Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

JANUARI / 2011

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : znas77@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

ISI KANDUNGAN

1. KERTAS CADANGAN PROJEK GOTONG ROYONG PERDANA 2011 2. LAMPIRAN SLIDE SHOW 3. CD TAKLIMAT GOTONG ROYONG PERDANA SK BANDAR 2011 4. RUJUKAN

KERTAS CADANGAN PROJEK GOTONG ROYONG PERDANA 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KOTA TINGGI

TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KOTA TINGGI JOHOR

ANJURAN: JAWATANKUASA KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN (3K) SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR

1.0 PENDAHULUAN Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Tujuan PBSS adalah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Antara programprogram yang diadakan ialah Program Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan. Hasil kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud Kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatan. Tiga komponen pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 PROJEK GOTONG ROYONG PERDANA Kegiatan gotong-royong merupakan amalan turun-temurun. Kegiatan ini masih diamalkan di kawasan kampung. Oleh itu, kegiatan ini perlu disemarakkan kembali kerana banyak manfaatnya kepada masyarakat. Di kawasan sekolah, ia boleh mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada para pelajar agar pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, Projek Gotong Royong Perdana dalam tahun 2011 ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Pelajar-pelajar juga akan dapat memupuk semangat bantu-membantu dan tolong-menolong terutamanya ketika menghadapi kesusahan. Daripada gotong royong ini juga, ia akan mewujudkan sikap sayang-menyayangi dan semangat muhibah di antara pelajar. Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika

berada di sekolah. Suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar.

2.0 TUJUAN 2.1 2.2 Memohon kelulusan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Memohon peruntukan dan bantuan kewangan daripada pihak-pihak yang berkenaan. 2.3 Memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai program yang akan dijalankan.

3.0 NAMA PROGRAM Projek Gotong Royong Perdana 2011

4.0 TEMA PROGRAM Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita

5.0 MATLAMAT Melahirkan murid-murid yang mempunyai peribadi mulia dan bermotivasi dengan memupuk nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah, di samping menjadikan mereka sebagai murid yang berilmu, berdisiplin, berketrampilan dan berkeyakinan serta mampu memartabatkan nama sekolah.

6.0 OBJEKTIF

6.1

Umum 6.1.1 Menyahut seruan kerajaaan malaysia untuk membasmi penularan wabakwabak pendermik dikalangan rakyat Malaysia melalui aspek amalan pengurusan kesihatan dan kebersihan. 6.1.2 Menyahut seruan Kementerian Pelajaran malaysia menerapkan amalan budaya sekolah bersih dan selamat selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat sihat dan selamat. 6.1.3 Menyemai mengamalkan budaya kerja sihat dan sejahtera semasa melaksanakan pekerjaan dan pembelajaran disamping mengukuhkan ikatan ukhwah sesama manusia.

6.2

Khusus 6.2.1 menyemarakkan dan memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar untuk menjaga kebersihan sekolah dan persekitarannya. 6.2.2 memastikan sekolah sentiasa bersih dan selamat untuk pembelajaran dan pengajaran pelajar dan guru. 6.3.4 Meningkatkan keprihatinan, kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kebersihan dan kesihatan sekolah.

7.0 FORMAT PELAKSANAAN Bil 1 Pelaksanaan Tugas Penyediaan kertas kerja program. Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan asas dari pihak-pihak penganjur dan pelaksana program melalui mesyuarat dan bersemuka. ( Mesyuarat Kali Pertama) 2 3 Pelantikan AJK Program secara rasmi. Mengaktifkan sebuah bilik gerakan bagi Setiausaha Program AJK Persiapan Tempat Setiausaha Program Tindakan Setiausaha Program

pelaksanaan kerja-kerja asas program. (Cadangan Bilik Gerakan) 4 5 Mesyuarat Kali Ke 2 AJK Program Menjalankan kerja-kerja penyediaan, percetakan dan mengirim surat dan kad / surat jemputan.

Semua AJK Program Setiausaha Program AJK Promosi/Buku Program

Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos, e-mail, mesin faksimili atau

Setiausaha Program

pertemuan peribadi. (Kepada agensi-agensi dan individu terlibat) 7 Menempah dan memasang banner untuk tujuan promosi. (Promosi mula dijalankan) 8 Tempahan makanan untuk jamuan ibu bapa / penjaga, guru-guru dan kakitangan sekolah dan jamuan VIP.
9

AJK Promosi/Buku Program AJK Jamuan

Membeli peralatan untuk gotong royong.

AJK Persiapan Tempat/Peralatan

10

Menyediakan kantin untuk tujuan penutup dan tempat ucapan.

AJK Persiapan Tempat/Peralatan AJK Siaraya

11

Pengumpulan bahan / fotografi / rakaman video untuk pendokumentasian.

AJK Fotografi / Dokumentasi

8.0 PENGANJUR Jawatankuasa Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K), Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi.

9.0 TARIKH 8 JANUARI 2011 (Sabtu)

10.0TEMPAT Kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi.

11.0PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN Semua warga Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi iaitu ibu bapa / penjaga, murid-murid Tahap 2 dan guru-guru serta semua kakitangan sekolah.

12.0CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK GOTONG ROYONG PERDANA 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR, KOTA TINGGI

PENASIHAT Tuan Haji Syed Othman bin Syed Nong Guru Besar SK Bandar, Kota Tinggi

PENGERUSI Puan Asiah binti Mohd Ali Guru Penolong Kanan 1

TIMBALAN PENGERUSI Puan Hajah Noraarshidah binti Sarpan Guru Penolong Kanan HEM

PENYELARAS Puan Zamatun Nasrah binti Haji Marwan Setiausaha Jawatankuasa 3K

BENDAHARI Puan Salina binti Ismail

AHLI JAWATANKUASA

FOTOGRAFI / DOKUMENTASI Puan Norlida binti Abdul Rahman En. Jaafar bin Atan

JURUACARA MAJLIS Puan Sarinah binti Musa Ustaz Azizul Rahman bin Abdullah

SIARAYA En. Mohd Nazri bin Abu Puan Nor Asmah binti Ahmad

PROMOSI / BUKU PROGRAM En. Marwan bin Rosdi En. Herman bin Tino

JAMUAN Puan Hajah Norshemah binti Harun Puan Haj Hafizah binti Arshad

BANNER En. Zahid bin Rashid

DISIPLIN / KAWALAN MURID Tuan Haji Rosleli bin Jahari En. Masnawi bin Selamat

PENYAMBUT TETAMU / PROTOKOL En. Mohd Nazri bin Abu Kumpulan Kompang SK Bandar

PERSIAPAN TEMPAT / PERALATAN Cik Siti Nur Hajar bt Ismail En. Fairus bin Firus

J-ROBIK Panitia PJK Peserta J-Robik SK Bandar

3.0 PROGRAM TENTATIF


MASA 8.00 pagi AKTIVITI Ketibaan Ibu Bapa / Penjaga murid-murid ke sekolah 8.15 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi 12.30 tengahari Taklimat agihan tugas. Senaman J-Robik Gotong royong bermula Ketibaan YB Datuk Dr Adham Baba (ADUN Pasir Raja) diiringi Guru Besar dan YDP PIBG ke sekolah 1.00 petang Ibu Bapa / Penjaga berkumpul dan menyimpan alatan di kantin dan majlis ucapan dari YDP PIBG, Guru Besar dan YB Datuk Dr Adham Baba (ADUN Pasir Raja) 1.30 petang Jamuan makan tengahari dan majlis bersurai

14.0ANGGARAN PERBELANJAAN Bil


1 Peralatan Peralatan mengecat Peralatan membersih Jumlah Perbelanjaan Peralatan RM 200.00 RM 200.00 RM 400.00 RM 200.00 RM 200.00

Aktiviti

Anggaran

Catatan

Perbelanjaan Cetakan Booklet Program Surat menyurat


Jumlah Perbelanjaan Cetakan

RM 75.00 RM 20.00
RM 95.00

RM1.50 x 50 keping

Promosi Banner RM 150.00 RM 50 x 3 helai

Jamuan Jamuan makan tengahari Jamuan VIP


Jumlah Perbelanjaan Jamuan

RM 500.00 RM 70.00
RM 570.00

RM 5.00 x 100 orang RM 7.00 x 10 orang

JUMLAH BESAR

RM 1 180.00

15.0PENUTUP

Diharapkan agar kertas cadangan projek gotong royong yang dirancang ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada pihak pihak yang berkenaan bagi menjayakannya. Semoga projek ini benar benar memenuhi matlamat dan objektif asal serta dapat membantu pihak Sekolah Kebangsaan Bandar, khasnya. Semoga projek ini akan memberi manfaat dan pengalaman yang amat berharga kepada semua komuniti masyarakat yang akan turut serta dalam projek Gotong Royong Perdana 2011 ini.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

Anda mungkin juga menyukai