Anda di halaman 1dari 19

KEPIMPINAN

INSTRUKSIONAL

Ketika kebanyakan negara cuba untuk memperbaiki sistem pendidikan mereka dan seterusnya meningkatkan pencapaian dalam bidang pendidikan serta pada masa yang sama mengadaptasikannya mengikut keperluan abad ke 21, mereka dapati bahawasanya peranan pengetua sebagai pemimpin institusi pendidikan telah berubah.

Negara-negara seperti UK, Amerika Syarikat , China, New Zealand dan Singapore telah mendefinisikan semula tanggungjawab pengetua untuk memfokuskan ke arah kepimpinan untuk belajar(leadership for learning). Keseluruhannya apa yang cuba disampaikan oleh mereka adalah peranan pengetua sudah berubah daripada fokus pada loceng,bangunan dan bas kepada ke arah kepimpinan instruksional.

Kepimpinan instruksional memfokus ke arah tanggungjawab meningkat dan menambah baik pencapaian murid sepertimana yang telah dinyatakan oleh Pont,Nusche &Moorman(2010) : (a) Menyokong, menilai ,meningkatkan dan menambah baik kualiti guru (b) Menetapkan sasaran untuk pencapaian murid, mengukur progress dan seterusnya membuat penambahbaikan. (c) Menggunakan sumber-sumber secara strategik dengan memberikan fokus terhadap penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran. (d) Membentuk kerjasama dengan komuniti setempat, agensi-agensi sosial dan institusi pengajian tinggi untuk membentuk perkembangan murid secara holistik.

Kepimpinan instruksional diperkenalkan sekitar awal tahun lapan puluhan oleh Hallinger & Murphy (1985) berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berkesan biasanya dipimpin oleh guru besar atau pengetua yang peranan pemimpin instruksional yang tidak menumpukan semua masa dan tenaga pada hal-hal pengurusan rutin dan pentadbiran sahaja (Deborah,K.2002).

Di Canada pula seorang guru yang terkenal , Michael Fullan pula menyatakan bahawa penekanan pada peranan pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional ialah faktor utama yang meningkatkan kadar pembelajaran murid-murid sekolah .

Kepimpinan instruksional merupakan satu pendekatan kepimpinan yang memberikan penekanan kepada tingkahlaku guru dalam aktiviti-aktiviti yang secara langsungnya memberi kesan kepada perkembangan murid.

Newmann, King and Young (2000) menyatakan bahawa sekolah di mana Pembangunan kapasiti sekolah bergantung murid-muridnya pada pemimpin yang memberi penekanan menunjukkan prestasi untuk yang tinggi ialah (a) membangunkan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran guru, sekolah yang (b) mewujudkan komuniti profesional dalam memberi pengajaran kalangan guru eg: PLC, yang berkualiti. Faktor (c) memastikan kepaduan program (program kritikal yang coherence) yang dilaksanakan di sekolah menyumbang kepada (d) membangunkan sumber teknikal yang kualiti pengajaran dan diperlukan bagi menyokong proses pembelajaran pembelajaran dan pengajaan di sekolah sesebuah sekolah berkaitan. ialah kapasiti sekolah.

DIMENSI KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Hallinger & Murphy,1985

University of Washington Center for Educational Leadership (2012).

Mendefinisi Misi Sekolah

Membina Visi, Misi dan Budaya sekolah

Mengurus Program Instruksional

Meningkatkan mutu praktis instruksional


Pengagihan sumber-sumber

Mempromosi iklim pembelajaran di sekolah

Pengurusan sumber manusia dan proses kerja

Anda mungkin juga menyukai