Anda di halaman 1dari 8

Tajuk Kajian Mempertingkatkan pemahaman murid tentang unsur, sebatian dan campuran bagi tingkatan 1

Nama Penyelidik Mohd Amirun bin Mohd Zolkifli

Nama dan Alamat Sekolah Maahad Tahfiz Negeri Pahang,


Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.

Latar belakang Kajian


Setelah selesai pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk unsur, sebatian dan campuran, saya dapati sebahagian kecil murid menghadapi masalah untuk mengenal pasti yang mana satu unsur, sebatian ataupun campuran. Saya terfikir mungkin kaedah penyampaian pada masa itu tidak sesuai. Menurut maklum balas murid, mereka tidak faham kerana mereka tidak dapat membayangkan sendiri apa yang diajar oleh guru. Ini kerana topik ini berkenaan dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Isu / Fokus Kajian

Fokus kajian ini ialah meningkatkan kefahaman murid tentang unsur, sebatian dan campuran. Penekanan lebih akan diberi kepada susunan zarah dalam unsur, sebatian dan campuran

Objektif Kajian

Murid dapat mengenal pasti unsur, sebatian dan campuran berdasarkan susunan zarah Murid dapat menyenaraikan contoh unsur, sebatian dan campuran Murid dapat menjelaskan ciri-ciri unsur, sebatian dan campuran

Metodologi kajian
Langkah-langkah: 1. 2. 3. 4. 5. Pengenalpastian isu dan masalah Perancangan tindakan Pelaksanaan tindakan Menganalisis data Refleksi dan penilaian

Kumpulan Sasaran

Kajian ini akan melibatkan 5 orang murid tingkatan 1

Tindakan Yang Dicadangkan 1. Tinjauan Masalah


Ujian pra akan diberikan untuk menilai sejauh mana kefahaman murid terhadap topik.

2.Tindakan untuk mengatasi


Murid akan diajar menggunakan kaedah guli berwarna (GB).

3.Tinjauan keberkesanan kaedah


Ujian pos akan dijalankan untuk mengetahui sejauh mana kaedah yang dilaksanakan berkesan

Analisis data

Perbandingan markah ujian pra dan pos untuk menilai pencapaian murid.

Anda mungkin juga menyukai