyak yang menukar pandangan
masyarakat yang dulu menganggap wanita setaraf dengan syaitan, binatang, hamba abdi
kepada kedudukan yang tinggi sehingga perkara ke -[4] nabi menyentuh berkaitan kewajipan
menjaga hak wanita tetapi malangnya semakin ramai yang menzalimi wanita dan ramai pula
wanita sendiri yang rela maruah mereka dilacurkan dengan mendedah aurat dan bergaul bebas
sehingga keadaan akhlak semakin parah. Apa yang lebih malang jasa nabi seperti dilupakan
apabila berlakunya penghinaan terhadap Islam dan nabi Muhammad s.a.w dalam Festival
Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu di mana kebanyakan yang terlibat sebagai
peganjur adalah beragama Islam. Pertunjukan itu bukan sahaja tidak menutup aurat dengan
sempurna malah menghina nabi Muhammad di pakaian seksi mereka dengan menamakannya
sebagai Islam seolah-olah meghalalkan apa yang jelas diharamkan oleh Allah demi menjaga
hati musuh Islam. Mereka yang terlibat belum lagi memohon maaf secara terbuka kepada
seluruh umat Islam sehingga hari ini. Mereka sepatutnya takut kepada Allah dan azabnya
yang begitu dahsyat disamping malu kepada masyarakat barat sendiri yang mula merasai
bagaimana pakaian seksi dan menjolok mata boleh menyebabkan masalah kerosakan akhlak

dan merebaknya kes jenayah. Kita dapat baca berita terbaru di mana ada sebuah Bandar
persisiran pantai di Itali akan menyaman sehingga RM 2000 kepada mereka yang memakai
skirt pendek atau menjolok mata sedangkan kita di sini rasa malu dan rimas menutup aurat

! !
Perkara ke-[5] yang ditekankan dalam Khutbah haji wada ialah Islam menghalang
penindasan melalui penyalah gunaan kuasa oleh pemimpin ke atas rakyat jelata seperti hukum
rimba ISA dan sebagainya. Semasa rakyat terus dihimpit dengan kenaikan harga minyak
RON97 ketika minyak RON95 sedang dikaji kerana banyak kes menyebabkan kenderaan
mudah terbakar disamping harga barangan yang terus naik ditambah lagi dengan saman ekor
yang jelas zalim kerana ia memeras wang rakyat bukan untuk mendidik rakyat supaya cermat
di jalanraya. Begitu juga pemimpin terus menambah hutang negara dengan nisbah setiap
rakyat terpaksa menanggung 14 ribu seorang hutang akibat penyelewengan dan pembaziran
disamping kerugian akibat rasuah RM 10 bilion setahun. Pemimpin juga terus bernafsu untuk
melakukan pembaziran dengan cadangan pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat
bernilai lebih RM 5 bilion di samping Pusara Negara bersebelahan tugu negara memuatkan
250 lubang kubur VIP Islam dan 250 VIP bukan Islam dengan kos RM 70 juta dengan
anggaran RM 140 ribu selubang. Akibat pemimpin bernafsu besar maka rakyat jelata terus
menderita. Ingatlah peringatan nabi s.a.w


Maksudnya : Sabda nabi tentang tanda-tanda qiamat bahawa hamba akan melahirkan tuannya
dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang
hanya mengembala kambing berlumba-lumba untuk membina bangunan tinggi-tinggi
lambang kemegahan
Ulama menerangkan pada akhir zaman akan timbul golongan miskin yang mendirikan
bangunan tinggi dengan cara berhutang di mana tidak pelik walau hutang negara terus
meningkat tetapi nafsu untuk membazir terus bertambah. Penyakit suka berhutang turut ditiru
oleh rakyat sehingga ramai yang sanggup berhutang melebihi kemampuan demi memiliki
rumah atau kenderaan mewah. Penafsiran yang lain mengatakan golongan miskin menjadi

orang kaya secara tiba-tiba termasuk melalui rasuah pilihan raya sehingga dapat membina
bangunan tinggi

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,

Mesej ke- [6] Khutbah wada turut menekankan persamaan nilai kemanusiaan tanpa mengira
bangsa dengan membuang semangat perkauman sempit yang boleh menghancurkan
perpaduan rakyat. Kerajaan sepatutnya menjadikan pelajaran agama sebagai mata pelajaran
Teras di sekolah bukannya mata pelajaran Sejarah bagi menangani masalah sosial, perpaduan
dan semangat cintakan negara kerana pelajaran sejarah yang banyak lagi kekurangan
dibimbangi hanya melahirkan masyarakat yang memuja pemimpin bukannya yang cintakan
perpaduan dan negara
Perkara ke- [7] yang ditekankan oleh nabi iaitu Islam membanteras sistem monopoli yang
menghakis rasa kasih sayang dengan menggalakkan penindasan terutama menerusi sistem
kapitalis yang digunapakai. Akhirnya syarikat tertentu menguasai harga barangan di pasaran
yang membolehkan mereka sesuka hati menaikkan harga yang sepastinya menindas rakyat
jelata
Wasiat nabi yang ke-[8] yang paling penting sekali iaitu wajib menjadikan al-Quran dan
sunnah sebagai panduan di mana kejayaan umat Islam bergantung kepada sejauh mana
mereka berpegang teguh kepada 2 sumber utama ini dalam kehidupan. Kita merasa kecewa
bila pemimpin masih gagal mengasingkan antara sumber halal dengan haram seperti hasil judi
bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian
Kewangan pada tahun 2009. Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan untuk membayar
gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk
manfaat masyarakat Islam. Begitu juga cadangan untuk menggadaikan maruah dan akhlak
rakyat demi mengaut keuntungan dengan mengisytiharkan Malaysia sebagai Hab hiburan
malam yang bakal menyaksikan masalah semakin bertambah bukan semakin kebah.
Sepatutnya pemimpin melahirkan rakyat bertaqwa untuk mendapat berkat bukan manusia
derhaka yang mengundang laknat Allah dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :

Maksudnya : Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu
maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka
patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah
berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).


( 3 ) ( 3 )

.




.
,
,


. .......

.


101-103 :

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi
Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk
disembelih) serta Kami menyerunya :Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah

membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami
tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Ketika mengingati pengorbanan hebat nabi Ibrahim yang terpaksa menyembelih anaknya nabi
Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi benarnya maka umat Islam pada hari ini mesti
disuburkan kembali rasa yakin tentang keadilan dan kehebatan sistem Islam dalam
menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kira pernah menyaksikan bagaimana
Suraqah bin Malik terlalu yakin dengan janji nabi yang belum lagi menjadi pemimpin Daulah
Islamiah di Madinah bahawa dia bakal dikalungkan dengan gelang kerajaan Kisra, Parsi
ditambah lagi dengan keyakinan para sahabat yang lain sehingga kerajaan Islam yang
mulanya hanya dianggap kecil akhirnya berjaya menumbang Empayar Kristian, Rom dan
Majusi,Parsi pada zaman Sayyidina Umar al-Khottab seterusnya menguasai Empayar Hindu,
India dan Budha, China. Begitu juga keyakinan pejuang Islam terhadap janji nabi bahawa
sebaik-baik ketua ialah yang berjaya membuka kota Intanbul dan sebaik-baik tentera adalah
tenteranya sehingga Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan kota Istanbul yang begitu
kukuh kubunya. Oleh itu bila umat Islam berjaya menyuburkan rasa yakin terhadap janji
Allah untuk membebaskan Masjid Aqsa maka kemenangan semakin dekat dan hampir

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Sempena berada pada hari raya korban juga kita mesti meningkatkan tahap pengorbanan
dalam memperjuangkan Islam dan membantu saudara seagama. Jika semasa menyambut
Aiduil Fitri kita diwajibkan membayar zakat untuk meringankan bebanan saudara seagama
begitulah kedatangan Aidil Adha yang digalakkan kita mengerjakan ibadat korban untuk
diagihkan daging kepada saudara yang memerlukan di mana ia semua bertujuan melahirkan
masyarakat yang penyayang dan mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama yang
lain. Penderitaan umat Islam yang sedang dibunuh di Selatan Thailand, Filiphina, Palestin,

Iraq, Afghanistan dan sebagainya menuntut pembelaan sewajarnya daripada kita. Begitu juga
mangsa Gunung Berapi dan Tsunami di Indonesia. Tidak lupa kita ucapkan takziah kepada
mangsa banjir di Kedah, Perlis dan Kelantan sendiri di samping hulurkanlah bantuan setakat
termampu. Ringankanlah bebanan dan penderitaan mereka terutama dalam susana hari raya di
mana Allah pasti meringankan bebanan kita di akhirat kelak

! !
Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang
berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban
sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.





:

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat
korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami


,
,



,
,


,







,

.

Anda mungkin juga menyukai