Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A

CABARAN-CABARAN

MELAKSANAKAN

PENTAKSIRAN

BERASASKAN

SEKOLAH DAN CARA-CARA MENGATASINYA

Prestasi Berasaskan Sekolah (PBS) yang mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012 merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

Dalam melaksanakan pentaksiran ini, pelbagai usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada telah banyak dilakukan. Dengan itu, pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Melalui pentaksiran ini, murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan dan potensi murid itu sendiri tanpa membandingbandingkan dengan mereka dengan murid yang lain. Selain itu, melalui pentaksiran ini juga, pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengikuti perkembangn pelajaran anak-anak mereka. Adalah penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Ternyata, perlaksanaan pentaksiran ini memberikan impak yang positif dan memberikan manfaat yang besar kepada semua. Namun di sebalik semua kejayaan ini, terdapat juga beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh pihak pelaksa yang terlibat dengan pentaksiran ini. Pelaksanaan Dokumen Standard Prestasi, pelaksanaan eviden dan pelaksanaan band di dalam bilik darjah merupakan antara faktor yang memberikan banyak cabaran kepada guru pelaksana.

Dokumen Standard Prestasi adalah satu standard yang telah dibina sebagai panduan untuk guru mendapatkan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Standard Kandungan yang terkandung di dalam Dokumen Standard prestasi ini adalah bersifat jangka masa panjang dan menekankan aspek yang menyeluruh untuk mencapai objektif pembelajaran matapelajaran tersebut. Dalam pelaksanaan dokumen ini, ia menjurus kepada peranan guru dalam mengelola muridmurid agar mencapai objektif yang ditentukan oleh Dokumen Standard Prestasi. Ini menyebabkan proses pengaran dan pembelajaran akan terikat dengan modul pembelajaran yang telah ditetapkan. Modul ini akan menjadi rujukan guru sejauh mana tahap yang perlu dikuasai oleh setiap murid dan guru tidak akan tersasar dari objektif yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Guru seolah dikerah untuk menghabiskan satu-satu topik dengan segera agar ujian PBS dapat dijalankan.Tambahan lagi,guru tidak dapat menerangkan kesemua subtopik kerana tidak semua subtopik akan diuji dalam ujian PBS.Ini akan menyebabkan guru terpaksa mengajar berdasarkan kepada modul ini sahaja. Sebarang penambahan sampingan untuk mengembangkan ilmu murid itu tidak dapat dijalankan. Ini akan menyebabkan pengetahuan murid itu akan terbatas. Bagi mengatasi masalah ini dari terus berlarutan, pihak yang berkenaan seharusnya mengambil langkah yang lebih proaktif untuk mengatasi masalah ini dari terus berlaku. Penambahbaikan terhadap standard ini adalah salah satu jalan yang terbaik bagi mengatasi masalah ini dari terus berlaku. Standard yang dirangka seharusnya lebih terbuka dan tidak terikat kepada modul sahaja bagi memberikan ruang kepada guru untuk mengajar tanpa terikat dengan apa yang telah ditetapkan di dalam modul dan dokumen standard prestasi ini sahaja.
1

Pelaksanaan evidens di dalam pentaksiran juga turut memberikan cabaran kepada guru. Evidens ialah bahan bukti penguasaan murid yang diuruskan secara sistematik oleh guru mengikut keputusan jawatan kuasa PBS. Ia boleh didapati dalam dua bentuk, iaitu eviden murid dan eviden bahan. Evidens murid merujuk kepada pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Eviden bahan pula merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalambentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain. Semua fail ini hendaklah disimpan dan disusun oleh guru sebagai bukti jika diperlukan nanti

Antara perkara yang menimbulkan masalah ialah penyediaan bahan bukti (evidens) atau instrumens bagi ujian PBS yang ingin disediakan untuk para pelajar yang terlalu banyak. Sebelum memberikan ujian PBS kepada pelajar,guru terlebih dahulu menyediakan evidens (soalan-soalan yang akan diuji).Kemudian,guru juga akan menyemak kertas evidens berkenaan.Selepas itu,aktiviti merekod dan dokumentasikan pencapaian. Jika satu subjek ada 30 tajuk, setiap satu tajuk mesti ada 6 evidens untuk 6 band, bermakna 36 helai kertas digunakan untuk kesemua 6 band bagi setiap tajuk. 30 tajuk bermakna 1,080 helai kertas diperlukan bagi setiap orang pelajar. Jika di dalam sebuah kelas ada 40 pelajar, bermakna setiap kelas memerlukan 43,200 helai kertas diperlukan. Jika ada dua kelas atau tiga kelas bagi setiap tingkatan, maka 43,200 x 2 atau x 3, fikirkanlah sendiri berapa kos kertas yang diperlukan oleh pihak sekolah bagi perlaksanaan PBS.

Ini akan merumitkan guru kerana terpaksa mengendali dan bagi memastikan eviden tersebut dapat disimpan dalam keadaan yang baik dan tersusun. Selain mengendali, guru juga terpaksa mengerahkan tenaga untuk merekod dan melabelkan setiap eviden dengan kemas dan teratur, dan juga mengeluarkan eviden itu sekiranya diperlukan. Eviden-eviden ini pula selalunya melibatkan kuantiti eviden yang banyak dalam satu-satu masa terpulang kepada jumlah pelajar yang terdapat dalam kelas yang diajar. Jika guru tersebut mengajar dalam 4 atau 5 kelas bagi satu subjek, ini suda pasti akan membebankan guru.

Bagi mengatasi perkara ini. pihak kementerian seharusnya mengambil langkah yang sewajarnya dengan melantik pembantu am untuk menjalankan segala kerja-kerja pengendalian eviden yang melibatkan kerja-kerja penyusunan, penyimpanan dan pemfailan dan pelupusan eviden di sekolah. Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua laitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Bagi memastikan murid melepasi standard yang ditetapkan. Guru dikehendaki untuk menyediakan instrumen berdasarkan Dokumen Standard Prestasi yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan. Di dalam Dokumen Standard Prestasi ini, terdapat band yang merangkumi band 6 hingga band 1. Petunjuk kepada band-band ini adalah, band 6 sebagai tahu, faham menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Band 5 sebagai tahu, faham dan boleh melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Band 4 sebagai tahu, faham dan boleh melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Band 3 sebagai tahu, faham dan berpengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Band 2 sebagai tahu menunjukkan kefahaman untuk menterjemah seria menjelaskan apa yang telah dipelajari. Band sebagai 1 tahu murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Dalam perlaksanaan band di dalam bilik darjah ini, guru mempunyai target untuk setiap murid bagi mencapai band yang telah diharapkan. Apabila murid tersebut tidak mencapai band yang diharapkan maka guru terpaksa menukar instrument yang baru dalam peroses pengajaran mereka bagi memastikan murid mencapai target band yang terlah ditetapkan. Instrument ini haruslah berlandaskan kepada Dokumen Standard Prestasi yang diberikan kepda mereka. Selain itu, guru

perlu terbuka dalam menilai pencapaian murid kerana setiap individu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang dapat dilihat guru. Kesimpulannya, pihak yang bertanggungjawab dalam merealisasikan sistem PBS ini harus mengkaji semua cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam pelaksanaan PBS ini. Benar atau tidak seorang guru dapat mengukur tahap pencapaian pelajar melalui ujian PBS semata-mata,sedangkan ramai dari kalangan guru sendiri masih tidak mampu

mengintergerasikan PBS dengan baik. PBS ini juga bukan membantu mengurangkan beban kerja guru,malah menambah kerja guru dari aspek pengkeranian, kurang masa memikirkan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat para pelajar dalam proses P&P jika sibuk dengan sistem PBS ini.

RUJUKAN Abdullah Ngah. (2001). Kebolehpercayaan sebagai ketekalan. Serdang: Penerbitan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Abu Bakar Nordin. (2008). Pentaksiran dalam pendidikan dansains sosial.Tanjung Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Azizi Ahmad. (2006). Pengukuran dan penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Hashim Othman.(2005).Pentaksiran karangan Bahasa Melayu.Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu

Hashim Othman. (2000). Penerokaan komponen-komponen komunikatif dan pembinaan skema pemarkahan holistik berfokus bagi menggred perlakuan KaranganBahasa Malaysia sekolah menengah.Tesis Dr. Fal. Universiti Sains Malaysia.

Kamarudin Husin. (2001). Pendekatan mengajar bahasa. Petaling Jaya: KumpulanBudiman Sdn. Bhd.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2005). Bahasa Melayu UPSR (SK): Format pentaksiran mulai 2005. Shah Alam: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd.

Linn, Robert L. (1995). Measurement and assessment in teaching. New Jersey:Merrill.PrenticeHall Inc.

Mohd Isa Abdul Razak. (2004). Esei pedagogi bahasa: Pemarkahan karangan umum dan karangan UPSR.Sabah: Institut Perguruan Keningau.

Mohd

Isha

Awang.

(2005).

Pengukuran

dan

penilaian

pendidikan.

Azizi

Publicist:http://www.geocities.com/kheru2006/
5

Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka.

Mokhtar Ismail. (1995).Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka.

Mok Soon Sang. (2009). Literatur dan kaedah penyelidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Musa Sulaiman. (2002). Pedagogi Bahasa Melayu: Teknik berkesan menuliskarangan.Jabatan Pengajian Melayu. Batu Rakit: MPKT.

Pusat Pengajian Teknologi. (2004). Modul 4: Pengujian, pengukuran dan penilaian. Kuantan:

Universiti Malaysia Pahang.Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: KementerianPendidikan Malaysia.

Raminah Sabran. (1991).Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sulaiman Masri.(2003). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Suppiah, S.(2003). Proses kognitif dalam penulisan esei: Analisis hermeneutik.TesisDr. Fal. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2000). Pengenalpastian gaya dan strategi pembelajaran bahasa sebagai satu cara mengatasi masalah kepelbagaian pelajar di dalam kelas
6

bahasa.Seminar Prosiding Pendidikan Kebangsaan 2000,13-26.Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.